Konflik Etnik, Keselamatan Negara

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konflik Etnik, Keselamatan Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 1,140
  • Pages: 4
KONFLIK ETNIK, KESELAMATAN NEGARA Oleh IBRAHIM ALI

KESELAMATAN negara perlu menitikberatkan aspek keselamatan insan. Ini wajar untuk mencegah dilema etnik kerana fenomena ini berbahaya, mengancam kemajmukan rakyat, menyebabkan pribumi terancam identitinya, tergugat keunggulan politiknya, dinafikan peluang ekonominya dan terhakis teras sosio-budayanya. Fenomena ini juga berpotensi untuk menjejaskan ketahanan nasional, perpaduan rakyat, mencetuskan keganasan, menggugat ketenteraman awam serta mengharu-birukan keselamatan negara. Contoh yang terbaru mengenainya adalah konflik berdarah di selatan Thailand. Malaysia pun pernah dilanda konflik etnik yang parah pada 13 Mei 1969. Menurut Majlis Gerakan Negara (1969:ix), faktor pencetus konflik tersebut adalah perbezaan tafsiran terhadap Perlembagaan Persekutuan, terutamanya mengenai Bahasa Melayu (Perkara 152) dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153). Konflik tersebut menjadi mercu pengeksploitasian isu-isu Perlembagaan Persekutuan mulai tahun 1963, menerusi slogan Malaysian Malaysia, yang memuncak sewaktu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 1969. Dilema Etnik Etnik merujuk kepada kumpulan manusia yang berkongsi sejarah, bahasa, agama, kepercayaan, adat resam, dan nilai-nilai kehidupan. Shamsul Amri (2007:10) mendefinisikan etnik sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. Malaysia ketika ini seolah-olah sedang menuju ke arah konflik etnik yang serius, jika kerajaan tidak membendungnya mulai sekarang. Ini kerana pribumi Malaysia kini dibelenggu dilema siasah dan ekonomi yang cukup ketara. Kedua-duanya boleh mencetuskan dilema dan konflik etnik. Keadaan ini membimbangkan, terutamanya bila ada sesetengah pemimpin politik, termasuk Melayu dan Islam, mencari pengaruh menerusi peniupan sentimen etnisiti atau perkauman. Golongan ini mempertikaikan keistimewaan pribumi yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Ada juga yang mengadu-dombakan pribumi supaya tidak bersatu padu. Contohnya adalah kenyataan memprovokasi kemarahan majoriti orang Melayu mengenai Chin Peng. Individu-individu tertentu, termasuk Melayu, yang menyemarakkan isu ini seolah-olah cuba membarakan sentimen pribumi supaya mencetuskan konflik etnik. Kelompok yang kononnya liberal ini membelakangkan sejarah dan seolah-olah mahukan pertumpahan darah, negara porak-peranda, rakyat kacau-bilau, politik terumbangambing, ekonomi terjejas dan keselamatan negara terancam. Rakyat yang cintakan damai perlu menyingkirkan kelompok ini. Waris kepada ribuan wira yang terkorban atau cacat akibat kekejaman pengganas komunis pimpinan Chin Peng wajar menolak kelompok ini. Konflik 1

Semua pihak juga perlu diingatkan, konflik etnik di seluruh dunia sejak 1945 sampai sekarang telah mengorbankan lebih 10 juta nyawa. Ini termasuk di negara-negara Balkan, Rwanda, Burundi, Sudan, Indonesia, Timur Tengah, Afghanistan dan Ireland Utara (Caselli and Coleman II 2006:2). Oleh itu, singkirkan pihak yang bermain sentimen etnik. Malaysia yang majmuk boleh kucar-kacir akibat pengeksploitasian sentimen ini. Jika ia tidak diberhentikan, rakyat bawahan akan bersengketa. Akibatnya, semua pihak akan rugi dan menderita. Pihak keselamatan Malaysia wajar bertegas. Tidak kiralah pihak yang bermain sentimen (BN) atau individu yang kononnya pemimpin besar badan sukarela dan parti politik tertentu. Pihak keselamatan juga perlu melengkapkan diri dengan strategi, ilmu serta kepakaran untuk menangani konflik etnik dan terorisme. Kedua-dua fenomena ini adalah masalah keselamatan bukan tradisional. Contohnya adalah konflik etnik di selatan Thailand dan terorisme di selatan Filipina. Keselamatan Pasukan polis dan tentera Malaysia perlu memandang serius fenomena ini kerana isu-isu keselamatan bukan tradisional itu sedang mendasari landskap keselamatan dunia, serantau dan sesetengah negara. Kerajaan Malaysia pula wajar prihatin. Pandangan dan penemuan baru mengenai keselamatan dunia, serantau dan negara wajar difahami. Strategi dan kepakaran mengenainya wajar disediakan secukupnya. Ini kerana soal keselamatan dunia, serantau dan negara perlu dikaji menerusi dimensi keselamatan militari, masyarakat, politik, ekonomi dan alam sekitar (Buzan 1991). Keselamatan militari adalah mengenai keupayaan ofensif dan defensif ketenteraan. Keselamatan masyarakat membabitkan kemampuan memelihara agama, bahasa, budaya, adat resam dan identiti nasional secara mapan dan menerusi persekitaran berevolusi. Keselamatan ekonomi memastikan akses kepada sumber, kewangan dan pasaran bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Keselamatan alam sekitar menumpu kepada kemampuan memelihara biosphere untuk sistem kehidupan manusia. Keselamatan politik adalah mengenai kemantapan organisasi negara, sistem pemerintahan serta ideologi yang melegitimasikan kewujudan pemerintah. Seluruh aspek ini kait-mengait. Kesemuanya akan terjejas jika kerajaan sambil lewa dalam memahami dan menangani soal-soal keselamatan dunia, serantau dan negara mengikut perspektif baru ini. Demikianlah hasil kajian para sarjana keselamatan antarabangsa, terutamanya bila konflik etnik meletus sehingga menyebabkan pertumpahan darah dan peperangan selepas tamatnya Perang Dingin. Lantaran itu, bertegaslah terhadap mereka yang mengancam keamanan dan keselamatan negara, perpaduan nasional dan nilai-nilai teras seperti kemerdekaan dan kedaulatan tanah air yang diperjuang, dipertahan dan dilindungi selama ini. Perkara 153

2

Konsep keselamatan kontemporari yang dihuraikan di atas berpaksikan kepada keselamatan insan dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, kesejahteraan etnik penting dititikberatkan di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan yang diwujudkan atas permuafakatan etnik sebelum merdeka jangan dipertikai, dipolemik atau dikompromikan. Seluruh rakyat perlu menghormati dan memelihara Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan-peruntukan mengenai agama, bahasa, Raja-Raja Melayu dan keistimewaan pribumi jangan digugat. Soal undang-undang Islam biar ditangani oleh Mahkamah Syariah. Isu biasiswa pelajar Melayu dan Bumiputera jangan dijadikan isu etnik. Kedua-duanya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan seteah orang Melayu dan bumiputera berkorban ke peringkat maksimum dengan bukan bumiputera di era menjelang kemerdekaan. Keistimewaan ini diberikan kepada orang Melayu dan bumiputera kerana ia merupakan makanisme pragmatik yang dipersetujui oleh seluruh pemimpin pelbagai keturunan yang menuntut kemerdekaan negara. Mereka setuju dengan kewujudan Perkara 153 dan lain-lainnya dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan orang Melayu dan bumiputera yang ditindas oleh penjajah Inggeris untuk mengatasi jurang perbezaan soso-ekonomi mereka di era kemerdekaan. Tanpa biasiswa, ramai pelajar Melayu dan bumiputera akan gagal ke pusat pengajian tinggi. Pada tahun 2005, 392,552 pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia, 60 peratus Bumiputera, 40 peratus bukan Bumiputera. Ini kerana Bumiputera menerima biasiswa. Pada tahun yang sama, 294,600 pelajar berada di lnsiltusi Pengajian tinggi swasta (IPTS), 80 peratus bukan Bumiputera, 20 peratus Bumiputera. Ini bukti kemampuan bukan Bumiputera menghantar anak mereka ke IPTS tanpa biasiswa. Malangnya, ada kelompok tertentu termasuk elit politik BN, pemimpin pembankang dan badan sukarela, enggan memahami hakikat Perlembagaan Persekutuan. Mereka mempolitikkan isu biasiswa pelajar Melayu dan Bumiputera berasaskan Perkara 153. Mereka lupa, Perkara 153 dimaktubkan dalam Perlembagaan setelah orang Melayu dan Bumiputera memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu, dan bukan Melayu sanggup menerima kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Mereka lupa, 800,00 etnik Cina diterima jadi warganegara berasaskan persefahaman ini. Berdasarkan hujah di atas, kerajaan tidak wajar berkompromi mengenai biasiswa pelajar Melayu dan Bumiputera. Jika semangat tersurat dan tersirat di sebalik Perkara 153 ini dikompromi, orang Melayu dan Bumiputera menerima akibatnya. Mereka akan terpinggir, jurang perbezaan sosio-ekonomi akan melebar, sokongan terhadap pemerintah akan dilanda dilema, rasa marah terhadap elit politik dan badan sukarela bukan Melayu akan memuncak. Jika ini berterusan, dilema sosio-ekonomi dan dilema siasah pribumi akan mencetuskan konflik. Kemungkinan ini mesti dibendung dan dihentikan. Ini kerana bungabunga konflik etnik sudah mula kelihatan. Hakikat ini tidak boleh dinafikan. Oleb itu, pemerintah tidak wajar berkompromi. Jabatan kerajaan jangan tunduk dengan desakan. Bukan Bumiputera usah lupakan sejarah. Tindakan menjejaskan peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan boleh membawa padah. 3

Akhir sekali, insaflah. Keselamatan insan etnik dan identiti adalah ciri-ciri penting keselamatan negara. Jika ini gagal difahami secara ikhlas dan ditangani secara tegas, seluruhnya boleh meledakkan persengketaan, menjejaskan keselamatan politik dan keselamatan rejim, dua teras utama perjuangan kerajaan. DATUK IBRAHIM ALI ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, merangkap Presiden Pertubuhan Pribjmi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Utusan Malaysia, Khamis 25 Jun 2009

4

Related Documents

Negara Dan Konflik Agraria
October 2019 25
Etnik
June 2020 18
Etnik
October 2019 20
Konflik
June 2020 35

More Documents from ""