Komunikasi Visual Satu Pengenalan

  • Uploaded by: Hassan Mohd Ghazali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komunikasi Visual Satu Pengenalan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,316
  • Pages: 13
KOMUNIKASI VISUAL Oleh:

Hassan Mohd Ghazali Pensyarah Komputer Grafik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak e-mail: [email protected].

1. Pengenalan: Topik ini lebih tertumpu kepada reka bentuk grafik dan reka bantuk digital Multimedia. Pembelajaran bidang ini dikhusus kepada teori dan praktikal. Dari aspek teori guru memerlukan perbincangan, lawatan dan kuliah. Guru perlu mencari bahan-bahan melalui sumber internet (web), bukubuku terkini dan majalah. Tumpuan adalah banyak kepada reka bentuk digital samada dalam bidang grafik konvensional atau reka bentuk menggunakan komputer (multimedia, animasi dan laman web).

2. Pengertian: 2.1. Reka bentuk Grafik: •

Perkataan Grafik adalah dari perkataan Greek iaitu ‘Graphikos’ yang bermaksud: Boleh melukis dan mewarna.



Penggunaan perkataan reka bentuk grafik atau ‘graphic designer’ mula diperkenalkan oleh William Addison dalam buku bertajuk ‘DWINGGINGS’ sekitar tahun 1922.



Kamus Webstar: Grafik ialah seni halus dan seni gunaan dalam gambaran dekoratif dan tulisan atau cetakan di atas permukaan datar beserta dengan teknik dan ketukangan yang berkaitan dengannya.



Smolucha L. (1997), dalam Buku ‘The Visual Art’ menyatakan bahawa Seni Grafik merupa perkataan yang merujuk kepada banyak cabang seni halus terutamanya dalam bidang percetakan. Dan seterusnya beliau menyarankan reka bentuk grafik adalah lebih sesuai dalam aplikasi bidang ‘commersial-industrial’ dan komunikasi visual.



Dalam buku ‘Enscylopaedia of Graphic Design+Designers’ Tulisan Alan dan Isabella menyatakan istilah reka bentuk grafik adalah merujuk kepada aktiviti yang melibatkan Tipografi, Ilustrasi, potografi, percetakan, pemujukan, informasi dan instruksi.



Pada umumnya reka bentuk grafik lebih menjurus kepada reka bentuk visual yang berkepentingan komunikasi dengan audian.

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

1

2.2. Reka bentuk multimedia: •

Perkataan Multimedia merujuk kepada komunikasi yang menggunakan audio, video, teks, grafik dan animasi yang digabungkan dengan interaksi pengguna secara interaktif dan dipersembahkan melalui teknologi komputer.



Multimedia Interaktif ialah gabungan pelbagai media seperti video, teks, audio, grafik dan animasi melalui komputer. Multimedia interaktif dikaitkan dengan maklum balas. Secara khususnya interaktif adalah komunikasi dua hala dalam komunikasi. Interaktif ialah satu proses yang membenarkan pemprosesan maklumat yang mendalam ke dalam minda audian.



Reka bentuk multimedia ialah reka bentuk visual yang menggunakan komputer dihasilkan melalui yang memenuhi ciri-ciri rekabentuk grafik yang memasukkan unsur-unsur warna, imej, tipografi, susun atur dan audio yang membenarkan keselesaan kepada penglihatan dan pendengaran audian.



Animasi merupakan elemen dalam multimedia. Animasi merupakan satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan seolah-olah hidup, dapat digerakkan, beraksi dan bercakap. Pengolahan animasi adalah menerapkan unsur-unsur grafik dan seni halus bagi memberi kesan ilusi pergerakan. Contohnya ialah kartun.

2.3. Elemen Visual •

Kepentingan eleman visual dalam sesuatu reka bentuk komunikasi visual adalah amat penting. Dua elemen yang penting dalam sesuatu reka bentuk komunikasi visual. 1. Imej/ gambar 2. Tipografi

a. Kedua-dua elemen ini menjadi faktor penyebab kepada wujudnya komunikasi visual dengan audian. Pereka bentuk akan mempersembahkan elemen visual ini melalui:





Poster



Media elektronik



Bahan cetakan



Bilboard



Skrin multimedia dan sebagainya

Pereka bentuk komunikasi visual perlu peka kepada pemilihan komponen imej dan teks dalam sesuatu reka bentuk persembahan agar ianya menepati ciri: •

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

Keterbacaan

2



Kemesraan penglihatan audian



Menarik minat untuk melihat



Memokus

Untuk memberi kefahaman dalam menentukan eleman visual dalam komunikasi visual kita bahagikan kepada tiga bentuk visual dalam sesuatu reka bentuk:



1. Visual realistik – Visual dalam bentuk yang nyata dan asal seperti foto, ilustrasi dan karya lukisan. 2. Visual analogik – Visual yang telah dipermudahkan dalam bentuk grafik. Kebiasaannya dilukis dalam bentuk rajah atau symbol. 3. Visual Organizatonal – Visual ini adalah rekaan grafik yang dipermudahkan dalam bentuk flowchat, graf, peta dan sebagainya. Kemahiran kepada pereka bentuk ini adalah dari segi bentuk dan variasi warna yang digunakan.

Visual realistik

Visual analogik

Visual organizational

Bentuk-bentuk Visual

Piktorial

Gambar foto Realistik

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

Grafik

Ilustrasi

Grafik ringkas

simbol abstrak

3

2.4. Tipografi •

Tipografi bermaksud seni memilih dan mengatur huruf. Seni ini penting kerana hampir semua jenis rekaan grafik menggunakan huruf untuk memberi makna dan maklumat. Melalui muka taip yang sempurna penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan sempurna.



Terdapat dua jenis muka taip: •

Muka taip peraga – sifatnya lebih besar, gelap dan sesuai digunakan untuk tajuk utama, judul, logo dan apa saja bersifat peraga atau iklan.



Muka taip teks – sifatnya kecil dan sangat banyak digunakan misalnya dalam reka letak sebuah akhbar, majalah, risalah dan sebagainya.

Anatomi Muka taip

Lengkuk muka taip

Serif

Asender (tiang atas)

Taip teks

Asender Tinggi Desender

Desender (tiang bawah)

Perbincangan: 1. 2. 3. 4.

Jenis-jenis muka taip. Keluarga muka taip Nama-nama font dalam komputer Peranan muka taip dalam sesuatu penghasilan grafik.

3. Kepentingan Komunikasi Visual 3.1. Dari segi reka bentuk: •

Secara umumnya kepentingan reka bentuk grafik adalah untuk memberi kesan kepada audian dari segi komunikasi. Oleh yang demikian reka bentuk grafik perlu memahami prinsip-prinsip dan

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

4

unsur-unsur grafik secara mendalam. Unsur pemujukan sangat penting semasa proses rekaan. •

Reka bentuk grafik juga perlu memikirkan mesra pengguna. Terutama apabila menghasilkan reka bentuk skrin multimedia interaktif. Audian tidak mencari-cari dan terkeliru dengan reka bentuk yang dihasilkan.



Merangsangkan audian adalah unsur penting dalam sesuatu reka bentuk, walau bagaimanapun tidaklah sampai ianya boleh menimbulkan keraguan dan unsur negatif diutarakan dalam reka bentuk. Misalnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan negatif pada agama dan budaya sesuatu kaum.



Pereka grafik juga harus memikirkan dalam rekaannya agar reka bentuk tidak mengelirukan audian. Kepentingan membuat kajian sebelum menghasilkan sesuatu rekaan sangat penting. Misalnya sasaran audian dikalangan masyarakat golongan tua jangan dikelirukan dengan reka bentuk cara moden yang terlalu laju dan bergaya bebas.



Satu perkara yang penting dalam rekaan komunikasi visual seperti billboard dan rerambu jalan ialah sesuai dengan alam sekitar. Warna dan imej yang dikemukakan dalam reka bentuk perlu seimbang dengan alam sekitar. Perkara ini penting kerana audian akan terkeliru dan boleh menyebabkan pencemaran komunikasi.

3.1. Dari segi masyarakat: •

Melalui reka bentuk komunikasi visual masyarakat cepat mendapat maklumat secara pantas. Reka bentuk komunikasi visual selalunya ditempatkan dikawasan-kawasan strategi di mana audian secara langsung dapat membaca dan melihat maklumat.



Masyarakat juga mendapat pengetahuan sumber-sumber dari komunikasi visual yang disampaikan secara berkesan. Sumbersumber pengatahuan melalui poster dan papan iklan atau billboard disampaikan kepada pengguna secara langsung dan tidak langsung.



Melalui komunikasi visual juga pengguna mendapat hiburan. Ini terbukti dengan iklan-iklan yang terdapat di televisyen dan papan iklan atau billboard elektronik dipersimpangan jalan memberi hiburan kepada pengguna.



Dapat membandingkan produk melalui pengetahuan pengguna yang dibaca melalui iklan-iklan. Secara tidak langsung peranan komunikasi visual dapat mendidik masyarakat melalui iklan produk yang dikemukakan.

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

5

Perbincangan: 1. Aspek kepentingan semasa komunikasi visual tertumpu kepada media elektronik 2. Kesan kebaikan dan keburukan komunikasi visual

4. Media Komunikasi Visual 4.1. Media konvensional •

Pereka bentuk komunikasi visual menghasilkan rekaan dengan menggunakan alatan lukisan seperti cat, berus dan peralatan teknikal. Kebiasaannya pelukis terkongkong dengan media yang ada dan permukaan tertentu. Penggunaan media konvensional ini dilakukan oleh pelukis-pelukis iklan. Contohnya poster, kain rentang, bidai pengadang cahaya matahari (kedai), billboard dan sebagainya.

4.2. Media Cetak •

Media cetak adalah media yang paling popular diguna dalam komunikasi visual. Pengiklanan akan menggunakan media ini untuk mengiklankan barangan dan maklumat. Media ini lebih mudah dan murah. Pereka bentuk hanya perlu berkemahiran dalam bidang grafik terutamanya dari segi reka letak, menyusun huruf dan meletakkan imej yang sesuai. Kini semua kerja-kerja reka bentuk grafik dihasilkan dengan menggunakan perisian grafik komputer. Contoh kerja-kerja grafik melalui medaia cetakan ialah poster, brocher, iklan akhbar dan majalah dan sebagainya.

4.3. Media elektronik •

Media ini adalah adalah media yang mula diterokai dalam alaf ini. Dengan menggunakan teknologi komputer media ini boleh menghasilkan persembahan yang dinamik dan inovasi. Bentuk komunikasi juga bebas dan tidak terikat dengan sesuatu bentuk. Kini pengguna internet dapat menggunakan teknik animasi dan traksaksi teks. Kesan seumpama ini juga terdapat dalam iklan-iklan di televisyen. Oleh yang demikian pereka bentuk komunikasi visual perlu memiliki kemahiran dalam aplikasi perisaian komputer grafik. Antara contoh komunikasi visual yang menggunakan media elektronik ialah bilbooard elektronik, internet, televisyen, CD ROM dan persembahan multimedia.

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

6

Perbincangan: 1. Bincang kelebihan dan kelemahan Medaia-media yang digunakan dalam penghasilan Komunikasi visual. Perbincangan hendaklan dalam skop yang lebih luas dari segi reka bentuk grafik, pengiklanan dan reka bentuk multimedia. 2. Peranan komputer grafik terhadap perkembangan reka bentuk komunikasi visual.

4.3.1. Perisian Komputer Grafik: 4.3.1.1.

4.3.1.2.

4.3.1.3.

4.3.1.4.

4.3.1.5.

4.3.1.6.

4.3.1.7.

Rekaletak 

Quark Express



Adobe PageMaker



MS Publisher

Melukis ilustrasi dan imej 

Macromedia FreeHand



Adobe Ilustrator



CorelDraw

Mengedit foto dan membentuk imej 

Adobe Photoshop



CorelPaint

Multimedia interaktif, linear dan Animasi 

Macromedia Director



Macromedai Authorware

Reka bentuk 3-D dan animasi 

3D Studio Max



AutoCAD

Reka bentuk laman web. 

Macromedia Flash



MS Front Page

Mengedit filem 

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

Adobe Premiere

7

 4.3.1.8.

Digital Video Producer

mengedit audio 

Sound Forge



Sound Edit

4.3.2. Format fail komputer grafik:

Jenis Elemen Teks

Grafik

Audio

Video

Animasi

Format Fail . txt .doc .rtf .pcx/pict .bmp .eps .tif/tiff .jpeg .gif .targa .wav .aiff .mid .snd .avi .dvi .mov .flc .dir .fli

Preskripsi Format fail ini digunakan untuk membuat dokumen biasanya dalam MS Word. Format fail ini adalah bagi imej foto atau ilustrasi. Kebiasaannya nilai kepada setiap format fail adalah berbeza dari segi kapasiti saiz.

Format fail yang akan menentukan bentuk audio yang akan didengar. Format fail bagi audio digital. Format ini bergantung kepada saiz dan bentuk video. Format fail yang akan menentukan jenis animasi dan perisian animasi.

4.3.3. Jenis-jenis imej grafik digital Terdapat dua jenis imej grafik digital yang boleh diserasikan dengan reka bentuk yang akan dihasilkan: 1. Imej Vektor (Vector) Imej yang dihasilkan dengan perisian komputer seperti Adobi Ilustrator, Macromedia FreeHand, CorelDraw dan AutoCAD. Imej ini mempunyai kuali garisan yang padu dan tidak bergerigi. Biasanya penghasilan ilustrasi adalah paling sesuai menggunakan imej ini. 2. Imej Peta Bit (bitmap) Imej ini dihasilkan dengan perisian komputer seperti Adobe Photoshop, Corel Paint ,Xras dan imej pengimbas. Imej  Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

8

yang dihasilkan jika dibesarkan terdapat bergerigi. Kebiasaan imej ini adalah dari gambar foto yang di imbas dengan pengimbas (scan).

Perbincangan: Bincangkan imej grafik vektor (vector) dan peta bit (bitmap) yang teradpat dalam perisian kompter grafik. • Ciri-ciri perbezaan • Kelebihan grafik imej Vector dan Bitmap • Perisian

5. Kaedah Komunikasi Visual Dalam menyampaikan mesej untuk berkomunikasi, pereka bentuk grafik dan multimedia perlu memahami prinsip-prinsip asas dalam rekaan. Antara lain ialah asas seni reka, prinsip rekaan dan mengorganisasikan rekaan. Menurut Amy E. Arntson dalam Bukunya ‘Grafik design basics’ (1998) menyatakan dua perkara penting perlu difikirkan oleh pereka bentuk grafik dan multimedia ialah: 1. Daya intelektual dalam mengembangkan idea 2. Penguasan pengetahuan mengenai dunia terkini. Penyataan ini tentu sekali mengherankan kita, apa tah lagi apabila ianya tidak dikaitkan dengan penguasaan ilmu visual. Namun, kenyataan ini lebih bersifat bahawa keilmuan dan daya intelektual sangat penting dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk. Sifat-sifat seorang pereka bentuk perlu mempunyai nilai-nilai interlektual disamping nilai kreatif. Di samping itu sesorang pereka bentuk juga perlu memikirkan dua perkara yang dikira sebagai pengukuhan dalam sesuatu rekaan. Antara lain ialah Pemikiran ‘subject matter’ atau uniti intelek dan reka bentuk atau uniti visual.

Beberapa kaedah dalam reka bentuk komunikasi visual Kaedah-kaedah ini merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan dalam penghasilan rekaan komunikasi visual. Pelbagai kaedah lain juga boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan yang menarik. Menurut Amy E. Arntson (1998) pereka bentuk grafik adalah seorang pelukis catan abstrak yang baik. Ini adalah kerana kebanyakan reka bentuk memerlukan daya kreativiti visual yang kuat dan penghasilan

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

9

karya yang luar biasa. Sebagai contoh karya-karya grafik digital banyak menguasai nilai-nilai catan abstrak.

Beberapa contoh: Reka bentuk menggunakan Tipografi

Rekabentuk menggunakan Imej dan representasi

Reka bentuk Kombinasi imej/ Tipografi

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

10

Rekabentuk menggunakan Ilustrasi naratif

Rekabentuk Menggunakan Dekoratif

Rekabentuk bentuk herot-piut

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

11

Reka bentuk menggunkan Imej dan tipografi bersekuan.

6. Penutup Pembelajaran komunikasi visual memberi penekanan kepada aspek teori dan amali secara serentak. Keperluan maklumat yang mutakhir sangatlah penting bagi pendedahan kepada pelajar. Untuk itu sumber yang paling dekat dengan pelajar ialah internet. Reka bentuk ‘home page’ boleh dijadikan panduan untuk pelejar-pelajar mempelajari reka bentuk yang baru. Guru juga harus bersedia dengan bahan-bahan rujukan yang terkini seperti majalah, internet, CD ROM dan buku-buku. Penekanan pembelajaran amali kepada pelajar boleh dihasilkan dengan rekaan-rekaan grafik seperti poster, brocher, reka bentuk kulit CD, reka bentuk kulit majalah, Menghasilkan multimedia interaktif, multimedia linear dan animasi. Proses amali boleh dibuat secara manual dan digital (komputer).

Rujukan Buku:

Alan and Isabella (1994). Encyclopaedia Graphic design + Designers, New York: Thames and Hudson. Arntson, A. E, (1998). Grafik Design Basics, USA: Harcourt Brace College Pub. Duane and Preble S, (1994). Art Forms (5th College Publishers.

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

Edition), New York: Harper Collings

12

Hassan Mohd Ghazali (2000). Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5, Petaling Jaya: Fajar Bakti. Heinich, R., Molenda, M. dan Russel, J.D. (1993). Instruction Media And The New Technologies Of Instructional .(edisi ke-5), New York: Macmillan. Hollis, R. (1997). Graphic Design A Concise History. London: Thames and Hudson Ltd. Martin, D. (1990). Graphic Design Inspration and Innovation. Ohio: North Light Books. Meggs, P.B. (1998. A History of Graphic Design (3rd Edition), New York: John Wiley & Son Inc. Redman, S.A .(1999). Taking The Leap Into New Media, Ohio: North Ligh Books. Rocsh, W.L., (1995). Multimedia Bible. USA: Sam Publication. Smolucha, L. (1996). The Visual Art Companion, New Jersey: Prentice Hall. Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., Vigg, P.R., Bone, R.O., & Sayton, D.L. (1999) Art Fundamentals: Theory and Practice (8th Edition). New York: McGraw-Hill.

Rujukan Internet: 1. Laman Grafik Power : http://www.graphicpower.com 2. Laman Planet Photoshop: http://www.planetphotoshop.com 3. Laman Digital web magezine: http://www.digital-web.com 4. Laman Communication Arts: http://www.commarts.com 5. Laman Majalah HOW: http://wwwhowdesign.com 6. Laman Principles of Graphic design: http://wwwmundidesign.com/presentation/index2.html. 7. Laman Destop publishing: http://www.desktoppub.miningco.com 8. Laman Graphic Art Monthly: http://www.gammag.com/index.html 9. Laman Head North Graphic: http://www.headnorth.com/graphics.html 10. Laman Pendidikan Seni Visual: http://www.geocities.com/hasmoli/ 11. Laman ABC Typography: http://wwwabc.planet-typography.com

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

13

Related Documents


More Documents from "MahmudAlGeza"