Pengenalan Kepada Visual Basic

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan Kepada Visual Basic as PDF for free.

More details

  • Words: 973
  • Pages: 5
BAB 6

VISUAL BASIC

UNIT 2

PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

BAB 6

PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

PENGENALAN Sudahkah anda bersedia untuk mengikuti Bab 6 ini? Sebelum ini anda telah mengenali apakah itu pengaturcaraan, konsep pengaturcaraan dan jenis-jenis pengaturcaraan dalam bab-bab yang lalu. Kali ini kita akan mempelajari pengaturcaraan visual. Dalam banyak bahasa pengaturcaraan visual kita akan mempelajari satu daripadanya dengan lebih mendalam iaitu bahasa pengaturcaraan Visual Basic. Sebelum kita lihat kemampuan bahasa pengaturcaraan Visual Basic, mari kita lihat sejarah dan perkaraperkara asas tentangnya.

OBJEKTIF Di akhir bab ini anda seharusnya dapat: 1.

menerangkan sejarah awal penciptaan pengaturcaraan Visual Basic; dan

2. mengenal pasti tiga unsur asas objek Visual Basic.

6.1

SEJARAH VISUAL BASIC

Bahasa pengaturcaraan Visual Basic adalah evolusi daripada bahasa pengaturcaraan BASIC (Beginner’s All-purpose Symbolic Instruction Code). Bahasa Basic ini telah diperkenalkan oleh Prof. John Kemeny dan Thomas Kurtz daripada Dartmouth College, USA.

Rajah 6.1: Pencipta bahasa pengaturcaraan Basic

48

OUM

UNIT 2

VISUAL BASIC

BAB 6

PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut sejarah pencipta - pencipta ini anda boleh layari internet pada alamat http://www.devx.com/ premier/mgznarch/vbpj/1993/Marapr93/Kemeny2.pdf dan http:// www.digitalcentury.com/encyclo/update/kurtz.html atau mana - mana laman web yang berkaitan. VB adalah bahasa yang menggunakan mekanisma “penterjemah” apabila dilarikan. Namun apabila ia perlu dipakejkan dalam satu sistem, pengkompil akan melaksanakan tugasnya terhadap atur cara Visual Basic. VB merupakan satu bahasa pengaturcaraan yang perlu dilarikan dalam persekitaran Microsoft Windows. VB mempunyai banyak kelebihan di antaranya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

menyediakan antara muka grafik dengan mudah; boleh mengawal perlaksanaan aplikasi menggunakan atur cara; berupaya untuk mencapai API (Application Program Interface) kemudahan atur cara berorientasikankan objek, kawalan ralat; dan boleh melaksanakan atur cara berstruktur.

Percaya dan yakinkan diri anda bahawa Visual Basic adalah pilihan terbaik untuk mempelajari pengaturcaraan. Tuliskan lima perkara yang anda takuti dalam mempelajari bahasa pengaturcaraan.

6.2

UNSUR OBJEK DALAM VB

Mungkin anda pernah menggunakan bahasa pengaturcaraan lain sebelum ini. Contohnya jika anda merupakan seorang juruaturcara C atau seorang yang pernah belajar bahasa C, anda mungkin berasa kekok pada pertama kali menggunakan VB. Fungsi-fungsi yang dibangunkan dalam atur cara C merupakan komponen atur cara yang dipanggil daripada atur cara utama. iIni berlainan dalam pengaturcaraan VB. Setiap fungsi yang dibangunkan adalah untuk mengarahkan sesuatu objek melaksanakan tindakan berasaskan satu acara atau peristiwa yang berlaku. Fungsi ini dinamakan sebagai method oleh bahasa-bahasa pengaturcaraan yang berbantukan objek. Apa yang penting dalam pengaturcaraan VB ialah anda perlu mereka bentuk antara muka aplikasi yang mengandungi objek-objek bergrafik. Anda juga perlu menyertakan fungsi-fungsi berdasarkan acara yang berlaku apabila pengguna melakukan tindakan terhadap objek tersebut. Objek ini telah disediakan oleh VB, anda hanya perlu memilih dan menggunakan objekobjek tersebut. Objek-objek ini diletakkan di atas satu objek yang dinamakan sebagai form. Seterusnya, setiap objek di dalam VB dikawal melalui atur cara.

OUM

49

VISUAL BASIC

UNIT 2

PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

BAB 6

Anda amat digalakkan melawat laman web http://www.saddleback.edu/ faculty/rmathuro/falloowebsite/vbwebsts.htm. Dapatkan sedikit idea tentang objek-objek yang terdapat dalam VB.

Mungkin anda bertanya pada diri anda apa itu objek, acara, method dalam konteks pengaturcaraan VB? Teruskan pembacaan anda dengan tenang kerana penerangan berkaitan dengannya berada pada muka surat seterusnya. Anda telah biasa dengan antara muka pengguna Microsoft Word 2000. Pilih arahan Save As. Bincangkan dengan jelas apakah objek-objek yang wujud di dalam antara mukanya serta berikan tugas-tugas setiap objekobjek tersebut.

Anda juga boleh mencipta objek sendiri dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan VB. VB menyediakan kemudahan mencipta kelas (class). Kelas merupakan kemudahan yang diberikan untuk juruaturcara membina satu objek yang baru.

Dalam pengaturcaraan berorentasikan objek, objek-objek yang dicipta boleh diguna semula dalam aplikasi-aplikasi yang lain. Objek tersebut diubah suai mengikut kesesuaian sistem apabila juruaturcara memerlukan objek ini dalam sistem lain. Berikut adalah tiga contoh objek asas yang disediakan oleh VB.

Rajah 6.2: Contoh objek

Berdasarkan kepada objek-objek di atas, setiap objek mempunyai ciri asas seperti nama, saiz, warna dan paparan. Contoh objek “butang kawalan” perlu diberi nama seperti btnKeluar, btnOk dan sebagainya. Nama ini membolehkan objek tersebut dikenali di atas form VB.

50

OUM

UNIT 2

VISUAL BASIC

BAB 6

PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

Selain daripada ciri, satu objek adalah berkait rapat dengan tindakan yang boleh diambil oleh pengguna atur cara.

Tindakan pengguna terhadap objek, kita namakan sebagai acara.

Tugas anda sebagai juruaturcara VB pada peringkat awal adalah mengenal pasti acaraacara yang berlaku terhadap objek-objek yang disediakan. Dengan memahami acara, juruaturcara boleh menulis kod atur cara mengikut kesesuaian masalah. Untuk menguji kefahaman anda, jawab soalan-soalan di bawah.

Latihan 6.1 Di dalam teks di atas ada dinyatakan istilah-istilah berikut. Terangkan secara ringkas maksud istilah di bawah. 1.

IDE adalah __________________________________ .

2.

API adalah __________________________________ .

3.

Apakah itu CIRI (Properties) dan ACARA (Events)?

Sebagai contoh, berikut adalah acara yang boleh berlaku terhadap tiga objek yang dinyatakan di atas: Jadual 6.1: Contoh hubungan objek dan acara

Objek Butang kawalan Kotak teks Butang radio

Acara • diklik sekali dengan tetikus (click) • diklik dua kali dengan tetikus (doubleclick) • tetikus dilalukan di atasnya (mouse over) • kursor difokuskan dalamnya (setfocus) • kursor ditinggalkan daripadanya (lostfocus) • taipkan teks di dalamnya(change)

Kawalan terhadap sifat objek ini merupakan kod atur cara yang ditulis oleh juruaturcara. Sebagai contoh, apabila mengklik sekali di atas butang kawalan bernama btnKeluar, sistem ditamatkan (Tapi ingat! Perlukan atur cara disebalik tindakan itu).

OUM

51

VISUAL BASIC

UNIT 2

PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

BAB 6

VB membenarkan atur cara Windows dibina tanpa memerlukan kemahiran dalam konsep pengaturcaraan Windows. Berikan pendapat tentang diri anda tentang apakah yang anda risaukan apabila anda akan menggunakan perisian Visual Basic nanti ? Tidak faham konsep Fobia pada atur cara Tidak cukup masa Kurang bimbingan Sukar dapatkan rujukan Lain- lain. Nyatakan: ___________

RUMUSAN Setelah anda membaca bab ini diharapkan anda dapat satu gambaran kasar tentang pengaturcaraan Visual Basic. Untuk pembacaan bab-bab seterusnya sekali lagi anda digalakkan bersedia dengan komputer yang dilarikan program Ms Visual Basic 6.0. Selamat meneruskan pembacaan anda ke bab berikutnya.

52

OUM

Related Documents

Visual Basic
June 2020 18
Visual Basic
September 2019 35
Visual Basic
May 2020 28
Visual Basic
November 2019 35
Visual Basic
June 2020 16