Kmlgn Jln Raye

  • Uploaded by: Muhammad Idrus Bin Zulfakar
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kmlgn Jln Raye as PDF for free.

More details

  • Words: 1,977
  • Pages: 9
SEKOLAH MENENGAH ISLAM SEREMBAN SEJARAH TINGAKATAN 4 2009 Nama Pelajar Muhammad Idrus Bin Zulfakar Hadi Aiman Bin Halem Ahmad Zakwan Bin Ahmad Tawfek Tajuk Islam Di Asia Tenggara: Batu Bersurat Guru Pentaksir Cik Nor Hafiza Binti

Batu Bersurat Terengganu Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Batu Bersurat Terengganu muka 1.

Batu Bersurat Terengganu muka 2.

Batu Bersurat Terengganu muka 3.

Batu Bersurat Terengganu muka 4. Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Isi kandungan

• • •

1 Sejarah 2 Kandungan o 2.1 Muka pertama o 2.2 Muka kedua o 2.3 Muka ketiga o 2.4 Muka keempat 3 Tarikh tepat 4 Rujukan 5 Sumber bacaan



6 Pautan luar

• •

Sejarah Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Kandungan Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Muka pertama ‫رسول ال دڠن يڠ اورڠ سيا بر مريك ؟‬ ‫؟ ڤدا ديوت مليا راي بري همبا منڬهكن اڬام اسلم‬ ‫دڠن بنر بچارا درما مرقسا بڬي سكلين همبا ديوت مليا راي‬ ‫ ڤننتو اڬاما رسول ال صلى ال عليه وسلم راجا‬.‫دبنواكو اين‬ ‫مند ليكا يڠ بنر بچارا سبله ديوت مليا راي ددالم‬ ‫ ڤننتوا ايتو فرض ڤدا سكلين راجا مند‬.‫بهومي‬ ‫ليكا اسلم منوروت ستيته ديوت مليا راي دڠن بنر‬ ‫بيچارا برباذيكي بنوا ڤننتوا ايتو مك تيته سري ڤادوك‬ ‫تهن مندودقكن تامرا اين دبنوا ترنڬانو ادفرتام اد‬ ‫جمعة دبولن رجب دتاهن سرطان دسسنكل‬ ‫بڬندا رسول ال تله للو توجه راتس دوا‬

1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka 2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam 3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya 4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja. 5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam 6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda. 7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar. 8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka. 9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada. 10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala. 11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Muka kedua

‫ ؟‬... ‫كلورڬا دبنوا جاو‬ ‫ )ا(ورڠ برڤهوتغ‬... (‫ كامڤـ)ت‬.‫داتغ بريكن‬ ‫ ؟ هيلڠكن امس‬... (‫جاڠن مڠامبل )ك‬ ‫ )مر(ديكا‬... ‫كليما درما بارڠ اورڠ‬ ‫ )ت( امسڽ‬... ‫جاڠن مڠامبل توڬل بوت‬ ‫ كانم درما بارڠ‬.‫جكيا امبل هيلڠكن امس‬ ‫اورڠ بربوت بل چارا لكي لكي ڤرمڤون ستيته‬ ‫ديوت مليا راي جك مرديكا بوجن ڤالو‬ ‫ جك مرديكا براستري‬.‫سراتس راوتن‬ ‫اتوا ڤرمڤون برسوامي دتانم هڠڬن‬ ‫ڤڠڬڠ دهمبالڠ دڠن باتو ماتيكن‬ ‫ همبالڠ جك انق مند ليكا‬... ‫جك انكر‬ 1. Keluarga di Benua jauh kan 2. Datang berikan.keempat orang berpiutang. 3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas. 4. Kelima derma barang orang....(mar)dika. 5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya. 6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang. 7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah. 8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu. 9. Seratus ratun jika merdeka beristeri. 10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan. 11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan. 12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

Muka ketiga ... ‫بوجن دانداڽ سڤولوه تڠه تيڬا جكيا‬ ... (‫منتري بوجن دانداڽ توجه تاهل سڤا)ها‬ ... (‫ جك تتوا بوجن دنداڽ ليما تاهـ)ل‬.‫تڠه تيڬا‬ ... (‫ جك او)رڠ‬.‫توجه تاهل سڤاها ماسق بندارا‬ ... ‫ كتوجه درما بارڠ ڤرمڤون هندق‬.‫مرديك‬ ‫تيدا داڤت براسوامي جكيا بربوت بلچارا ؟‬ 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia......... Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha).... Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil.... Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang)..... Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak.......... Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

Muka keempat

‫ كسمبيلن درما‬.‫تدا بنر دانداڽ ستاهل سڤاها‬ ‫سري ڤادوك تهن سياڤا تيدا ؟ دانداڽ‬ ‫)در(ما جك انقكو اتوا ؟ اتوا چوچوكو اتوا كلورڬاكو اتوا انق‬ ‫تمرا اين سڬال اسي تمرا اين بارڠ سيافا تيدا منوروت تمرا اين لعنة ديوت مليا راي‬ ‫دجاديكن ديوت مليا راي بڬي يڠ لنڬر اچارا تمرا‬ 1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma. 2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya. 3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak. 4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya. 5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

Tarikh tepat Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naguib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 M.[1]

Rujukan 1. ↑ The correct date of the Trengganu inscription: Friday, 4th Rejab, 702 A.H./Friday, 22nd February, 1303 A.C. Syed Muhammad Naguib Al-Attas. 1984. Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Sumber bacaan • • •

H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263. R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40. J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71. Batu Bersurat

Pada Tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, ditepi Sungai Tara, di kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abdidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu ini ditulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah. Tulisan pada batu ini menerangkan, Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang. Pada tahun 1923, batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu. Batu ini merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengistiharaan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam. Memorial Batu Bersurat terletak di Kampung Buluh, Hulu Terengganu . Ia dibangunkan sebagai suatu Peringatan tempat penemuan Batu Bersurat. Batu Bersurat ini merupakan bukti tertulis tentang pengistiharaan Islam sebagai agama rasmi bagi Negeri Terengganu malahan di Semenanjung Malaysia. Memandangkan tempat ini merupakan tapak yang begitu penting dalam pensejarahan negeri dan negara, adalah wajar ianya dibangunkan dan dijadikan sebagai suatu tempat kajian dan kunjugan penduduk negeri ini khasnya dan pelancong-pelancong amnya. Adalah diharapkan dengan adanya Memorial ini lebih ramai pengkaji-pengkaji, peminatpeminat sejarah dan pelancong-pelancong akan berkunjung ke sini untuk melihat

keadaan persekitaran tempat yang penting ini, disamping dapat membaca keterangan dan kenyataan yang terkandung pada Batu Bersurat. Memorial ini direkabentuk empat persegi sama seluas 11400cm x 11400cm dan bertingkat tiga belas (13) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu. Bahan binaannya terdiri daripada batu granite biasa dan granita hitam. Memorial ini dirasmikan oleh YAB. Dato' Sri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada 13 April, 1992.

.Batu Bersurat Terengganu • •

Dijumpai pada tahun 1899 M.. Batu bersurat ini bertulisan jawi dan bertarikh hari Jumaat, 4 haribulan Rejab, 702 H. bersamaan 22 Februari, tahun 1303 M.. Tulisan ini telah ditafsirkan oleh ahli intelektual tempatan, Syeid Naquib al-Attas. Mengikutnya cacatan pada batu bersurat itu mengatakan tentang kewajipan menjalankan hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman terhadap penzina, dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang. ‫رسول ال دڠن يڠ اورڠ سيا بر مريك ؟‬ ‫؟ ڤدا ديوت مليا راي بري همبا منڬهكن اڬام اسلم‬ ‫دڠن بنر بچارا درما مرقسا بڬي سكلين همبا ديوت مليا راي‬ ‫ ڤننتو اڬاما رسول ال صلى ال عليه وسلم راجا‬.‫دبنواكو اين‬ ‫مند ليكا يڠ بنر بچارا سبله ديوت مليا راي ددالم‬ ‫ ڤننتوا ايتو فرض ڤدا سكلين راجا مند‬.‫بهومي‬ ‫ليكا اسلم منوروت ستيته ديوت مليا راي دڠن بنر‬ ‫بيچارا برباذيكي بنوا ڤننتوا ايتو مك تيته سري ڤادوك‬ ‫تهن مندودقكن تامرا اين دبنوا ترنڬانو ادفرتام اد‬ ‫جمعة دبولن رجب دتاهن سرطان دسسنكل‬ ‫بڬندا رسول ال تله للو توجه راتس دوا‬ ‫ ؟‬... ‫كلورڬا دبنوا جاو‬ ‫ )ا(ورڠ برڤهوتغ‬... (‫ كامڤـ)ت‬.‫داتغ بريكن‬ ‫ ؟ هيلڠكن امس‬... (‫جاڠن مڠامبل )ك‬ ‫ )مر(ديكا‬... ‫كليما درما بارڠ اورڠ‬ ‫ )ت( امسڽ‬... ‫جاڠن مڠامبل توڬل بوت‬ ‫ كانم درما بارڠ‬.‫جكيا امبل هيلڠكن امس‬ ‫اورڠ بربوت بل چارا لكي لكي ڤرمڤون ستيته‬ ‫ديوت مليا راي جك مرديكا بوجن ڤالو‬ ‫ جك مرديكا براستري‬.‫سراتس راوتن‬ ‫اتوا ڤرمڤون برسوامي دتانم هڠڬن‬ ‫ڤڠڬڠ دهمبالڠ دڠن باتو ماتيكن‬ ‫ همبالڠ جك انق مند ليكا‬... ‫جك انكر‬ ... ‫بوجن دانداڽ سڤولوه تڠه تيڬا جكيا‬ ... (‫منتري بوجن دانداڽ توجه تاهل سڤا)ها‬ ... (‫ جك تتوا بوجن دنداڽ ليما تاهـ)ل‬.‫تڠه تيڬا‬ ... (‫ جك او)رڠ‬.‫توجه تاهل سڤاها ماسق بندارا‬

‫مرديك‪ .‬كتوجه درما بارڠ ڤرمڤون هندق ‪...‬‬ ‫تيدا داڤت براسوامي جكيا بربوت بلچارا ؟‬ ‫تدا بنر دانداڽ ستاهل سڤاها‪ .‬كسمبيلن درما‬ ‫سري ڤادوك تهن سياڤا تيدا ؟ دانداڽ‬ ‫)در(ما جك انقكو اتوا ؟ اتوا چوچوكو اتوا كلورڬاكو اتوا انق‬ ‫تمرا اين سڬال اسي تمرا اين بارڠ سيافا تيدا منوروت تمرا اين لعنة ديوت مليا راي‬ ‫دجاديكن ديوت مليا راي بڬي يڠ لنڬر اچارا تمرا‬

Related Documents


More Documents from "amalia nur islami"

Kmlgn Jln Raye
June 2020 7
August Rhapsody
May 2020 26
Form Pasien
August 2019 40