Modul Pengajaran & P embelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL
Pengenalan
PENGAJA RA N BERA SASKA N KAJIA N M ASA DEPA N
Perubahan dalam arus pembangunan yang pesat dan lebih bersifat global memberikan satu tamparan yang hebat dalam arus kehidupan. Menyedari hakikat ini, maka generasi har i ini perlu berganjak paradigma dan memindah minda untuk merenung hari esok agar generasi baru mendapat bekalan yang cukup untuk menghadapi cabaran dan perubahan. Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk membolehkan generasi baru merancang dan mew ujudkan masyarakat Malaysia yang berw aw asan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan.
DEFINISI
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.
RASIONAL KAJIA N MASA DEPA N
Rasional pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid menangani sebarang cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala perubahan yang tidak dijangka.
OBJEKTIF Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid :
berfikir secara kritis dan kreatif membuat keputusan tentang masa depan membina sikap dan nil ai posit if tentang masa depan berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan mempunyai pengetahuan tentang masa depan membuat kajian dan menguruskan maklu mat tentang masa depan
48
Modul Pengajaran & P embelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL
KEM AHIRA N ASAS KAJIA N M ASA DEPAN
KMD memberi kesedaran dan merangsang minda berfikir tentang isu, masala h dan peluang yang bakal dihadapi. 3
1 MEMBUAT RAMALAN
MENGAWAL DAN MENGENDALIKAN PERUBAHAN
2 MENJANGKA AKIBAT
1. Ramalan dibuat tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. 2. Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena atau trend. 3. Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengaw al, menangani serta mengendalikan perubahan. KEM AHIRA N KHUSUS KAJIA N M ASA DEPAN
Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan 1. Pemahaman konsep Kajian Masa Depan Segala tindakan dan peristiw a semasa ada kaitan dengan masa lalu. 2. Pengumpulan Maklumat Strategi sedia ada membolehkan kita memahami data masa lalu dan masa kini untuk menentukan trend masa depan. 3. Ramalan dan Analisis Satu proses mengenalpasti kesan atau akibat yang membolehkan kita membuat andaian tentang sesuatu pembaharuan atau perubahan. 4. Imaginasi dan Kreativiti Kemahiran ini membaw a kita kepada imaginasi yang tiada had yang mampu menghasilkan idea inovatif. 5. Strategi Mengatasi Cabaran Membantu murid membina rasa optimis dan keyakinan dir i serta menangani masalah yang dihadapi oleh mereka.
49
Modul Pengajaran & P embelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL
6. Proses Inovasi Sosial Strategi ini bertujuan untuk mengajar kemahiran penyelesian masalah. 7. Membina Senario Teknik yang penting untuk membantu murid membina gambaran jelas tentang situasi masa depan. 8. Penjelasan Nilai dan Masa Depan Satu proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang membaw a implikasi positif pada generasi akan datang. 9. Dimensi Kemapanan Ia merupakan keupayaan kita mencorakkan dan membentuk masa depan dunia dan kesejahteraan hidup. 1. Guru merancang aktiviti yang melibatkan teknik KMD. CARA MENJALANKAN PENGAJA RA N BERA SASKA N KAJIA N M ASA DEPA N
2. Memilih tajuk dan tema yang sesuai dengan teknik KMD. 3. Berbincang dengan murid untuk memperkembangkan idea secara kritis dan kreatif. 4. Membimbing murid mencapai kajian masa depan dalam hasil kerja seni.
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran. Tahun 1. Bidang : Membentuk dan membuat binaan. Tajuk : Kenderaan Tahun 2020. Murid diminta menggambarkan bentuk kereta pada masa depan berasaskan pengalaman sedia ada atau dari imbasan masa dahulu ( melalui media). Guru membimbing dengan contoh gambar kereta masa dahulu dengan masa sekarang. Kemudian murid menggunakan kebolehan imaginasi untuk mereka bentuk kereta masa depan.
50
Modul Pengajaran & P embelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 4 Bidang : Menggambar (catan) Tajuk : Pemandangan Alam Sekitar. Pengajaran KMD boleh diterapkan di baw ah tajuk ini dengan memberi penekanan kepada isu ala m sekitar. Perubahan alam sekitar masa dahulu dikaitkan dengan masa sekarang (sebab/akibat). Guru berbincang tentang kesan pencemaran alam sekitar yang tidak kaw al. Murid menggambarkan tentang pemadangan alam sekitar yang tidak ter kaw al pada masa depan.
Tingkatan 1 Bidang : Reka Bentuk grafik (ICT) Tajuk : Kesihatan Diri Murid diminta mereka satu poster berkaitan dengan bahayanya merokok. Poster tersebut direka cipta untuk kegunaan masa depan dengan fungsi yang lebih canggih dan berkesan. Contohnya, poster yang di lengkapi dengan sensor peka pada asap rokok atau boleh mengeluarkan pancaran laser bagi memastikan keberkesanannya.
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Tingkatan 4 Bidang : Reka Bentuk Tajuk : Hiasan dalaman di bil ik darjah. Murid diminta menggambarkan suasana bil ik darjah pada masa dahulu dan sekarang. Perubahan perlu dibuat dari aspek ruang, kemudahan dan kemajuan teknologi.
51
Modul Pengajaran & P embelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL
52
Modul Pengajaran & P embelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL
53