Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN STRATEGI BERFIKIR ( KBSB )
Pengenalan Penerapan KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ( PSV ) amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KBSB adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.
MATLAMAT
OBJEKTIF
Modul ini bertujuan memberi pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dala m pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Selepas mengikuti modul ini pendidik : 1. Memahami maksud dan konsep KBSB. 2. Menguasai teknik penerapan KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Menyebarkan konsep dan aplikasi KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Menyebarkan konsep dan aplikasi KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain. 5. Membina semangat untuk mendalami aplikasi KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupan seharian.
DEFINISI
STRAT EGI BERFIKIR
Berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masaalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli.
57
Modul P engajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN S ENI V ISUAL
PROSES BERFIKIR
Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBSB secara kritis dan kreatif digunakan.
Kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya sesuatu objek, soalan yang seringkali timbul di pemikiran anda ialah : 1. 2. 3. 4.
Apakah objek itu? Apakah kegunaannya? Bagaimanakah menggunakannya? Adakah ia memberi manfaat?
Apabila anda menyoal dir i sendiri dan mencari jaw apannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jaw apan, anda menggunakan aspek yang berikut : . Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang objek itu . Kemahiran - menyoal diri sendir i tentang objek itu . Sikap / Nilai - keinginan untuk mengetahui tentang objek itu Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognit if dan sikap atau nilai seperti dalam rajah di baw ah. PENGETAHUAN
KEMAHIRAN / KOGNITIF
SIKAP / NILAI
Proses Berfikir
58