Kgt Stressssss..

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kgt Stressssss.. as PDF for free.

More details

  • Words: 1,861
  • Pages: 19
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009

Petempatan Dan Perkembangan Di Kawasan Bukit Padang Serta Membandingkannya Dengan Negara Thailand

Nama murid : Atikhah Binti Yusri Shah Ahmad No. Kad Pengenalan : 940401 – 12 – 5438 Tingkatan : 3 Nilam Nama guru : Mussimar Berto & Hasrul Bin Jakir

Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Ibrahim Bin Othman , Pengetua Maktab Rendah Sains Mara , Kota Kinabalu kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Mussimar Berto dan Cikgu Hasrul Bin Jakir , guru Geografi kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan .

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua – dua ibubapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian dijalankan .Selain itu ucapan penghargaan juga tidak lupa diberikan kepada rakan – rakan atas kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat .

Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada penduduk awam dan semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Jasa dan budi baik mereka akan dikenang sepanjang zaman.

Di bawah ini saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda penghargaan daripada saya,

Pulau Sipadan jauh ke tengah, Gunung Kinabalu indah niannya, Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Pendahuluan

Saya Atikhah Binti Yusri Shah Ahmad pelajar tingkatan 3 Nilam , Maktab Rendah Sains Mara telah mamilih tajuk petempatan dan perkembangan di kawasan sekitar Bukit Padang berbanding dengan negara Thailand .

Saya memilih kawasan ini kerana kawasan ini kerana ianya terletak tidak berhampiran dengan kawasan rumah saya dan ini memudahkan lagi saya untuk membuat kajian atas faktor jarak yang dekat. Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengambil masa selama 8 minggu. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di lapangan secara berkumpulan.

Disamping

itu,

saya

telah

melakukan

perbandingan

petempatan

dan

perkembangan di kawasan kajian dan perbandingan di negara Thailand. Saya memilih negara Thailand kerana negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi petempatan dengan negara kita dan juga saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang negara ini dari segi petempatan. Hasil daripada maklumat yang diperolehi telah saya gunakan untuk melakukan kerja kajian ini.

Objektif Kajian



Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Bukit Padang dan Jepun sebagai negara perbandingannya.



Menyatakan faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian.



Dapat mengkaji fungsi petempatan di kawasan kajian.



Mengenal pasti masalah petempatan yang berlaku di kawasan kajian



Mengambil

langkah-langkah

penyelesaian

mengurangkan

masalah

petempatan. •

Memupuk nilai dan unsur patriotisme dalam diri terhadap kawasan kajian.

Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Bukit Padang yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Bandar Kota Kinabalu. Jaraknya dari sekolah saya adalah kira-kira 3 kilometer. Keluasan kawasan kajian saya ialah kira-kira 18 hektar dan bilangan penduduk di sini lebih kurang 1500 orang. Jika menaiki bas dari Bandar Kota Kinabalu ke Bukit Padang tambangnya ialah RM1.00 dengan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Dari sekolah saya pula, tambangnya ialah 50 sen dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kawasan ini mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Iklim di kawasan kajian ialah panas dan lembap sepanjang tahun.

Bandar Bangkok dalam bahasa Thailand ialah Krung Thep atau Krung Thep Maha Nakhon. Bandar Bangkok adalah ibu kota dan kota terbesar di Thailand. Kota ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand. Bangkok adalah salah satu kota dengan perkembangan terpesat, dengan ekonomi yang dinamis dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara. Kota ini sedang berkembang menjadi pusat regional yang dapat menyaingi Singapura dan Hong Kong, namun masih mempunyai

masalah

dalam

sektor

infrastruktur

dan

sosial

sebagai

akibat

perkembangannya yang pesat. Kota ini juga mencatat sebagai salah satu kota di dunia dengan laju penambahan konstruksi gedung pencakar langit tercepat.

Peta kawasan kajian – Bukit Padang

Peta kawasan kajian – Thailand , Bangkok

Kaedah Kajian

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti :



Pemerhatian

Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti ciri-ciri bentuk muka bumi, sumber-sumber semula jadi, dan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan kajian.



Temu bual

Saya telah menemubual penduduk awam untuk mengumpulkan maklumat .



Rujukan

Saya telah merujuk kepada bahan media seperti buku, internet dan sebagainya .



Soal selidik

Seramai 5 orang responden yang terdiri daripada pelbagai kaum di kalangan penduduk tempatan dipilih untuk melengkapkan borang soal selidik.

Hasil Kajian Bukit Padang

1. Jenis Petempatan

Jenis petempatan di kawasan kajian, iaitu Bukit Padang adalah petempatan bandar. Di sekitar kawasan kajian terdapat jumlah penduduk yang ramai dan kepadatan penduduk yang tinggi .

2. Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan

i } Bentuk Muka Bumi Kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan kajian saya, Bukit Padang terletak di kawasan tanah pamah. Ekoran itu, kerja-kerja membangunkan dan membina jalan-jalan raya serta bangunan lebih mudah dilakukan .

ii} Jenis Tanih Di kawasan kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan Bukit Padang mempunyai tanah yang subur dan menjadi tumpuan penduduk untuk membina petempatan .

iii} Kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi di kawasan kajian merupakan kawasan tanah terancang dimana terdapat pelbagai kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh RMK-9.

iv} Tahap Ketersampaian Tahap ketersampaian bagi kawasan kajian, Bukit Padang tahapnya adalah tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak pengangkutan awam seperti bas, teksi dan sebagainya yang disediakan untuk memudahkan ke kawasan kajian telah disediakan. Selain itu, jalan-jalan raya juga dibina bagi memudahkan perjalanan para penduduk .

3. Pola Petempatan Hasil dari kajian yang telah saya lakukan, kawasan kajian, Bukit Padang merupakan pola petempatan berselerak. Hal ini demikian kerana, kawasan kajian merupakan sebuah kampung dan kebanyakan penduduk mempunyai tanah masing-masing. Hal ini, menyebabkan pola petempatan berselerak .

4. Fungsi Petempatan

i } Ekonomi Hasil daripada kajian yang dilakukan di Bukit Padang fungsi petempatan kepada ekonomi adalah dalam sektor perkhidmatan adalah lebih menggalakan berbanding

dengan sektor perindustrian dan pertanian. Hal ini demikian kerana, banyak projek pembinaan yang dijalankan di kawasan bagi meningkatkan lagi sektor pembangunan.

ii } Sosial Hasil daripada kajian yang telah dilakukan di kawasan kajian,Bukit Padang fungsi petempatan kepada aspek sosial menyebabkan kebanyakan penduduk memilih untuk mementingkan aspek pendidikan.

5. Masalah yang di hadapi

i } Penipisan Ozon Pelepasan CFC [ Chlorofluorocarbon ] ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini disebabkan kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bank, dan sebagainya.

ii } Jenayah Masalah jenayah seperti mencuri, semakin meningkat di kawasan kajian. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kes kecurian ini sering berlaku di kawasan yang sunyi, kurang berpendudukan ketika penghuni rumah sedang tidur.

iii } Perparitan

Masalah peparitan sering berlaku di kawasan kajian, terutama sekali ketika hujan. Hal ini demikian kerana, air tidak dapat mengalir dengan lancar akibat dari sikap penduduk juga yang suka membuang sampah-sarap ke dalam parit menyebabkan ia tersumbat.

6. Cara Mengatasi

i } Kempen Mengadakan kempen untuk kesedaran penduduk tentang penipisan ozon yang semakin meningkat. Hal ini dapat mengurangkan pelepasan gas CFC [Chlorofluorocarbon] ke udara dan juga meningkatkan kesedaran terhadap penduduk bahayanya pelepasan gas CFC ke udara.

ii } Menguatkuasakan Undang – Undang Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang bagi kes-kes jenayah yang berlaku. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan kajian.

iii } Poster Penyebaran poster tentang akibat atau kesedaran yang berlaku akibat dari pembuangan sampah sarap ke dalam parit juga akan dapat mengurangkan masalah perparitan daripada terus teruk.

Bangkok , Thailand

1. Jenis Petempatan Jenis petempatan di kawasan kajian ialah iaitu Thailand adalah petempatan bandar . Terdapat banyak pembangunan yang terdiri di sekitar kawasan Bangkok, Thailand. Kawasan perumahan dikelilingi oleh pelbagai bangunan seperti sekolah-sekolah, perpustakaan, medan selera, serta macam-macam lagi.

2. Faktor yang Mempengaruhi Petempatan

i } Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi di kawasan Bangkok, Thailand adalah tanah rata dan luas. Ekoran itu, banyak pembinaan bangunan dan prasarana yang lain boleh didirikan di kawasan tersebut menyebabkan Bangkok, Thailand menjadi tumpuan penduduk dan menjadikan ia maju.

ii } Ketersampaian Tahap ketersampaian bagi kota Bangkok, Thailand amat tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak alternatif untuk ke kawasan tersebut disediakan seperti pengangkutan awam, bas, kereta, teksi dan sebagainya. Selain itu, pembinaan jalan-jalan raya juga memudahkan perjalanan ke kota tersebut.

iii } Kegiatan Ekonomi Kegiatan ekonomi bagi kawasan Bangkok, Thailand merupakan pusat pelabuhan serta pusat pelancongan. Bangkok juga merupakan pusat kegiatan ekonomi bagi Negara Thailand.

3. Pola Petempatan Pola petempatan bagi kawasan Bangkok, Thailand adalah pola petempatan berjajar.

4. Fungsi Petempatan

i } Ekonomi Fungsi petempatan terhadap ekonomi kawasan Bangkok, Thailand adalah menyebabkan ekonomi kawasan tersebut tertumpu ke arah aspek perindustrian, perkhidmatan dan juga pelancongan.

ii } Sosial Fungsi petempatan kepada aktiviti sosial di kota Bangkok,Thailand adalah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk yang lebih besar dalam bidang perindustrian dan juga perkhidmatan. Hal ini menyebabkan kebanyakan penduduk

di kawasan tersebut bekerja dalam sektor tersebut sebagai kerani, pengurus, pembantu hotel dan sebagainya.

5. Masalah yang dihadapi

i } Pencemaran Asap-asap kenderaan yang sentiasa banyak pada setiap masa telah menimbulkan masalah pencemaran udara seperti jerebu yang teruk. Ini boleh mengakibatkan banyak penyakit yang akan berjangkit kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.

ii } Pulau Haba Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak bangunan pencakar langit menyebabkan berlakunya pulau haba.

iii } Kepupusan sumber Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan kawasan pelancongan menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

6. Cara Mengatasi

i } Kempen

Melancarkan

kempen-kempen

serta

program-program

untuk

kesedaran

masyarakat agar mengetahui bahayanya pencemaran udara yang berlaku yang akan mengakibatkan penipisan ozon serta jerebu .Hal ini berkemungkinan besar dapat mengurangkan pencemaran ini dari terus meningkat.

ii } Mengadakan penanaman pokok hijau kebangsaan Melalui hari penanaman pokok hijau kebangsaan dapat memberi ruang kepada penduduk di kawasan kajian untuk memberi kesempatan membantu daripada berlakunya pulau haba di kawasan tersebut.

iii } Poster Penampalan atau pengedaran poster kepada penduduk tentang kepupusan sumber di kawasan tersebut haruslah dikenalkan agar masalah kepupusan sumber seperti flora dan fauna dapat diatasi.

Jadual Masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Padang

Perkara Perparitan Penipisan Ozon Jenayah ( mencuri ) Lain – lain

Bilangan 7 6 5 2

Graf Masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Padang

7 6 5 4 3 2

Perparitan Penipisan Ozon Jenayah Lain - lain

1 0 Rumusan

Jenis petempatan di Bukit Padang merupakan bandar. Mempunyai bentuk muka bumi yang baik untuk membuat kerja pembinaan menyebabkan kawasan tersebut berkembang maju seperti bandar-bandar yang lain. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah berselerak. Fungsi petempatan bagi kawasan Bukit Padang banyak tertumpu kepada sektor pembangunan. Di kawasan Bukit Padang juga mempunyai beberapa masalah seperti masalah perparitan, penipisan ozon, kecurian dan sebagainya. Ekoran itu, saya telah membuat kajian cara untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu, dengan menguatkuasakan undang-undang, menampal poster - poster dan sebagainya. Jenis petempatan Bangkok, Thailand merupakan sebuah Bandar. Mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan luas menyebabkan banyak bangunan-bangunan didirikan di kawasan tersebut. Hal ini demikian menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk dan semakin pesat membangun dan menjadi sebuah bandar yang

penting bagi Thailand. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah pola petempatan berjajar. Fungsi petempatan bagi kawasan Bangkok, Thailand banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti perindustrian, perlancongan dan juga perkhidmatan. Namun begitu, kawasan Bangkok, Thailand juga mempunyai beberapa masalah seperti pencemaran udara, pulau haba, kepupusan sumber dan sebagainya. Oleh yang demikian, beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut, antaranya, menampal posterposter, mengadakan kempen-kempen serta program - program yang sesuai.

Rujukan



Rakan – rakan sekelas



Guru matapelajaran Geografi



Penduduk – penduduk tempatan Bukit Padang



Laman web rasmi

i } http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok

Related Documents

Kgt Stressssss..
May 2020 17
Kgt
November 2019 41
Kgt
May 2020 12
Kgt Petempatan :]
May 2020 14
Kgt Form1
May 2020 12
Kgt Sri Menanti
May 2020 14