Kgt Petempatan :]

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kgt Petempatan :] as PDF for free.

More details

  • Words: 1,497
  • Pages: 12
Saya, Shanny Cheong Yan Chin telah membuat kajian di kawasan Taman Shamelin Perkasa dan Negara yang dibandingkan ialah Bandar Jurong, Singapura. Saya memilih kawasan Taman Shamelin Perkasa untuk menjalankan kajian atas sebab-sebab kerana sekolah saya terletak di kawasan tersebut. Ini akan memudahkan saya untuk menjalankan kajian kerana Taman Shamelin Perkasa berhampiran dengan sekolah. Tambahan lagi, sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini. Selain itu, saya telah memilih Bandar Jurong, Singapura sebagai tempat perbandingan untuk kajian saya. Negara Singapura terletak dekat dengan Negara kita, Malaysia. Oleh itu, saya boleh membezakan dan membandingkan kedua-dua kawasan itu dengan lebih mudah. Kajian yang dijalankan di sini melibatkan tempoh masa kira-kira 6 minggu, iaitu dari bulan Mac hingga Jun. Kajian dibuat secara berkumpulan dengan saudara-mara saya serta rakanrakan sekolah saya untuk mempercepatkan masa supaya kajian dapat dihasilkan secepat mungkin.

Bil

Tajuk

Muka Surat

1.

Tajuk Kajian

2. 3. 4.

Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan

5.

Objektif Kajian

6.

Kawasan Kajian

7.

Kaedah Kajian

8.

Dapatan Kajian 8.1 Jenis dan pola petempatan 8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan 8.3 Fungsi petempatan 8.4 Masalah petempatan

9.

8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan Rumusan

10.

Lampiran

11.

Rujukan

Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Puan Roaini yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan sekolah. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kapada guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Rafidah bt Ramli atas segala tunjuk ajar, nasihat, dan idea yang diberi kepada saya untuk menghasilkan projek ini.

Di samping itu, saya ingin melafazkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberikan sokongan dari segi kewangan dan juga moral untuk saya menyiapkan kajian ini.Tidak lupa juga dengan sumbangan rakan-rakan saya seperti Jia Wei dan Joe Yee yang memberi tunjuk ajar dan berkongsi maklumat dengan saya sepanjang projek ini dijalankan.

Saya akhiri penghargaan ini dengan ribuan terima kasih. Sekian.

Objektif Kajian Geografi Tempatan di Taman Shamelin Perkasa dan perbandingannya dengan Bandar Jurong, Singapura adalah untuk : a) Mengenalpasti masalah petempatan di Taman Shamelin Perkasa dan di Bandar Jurong, Singapura b) Menyatakan pola petempatan di Taman Shamelin Perkasa dan di Bandar Jurong,

Singapura. c) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Shamelin

Perkasa and di Bandar Jurong, Singapura. d) Menghuraikan fungsi petempatan di Taman Shamelin Perkasa dan Bandar Jurong,

Singapura.

e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di

Taman Shamelin Perkasa dan di Bandar Jurong, Singapura. f) Saya berasa bangga kerana dapat membuat kajian di Bukit Nanas dan Tokyo, Jepun

Kaedah-kaedah kajian yang saya gunakan adalah seperti yang berikut :

Kaedah Pemerhatian Saya telah memerhati apa yang ada di kawasan kajian seperti petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan kajian. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian

Kaedah Temu Bual Saya dan kumpulan saya telah menemu bual penduduk tempatan di Taman Shamelin Perkasa. Temu bual dibuat dengan cara bertanya atay mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada merka. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsun apabila bertemu dengan mereka. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di manamana sahaja yang mendatangkan faedah. Di samping itu, kemi juga mengedarkan 30 borang soal selidik kepada pihak responden untuk mengetahui tentang petempatan dan perkembangan di Taman Shamelin Perkasa. Pihak responden juga telah mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah yang berlaku di Taman Shamelin Perkasa.

Kaedah Rujukan Saya juga telah merujuk kepada bahan-bahan seperti Buku Teks Geografi Tingkatan 3 dan Buku Rujukan Pep untuk mendapatkan maklumat mengenai petempatan.

Jenis dan pola petempatan

Faktor yang mempengaruhi petempatan Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Shamelin Perkasa, Faktor utama yang mempengaruhi petempatan ialah bentuk muka buminya yang bertanah pamah dan rata. Hal demikian memudahkan petempatan dan jaringan pengangkutan dibina di kawasan kajian. Bangunan lain seperti kondominium, kedai perniagaan dan bangunan perdidikan adalah contoh bangunan yang dibina di Taman Shamelin Perkasa.

Selain itu, petempatan Taman Shamelin Perkasa juga dipengaruhi oleh factor kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi yang digiatkan di kawasan kajian termasuklan perniagaan dan perkilangan. Pasar mini, restoran, kilang membuat pakaian, bank, pusat tuisyen dan klinik adalah beberapa contoh kegiatan yang terdapat di kawasan kajian Taman Shamelin

Perkasa. Kegiatan ekonomi perkilangan lebih diutamakan kerana Taman Shamelin Perkasa merupakan kawasan industri kecil dan sederhana.

Lebih-lebih lagi, di Bandar Jurong Singapura pula, factor yang mempengaruhi petempatan di sana juga merupakan bentuk muka bumi yang bertanah pamah yang rata. Hal ini telah memudahakan proses perkembangannya sebagai sebuah Bandar yang mempunyai petempatan dan sistem pengangkutan yang sempurna. Kebanyakan kawasan perumahan di Jurong dibina berdekatan dengan Sungai Jurong kerana terdapat lebih industry yang dijalankan di kawasan tersebut. Penduduk di Bandar Jurong, Singapura juga terlibat dengan kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perdagangan, pelancongan, pendidikan dan perkhidmatan. Terdapat juga banyaj universiti dan institusi pendidikan di sekitar Bandar Jurong, Singapura.

Saya berasa bersyukur kerana Taman Shamelin Perkasa mempunyai faktor-faktor petempatan yang bermanfaat kepada penduduknya. Hal ini kerana faktor-faktor tersebut memudahakan pergerakan penduduk dan dapat memajukan kawasan tersebut. Taraf hidup penduduk di Taman Shamelin Perkasa tinggi kerana faktor-faktor yang mempengaruhi petempatannya tidak menghalang proses perkembangan di Taman Shamelin Perkasa sebagai sebuah Bandar.

Fungsi Petempatan Kawasan kajian saya,iaitu Taman Shamelin Perkasa mempunyai beberapa fungsi petempatan, iaitu sebagai Bandar pendidikan dan pengangkutan. Sebagai bukti, kawasan tersebut mempunyai beberapa sekolah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Sekolah Menengah Seri Bintang Utara dan Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara telah membuka peluang pendidikan kepada golongan muda di Taman Shamelin Perkasa. Di samping itu, di kawasan ini terdapat juga pusat pengajian tinggi seperti Universiti Wawasan Malaysia, Kolej Politek dan Maktab GMI.

Pengangkutan yang digunakan di Taman Shamelin Perkasa terbahagi kepada dua jenis iaitu pengangkutan jalan raya dan kereta api. Jaringan jalan raya menghubungkan Lebuhraya KESAS Highway Shah Alam Expressway Highway [MRR2] dengan Pandan

Indah. Pengangkutan jalan raya di Taman Shamelin Perkasa ialah kereta, bas dan teksi. Sistem Transit Aliran Ringan [LRT] dibina di Taman Shamelin Perkasa memendekkan masa untuk sampai ke sesuatu destinasi.

Bandar Jurong, Singapura berfungsi sebagai sebuah Bandar pendidikan. Antara pusat pendidikan yang terdapat di sana termasuklan Jurong Secondary School, Boon Lay Primary School, Rulang Primary School dan Yuan Ching Secondary School.

Bandar Jurong, Singapura juga berfungsi sebagai Bandar perniagaan. Pusat perniagaan yang terdapat di Jurong, Singapura ialah Taman Jurong Shopping Centre, Jurong Point dan Pioneer Mall.

Saya berasa bangga kerana dapat mendapat didikan di Taman Shamelin Perkasa yang mempunyai empat sekolah bestari serta institusi yang terkenal dalam melahirkan individu-invdividu yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

Masalah tempatan Kawasan kajian saya iaitu Taman Shamelin Perkasa merupakan petempatan jenis Bandar. Oleh itu, salah satu masalah yang sering dialami oleh penduduk di petempatan ini adalah kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas kerap berlaku pada waktu puncak iaitu pada waktu pagi, waktu tengah hari selepas sesi persekolahan berakhir dan pada waktu petang semasa waktu kerja berakhir. Kesesakan lalu lintas menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Punca pencemaran bunyi yang utama ialah daripada kenderaan-kenderaan seperti motorsikal, kereta, lori dan sebagainya.

Selain itu, kawasan Taman Shamelin Perkasa menghadapi masalah pencemaran udara yang serius disebabkan oleh pelepasan asap toksik dari kilang dan kenderaan di sekitar kawasan ini. Udara tercemar mengandungi kandungan plumbum, karbon dioksida dan korbon monoksida. Gas ini boleh menyebabkan fenomena hujan asid berlaku. Debu

dalam asap menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh menjejaskan kesihatan manusia terutamanya mereka yang menghadapi masalah pernafasan .

Di Bandar Jurong, Singapura pila, masalah petempatan yang sering berlaku serupa dengan Taman Shamelin Perkasa. Bandar Jurong, Singapura juga menghadapi masalah kesesakan lalu lintas pada waktu puncak disebabkan oleh bilangan penduduk yang ramai dan juga jalan raya yang sempit.

Di samping itu, masalah pencemaran juga menimpa Negara Singapura terutamanya pencemaran udara dari asapa yang dilepaskan oleh kilang-kilang di Jurong Industrial Estate dan kenderaan serta pembakaran secara terbuka. Tambahan lagi, masalah pencemaran air di Bandar Jurong,Singapura adalah serius. Pembuangan bahan kimia oleh pihak kilang yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai menyebabkan pencemaran air berlaku di Singapura.

Saya amat bersyukur kerana dapat bersekolah di kawasan Taman Shamelin Perkasa kerana walaupun kawasan tersebut menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran, masalah tersebut tidak mencapai ke tahap yang kritikal.

Masalah petempatan dihadapi di Taman Shamelin Perkasa

Graf 1 : Masalah petempatan yang dihadapi di Taman Shamelin Perkasa

Berdasarkan garf di sebelah, saya mendapati bahawa pelbagai masalah petempatan dihadapi oleh penduduk di Taman Shamelin Perkasa. Misalnya, kekurangan infrastruktur, kesesakan lalu lintas, kekurangan peluang pekerjaan, banjir kerap berlaku , pencemaran udara, pencemaran bunyi dan darjah ketersampaian rendah.

Bagi masalah yang paling ketara ialah kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara. Kedua-dua masalah ini mempunyai bilangan yang tinggi masing-masing, iaitu 13 dan 9. Di samping itu, pencemaran bunyi juga merupakan salah satu masalah yang terdapat 3 orang.

Selain itu, kekurangan peluang pekerjaan pula terdapat bilangan yang tidak beberapa tinggi, iaitu 2 orang. Manakala kekurangan kemudahan infrastruktur, banjir kerap berlaku dan darjah ketersampaian rendah merupakan masalah petempatan yang terdapat bilangan yang paling rendah sama sekali, iaitu 1 orang.

Related Documents

Kgt Petempatan :]
May 2020 14
Kgt
November 2019 41
Kgt
May 2020 12
Petempatan
April 2020 17
Kgt Form1
May 2020 12
Kgt Stressssss..
May 2020 17