Saya, Cathy Sudi telah menjalankan kajian di Kg. Togop, Tamparuli. Saya memilih kawasan kampong tersebut kerana kampong tersebut adalah kampong halaman saya. Ini membuatkan saya lebih mudah untuk menjalankan kajian saya kerana kawasan kajian merupakan tempat asal saya dan saya juga tahu tentang selokbelok kampong saya. Tambahan lagi, sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah mesra. Mereka member galakan dan perhatian kepada saya dalam hal kajian ini. Kajian dibuat secara berkumpulan dengan saudara-mara saya serta rakan-rakan sekolah saya untuk mempercepatkan masa supaya kajian dapat dihasilkan secepat mungkin.