Kgt Jaringan Pengangkutan Putrajaya Dengan Jepun

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kgt Jaringan Pengangkutan Putrajaya Dengan Jepun as PDF for free.

More details

  • Words: 1,421
  • Pages: 18
Jaringan Sistem Pengangkutan di Presint 9, Putrajaya dan Perbandingan dengan Negara Jepun

Senarai Kandungan

TAJUK

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat

Penghargaan

Terebih dahulu saya bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapt menghantar pada waktu yang ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi iaitu Encik Saiful Azmi kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Bazuki b. Muhammad dan ibu saya Zuriah bt. Mad Ali yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini.

Kepada rakan-rakan sekelas saya terutamanya Nor Shasha Shazrina Bt. Jusoh, terima kasih atas segala cadangan dan sudi berkongsi maklumat bersama-sama.

Pendahuluan

Nama saya Intan Nur Aisyah bt. Bazuki. Saya belajar di tingkatan 2 Ibnu Batutta di MRSM Serting. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT) . Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Presint 9, Putrajaya dan dibandingkan dengan negara Jepun. Sebab-sebab pemilihan adalah kerana kawasan kajian ini berhampiran dengan rumah serta saya juga telah mempelajari Jenis Pengangkutan dan Perhubungan pada tingkatan 2. Saya telah menjalankan kajian ini selama tempoh 8 minggu.

Objektif Kajian

Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut: 1. Mengenal pasti jenis-jenis sistem pengangkutan Presint 9, Putrajaya. 2. Mengkaji

faktor-faktor

yang

dapat

mempengaruhi

jaringan

sistem

pengangkutan Presint 9, Putarajaya. 3. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem-sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di Presint 9, Putrajaya.

Melalui kajian ini, saya rasa amat bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan yang mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan memudahkan pergerakan harian.

Kawasan Kajian

Dalam kajian ini, saya telah memilih Presint 9, Pputarajaya sebagai kawasan kajian saya. Kawasan ini adalah jenis kawasan tanah pamah rendah dan beralun. Sekarang Putrajaya merupakan pusat pentadbiran yang paling moden di negara kita. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putarajay mulai 12 Oktober 1994 dan Putrajaya juga seluas 4,931 hektar. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah. Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah: a) Pemerhatian Selama saya menjalankan kajian ini, saya bersama rakan-rakan saya telah memerhatikan jenis-jenis kenderaan yang terdapat di jalan raya Presint 9, Putrajaya pada hari Jumaat, 25 September 2009, dari jam 12.30 pagi hingga 12.50 tengahari. b) Rujukan Saya membuat rujukan dari sumber-sumber seperti buku teks geografi tingkatan 2, buku rujukan geografi, internet, dan juga merujuk kepada guru Geografi saya, Encik Saiful Azmi untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan terperinci.

Dapatan Kajian

Jenis-jenis Sistem Pengangkutan

Sistem pengangkutan amat penting dalam pembangunan sesebuah kawasan. Putrajaya merupakan sebuah bandar yang sedang pesat membangun. Justeru itu, sistem pengangkutan turut berkembang. Terdapat pelbagai sistem pengangkutan yang terdapat di Putrajaya. Antaranya ialah dengan adanya jalan raya, bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Jaringan pengangkutan jalan raya di Putrajaya adalah padat. Jaringan di sini adalah menghubungkan Putrajaya kepada beberapa buah bandar iaitu Bangi, Puchong, dan Klang(Shah Alam). Putarajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan (North South Central Expressway Link, NSCEL) dan Lebuhraya Selatan Lembah Klang (South Klang Valley Expressway). SKVE terletak di utara Putrajaya dan akan disambungkan ke sebuah lagi lebuhraya di mana tidak ada sebarang bayaran tol yang dikenakan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan

Terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Presint 9, Putrajaya. Antaranya ialah bentuk muka bumi di Putrajaya ialah tanah pamah rendah dan beralun. Hal ini dapat membolehkan jalan raya dibina dengan mudah. Pembinaan jalan raya ini dapat meningkatkan tahap kesampaian. Saya amat bersuyukur kerana jalan raya di sini dilengkapi dengan kemudahan jalan raya yang baik dan cekap. Faktor yang seterusnya ialah kegiatan ekonomi. Perkembangan ekonomi yang pesat di Putrajaya menyebabkan pembinaan jalan raya. Pembinaan jalan raya ini amat penting untuk kegunaan orang ramai. Kawasan Putrajaya tertarik dengan suasana kecantikannya dan dapat menarik minnta ramai pelancong untuk melawat ke Putrajaya. Kegiatan ekonomi ini mewujudkan jaringan pengankutan seperti jalan raya yang lebar. Kemodenan dan kemajuan yang terdapat di kawasan Putrajaya haruslah di banggakan oleh penduduk di Presint 9.

Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan

Antara kepentingan jaringan sistem pengankutan di Putrajaya ialah ketersampaian. Jaringan sistem pengangkutan Putrajaya yang baik dapat membantu pergerakan penduduk seharian untuk pergi ke sesuatu tempat yang ingin dituju. Jalan raya Presint 9 ini dapat memudahkan dan mempercepatkan perjalanan penduduk dari kawasan Presint 9 hingga ke luar kawasan Putrajaya seperti Bangi, Dengkil, Kajang dan Klang. Malahan jalan raya ini juga menghubungkan ke pejabat-pejabat pekerjaan di Putrajaya dengan negara Jepun yang mempunyai lebuhraya yang canggih seperti lebuhraya Tokyo, Yokohama dan Nagoya. Lebuhraya di Jepun mempunyai perkhidmatan yang lebih cekap dan efektif.

Kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Putrajaya seterusnya ialah dapt memajukan sektor pelancongan. Dengan adanya sistem pengangkutan yang cekap di Putrajaya ini telah dapat menarik minat ramai pelancong untuk melancong ke Putrajaya. Hal ini memudahkan dalam aktiviti pelancongan dan bersiar-siar sambil menikmati keindahan kehijauan di Putrajaya. Pelancongan di negara Jepun juga berkembang maju disebabkan oleh perkembangan sistem jalan raya. Saya amat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada penduduk Putrajaya kerana pengangkutan di sini menjadi setaraf dalam industri pelancongan dengan negara luar yang jauh lebih maju.

Kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian

Beberapa kesan positif yang terdapat di Putrajaya akan berlaku apabila sistem pengangkutan kini semakin berkembang moden. Antara kesan positif yang tercapai ialah dengan adanya jalan raya, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana jalan P9 mempunyai dua lorong pada kedua-dua hala. Ini secara tidak langsung, dapat mengurangkan risiko kemalangan. Negara Jepun juga mempunyai jalan raya yang luas dan lebar.

Kesan positif lain yang terdapat d Putrajaya ialah ia dapat mewujudkan landskap yang menarik. Di Putrajaya terdapat banyak landskap menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya, Taman Botani dan Taman Wetland. Di tepi-tepi jalan di sepanjang jalan raya di Putrajaya juga terdapat penanaman pokok bunga yang menarik dan berwarna-warni. Di negara Jepun pula, jalan raya mereka amat bersih dan tiada sampah yang dibuang merata-rata. Kita harus bersyukur kerana di Putrajaya terdapat banyak pokok-pokok meghijau yang setaraf dengan negara Jepun.

Langkah-langkah penyelesaian

Bagi mengelakkan kesan negatif, terdapat beberapa langkah penyelesaian yang boleh diambil. Kenderaan seperti kereta, van, MPV boleh menggunakan NGV atau dikenali sebagai ‘Natural Gas Vehicle’(gas asli). Ini dapat mengurangkan pelepasan asap beracun dari kenderaan bermotor. Secara tidak langsung dapat mengurangkan pemanasan global dan penipisan ozon. Di Putrajaya terdapat stesen minyak yang menyediakan kemudahan mengisi gas asli bagi kenderaan yang menggunakan NGV. Negara Jepun juga menggunakan NGV sama seperti di Putrajaya.

Kerajaan juga memainkan peranan yang amat penting dalam permasalahan ini. Antara peranan yang boleh diambil oleh kerajaan ialah seperti mengadakan kempenkempen alam sekitar. Ini dapat membuka mata masyarakat unutuk bersama-sama mengekalkan kehijauan alam sekitar. Jepun juga telah membuat kempen kesedaran alam sekitar seperti di Malaysia. Kempen ini mengutamakan kebersihan jalan raya di negara Jepun. Kita seharusnya bersyukur kerana telah diberi kemudahan oleh pihak kerajaan.

Jadual data kajian

Jadual 1 : Bilangan kenderaan yang melalui jalan P9 25 September 2009 pada pukul 12.30 hingga 12.50 tengahari.

Jenis kenderaan

Bilangan

1.

Kereta

124

2.

Motosikal

37

3.

Bas

30

4.

Lori

5

5.

Lain-lain

4

6.

Jumlah

200

JADUAL 1

SUMBER : Pemerhatian di lapangan pada 25 September 2009.

Grafik Peta minda : Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan.

Rumusan

Saya telah mengenal pasti jenis-jenis sistem pengangkutan di Presint 9, Putrajaya. Sistem pengangkutan di Putrajaya ialah pengangkutan darat. Saya juga telah menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pengangkutan di Presint 9, Putrajaya. Faktornya ialah bentuk muka bumi di Putrajaya yang merupakan tanah pamah rendah dan beralun. Saya juga telah menyatakan kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar. Kesan positif ialah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana jalan raya di Putrajaya lebar dan mempunyai dua lorong. Saya amat berbangga kerana dapat tinggal di Putrajaya yang mempunyai sistem pengangkutan yang cekap dan bagus.

LAMPIRAN

RUJUKAN

a) Buku ilmiah Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003, KBSM Geografi Tingkatan 2, Kementerian Pelajaran Malaysia.

b) Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Wilayah_Persekutuan_Putrajaya.com

c) Melawat tempat kajian Jalan P9, Presint 9, 62250 Putrajaya.

Carta

140 120 100 80 60 40 20 0 in -la

lor i

lain

mo tos ika l

ba s

kereta motosikal bas lori lain-lain

eta ker

bilangan kenderaan

Bilangan Kenderaan yang Melalui Jalan P9 pada 25 September 2009 Jam 12.30 hingga 12.50 tengahari

jenis kenderaan

Related Documents

Kgt
November 2019 41
Kgt
May 2020 12
Jepun
May 2020 29