Ketuanan Melayu Is A Concept1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ketuanan Melayu Is A Concept1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,086
  • Pages: 4
Bab 3 Pengenalan Seterusnya di dalam bab ini akan menyatakan dan menghuraikan tentang takrifan dan definasi yang dikemukakan oleh beberapa tokoh terkenal. Sebagaimana yang diketahui, pembentukan sebuah Negara Bangsa boleh dikatakan sebagai bentuk perpaduan dan perkongsian yang terjadi pada

kumpulan

etnik

yang

berbeza

dari

segi

lingua

franca-nya,

intergerasinya,

kewarganegaraannya dan demokrasinya. Perjuangan seumpama ini bukan lah perjuangan yang baru tetapi ini adalah menjadi kewajiban seorang pemimpin itu menyatupadukan rakyatnya dalam konteks Negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia ini. Sejak dari zaman tampuk pemerintahan Almarhum Tunku Abdul Rahman hingga YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak pada masa sekarang masih lagi meneruskan pembinaan Bangsa Negara ini, bezanya dengan slogan-slogan atau ungkapan yang di fikirkan sesuai bagi menarik minat rakyat seperti “Bersatu Bertambah Mutu”, “Malaysia Berjaya”, “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Setia”, “Malaysia Boleh”, “Wawasan 2020”, “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” dan yang pada masa kini adalah “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. “… gagasan 1 Malaysia adalah formula yang menjadi prasyarat kepada usaha merealisasikan aspirasi negara mencapai Negara maju menjelang tahun 2020 dan merupakan objektif utama Negara dalam perjalanan ke sana, maka Malaysia adalah satu perpaduan yang menuju kearah objektif tersebut”.(YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, 15/06/2009) Pihak media juga perlu memainkan peranan meraka dalam memberi dan menyebarkan maklumat-maklumat seperti ini supaya ianya dapat di masyarakatkan agar sentiasa difahami, di hayati, dan dijadikan pedoman dalam proses pembinaannya. (Mingguan Malaysia, 14/06/2009) Ucapan terima kasih Tun Abdullah yang dahulunya sebagai Perdana Menteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohemed yang sememangnya berjasa pada tanah air tercinta dengan kemajuan-

kemajuan dari segi social, ekonomi, pendidikan, pembangunan dan pelbagai lagi yang telah disumbangkan oleh beliau melalui pemikiran yang kreatif beliau yang menyebabkan Malaysia terkenal di Dunia. “Tun Dr. Mahathir Mohamed telah mengabdikan diri beliau untuk Negara Bangsa Malaysia selama 22 tahun, 3 bulan dan 15 hari sebagai Perdana Menteri”(Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, 04/11/2003) Apa yang dapat diperjelaskan lagi bahawa pembentukan sebuah Negara Bangsa Malaysia telah lama wujud sejak waktu untuk mendapatkan kemerdekaan lagi. Teras kepada pembinaan Negara bangsa ini boleh diperjelaskan lagi dengan perpaduan yang erat diantara setiap kumpulan etnik di Negara ini.

Perjuangan bagi meneruskan pembinaan Negara Bangsa ini diteruskan bagi

menguatkan lagi perpaduan diantara sesama kumpulan etnik bagi menjayakan misi dan visi Wawasan 2020. Jika dilihat dari segi penggunaan bahasa, ia juga memberi pengaruh dalam pembentukan Negara bangsa ini kerana apa yang lebih mementingkan lagi ialah pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan-bukannya bahasa asing di dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan Negara mengikut acuan kemalaysiaan itu sendiri. (Utusan Malaysia, 08/03/2006) Dalam soal Ketuanan Melayu pula terlalu ramai orang-perseorangan, badan-badan NGO dan parti-parti politik yang menyalahfahamkan konsep Ketuanan Melayu itu yang sebenar. Sengaja atau tidak sengaja semuanya mempunyai matlamat dan kepentingan sendiri dari segi mendapatkan publisiti dan pengaruh. Jestru itu tahap pemahaman yang tinggi perlu ada bagi mendefinasikan konsep ini supaya tidak berlaku kekeliruan. Konsep Ketuanan Melayu berkaitrapat dengan soal kuasa. Ia bukan bermaksud yang melayu itu tuan yang lain itu hamba, perumpamaan seperti ini seringkali bermain diminda kaum bukan melayu seperti cina dan india. Apa yang dimaksudkan oleh Tan Sri Dr. Abdul Aziz Rahman mengikut konteks dan pandangan beliau ialah Ketuanan Melayu itu membawa erti kedaulatan Raja-Raja yang mana dapat diterjemahkan dalam Raja berpelembagaan pada masa kini.

“Ketuanan Melayu is a concept, I think, that relates to the sovereign power of the Rules. It means Kedaulatan Raja-Raja which translates in modern’s times to constitutional monarchy” (Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Sunday Star, 9/11/2008) Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula memberikan definasi seperti ini, bahawa Ketuanan Melayu itu sendiri membawa erti yang sebenarnya bukan kaum malayu menguasai satu-satu kedudukan itu, mempunyai kuasa memerintah dan memaksa keatas kaum lain tetapi Ketuanan Melayu itu membawa maksud melayu itu sendiri dan ini kerana orang melayu adalah penduduk indigenous di Malaysia. Mereka perlu memperkukuhkan diri mereka bagi memastikan mereka berjaya dan maju di pelbagai bidang supaya lebih dipandang tinggi lagi oleh kaum lain. Dan jika mereka tidak berjaya membangun, mereka bukan dianggap tuan tetapi sebaliknya seperti kuli. Sudah semestinya kita tidak mahu menjadi kuli yang tidak memainkan apa-apa peranan dalam pembangunan yang kita hadapi sekarang ini kerana jika kita adalah lemah dan tidak berkemampuan. Apabila kita bercerita tentang Ketuanan Melayu itu bermakna kita mestinya berjaya dengan jayanya dalam pelbagai bidang. Ia bukan tentang kerana kita memerintah mereka atau menggunakan paksaan kuasa ke atas kaum lain. Bukan kita yang menguasai tetapi kita yang akan mewakili sebuah parti yang mewakili orang melayu dan sedia berkerjasama untuk masa depan melayu itu sendiri dan penduduknya dan ini kerana jika orang Melayu berjaya apabila semua rakyat Malaysia adalah berjaya. “The definition of Ketuanan Melayu (Malay supremacy) is not about the Malays being in position to dominate, rule and force their power upon other races… Malay supremacy meant that the Malays, as indigenous people in Malaysia, needed to strengthen themselves to ensure they were successful and developed… “If they are not successful and developed, then they are not tuan (masters), therefore they will be coolies who do not play any role in development because we are weak and not able… “So when we talk about that (Malay supremacy), we mean we must be successful in many fields. It is never about ruling over others, or forcing our power upon them”, he told reporters after chairing the UMNO

supreme council meeting last night… “We are not going to be a race that dominates others. We want to be a party that represent the Malays and that is ready to co-operate for the future of Malays and the people, as Malays will also succeed when all Malaysians are successful” (Ritikos, Jane dan Kaur, Manjit, 29 April 2008-Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi) Ketuanan Melayu itu membawa erti satu konsep yang merujuk kepada satu bentuk hubungan politik dan mana dengan cara bangsa melayu itu seharusnya mendominasi segenap aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama yang mana konsep ini diterangkan di dalam konteks teknikalnya. (Utusan Malaysia, 06/12/2008) Dengan itu, konsep Ketuanan Melayu itu dapat dikaitkan dengan kewujudannya daripada hasil menifestasi faktor demografik Negara dan kontrak sosial antara kaum yang dijimakkan semasa proses Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. (Utusan Malaysia, 30/06/2008) Bab 4 Pengenalan Di dalam bab ini pula, kami akan membincangkan seterusnya menghuraikan lagi dengan lebih terperinci apa yang dimaksudkan dengan Negara Bangsa Malaysia dan Ketuanan Melayu itu berserta kaitan di antara dua prosa kata ini. Sebagai mana yang telah dibincangkan dalam bab yang sebelum ini, Negara Bangsa Melayu ini dapat dihuraikan bahawa kewujudannya pada zaman sebelum kemerdekaan lagi.

Related Documents

Melayu
June 2020 19
Melayu
June 2020 15
Melayu
July 2020 19