Kemarau
KETIDAKSEIMBANGAN AIR NEGATIF [ KEMARAU ]
KONSEP KEMARAU Satu fenomena apabila kerpasan yang turun adalah sangat kurang dan pada masa yang sama kadar sejatan adalah tinggi. Keadaan yang kering dan panas tanpa hujan untuk satu tempoh masa yang panjang. Apabila mana-mana proses kitar hidrologi [ seperti infiltrasi, sejatan, sejat peluhan ] terganggu, menyebabkan imbangan air tidak stabil Apabila terdapat gangguan kepada mana-mana proses kitar hidrologi, imbangan air akan menjadi tidak stabil dan sekiranya negatif, berlakulah kemarau. Seringkali disertai oleh fenomena jerebu, kebakaran hutan dan peningkatan suhu serta hujan lebat dan hujan batu pada penghujung kemarau. Kemarau boleh dikelaskan kepada 4 jenis seperti berikut : o o o o
1.
2.
Kemarau Kemarau Kemarau Kemarau
kekal Bermusim Kontingen Tidak Nyata
KEMARAU KEKAL •
Keadaan sentiasa panas dan kering sepanjang tahun
•
Hujan tahunan kurang daripada 500 mm
•
Kawasan yang sentiasa terlindung daripada tiupan angin lembap seperti : o bahagian barat laut India yang dilindungi oleh Ghat Barat o Zon Kering di Myanmar
•
Kawasan yang mempunyai sifat kebenuaan dan jauh dari pengaruh penyerderhanaan oleh laut seperti Gurun Sahara dan Gurun Besar Australia.
•
Biasanya merupakan kawasan padang pasir.
KEMARAU BERMUSIM •
Berlaku dalam beberapa bulan dalam satu tahun akibat kekurangan hujan
•
Kawasan ini menjadi kawasan lindungan hujan akibat perubahan arah tiupan angin monsun
•
Contoh ketika tiupan angin Monsun Timur Laut [ November - Mac ], kawasan utara Semenanjung Malaysia seperti negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akan mengalami keadaan kering kontang selama tiga bulan.
1
Kemarau
3.
4.
KEMARAU KONTINGEN •
Berlaku disebabkan keadaan hujan yang sepatutnya turun, tetapi lewat turun.
•
Berlaku akibat gangguan cuaca oleh fenomena seperti La-nina dan el-nino.
•
Keadaan kemarau akan berakhir sebaik sahaja hujan turun
KEMARAU TIDAK NYATA •
Boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa apabila keadaan kadar sejatan melebihi hujan yang diterima.
•
Jenis kemarau yang paling singkat
FAKTOR-FAKTOR KEMARAU A.
FAKTOR FIZIKAL
1.
Fenomena La-nina dan El-nino
2.
3.
•
El-nino lebih kerap. La-nina berlaku setiap 50 tahun sekali
•
Kedua-dua boleh membawa keadaan kemarau atau banjir yang serius
•
Fenomena ini mempengaruhi suhu lautan pasifik o apabila el-nino memanaskan suhu permukaan laut, angin yang kering akan melanda kawasan daratan akan menyebabkan keadaan panas dan kering dan kemarau
Angin Monsun dan Angin Cinuk •
Angin monsun membawa hujan ke kawasan cerun hadap angin dan menjadi angin cinuk yang kering di kawasan lindung angin.
•
Angin yang panas dan kering ini akan meningkatkan suhu di kawasan yang dilaluinya. Menyebabkan kadar sejatan meningkat.
•
Wap air yang terpeluwap dan terbentuk awan akan dibawa oleh angin cinuk ke tempat lain. Menyebabkan hujan berkurangan.
Letusan Gunung Berapi •
Letusan jenis abu o menyebabkan keadaan berjerebu o sejatan matahari terhalang o wap air dari sejat peluhan akan diserap oleh debu-debu piroklasik yang terampai di udara o Hujan tidak berpeluang untuk terbentuk. 2
Kemarau
•
4.
Letusan jenis lava bes o menyebabkan kejadian kebakaran hutan dan keadaan berjerebu. o Kekurangan pokok menyebabkan sejat-peluhan, infiltrasi, intersepsi dan air bawah tanah berkurangan dan sebaliknya air larian permukaan meningkat. o Imbangan air tidak stabil dan negatif. o Keadaan jerebu juga meningkatkan lagi fenomena kemarau.
Faktor Kebenuaan •
Saiz benua yang luas menyebabkan kawasan pedalaman tidak menerima unsur penyederhanaan dari laut. o Tidak menerima pengaruh bayu laut dan arus lautan sejuk o Keadaan suhu menjadi panas yang melampau o Angin-angin yang sampai lebih bersifat angin cinuk.
B.
FAKTOR MANUSIA
1.
Penyahutanan •
Aktiviti penerokaan hutan seperti pertanian, pembalakan dan pembinaan lebuh raya
•
Sejat peluhan kurang, hujan kurang, susupan kurang, seterusnya kurangkan air bawah tanah. Air larian permukaan meningkat.
•
Imbangan air menjadi negatif
.
2.
3.
Pembakaran •
Pembakaran dalam pertanian o pembakaran seperti jerami padi, tebu dan pertanian pindah o udara menjadi panas dan kering.
•
Pembakaran dalam perindustrian o aktiviti pembakaran dalam proses membuat seramik, kayu arang o udara menjadi panas dan kering.
Penebusgunaan Kawasan Berair •
Penebusgunaan kawasan berair seperti paya, tasik, sawah padi, bekas lombong dan laut o ditimbus dengan sampah-sarap, batu-batu, tanah dan sisa pepejal.
•
Menghalang proses infiltrasi, sejat peluhan dan simpanan air o imbangan air menjadi tidak stabil dan air semakin berkurangan.
3
Kemarau
4.
Kejadian Jerebu •
5.
Fenomena jerebu akibat aktiviti pembakaran hutan dan pembakaran terbuka o partikel terampai di udara akan menyerap wap air dalam udara o Juga menghalang pancaran matahari untuk proses sejatan permukaan dan seterusnya kerpasan berkurangan.
Hutan Konkrit •
Kawasan yang terlalu padat dengan bangunan dan permukaan bertar akan mengurangkan proses sejat-peluhan dan infiltrasi o kandungan air dalam kitar hidrologi akan berkurangan. o imbangan air menjadi negatif
4