Air Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Untuk melihat air dari segi perspektif kimia dan teknikal, sila lihat Air (molekul). Untuk melihat rencana air dari segi Islam untuk bersuci, sila lihat Air (bersuci)
Air mineral
Titisan air Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)
Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).
[sunting] Ciri-ciri Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen. Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan. Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub. Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup. Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya. Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.
[sunting] Bekalan air Pada masa sekarang, bekalan air bersih untuk kegunaan manusia dianggarkan semakin berkurangan disebabkan oleh pencemaran, dan permintaan yang meningkat. Malah dianggarkan bahawa punca air bersih mampu mencetuskan peperangan di masa akan datang sekiranya isu-isu ini tidak ditangani dengan cermat pada masa sekarang.
erangga Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar
Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi. Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut. Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :• • •
Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks. Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen. Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.
[sunting] Kaitan dengan arthropoda lain
Beberapa kumpulan kecil dengan pelan badan yang sama, seperti springtails (Collembola), disatukan dengan serangga dalam Subfilum Hexapod. Serangga sebenar (iaitu, spesies yang dikelaskan dalam Kelas Serangga (Insecta)) dibezakan dengan semua arthropoda lain melalui sebahagiannya melalui ciri-ciri mempunyai ectognathous, bahagian mulut yang terdedah dan mempunyai sebelas (11) segment badan (abdominal). Sebahagian besar spesies, mempunyai sayap ketika dewasa. Arthropod yang tidak terbang, seperti lipan, gonggok, kalajengking dan labah-labah, kadang-kala dikelirukan sebagai serangga berasaskan fakta bahawa kedua-duanya mempunyai bentuk badan yang serupa, berkongsi (sebagaimana kesemua arthropods) rangka luar (exoskeleton) yang bersambung-sambung.
[sunting] Morfologi dan tumbesaran Serangga mempunyai pelbagai saiz, daripada kurang satu milimeter sehingga kepada 19 sentimeter; misalnya (serangga ranting mempunyai saiz tubuh yang sangat panjang. Serangga memiliki badan bersegmen yang disokong oleh rangka luar yang keras yang sebahagian besarnya terbina daripada kitin. Tubuh terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Kepala memiliki beberapa deria, sepasang antena, sepasang mata kumpuan, dan alat-alat mulut, seperti labrum, labium dan maksila. Toraks memiliki enam kaki, (sepasang bagi setiap segmen) dan sayap (bagi jenis yang mempunyainya). Abdomen memiliki oragn dalam tubuh yang meliputi pelbagai sistem hidup, seperti penghadaman, pembiakan, perkumuhan dan respirasi. Serangga mempunyai sistem penghadaman yang lengkap. Iaitu dari segi sistem penghadaman mereka secara sasnya mengandungi tiub yang bermula dari mulut sehingga ke dubur, berbeza dengan sistem penghadaman yang tidak lengkap yang terdapat dalam kebanyakan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata) ringkas. Sistem perkumuhan terdiri daripada tubul Malphigi untuk penyingkiran buangan bernitrogen dan usus belakang untuk pengosmokawalaturan. Pada hujung usus belakang serangga mampu menyerap kembali air bersama potassium dan ion sodium. Dengan itu, serangga biasanya tidak menyingkir air bersama-sama najis mereka, fakta yang membenarkan mereka menyimpan air di dalam badan. Proses penyerapan semula ini membolehkan mereka tahan hidup dipersekitaran panas dan kering.
[sunting] Taksonomi Serangga dibahagikan kepada dua subkelas: Apterygota dan Pterygota. Antara jenis serangga termasuk: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Anai-anai Belalang Cengkerik Gegat Kepinding / pijat-pijat Kerengga Kumbang Kupu-kupu
9. Kutu 10. Lalat 11. Lipas 12. Lebah 13. Mentadak 14. Nyamuk 15. Penyengat 16. Pianggang 17. Rama-rama 18. Riang-riang 19. Semut 20. Pepatung / sibur-sibur 21. Tebuan Burung merupakan benda hidup dalam katogeri "bipedal", kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai yang terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27 aturan (orders). Selain itu terdapat pula banyak subspesies yang jika dikira beserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis. Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :• • • • • •
Badan dilitupi oleh bulu pelepah. Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak. Mempunyai sisik pada kakinya. Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras. Bernafas melalui peparu. Berdarah panas.
Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.
[sunting] Kelas burung
Kelas burung (Class:Aves) pula terbahagi kepada beberapa aturan seperti berikut :• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Struthioniformes, Burung Unta, Emu, Kiwi, and seumpamanya. Tinamiformes, Tinamous Anseriformes, Burung air Galliformes, ayam itik Sphenisciformes, Penguin Gaviiformes, Loons Podicipediformes, grebes Procellariiformes, albatrosses, petrels, and seumpamanya. Pelecaniformes, Pelican dan seumpamanya. Ciconiiformes, storks dan seumpamanya. Phoenicopteriformes, flamingos Accipitriformes, eagles, hawks dan seumpamanya. Falconiformes, falcons Turniciformes, button-quail Gruiformes, cranes dan seumpamanya. Charadriiformes, plovers dan seumpamanya. Pteroclidiformes, sandgrouse Columbiformes, doves dan pigeons Psittaciformes, parrots dan seumpamanya. Cuculiformes, cuckoos Strigiformes, Burung Hantu Caprimulgiformes, nightjars dan seumpamanya. Apodiformes, Layang-layang Coraciiformes, kingfishers Piciformes, woodpeckers dan seumpamanya. Trogoniformes, trogons Coliiformes, mousebirds Passeriformes, passerines
[sunting] Senarai burung Antara spesies burung adalah :1. Burung Gembala Kerbau 2. Burung Ranggung Padi 3. Burung Bangau Leher Hitam 4. Burung Bangau Kecil 5. Burung Bangau Sederhana 6. Burung Helang Kembara Hitam 7. Burung Pucung Gelam 8. Burung Pucung Keladi 9. Burung Pucung Seriap 10. Burung Pucung Serandau 11. Burung Pekaka Sungai 12. Burung Pekaka Paruh Pendek 13. Burung Perling Mata Merah 14. Burung Pergam Besar 15. Burung Tekukur
16. burung Botak Besar 17. burung Botak Upeh 18. burung Undan Merah Jambu Hitam 19. burung Pucong Keladi 20. burung Sekendi Kepala Hitam 21. burung Angsa Mesir 22. burung Angsa Hitam 23. burung Merak Pongsu 24. burung Cenderawasih 25. burung Serak Gunung 26. burung Kuang Cermin 27. burung Kuang Raya Gunung 28. burung Kuang Cermin 29. burung Kuang Raya 30. burung Merah Mata 31. burung Merak 32. burung Pegar 33. burung Siul 34. burung Serok 35. burung Enggang Papan (Buceros rhinoceros) 36. Burung Hantu punggur (Strix leptogramurica) 37. Burung Hantu Ketumbuk ketampi (Ketupa ketupu) 38. Burung Hantu Rumput (Tyto longimembris) 39. Burung Hantu Coklat (Phodilus badius) 40. Burung Hantu Telinga Panjang (Asio otus) 41. Burung Hantu Telinga Pendek (Asio flammeus) 42. Pungguk (Ninox scutulata malaccensis) 43. Burung Madu Sriganti (Nectarinia jugulris) 44. Burung Lang Alap Jambul (Accipiter trivigartus) 45. Burung Lang Kanguk 46. Burung Julang Mas (Aceros) 47. Burung Bangau 48. Burung Belatuk woodpecker 49. Burung Bangau egret 50. Burung Helang eagle 51. Burung Layang-layang swallow 52. Burung Murai Magpie 53. Burung Pipit sparrow 54. Burung Unta 55. Burung Merak 56. Burung Enggang 57. Burung Kenari 58. Burung Undan 59. Burung Emu 60. Burung Tiung 61. Penguin 62. Burung Puyuh 63. Burung Hering 64. Burung Kakaktua 65. Burung Hantu
66. Bayan Parakeet 67. Burung Nuri 68. Burung Kiwi 69. Burung Siul 70. Burung Ruak-ruak 71. Burung Gagak 72. Burung Raja Udang 73. Burung Merpati 74. Burung Flamingo 75. Burung Kelicap 76. Burung Enggang 77. Burung Rajawali
Manusia atau orang dapat diartikan berbeda-beda menurut biologis, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologis, manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia), sebuah spesies primata dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dimengerti dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan ras lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dukungan satu sama lain serta pertolongan. Penggolongan manusia yang paling utama adalah berdasarkan jenis kelaminnya. Secara alamiah, jenis kelamin seorang anak yang baru lahir entah laki-laki atau perempuan. Anak muda laki-laki dikenal sebagai putra dan laki-laki dewasa sebagai pria. Anak muda perempuan dikenal sebagai putri dan perempuan dewasa sebagai wanita. Penggolongan lainnya adalah berdasarkan usia, mulai dari janin, bayi, balita, anakanak, remaja, akil balik, pemuda/i, dewasa, dan (orang) tua. Selain itu masih banyak penggolongan-penggolongan yang lainnya, berdasarkan ciriciri fisik (warna kulit, rambut, mata; bentuk hidung; tinggi badan), afiliasi sosiopolitik-agama (penganut agama/kepercayaan XYZ, warga negara XYZ, anggota partai XYZ), hubungan kekerabatan (keluarga: keluarga dekat, keluarga jauh, keluarga tiri, keluarga angkat, keluarga asuh; teman; musuh) dan lain sebagainya. Tokoh adalah istilah untuk orang yang tenar (misalnya 'tokoh politik', 'tokoh yang tampil dalam film', 'tokoh yang menerima penghargaan', dll).
78.