Kesan Rancangan Realiti Televisyen

  • Uploaded by: khatijah aris
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesan Rancangan Realiti Televisyen as PDF for free.

More details

  • Words: 2,501
  • Pages: 14
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UBM 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL IMPAK RANCANGAN REALITI TELEVISYEN KHATIJAH BTE ARIS D20071030385 AT41 PENDIDIKAN MORAL SEMESTER 1 KUMPULAN (W) ENCIK ARIFF BIN MOHAMAD [email protected]

PENGHARGAAN Assalamualaikum Wr.Wb.t dan salam sejahtera... Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya menyempurnakan satu tugasan yang buat pertama kalinya saya bergelar sebagai seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Ariff bin Mohamad. Kerana beliaulah saya dapat menyempurnakan tugasan esei yang bertajuk “Impak Program Realiti Televisyen” ini.

Tanpa

bimbingan

dan

kerjasama

dari

beliau

tidaklah

saya

dapat

menyempurnakan esei ini serta menghantarnya pada masa yang telah ditetapkan. Sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa-mahasiswi ,amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini haruslah dijaga demi kepentingan diri, keluarga, masyarakat dan Negara tercinta. Justeru, dengan selesainya tugas saya dalam menyempurnakan esei ini, segala amanah dan tanggungjawab yang telah diberi telah pun saya jalankan sepanjang saya berada di semester satu ini. Tambahan pula dorongan dari pihak lain juga telah menberikan saya satu tekanan untuk menyempunakan esei tersebut. Dengan itu saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menyempurnakan esei yang berbentuk ilmiah ini. Akhir kata saya berharap sesiapa yang membaca esei ini dapat memberi satu kesedaran betapa program realiti televisyen ini lebih terdorong kepada keburukan dari kebaikkan. Jadi , renung-renungkan dan selamat beramal... 2

Sekian Wassalam..

Rancangan televisyen realiti Pengenalan Rancangan televisyen realiti ialah satu genre rancangan televisyen yang mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskirp, merakamkan peristiwa sebenar, dan menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon profesional. Meskipun genre ini telah lama wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahuntahun awal televisyen, istilah "televisyen realiti" paling kerap digunakan untuk merujuk kepada rancangan-rancangan yang disiarkan sejak tahun 2000.Dokumentari dan rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan sukan biasanya tidak dikelaskan sebagai rancangan realiti. Rancangan televisyen realiti meliputi pelbagai bentuk rancangan, sama ada rancangan permainan yang menyerupai rancangan yang kegilaan dan merendahkan maruah yang sering diterbitkan di Jepun pada 1980-an dan 1990-an (contohnya, Gaki no tsukai), mahupun hasil yang bertumpukan pengawasan atau pengintaian seperti Big Brother. Istilah "televisyen realiti" pernah dikritik sebagai istilah yang kurang sesuai bagi rancangan-rancangan

yang

dimaksudkannya.

Rancangan

sedemikian

sering

menggambarkan bentuk realiti yang diubah suai dan banyak dipengaruh anasir luaran, yang mana para peserta diletakkan di lokasi yang eksotik atau situasi laur biasa, dan

3

kadang-kala dilatih untuk berlakon dalam cara-cara tertentu oleh pengendali luar skrin, dan peristiwa-peristiwa dalam skrin dimanipulasi melalui suntingan dan teknik pasca penerbitan yang lain. Salah satu contoh ketara ialah program realiti terbitan negara luar yang formatnya hampir sama dengan La Academia sebuah program televisyen popular di luar negara. Ia bukan sahaja begitu diminati oleh penonton di negara tersebut malah di Kepulauan Melayu tidak terkecuali penonton di negara ini. Walaupun program tersebut merupakan terbitan negara luar tetapi rasanya tidak salah jika kita membicarakannya kerana kesannya juga turut membabitkan masyarakat negara ini disebabkan siarannya begitu meluas di negara ini. Tidak hairanlah pengaruh dan kesan program tersebut tidak kurang hebatnya dirasakan di negara ini. Pada pendapat saya istilah ‘realiti’ disini bermaksud

membantu seseorang

individu yang ingin mencapai cita-cita mereka selama ini disamping bakat yang telah sedia ada pada diri mereka itu menjadi satu kenyataan. Rancangan seperti ini bukan sahaja memberikan kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat, malah kita tidak dapat menganalisis kesannya kepada dunia yang sedang membangun ini kelak. Sebagai mana yang saya maksudkan disini adalah dimana rancangan realiti ini akan mengubah corak pemikiran manusia yang selama ini tidak pernah puas dengan kehidupan mereka. Hal ini bukan bermaksud saya anti dengan rancangan seperti ini malah jika kita dapat menyedari bahawa kesanya terhadap manusia sangat mendalam. Kita ambil sahaja contoh yang lebih dekat iaitu ahli keluarga kita sendiri yang sebahagiannya mengemari rancangan seperti ini lebih-lebih lagi jika rancangan itu sudah bermula masing-masing

4

asyik menonton dan adakalanya menangis tatkala artis kegemaran mereka tersingkir dari program tersebut bagaikan tiada motif mereka bertindak sedemikian.

Kesan Rancangan Realiti Televisyen Keburukan Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa rancangan seperti ini adalah sebagai sindrom hiburan murahan dimana stesen televisyen awam dan swasta berlumba-lumba untuk menyiarkan program realiti televisyen bercorak hiburan interaktif yang berakar umbi dari barat. Program ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Akademi Fantasia , Malaysian Idol , Audition , Mencari Cinta dan sebagainya. Manakala generasi muda pula berlumba-lumba untuk menyertai program ini kerana mereka menganggap ia boleh merealisasikan impian mereka untuk bergelar penghibur. Mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa perkara-perkara seperti ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian mereka malah akan melalaikan. Terlalu ramai anak muda di negara ini yang hanyut dalam budaya hedonisme. Pergaulan

bebas serta keruntuhan akhlak generasi muda juga amat ketara dan

membimbangkan. Kebanyakkan mereka semua ini terpengaruh dengan budaya barat yang acap kali dibuat-buat oleh para peserta dalam rancangan realiti seperti mana aksi peserta berpeluk-pelukan antara lelaki dan perempuan apabila acara penyingkiran bermula. Mereka bagaikan tiada akal fikiran untuk memikirkan tentang batas-batas pergaulan antara yang bukan muhrim.

5

Di negara kita saja misalnya, sepanjang musim program berkenaan, para peminat terlalu 'asyik' memperkatakan mengenai pelajar (penyanyi) mana yang akan kekal dan siapa yang akan tersingkir. Mereka menjadi penyokong kuat kepada pelajar pujaan mereka. Topik ini akan bertambah 'hangat' menjelang ke peringkat penghujung pertandingan bagi menentukan finalis untuk mencari juara. Kita dapati tumpuan para peminat terlalu diberikan kepada program tersebut sehingga mendominasi isu-isu kemasyarakatan dan kenegaraan yang lebih penting dan bermanfaat. Di rumah bersama keluarga, di pejabat bersama rakan, di majlis-majlis atau di kedai-kedai kopi, para peminat 'tegar' tidak habis-habis memperkata atau memberikan komen mereka, seperti juri bertauliah sahaja layaknya. Siaran program ini sentiasa ditunggu oleh sebilangan orang, ia mesti diikuti, tidak boleh 'miss'. Jika 'miss' semacam satu kerugian kepada mereka. Akan berkumpullah mereka sekeluarga tidak terkecuali 'ayah atau ibu', setia menatap peti televisyen hingga ke akhir program. Keadaan menjadi 'parah', apabila sampai ke peringkat ramai yang tidak datang menghadiri kenduri atau majlis-majlis seperti malam berbedak pengantin dan seumpamanya semata-mata untuk menonton program tersebut. Sekarang, 'tuan punya' majlis sudah semacam faham, mereka tidak akan mengadakan atau membatalkan sahaja hasrat mengadakan kenduri atau majlis pada malam program itu disiarkan. Terdapat juga majlis yang agak 'lengang' disebabkan sebilangan besar jemputan 'terpaku' di rumah bersama keluarga menyaksikan program yang mereka minati itu. Ditambah pula bab 'pembaziran' wang melalui undian secara perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) penonton. Tahun lepas penonton di negara ini dibenarkan

6

mengundi pelajar (penyanyi) yang mereka minati. Wang mencurah bagaikan air kerana keghairahan untuk 'memenangkan' penyanyi pujaan mereka. Dalam keadaan tertentu, mungkin sahaja kita tidak 'semurah' itu menghulurkan wang kepada anak-anak sendiri yang memerlukannya. Ada kalanya kita juga agak 'lokek' menghulurkan sumbangan derma atau membantu kegiatan-kegiatan yang berkebajikan. Di sebalik kekayaan mereka dalam mencurahkan wang untuk mengundi penyanyi pujaan mereka supaya tidak terkeluar dari program tersebut, syarikat-syarikat telekomunikasi melonjak keriangan kerana mereka dapat mengaut begitu banyak keuntungan dan faedah dari undian tersebut. Cuba anda bayangkan jika satu SMS yang dihantar dicas dengan harga RM0.50 sahaja, syarikat tersebut mendapat keuntungan yang besar. Hal ini demikian kerana, bukan seorang sahaja yang mengundi, malah beribu-ribu rakyat yang ghairah untuk mengundi peserta kesayangan mereka supaya tidak terkeluar dari program tersebut bahkan mereka tidak sedar bahawa ia langsung tidak memberikan satu faedah pun ke atas mereka. Dimanakah kotak pemikiran mereka pada masa itu? yang dapat menilai hanyalah dari individu yang terbabit. Selain pembaziran wang penonton, kemenangan seseorang artis juga boleh dipertikaikan kerana undi SMS lebih besar dari undi juri bertauliah.Apakah tidak akan berlaku unsur 'bias' dalam pengundian SMS. Sudah semestinya keluarga penyanyi, rakanrakan, penduduk semukim atau senegeri dengan penyanyi tersebut pasti akan mengundi penyanyi berkenaan. Mungkin pula suatu masa nanti secara langsung atau tidak langsung akan timbul pula, unsur-unsur semacam 'rasuah' semata-mata untuk memenangkan seseorang

7

penyanyi. Mungkin juga seorang penyanyi dari keluarga kaya akan sanggup memperuntukkan ratusan atau jutaan ringgit kepada orang ramai supaya mengundi (melalui SMS) bagi memastikan kemenangan anak mereka. Seperti yang dapat kita ikuti di negara jiran, sekarang sudah ada sokongan 'kedaerahan atau kenegerian' secara besarbesaran dengan menggunakan peruntukan yang agak besar semata-mata untuk memenangkan penyanyi dari kawasan-kawasan berkenaan. Tambahan pula, mengenai program bebentuk realiti ini, di sana khabarnya juga sudah ada pihak-pihak yang sanggup menyediakan 'skrin' televisyen yang besar di kawasan lapang untuk mengumpulkan penyokong sambil memberikan kesempatan kepada penduduk setempat beramai-ramai memberikan sokongan kepada penyanyi berkenaan.

Perkara-perkara

yang

disebutkan

di

atas

tidak

menjurus

kepada

perkembangan yang sihat dalam masyarakat terutama golongan remaja sebagai aset negara yang diharapkan menjadi pewaris kepimpinan di masa hadapan. Rata-rata para pemimpin, cendekiawan, budayawan dan tokoh-tokoh agama menyifatkan program-program realiti televisyen berkenaan tidak menjurus kepada pembinaan minda. Ia lebih mengarah kepada hiburan berbanding pembentukan akhlak, keperibadian, kepimpinan dan wawasan yang perlu dititikberatkan dalam masyarakat. Malahan terdapat juga di antara peminat yang berasa marah, sedih atau kesal jika penyanyi kesayangan mereka tercicir untuk mara ke pertandingan berikutnya. Sebaliknya mereka hanya akan bersikap 'selamba' sahaja apabila mengetahui anak-anak gagal dalam peperiksaan sekolah.

8

Apa yang dikhuatirkan di sini, dengan adanya program televisyen berbentuk realiti, masyarakat akan 'terlena' atau lebih terdorong kepada hiburan dari memikirkan perkara-perkara

yang

boleh

mempertajam

pemikiran

dan

meningkatkan

ilmu

pengetahuan untuk memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara. Kebanyakan berpendapat program-program televisyen berbentuk realiti yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat terutama golongan remaja hendaklah dihentikan atau dibuat pemantauan sewajarnya.

Kebaikan Pada masa yang sama ada juga pihak berpendapat bahawa oleh kerana programprogram televisyen berbentuk realiti merupakan 'trend' yang cukup diminati maka ia boleh diteruskan tetapi format dan perisiannya hendaklah dijurus kepada sesuatau yang lebih mendatangkan manfaat kepada masyarakat untuk jangka masa panjang. Hal ini demikian kerana , program hiburan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat para penyanyi yang diasuh dengan menyertai pertandingan. Pencungkilan bakat di bidang nyanyian memang telah lama dilakukan melalui pelbagai format melalui pertandingan pentas atau radio dan televisyen. Bezanya

program

realiti

yang

dimaksudkan

ini,

dengan

format

dan

pengolahannya yang begitu rupa benar-benar 'memukau dan menjiwai' hati nurani para penonton sehingga ke peringkat 'mengkhayalkan'. Adakah mungkin ia disebabkan oleh kelunakan suara, penampilan dan interaksi pelajar-pelajar (penyanyi) yang begitu hebat ketika membuat persembahan yang membuatkan penonton begitu 'terpukau'.Tidak salah jika kita hendak berhibur, asalkan ia tidak keterlaluan dari kotak pemikiran dan jiwa kita

9

sendiri bak kata sesetengah pihak pandai-pandailah untuk kita menilai sesuatu sama ada ianya mendatangkan kebaikan mahupun keburukan ke atas diri sendiri.

Walaupun rancangan realiti ini kebanyakkan lebih terdorong kepada kesan negatif, ia bukan bermaksud kesemuanya negatif tetapi ada juga kesan positifnya. Salah satunya program seperti ini juga boleh menaikkan nama negara ke persada dunia dengan mewakilkan artis-artis yang berkebolehan menyertai pertandingan vokal antarabangsa. Kita ambil sahaja contoh artis seperti Siti Nurhaliza yang telah sedia gah dengan penampilan dan bakat yang semujadi ada pada dirinya. Walaupun dirinya dulu juga lahir dari salah sebuah program realiti, dan memegang watak yang amat kecil pada masa itu, sekarang kehidupannya jauh berbeza. Selain itu,beliau juga telah menaikkan imej negara dengan mengadakan satu persembahan konsert di Royal Albert Hall London. Di dalam konsert tersebut Siti Nurhaliza sekaligus memperkenalkan tarian tradisi negara,iaitu zapin, kepada para penonton luar negara. Pada masa yang sama, ada juga rancangan realiti yang berbentuk agama dan akidah islamiah iaitu seperti program Akedemi al-Quran yang mendatangkan banyak manfaat kepada manusia . Rancangan seperti ini perlu diterapkan lagi dalam minda remaja zaman sekarang kerana mereka hanya mahukan hiburan semata-mata bahkan ianya tidak mendatang apa-apa faedah pun pada diri mereka. Sepatutnya mereka perlu dilatih dari kecil agar dapat menseimbangkan antara keberkatan didunia dan diakhirat serta dapat menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana

10

yang mendapat kesenangan adalah diri mereka sekaligus ibubapa juga turut berasa senang dengan sikap anak mereka.

KESIMPULAN Seperti yang dikatakan pada awal artikel ini, kita berada di era langit terbuka dan kecanggihan teknologi komunikasi. Kita mungkin boleh mengawal program-program yang diterbitkan oleh stesen-stesen televisyen tempatan tetapi terlalu sukar menghalang penonton untuk mengikuti siaran stesen luar negara. Dalam keadaan ini, kita kembali kepada penekanan terhadap ajaran agama dan pembentukan jati diri dalam masyarakat. Hanya dengan adanya akhlak yang kukuh, disiplin diri yang tinggi, mengamalkan adat resam, tatasusila dan budaya murni dan kematangan berfikir sahaja masyarakat akan dapat menghadapi segala macam pengaruh dan gejala negatif yang melanda masyarakat ketika ini. Dalam menghadapi senario yang ada sambil menilai pro dan kontra, kebaikan dan keburukan program-program seperti itu maka masyarakat seharusnya memilih kepada sesuatu yang difikirkan lebih baik dan bermanfaat. Akhirnya 'raih manfaat, hindari perkara yang merugikan'.

11

L A M P I R A 12

N

Portal Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN MALAYSIA) - Muafakat Membawa Berkat

Hentikan Program realiti TV - Mufti Edisi Nasional Posted by: jaLiey_M Posted on : 2007/4/24 12:42:11 KUALA LUMPUR: Beberapa mufti semalam meminta pengendali stesen televisyen tempatan menghentikan program hiburan berbentuk realiti kerana ia boleh melalaikan masyarakat sehingga lupa tanggungjawab akibat terlalu leka dibuai keseronokan. Mereka sependapat program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan hukum agama dan menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kebanjiran program realiti televisyen di negara ini sampai ke peringkat melalaikan masyarakat, hingga ramai tidak menghiraukan tanggungjawab masing-masing. “Kita dapat lihat kesan negatifnya sekarang apabila 4.9 juta rakyat yang layak mengundi, tidak berdaftar sebagai pemilih. Mereka lupa tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak lupa mengundi untuk program realiti televisyen,” katanya kepada Berita Harian, semalam. Mohd Asri berkata, program realiti televisyen berbentuk hiburan jelas boleh membawa kealpaan kepada masyarakat dan jika tidak dibendung atau dikawal segera, boleh membawa kesan buruk kepada negara. “Program realiti televisyen yang sentiasa mengheret masyarakat, terutama generasi muda hanyut dalam keseronokan, akan menghalang hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat berakhlak dan bernilai murni,” katanya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kemunculan program realiti televisyen yang berbentuk hiburan kerana ia dikhuatiri mengancam nilai murni masyarakat Timur serta meruntuhkan akhlak. Najib meminta pengusaha stesen televisyen tempatan tidak mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan terlalu terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran hingga mengabaikan etika atau moral. Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata program realiti televisyen bukan budaya Islam kerana ia bertentangan dengan hukum seperti menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita di khalayak ramai.

13

“Selepas 50 tahun merdeka, masyarakat kita sepatutnya sudah berjaya meraih pelbagai pencapaian lebih tinggi tetapi kita masih dikenali sebagai masyarakat nombor satu dalam hiburan, dadah dan lepak. “Kita perlu fikir perkara seperti ini dengan lebih serius,” katanya yang mahu pengusaha stesen televisyen lebih peka terhadap usaha mewujudkan masyarakat berilmu dan mengamalkan nilai murni dengan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata program realiti televisyen jelas melalaikan anak muda terutama pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan hiburan berlebihan. “Agama tidak menghalang kita berhibur tetapi biarlah yang menjurus ke arah menerapkan unsur positif seperti memberi galakan kepada jati diri, kecemerlangan hidup dan bukannya memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata,” katanya. //berita harian http://www.perakan.net.my 2007/8/13 17:12:01

BIBLIOGRAFI

Sahrunizam Abdul Talib (2006,OGOS). Sindrom Hiburan Murahan , Dewan Masyarakat, m/s 4 Muhamadiyah (2006,OGOS) . Ketaksuban yang membinasakan , Dewan Masyarakat, m/s 4 Nik Nor Akmal Nik Ramli (2006,OGOS). Mahasiswa semakin hanyut , Dewan Masyrakat, m/s 4 JaLiey_M, Hentikan Program realiti TV – Mufti , Edisi Nasional , 2007/4/24 daripada http://www.perakan.net.my 2007/8/13 17:12:01

14

Related Documents


More Documents from ""