Kertas Renungan Ptk Tk3

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Renungan Ptk Tk3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,637
  • Pages: 7
1. PENDAHULUAN Kertas renungan ini disediakan bagi memenuhi syarat bagi Penilaian Kompetensi komponen Fungsional Penilaian Tahap Kecekapan (PTK TK3). Ianya dihasilkan berdasarkan intepretasi terhadap clip video “Pain & Sacrifice” yang telah dipertontonkan kepada semua peserta. Klip video yang memaparkan perbandingan realiti sebenar sikap segelintir daripada kita samada pekerja sektor awam atau sektor swasta di Malaysia berbanding realiti kehidupan rakyat negara Bangladesh untuk mencari rezeki terutamanya pada usia muda. Penat jerih rakyat negara tersebut membanting tulang untuk mencari rezeki sesuap nasi terutamanya golongan kanak-kanak sangat menyentuh perasaan. Bersyukur kita kepada Allah negara kita aman dan makmur penuh keharmonian dengan kepelbagaian agama, bangsa, keturunan dan warna kulit. Tiada bencana alam yang teruk seperti gempa bumi walaupun sekali sekala kita diuji dengan bencana seperti banjir dan tanah runtuh. Apa yang tersirat di sebalik klip video ini sebenarnya cuba membawa kita berfikir akan realiti kita sebagai pekerja samada dalam sektor swasta ataupun awam. Bandingkan apa yang kita ada, amat bertuah kita, namun ramai dikalangan kita kadang-kadang terlupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sehingga ada dikalangan kita yang beragama islam mengabaikan etika kerja yang sepatutnya dijadikan panduan dalam menjalankan tugas. Perbincangan berikutnya akan ditunjukkan dengan jelas secara fakta perbandingan dari segi geografi, sosial dan ekonomi antara Malaysia dan Bangladesh. Seterusnya sama-sama kita saling mengingati peranan kita sebagai Penjawat Awam serta kesedaran

terhadap

nilai-nilai

positif

dalam

melaksanakan

tugas

dengan

mengenepikan kepentingan peribadi. 2. REALITI KEHIDUPAN Jadual 1 di bawah boleh membantu memberi penjelasan apa yang dipaparkan melalui klip video pain & sacrifice

kepada kita mengenai

keperitan dan

pengorbanan dalam mencari rezeki sebahagian rakyat Bangladesh.

1

B il

Asas Perbandingan

Bangladesh

Malaysia

1

Area

total: 143,998 sq km land: 130,168 sq km water: 13,830 sq km

2

Population

156,050,883 (July 2009 est.) country comparison to the world: 7

3

GDP - per capita (PPP)

4

Labour force

5

Unemploymen t rate

6

Population below poverty line

45% (2004 est.)

5.1% (2004 est.)

Inflation Rate

8.9% (2008 est.) country comparison to the world: 138

5.4% (2008 est.) country comparison to the world: 90

7

$1,500 (2008 est.) country comparison to the world: 196 70.86 million country comparison to the world: 8 note: extensive export of labor to Saudi Arabia, Kuwait, UAE, Oman, Qatar, and Malaysia; 2.5% (2008 est.) country comparison to the world: 27

total: 329,847 sq km land: 328,657 sq km water: 1,190 sq km 25,715,819 (July 2009 est.) country comparison to the world: 46 $15,200 (2008 est.) country comparison to the world: 75 11.09 million (2008 est.) country comparison to the world: 46 3.3% (2008 est.) country comparison to the world:38

Sumber: CIA the Factbook (https:www.cia.gov/library)

2

Jadual 1. Perbandingan Malaysia dan Bangladesh

Keluasan negara Bangladesh ialah 143,998 km persegi manakala Malaysia pula berkeluasan 329,487 km persegi. Bagaimanapun jumlah penduduk Bangladesh amat padat iaitu 156,050,883 orang manakala Malaysia pula hanya 25,715,819 orang. Keadaan yang tidak seimbang ini menyebabkan masalah-masalah lain seperti kemiskinan, kekurangan makanan dan seterusnya menyebabkan inflasi yang tinggi. Dengan bilangan penduduk yang agak tinggi dalam keluasan negara yang terhad sukar sesebuah kerajaan untuk menumpukan program pembangunan rakyat ditambah pula dengan keadaan politik yang kurang stabil. Tentulah sukar bagi sebuah negara seperti Bangladesh ini untuk melaksanakan peraturan-peraturan atau standard tertentu bagi melindungi pekerja sebagaimana Malaysia. Masing-masing terpaksa berjuang untuk hidup, hampir separuh iaitu 45% rakyatnya berada di bawah paras kemiskinan. Mereka terpaksa bersaing dengan mempertaruhkan keselamatan diri demi untuk meneruskan hidup.

Dari desakan

hidup sebegini maka lahirlah sikap gigih, rajin, tekun dan tidak berputus asa dikalangan warga Bangladesh pada usia yang masih muda. Alangkah bertuahnya Malaysia jika kita mempunyai remaja yang mempunyai nilai dan sikap yang sedemikian. Tiada desakan hidup, tiada persaingan dan hidup dengan penuh keselesaan menyebabkan kesukaran untuk Malaysia mencapai maksud tersebut.

3. NILAI DIRI PENJAWAT AWAM Menyedari perkara ini marilah kita merenung sejenak melihat keadaan kita ketika ini, ada antara kita yang sedang berehat, ada yang berborak kosong di warung atau restoran, ada yang sedang membeli belah dan yang di pejabat pula sedang asyik melayari internet atau berbual kosong sesama rakan sekerja. Tanpa kita rasa bersalah bahawa kita dibayar upah setiap saat waktu bekerja. Sikap serta nilai

3

negatif sebegini perlu dihapuskan bagi memastikan persepsi orang awam terhadap perkhidmatan kerajaan berubah. Negara kita mewah, kita mempunyai infrastruktur yang cukup baik, malah bertaraf dunia. Ruang pejabat penuh keselesaan, dilengkapi perabot serta kemudahan internet namun segelintir daripada kita tidak bersyukur, tiada kesungguhan dan tidak amanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

3.1

Sentiasa bersyukur kepada Allah

Kita amat beruntung dalam melaksanakan tugas kita sebagai Penjawat Awam, kita tidak perlu berhempas pulas membasahi badan dengan keringat sepertimana orang lain. Tidak perlu kita pergi jauh untuk membandingkan diri kita dengan pekerja negara luar seperti Bangladesh, cukuplah kita bandingkan diri kita dengan nelayan, petani dan pekerja buruh dinegara kita sendiri. Saban hari mereka perlu bangun di awal pagi untuk ke laut, ke ladang atau ke sawah. Berperang dengan nyamuk dan lintah. Pejabat mereka berbumbungkan langit dan berlampukan terik panas matahari. Bagi nelayan, kadang-kadang mereka pulang dengan tangan kosong tanpa hasil. Bagi petani pula belum pasti benih yang disemai mengeluarkan hasil seperti yang diharapkan. Lihatlah diri kita, terfikirkah kita terlalu banyak nikmat Allah kepada kita?. Kita perlu sedar saban masa dan ketika, kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putusputus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tidak ubah seperti kacang lupakan kulit. Pelbagai insentif kerajaan kepada Penjawat Awam antaranya kita diberikan kemudahan pinjaman rumah, pinjaman kereta, kemudahan perubatan, kuarters serta perbagai elaun lain disediakan.Namun ada yang mengatakan gaji tidak cukup dan tidak setimpal dengan bebanan kerja. Dalam keadaan ekonomi negara yang kurang memberansangkan ada dikalangan kita mendesak diberikan bonus 2 bulan gaji. Agak memalukan juga ianya berlaku 4

dalam suasana rakyat masih mempertikai dan memperlekeh prestasi kakitangan awam. Ada kewajarannya kita meminta diberikan bonus, namun biarlah dikaitkan dengan kemakmuran ekonomi dan prestasi perkhidmatan kita kepada rakyat. Bersyukurlah kita tidak perlu meminta simpati orang dan anak kita pula tidak perlu menjual bunga dijalan-jalan atau bergelomang dengan debu untuk mencari rezeki. Maka mengapa kita seolah-olah menafikan kurniaan ini? Begitulah sikap manusia yang selalunya lalai dan tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan sehingga dalam Al-Quran, Allah telah mengulangi ayat di bawah sebanyak 31 kali sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya.

(Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?) Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus.

3.2

Ikhlas dan Amanah

Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Nilai ikhlas dan amanah ini perlu ada dalam diri seluruh masyarakat Malaysia tidak hanya kepada penjawat awam. Kita perlu sedar dan yakin kerja itu satu ibadah, dan ada ganjarannya di dunia dan di akhirat kelak . Bagi penjawat awam samada di peringkat atasan atau pembuat dasar sehinggalah kepada peringkat bawahan nilai ini perlu ditanam. Kesedaran terhadap nilai-nilai ini akan menjamin setiap individu mengenepikan kepentingan peribadi sebaliknya akan mengutamakan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam. Jika seluruh individu mengamalkan nilai ikhlas dan amanah ini sudah tentu Negara ini dapat mencapai apa yang disasarkan dalam Wawasan 2020 dengan mudah.

5

3.3

Kesungguhan bekerja

Beruntung kita berada dipersekitaran kerja yang bersih dan selamat lengkap dengan kemudahan pejabat terkini. Seharusnya dengan kemudahan begini menjadikan kita seronok bekerja dan lebih produktif. Apabila keseronokan bekerja timbul maka kepentingan peribadi dan suka menangguhkan kerja akan diketepikan.

3.4

Kesederhanaan

Dengan perkembangan ternologi komunikasi, membolehkan maklumat dicapai tanpa sempadan. Keadaan ini menyebabkan kita mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan gaya masa kini walaupun kita tidak berkemampuan. Pakaian pejabat daripada jenama mahal, kosmetik yang berjenama, telefon bimbit terkini dan berkereta mewah. Keadaan ini membuatkan kita hilang tumpuan dan asyik memikirkan masalah pendapatan yang

tidak cukup dan sentiasa mencari jalan

untuk mendapatkan pendapatan yang lebih. Sikap sebegini akan menjejaskan prestasi jabatan kerana tugas yang dipertanggungjawab kepada kita diabaikan. Semuanya ini berpunca daripada sikap kita sendiri, sekali lagi kita perlu kembali kepada ajaran Islam kerana Islam menyukai kesederhanaan.

4. KESIMPULAN Sehingga kini Perkhidmatan Awam merupakan organisasi yang paling besar dengan jumlah 1.2 juta kakitangan. Memandangkan ianya satu organisasi yang besar dan tertumpu kepada usaha memberi perkhidmatan kepada masyarakat, setiap tindak tanduk baik positif atau negatif kita diperhatikan. Memang menjadi sikap manusia yang mudah lupa apabila diberi nikmat , tambahan pula bila kita berada dalam comfort zone. Sebaliknya kita menjadi berputus asa dan kecewa apabila sesuatu itu ditarik oleh Allah s.w.t. Kita perlu sedar dalam serba kekurangan diri kita masih ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Kadangkadang kita tidak terfikir bahawa semua pemberian dan kehilangan nikmat itu adalah ujian daripada-Nya. Lantaran itu, kita hendaklah

sentiasa bersyukur dan

menggunakan sebaik mungkin nikmat yang diberi. 6

Nilai-nilai positif yang dinyatakan di atas perlu dimalkan oleh semua individu pada setiap peringkat supaya Perkhidmatan Awam disegani dan dihormati. Akhir sekali sama-sama kita mesyukuri dan sentiasa mengingati nikmat Allah dengan menghayati dan mengamalkan doa Nabi Sulaiman a.s. untuk tetap mensyukuri nikmat Allah s.w.t seperti berikut ; "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". [Al-Quran, Surah An-Naml, Ayat 19]

RUJUKAN

1. Al-Quran Tajwid dan Terjemah, Mushaf Ar-Rusydi 2. La’ Tahzan, Don’t Be Sad, Jangan Bersedih, Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni 3. Artikal Etika Kerja Dalam Islam, Zulkifli b. Mohd. Sidi, CIAST, Shah Alam 4. Tonggak 12, INTAN

5. CIA Fact book, laman web, https\:www.cia.gov\library

7

Related Documents

Renungan
June 2020 33
Renungan
November 2019 45
Renungan
November 2019 32