Kertas Kerja Projek Internship (konsert Sifir).docx

  • Uploaded by: dauscfuart
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Projek Internship (konsert Sifir).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,121
  • Pages: 10
KERTAS CADANGAN PROJEK “KONSERT SIFIR” SK TAN SRI DATUK HAJI MOHAMED

LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI DATUK HAJI MOHAMED, KUCHING SARAWAK

TARIKH : 27 FEBRUARI 2019 HINGGA 15 MAC 2019

ANJURAN : ALEX MURPHY ANAK BANTA GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG PISMP MT (SK) AMBILAN JUN 2015

DENGAN KERJASAMA SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI DATUK HAJI MOHAMED

1.0

PENGENALAN Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang perlu diberikan penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Salah satu kemahiran dalam matematik yang sering menjadi isu ialah penguasaan sifir dalam kalangan murid. Ianya merupakan salah satu masalah yang sukar ditangani terutamanya murid yang terlibat dengan Latihan Intervensi dan PROTIM. Sehubungan dengan itu, saya sebagai guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang akan melaksanakan projek internship yang berkaitan dengan pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Oleh hal demikian, program yang akan dianjurkan ialah Konsert Sifir bagi mengatasi masalah penguasaan sifir dalam kalangan murid SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed.

2.0

RASIONAL Berpandukan Teori Howard Gardner iaitu Kecerdasan Pelbagai spesifiknya kepada kecerdasan muzikal, Konsert Sifir ini merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan sebagai medium untuk melatih murid menghafal sifir dengan kaedah nyanyian beserta iringan muzik. Menyanyi sambil menghafal sifir merupakan kaedah inovasi yang akan diterapkan berdasarkan perancangan berikut. Sejajar dengan itu, ianya turut merangkumi pendidikan bercirikan didik hibur yang ingin diterapkan dalam pendidikan abad ke 21 kini. Demi untuk memantapkan usaha dan inisiaitf ke arah pemukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti, program ini akan dilaksanakan dan diterapkan oleh pihak sekolah bagi memberi pendekatan baharu kepada murid serta sekolah mengenai kaedah untuk menguasai sifir dengan lebih mudah di samping meningkatkan minat murid dalam matapelajaran matematik.

3.0

PERINCIAN PROJEK KONSERT SIFIR Konsert sifir ialah sebagai inovasi kepada aktiviti penghafalan sifir tradisional di mana murid akan membaca sifir mengikut urutan secara terus dengan iringan muzik lagu kanak-kanak. Melalui pendekatan baharu ini, murid didedahkan

dengan kaedah menghafal sifir dengan lebih mudah dan menyeronokkan menggunakan lagu-lagu yang terkenal dalam skop murid sekolah rendah iaitu lagu Lagu Twinkle Twinkle Little Star, Lagu Tiga Kupang dan Lagu Bangun Pagi Gosok Gigi. Ritma lagu tersebut dipilih kerana sangat mudah dihafal dan sering dinyanyikan oleh murid-murid kerana corak lagunya dapat ditukarkan lirik dengan sifir 6, sifir 7 dan sifir 8. Kesimpulannya, harapan penganjur ialah dengan melalui projek ini ianya dapat sedikit sebanyak melatih murid menghafal sifir bagi mengurangkan isu lemah sifir dalam kalangan murid.

4.0

5.0

OBJEKTIF 4.1

Memberikan pendekatan baharu untuk menguasai sifir 6, sifir 7 dan sifir 8

4.2

Mengurangkan kadar lemah sifir dalam kalangan murid.

4.3

Meningkatkan prestasi akademik matapelajaran matematik.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA 5.1

Output Murid-murid dapat menjawab soalan sifir 6, sifir 7 dan sifir 8 secara verbal

5.2

6.0

Outcome

PENGANJUR Encik Alex Murphy anak Banta iaitu guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Ambilan PISMP Matematik (SK) Jun 2015 yang menjalani Internship.

7.0

TEMPOH Dijalankan pada setiap pagi hari persekolahan bermula 27 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

8.0

TEMPAT Padang Serbaguna Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Kuching, Sarawak.

9.0

KUMPULAN SASARAN Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed.

10.0

11.0

SENARAI JAWATANKUASA Penasihat

:

Puan Fatimah Binti Buang

Penyelaras

:

Dr Wee Kim Teck

Pengerusi

:

Encik Alex Murphy Anak Banta

Naib Pengerusi

:

Encik Ismail Bin Swaidi

Setiausaha

:

Puan Noor Shasrizan Binti Mohd. Johari

Bendahari

:

Encik Achai Bin Junaidi

AJK Dokumentasi

:

Encik Heng Kok Liang

STRATEGI PELAKSANAAN 1. Semua murid akan dikehendaki untuk berada di padang serbaguna sekolah seawal 7 pagi atau sebaik sahaja tiba di kawasan sekolah. Murid-murid akan duduk di dalam barisan kelas masing-masing seperti susun atur semasa perhimpunan sekolah. 2. Aktiviti akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Twinkle Twinkle Little Star, Lagu Tiga Kupang dan Lagu Bangun Pagi Gosok Gigi dengan iringan muzik sebagai pendedahan untuk mengenal ritma lagu yang akan digunakan masing-masing untuk lagu sifir 6, sifir 7 dan sifir 8. 3. Setelah membiasakan murid dengan ritma lagu-lagu tersebut, murid akan diberi tunjuk ajar lirik lagu sifir 6 diteruskan dengan sifir 7 dan sifir 8 secara verbal oleh pihak penganjur.

4. Murid-murid akan menyanyikan lagu sifir 6, sifir 7 dan sifir 8 dengan iringan muzik pada setiap sesi aktiviti dijalankan sehingga masa tamat. Untuk lirik lagu sila rujuk Lampiran A. 5. Murid-murid akan dipanggil untuk menyanyikan lagu tersebut di pentas dan diberikan pensel sebagai tanda penyertaan.

12.0

JADUAL AKTIVITI Bil.

Tarikh

Masa

Aktiviti

1.

27/2 – 15/3/2019

7.00 – 7.30 pagi

Menghafal Sifir 6 - 8

Tiada sesi dijalankan sekiranya cuaca hujan atau terdapat program lain pada hari tersebut.

13.0

PERBELANJAAN Bil.

Bahan

Unit

Harga

Jumlah Unit

Jumlah

Seunit 1.

Kertas A4

1 ream

RM 12.00

RM 12.00 X 1

RM 12.00

2.

Pensel

7 kotak

RM 7.00

RM 7.00 X 7

RM 49.00

Jumlah Keseluruhan

RM 61.00

Semua perbelanjaan adalah tanggungan penganjur sahaja.

14.0

PENUTUP Semoga segala yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga Konsert Sifir ini dapat memberi pengalaman yang bermakna dan impak yang positif terhadap semua pihak khasnya terhadap diri peserta bengkel yang dapat memenuhi objektif. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat dhargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

…………………………………….

……………………………………

(ALEX MURPHY ANAK BANTA)

(PUAN NOOR SHASRIZAN

Guru Pelatih IPGKBL,

BINTI MOHD JOHARI)

Pengerusi Program Konsert Sifir,

Mentor Internship,

Institut Pendidikan Guru Kampus,

Setiausaha Konsert Sifir,

Batu Lintang.

SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed.

Dipantau oleh,

Disahkan oleh,

…………………………………….

…………………………………….

(DR WEE KIM TECK)

(PUAN FATIMAH BINTI BUANG)

Pensyarah Pembimbing,

Guru Besar,

Penyelaras Konsert Sifir,

Penasihat Konsert Sifir,

Institut Pendidikan Guru Kampus

SK Tan Sri Datuk Haji

Batu Lintang.

Mohamed.

LAMPIRAN A

Lirik Lagu Sifir 6 (Twinkle Twinkle Little Star) Kita belajar sifir enam Satu enam enam Dua enam dua belas Tiga enam lapan belas Empat enam dua puluh empat Lima enam tiga puluh Enam enam tiga puluh enam Tujuh enam empat puluh dua Lapan enam empat puluh lapan Sembilan enam lima puluh empat Sampai di sini saja

Lirik Lagu Sifir 7 (Lagu Tiga Kupang) Satu tujuh tujuh Dua tujuh empat belas Tiga tujuh dua puluh satu Empat tujuh dua puluh lapan Lima tujuh tiga puluh lima Enam tujuh empat puluh dua Tujuh tujuh empat puluh sembilan Lapan tujuh lima puluh enam Sembilan tujuh enam puluh tiga Kita belajar sifir Sifir tujuh sangat mudah Ala sangat mudah la la la

Lirik Lagu Sifir 8 (Lagu Bangun Pagi Gosok Gigi) Kita belajar sifir lapan Sangat mudah sangat senang Satu lapan sama lapan Dua lapan enam belas Tiga lapan dua empat Empat lapan tiga dua Lima lapan empat puluh Enam lapan empat lapan Tujuh lapan lima enam Lapan lapan enam empat Sembilan lapan tujuh dua Sampai di sini saja

Related Documents


More Documents from ""