Kertas Kerja Memohon Kelulusan Projek

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Memohon Kelulusan Projek as PDF for free.

More details

  • Words: 1,417
  • Pages: 14
KERTAS KERJA MEMOHON KELULUSAN PROJEK STREET HOCKEY-PROTON ‘04 ANJURAN BIRO SUKAN DAN REKREASI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN PROTON UNIVERSITI UTARA MALAYSIA _______________________________________________________________________ _

1.0

PENDAHULUAN

Biro Sukan dan Rekreasi JPPK Kolej Kediaman Proton akan menganjurkan satu kejohanan STREET HOCKEY – PROTON ’04 yang akan diadakan pada 6 dan 7 Februari 2004 bertempat di Dataran Kolej Proton.

2.0

TUJUAN KERTAS KERJA DIKEMUKAKAN

Kertas kerja dikemukakan adalah untuk mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), YBhg. Prof Madya Dr. Mohamed Mustafa Ishak untuk melaksanakan projek STREET HOCKEY – PROTON ’04 bertempat di Dataran Kolej Proton pada 6 dan 7 Februari 2004.

3.0

OBJEKTIF PROGRAM

3.1

Merapatkan hubungan diantara peserta dan penganjur serta pelajar-pelajar UUM.

3.2

Mendedahkan corak permainan Street Hockey kepada mereka yang tidak pernah menyertainya.

3.3

Menanamkan minat kepada pelajar yang sebelum ini tidak berminat dengan sukan lasak sebegini.

3.4

Melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat kesukanan

yang

tinggi serta menjadikan mahasiswa sihat dan cergas sepanjang masa. 3.5

Meningkatkan kemahiran peserta secara individu dan berpasukan semasa menyertai pertandingan di samping menanamkan semangat

berdikari,

bekerjasama, berkolaboratif , berkeyakinan dan bertoleransi

antara satu

sama lain.

4.0

PENJELASAN PROJEK Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Sukan dan Rekreasi JPPK Kolej Proton yang melibatkan pemain-pemain hoki lelaki dan wanita kolej Proton sebagai AJK pelaksana. Peserta-peserta pertandingan terdiri dari wakil-wakil kolej kediaman Universiti Utara Malaysia. Ia akan diadakan pada 6 dan 7 Februari 2004 bertempat di Dataran Kolej Kediaman Proton. Tema bagi projek ini adalah “SUKAN PEMANGKIN GRADUAN SEIMBANG DAN CEMERLANG” – Kecerdasan lahir dari badan yang cergas dan semangat yang tinggi.

5.0

JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK Penaung

Penasihat

: YBhg. Prof Madya Dr. Mohamed Mustafa Ishak Timbalan Naib Canselor (HEP) Universiti Utara Malaysia Utama : Encik Nor Azman Yusof Pengetua Kolej Kediaman Proton

Penasihat Teknikal : En. Hairil Anuar B. Md Akil Felo Penasihat Kolej Kediaman Proton Encik Zainal Azman Ketua Pengadil Ex – Officio : Mohd Faizal Bin Abd Razak Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi Pengarah Projek

: Cik Mariam Bt Tugiman @ Usman

Tim. Pengarah

: Murugesu a/l Supermaniam

Setiausaha

: Zurina Bt Abdullah

Bendahari

: Mohamad Sayuti B. Berahim

Ketua – ketua Biro Protokol / Cenderahati

: Cik Sarmilah Bt Yamaleng Ahmad Firdaus B Ariffin

Pengangkutan/: Mazli B. Mahamad Logistik Mohd Faison B. Abu Bakar Promosi/ Publisiti

: Cik Nor Syuhaida Abd Razak Badrul Hisyam B. Mustafa

Keselamatan : Izan Hosni B. Ibrahim Tengku Mohd Zulkhailif B. Ku Zambri Makanan

: Cik Maizun Mat Lazim

Mahadi Mohamad Urusetia

: Cik Roseshita Bt Ibrahim Mohd Syahriman B. Yusof

AJK Rosneza Bt Abd Rajab Siti Maisarah Md Mery Nik Roshamizam Bt Nik Mahmud Norshuhaida Abu Bakar Radhiah Hamad Sarmilah Yamaleng Norhasimah Bt Hassan

6.0

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN Projek ini dianggarkan menelan belanja sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu Enam Ratus dan Empat puluh Empat sahaja. ANGGARAN PENDAPATAN

RM

1. Peruntukan JPPK

300.00

2. Yuran peserta (15pasukan X RM49)

735.00

4. Baki Yang diperlukan

605.00

Jumlah Anggaran Pendapatan

RM

1644.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

RM

1. Bayaran Pengadil

500.00

2. Hadiah Peserta (21 piala X RM5)

105.00

Piala Iringan (3 X RM 15) Hamper ( 3 X RM 50) 3. Cenderahati Pengadil (4 X RM 15)

45.00 150.00 60.00

4. Peralatan

100.00

Ubat

150.00

5. Promosi dan Publisiti Banner

80.00

Fotostat

100.00

Tag nama (30 X RM 5)

150.00

6. Makanan dan Minuman

200.00

Jumlah Anggaran Perbelanjaan 7.0

RM 1644.00

TENTATIF PROGRAM Jumaat 6hb Februari 2004 8.00 pg

Pengurus-pengurus pasukan menghantar borang peserta pertandingan.

8.15pg

Pertandingan dimulakan mengikut kumpulan dan padang yang telah ditetapkan

12.00tgh 3.00ptg

Berhenti rehat dan sembahyang Jumaat Pertandingan disambung semula untuk menentukan pasukan yang layak ke suku akhir

6.00ptg

Pertandingan ditunda esok

Sabtu 7hb Februari 2004 8.00pg

Pengurus-pengurus pasukan mendaftar untuk pertandingan suku akhir.

8.15

Pertandingan dimulakan untuk menentukan pasukan yang layak ke separuh akhir

10.30

Pertandingan separuh akhir

12.00

Berhenti rehat dan makan tengahari

2.00ptg

Pertandingan akhir dimulakan

4.00ptg

Majlis penyampaian hadiah dan penutup oleh En Nor Azman Yusof selaku pengetua kolej kediaman Proton.

8.0

PELAKSANAAN PROJEK Perjumpaan bersama-sama pengurus pasukan bagi setiap kolej-kolej kediaman akan diadakan bagi menjalankan sesi taklimat dan suai kenal. Selain itu semasa perjumpaan ini segala pertanyaan akan dijelaskan dan peraturan-peraturan permainan juga akan diterangkan. Risalah mengenai peraturan dan syarat-syarat pertandingan juga akan diberi kepada pengurus-pengurus pasukan. Borang dan yuran penyertaan akan dikutip seminggu sebelum pertandingan diadakan, manakala pembahagian kumpulan akan dibuat 3 hari sebelum pertandingan dijalankan.

9.0

PENUTUP Dengan ini diharapkan agar kertas kerja ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak yang Berbahagia Dato’ bagi menjayakan pertandingan ini. Semoga projek ini benar-benar memenuhi matlamat dan objektif asal serta dapat membantu pihak UUM dan Kolej khasnya mencapai wawasan dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir dalam bidang akademik malahan di dalam bidang sukan juga. AJK pelaksana juga akan menjalankan pertandingan ini dengan adil dan saksama serta melahirkan “pertandingan sihat” dikalangan pelajar-pelajar kolej kediaman yang lain. Semoga projek ini akan memberi manfaat dan pengalaman yang berharga kepada para peserta pertandingan STREET HOCKEY-PROTON ’04.

Akhir kata pihak kami berharap agar kertas kerja ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Yang Berbahagia Dato’ dan diberikan kelulusan bagi menganjurkan pertandingan STREET HOCKEY-PROTON ’04 ini. Pertimbangan dan perhatian yang diberi amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian,

“ILMU BUDI BAKTI”

Yang menjalankan tugas,

Disahkan oleh

.........................................

..............................................

(ZURINA BT ABDULLAH)

(MARIAM BT TUGIMAN @ USMAN)

Setiausaha Projek

Pengarah Projek

STREET HOCKEY-PROTON ’04

STREET HOCKEY-PROTON ‘04

LAMPIRAN A

MINIT MESYUARAT STREET-HOCKEY-PROTON ‘04

Tarikh

: 20 Januari 2004

Masa

: 9.30 malam

Tempat: Dewan Kembara Kolej Kediaman Proton. Hadir

: Mariam Bt Tugiman @ Usman Mohd Faizal B. Abd Razak Zurina Bt Abdullah Mohd Sayuti B. Berahim Tengku Mohd Zakhailif Mahadi B. Mohamad Rosneza Bt Rajab Siti Maisarah Bt Md Mery Ahmad Firdaus Ariffin Badrul Hisham Mustafa Izan Hosni B. Ibrahim Mazli Mahamad Mohd Syahriman B. Yusoff Mohd Faison Abu Bakar

Ex – Officio

1.0

Kata-kata aluan Pengerusi Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberikan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua ahli mesyuarat. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.

2.0

Penerangan Tentang Projek Ahli-ahli yang hadir telah diberikan penerangan tentang projek yang akan dilaksanakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik.

3.0

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Ahli Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara untuk memilih ahli-ahli yang berikut sebagai ahli jawatankuasa. Berikut adalah ahli-ahli yang telah dilantik :

Pengarah Projek

: Cik Mariam Bt Tugiman @ Usman

Tim. Pengarah

: Murugesu a/l Supermaniam

Setiausaha

: Zurina Bt Abdullah

Bendahari

: Mohamad Sayuti B. Berahim

Ketua – ketua Biro Protokol / Cenderahati

: Cik Sarmilah Bt Yamaleng Ahmad Firdaus B Ariffin

Pengangkutan/: Mazli B. Mahamad Logistik Mohd Faison B. Abu Bakar Promosi/ Publisiti

: Cik Nor Syuhaida Abd Razak Badrul Hisyam B. Mustafa

Keselamatan : Izan Hosni B. Ibrahim Tengku Mohd Zulkhailif B. Ku Zambri Makanan

: Cik Maizun Mat Lazim Mahadi Mohamad

Urusetia

: Cik Roseshita Bt Ibrahim Mohd Syahriman B. Yusof

AJK Rosneza Bt Abd Rajab Siti Maisarah Md Mery Nik Roshamizam Bt Nik Mahmud Norshuhaida Abu Bakar Radhiah Hamad Sarmilah Yamaleng Norhasimah Bt Hassan

4.0

Pembahagian Tugas AJK pelaksana yang telah dilantik diberi penerangan tugas masing-masing mengikut bahagian yang telah dipertanggungjawabkan. Manakala Semua Ajk yang lain pula akan diberi tugas-tugas tertentu dibawah unit-unit supaya dapat melaksanakan projek ini secara bersama.

Protokol / Cenderahati •

Menguruskan urusan jemputan untuk majlis perasmian dan penutup



Menguruskan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati semasa majlis penutup.

Pengangkutan/Logistik •

Membuat surat kepada pihak HEP dan Unit Sukan berhubung dengan peralatan



Membuat Check-list barang yang diperlukan

Promosi/Publisiti •

Membuat promosi projek dan mendapatkan peserta dari setiap wakil-wakil kolej

Keselamatan •

Mendapat peralatan bagi tujuan keselamatan seperti peti kecemasan



Membentuk kumpulan awasan sepanjang pertandingan dijalankan

Makanan •

Menyediakan makanan untuk pengadil



Membuat anggaran perbelanjaan makanan



menyediakan minuman dan memastikan air mencukupi untuk semua pemain-pemain.

Urusetia •

Menguruskan berkenaan masa dan gol jaringan semasa pertandingan dijalankan.



Memastikan pertandingan dapat dijelankan dengan lancar dan menepati masa yang telah ditetapkan.

5.0

Hal-hal lain Mesyuarat telah bersetuju mengenakan bayaran yuran sebanyak RM 49 bagi satu pasukan (RM98 untuk setiap kolej- 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita). Saudari pengerusi iaitu Cik Mariam Bt Tugiman mengucapkan bebanyak terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menerajui jawatankuasa pelaksana projek STREET HOCKEY-PROTON ’04. Beliau juga berharap akan memperolehi kerjasama sepenuhnya daripada semua AJK yang dilantik.

6.0

Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat berakhir pada pukul 11.00 malam dengan penghargaan pengerusi majlis kepada semua ahli yang hadir. Mesyuarat AJK yang seterusnya akan ditetapkan kemudian. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan surah Al-As’r.

Disediakan oleh

Disahkan Oleh

....................................

................................................

Setiausaha Projek

Pengarah Projek

Zurina Bt Abdullah

Mariam Bt Tugiman@Usman

STREET HOCKEY-PROTON ’04

STREET HOCKEY-PROTON ’04

Related Documents