Kertas Projek - Bentang

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Projek - Bentang as PDF for free.

More details

  • Words: 1,065
  • Pages: 19
TAHAP PENGGUNAAN INTERNET DI SEKOLAH PEDALAMAN, SARAWAK   OLEH MICHEAL ANAK RINGGIT G74588

Pernyataan Masalah Pembelajaran secara maya telah diperkenalkan dan telah digunapakai oleh beberapa institusi. Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan kemudahan yang dianggap canggih pada masa kini tetapi program ini akan gagal sekiranya para guru tidak mempunyai kemahiran menggunakan kemudahan tersebut. Sekolah Bestari adalah merupakan perintis kearah itu. Kejayaan tersebut banyak bergantung kepada para guru bagaimana mereka menfaatkan penggunaan access internet yang terdapat dengan banyak di sekeliling mereka baik kepada mereka sendiri atau kepada pelajar. Semua usaha ini adalah menyokong ke arah pembelajaran berkesan. Jika guru pandai menggunakan kemudahan internet dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka sudah tentu ini merupakan pengalaman baru dan merubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Adakah guru sudah bersedia dengan cabaran ini?

TUJUAN Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menilai tahap penggunaan internet di kalangan guru khasnya guru kawasan pedalaman. Penyelidik juga ingin melihat sejauhmanakah tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru untuk menguasai teknologi tersebut. Dalam kajian ini kita ingin melihat apakah enjin dan laman web yang menjadi pilihan guru dan halangan-halangan yang membataskan kemahiran mengguna internet dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF Objektif kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mendapatkan gambaran status penggunaan internet di kalangan guru. Dimensidimensi yang dikaji merangkumi dimensi pendedahan, kemudahan, penggunaan, latihan, dan kemahiran oleh guru. Sebanyak tiga objektif kajian telah dikenalpasti. 2.Mengenal pasti keberkesanan dari aspek penggunaan internet di sekolah. 3.Mengenal pasti keberkesanan dari aspek kemahiran sedia ada menggunakan internet

SOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut: 3.Sejauhmanakah tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran menggunakan internet di kalangan guru 4.Apah enjin carian dan laman web yang menjadi pilihan guru

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik untuk mengumpul maklumat kajian.  Kaedah tinjauan digunakan kerana sesuai untuk menentukan tahap pengetahuan komputer dan penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran serta kekerapan menggunakan internet sama ada secara individu atau bersama murid di kelas.

REKABENTUK KAJIAN 1. Kaedah tinjauan kaedah pos – merupakan borang soalselidik yang dihantar ke sekolah bagi mendapatkan maklumbalas tentang status kemudahan internet dan tahap kemahiran serta kekerapan penggunaan internet di sekolah tersebut. temubual – dengan beberapa orang guru sekolah termasuk beberapa orang pelajar yang dipilih secara rawak. Kajian kes – pemerhatian/temubual/kajian dokumen

RESPONDEN KAJIAN Kajian ini yang melibatkan populasi 16 orang guru di Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu. Borang soal selidik diagihkan kepada semua guru untuk mendapatkan maklum balas tentang pengunaan internet di sekolah berkenaan.

LOKASI KAJIAN Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu, Asajaya di Sarawak dan kriteria utama pemilihan lokasi kajian ini adalah berasaskan alasan sekolah tersebut mempunyai kemudahan internet sama ada yang disediakan oleh kementerian atau persendirian. SK Sebandi Ulu terletak di kawasan pinggir bandar.

INSTRUMENT KAJIAN Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diubahsuai dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Soal selidik yang mengandungi 4 bahagian iaitu; i.    Bahagian A – Demografi Responden ii.   Bahagian B – Tahap kemahiran serta kekerapan penggunaan internet iii. Bahagian C – Tahap penerimaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet di kalangan pelajar iv. Dokumen ict sekolah

Tatacara Pemerolehan Data Dalam kajian ini tiga kaedah pengutipan data utama yang biasa digunakan dalam kajian kualitatif, iaitu ; (a) bukti dokumen, (b) pemerhatian, dan (c) temubual) digunakan pada sepanjang tempoh kajian dilaksanakan. Penggunaan pelbagai kaedah pengutipan data ini amat sesuai kerana setiap kaedah yang digunakan akan dapat mengukuhkan data-data yang akan diperoleh antara satu sama lain, Patton (1987). Wiersma (1995) menamakan kaedah pengukuhan antara data-data ini sebagai ‘triangulation’ dan menghuraikan sebagai ‘qualitative cross-validation’ yang boleh dilaksanakan antara sumber data yang pelbagai atau kaedah pengutipan data yang berbeza.

1. Bukti Dokumen Pengumpulan data melalui kaedah ini melibatkan beberapa jenis dokumen khususnya dokumen bentuk bertulis. Jenis dokumen pertama yang akan digunakan adalah dokumen berbentuk rekod awam (Bogdan & Biklen, 1992) yang lebih merupakan dokumen rasmi sekolah. Dokumen ini akan digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang sekolah, statistik jumlah bilangan guru dan murid, serta rekod pencapaian murid di sekolah itu.

2. Pemerhatian Dalam kajian ini, kaedah pemerhatian merupakan satu lagi kaedah utama yang akan digunakan dalam pengumpulan data. Kidder (1981) menegaskan bahawa kaedah pemerhatian yang boleh digunakan sebagai satu alat penyelidikan adalah apabila ia dapat berfungsi sebagai halatuju penyelidikan yang terancang, spontan, boleh direkodkan secara tersusun. Oleh itu bagi memudahkan proses mencatat pemerhatian ini, penyelidik menyediakan instrumen untuk mencatat dan meneliti sejauh mana penggunaan internet di sekolah tersebut.



Temu bual

Dalam kajian bersifat kualitatif ini, kaedah pengutipan data diskriptif melalui temubual adalah cara yang paling lazim terutamanya dalam kajian yang melibatkan pemerhatian sampel kajian (Bogdan & Biklen, 1992). Dalam kajian ini kaedah temu bual akan digunakan bersamasama dengan pemerhatian sampel kajian khususnya bagi sample kajian guru. Penggunaan kaedah ini dianggap sama pentingnya dengan kaedah daripada pemerhatian. Tanpa penggunaan temu bual, data yang diperoleh dari pemerhatian tidak akan dapat memberi gambaran yang lengkap tentang apa yang diperhatikan. Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkap. Sesi temu bual yang dijalankan dengan sampel kajian khususnya guru, juga akan mendapatkan maklumat tentang tahap penggunaan internet guru-guru.

Tatacara Penganalisisan Data Data yang dikumpulkan telah dikodkan dan diproses dengan menggunakan pakej SPSS versi 12.0.

Widescreen Pictures Pictures can also be presented more dramatically in widescreen.

Creating 16:9 Presentations To setup a widescreen presentation, do one of the following: 



Start with this template. Simply delete the example slides and add your own content. Or, go to the Design tab and open the Page Setup Dialog. Click the Slide Size dropdown and pick Onscreen Show (16:9) (Note: we also support 16:10, which is a common widescreen laptop resolution. )

Important: Always start with your slide size set to the aspect ratio you intend to use. If you change the slide size after you’ve created some slides, your pictures and other graphics will be resized. This could potentially distort their appearance.

Slide Show Tips 







To present in true widescreen, you’ll need a computer and, optionally, a projector or flat panel that can output widescreen resolutions. Common computer widescreen resolutions are 1280 x 800 and 1440 x 900. (These are 16:10 aspect ratio, but will work well with 16:9 projectors and screens.) Standard high definition televisions resolutions are1280 x 720 and 1920 x 1080. Use the Test Pattern on the next slide to verify your slide show

Widescreen Test Pattern (16:9)

Aspect Ratio Test (Should appear circular)

4x3 16x9

Related Documents