Kertas Kerja Latihan Kebakaran Fire Drill.docx

  • Uploaded by: Sandra Mit
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Latihan Kebakaran Fire Drill.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,413
  • Pages: 12
KERTAS KERJA CERAMAH KESELAMATAN DAN DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA (Safety and Fire Drill)

TARIKH : 23 FEBRUARI 2018 HARI : JUMAAT MASA : 8.30 PAGI - 11.30 TENGAH HARI

Disediakan Oleh : SANDRA ANAK SIGAN

1. Pendahuluan Matlamat latihan ini iaitu; a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran. b) Melatih

murid

kaedah

terbaik

untuk

menyelamatkan

diri

ketika

kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah. c) Menjalin

hubungan

yang

erat

bersama

agensi

kerajaan

yang

bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

2. Objektif a) Menambahkan

pengetahuan

dan

pengalaman

kepada

murid

kaedah

menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan. b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran. c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain. d) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

3. Tarikh 23 Februari 2018 4. Masa 08.30 Pagi – 11.30 Tengah Hari

5. Tempat Dewan dan Padang SK Nanga Yong

6. Pengelolaan Unit Hal Ehwal Murid

7. Penglibatan : BIL 1. 2. 3. 4. 6.

SUMBER MANUSIA GURU MURID STAF SOKONGAN PEKERJA SWASTA PENGAWAL KESELAMATAN JUMLAH

LELAKI 8 50 2 2 4 66

PEREMPUAN 6 31 8 3 0 48

JUMLAH 15 81 10 5 4 115

8. Pelan Kecemasan Sekolah. 8.1 Seperti Lampiran 1

9. Peraturan Latihan Kecemasan Dan kebakaran 9.1 Seperti Lampiran 2

10. Tentatif Ceramah Keselamatan Dan Demonstrasi Latihan Kebakaran 10.1

Seperti Lampiran 3

11. Kewangan

Bil. 1. 2.

Perkara Jamuan ringan Peralatan / Bahan i. Kayu api ii. Minyak Diesel

Catatan/Kuantiti

18.00 3. Cenderahati dan Sijil Penghargaan JUMLAH

RM

12. Jawatankuasa Unit Keselamatan Sekolah

Pengerusi

: En. Dennis Anak Reba

Naib pengerusi 1 : En. Anthony Anak Senaun Naib pengerusi 2 : En. Franky Anak Bungkong Penasihat

: Pn. Helena Anak Adis

Penyelaras

: En. Garry Russell Anak Gorger Lennon

Setiausaha

: Cik Sandra Anak Sigan

Bendahari

: Cik Elysebert Anak Empaga

Ahli Jawatankuasa : 1. Semua Guru Kelas 2. Pekerja Swasta

13. Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran

Pengerusi

: En Dennis Anak Reba

Naib pengerusi 1

: En. Anthony Anak Senaun

Naib pengerusi 2

: En. Franky Anak Bungkong

Penasihat

: Pn. Helena Anak Adis

Penyelaras

: En. Garry Russell AK Gorger Lennon

Setiausaha

: Cik Sandra Anak Sigan

Bendahari

: Cik Elysebert Anak Empaga Ahli Jawatankuasa

Juru Acara

: En. Patrick Nari Anak Blansai

Kawalan murid (Padang & Dewan)

: Guru Kelas & PPM

Juru rakam peristiwa

: En. Andrison Anak Johnny

Kebersihan

: Pekerja Swasta

Penyediaan Bahan Bakaran

: En. Terance Anak Mawang

Sijil & Cenderamata

: Cik Lilly Anak Jawa & Cik Felicia Anak Kiai

Penyediaan Alatan (Pembesar Suara Healer) : En. Mohammad Sabqi Bin Samah PA Sistem (Dewan)

: En. Muhammad Azhari Bin Abdul Majid

Dokumentasi Program

: Cik Nurul Nabila Binti Shari & Cik Tengku Intan Mastura Binti Tengku Mohd Ramli

Jamuan

: Pn. Jennifer Anak Wilfred, Pn Kelina Anak Perita & Cecelia Ngiok Anak Gindi

14. Penutup

Latihan ini diharapkan dapat memberi pendedahan terhadap keselamatan serta merancang dan melaksanakan Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba di sekolah. Seterusnya diharapkan warga sekolah bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Disediakan oleh: ……………………… (CIK SANDRA ANAK SIGAN) Setiausaha Ceramah Keselamatan & Latihan Kebakaran, Sekolah Kebangsaan Nanga Yong.

Disahkan oleh: ……………………… (PN HELENA ANAK ADIS) GPK Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Nanga Yong.

Dilluluskan / Tidak Diluluskan …………………………… (EN. DENNIS ANAK REBA) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Yong.

Lampiran 1

Lampiran 2

SK NANGA YONG LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

1. PERATURAN AM 1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-talu. 1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut: 1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan ditutup rapat sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. 1.2.2. Padamkan lampu dan kipas. 1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa. 1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan laluan yang dilampirkan. 1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi pantas. 1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang dipertanggungjawab membuat demikian. 1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

2. TUGAS MURID-MURID 2.1. Masukkan kerusi di bawah meja. 2.2. Tidak dibenarkan membawa beg. 2.3. Matikan suis lampu dan kipas. 2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke padang dengan senyap dan pantas. 2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan.

3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH 3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke padang. Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu. 3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang seperti dalam pelan laluan keluar.

3.3. Memastikan semua suis ditutup.

4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP 4.1. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-murid. 4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soketsoket berkenaan. 4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas. 4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES. 5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke tempat asal. 5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug darisoket yang berkenaan. 5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar secara senyap dan pantas. 5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN : 6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau. 6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.

7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT 7.1. Tutup semua tingkap. 7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas. 7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan komputer serta cabut plug dari soket. 7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di pejabat, bawa Bersama tetamu ke padang mengikut laluan. 7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. 7.6. Bawa jadual kedatangan murid.

8. BILIK PEKERJA 8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintubilik dengan rapat.

8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan oleh bomba.

9. KANTIN 9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan serta-merta. 9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang mengikut laluan yang ditetapkan. 9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk dipadamkan. Cabut plug daripada soket. 9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua tigkap dan kunci dengan segera.

10. KETUA PERONDA/PERONDA (YANG DILANTIK) 10.1.

Meronda ke setiap bangunan / kawasan sekolah dan membuat laporan kepada Bomba jika dikehendaki.

11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA 11.1.

Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kaitangan pejabat atau Guru Besar)

Lampiran 3

Tentatif Ceramah Keselamatan Dan Demonstrasi Latihan Kebakaran

TARIKH : 23 Februari 2018 MASA

: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari

MASA

Butir-Butir Aktiviti

8.30 – 9.00 pagi



Ketibaan pihak Bomba.

9.00 – 11.00 pagi



Ucapan alu-aluan oleh PK HEM



Ceramah Keselamatan dan Kebakaran (Dewan)



Taklimat dan Demonstrasi Memadam Kebakaran oleh pihak Bomba (Padang)

11.00 pagi



Refleksi dan sesi soaljawab bersama pihak bomba



Penerimaan sijil penghargaan dan cenderamata daripada pihak sekolah.



Para murid bersurai.



Tetamu dijemput ke jamuan ringan.

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA YONG, D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KAPIT, TINGKAT 1&2 WISMA PERSEKUTUAN 96800 KAPIT.

Tarikh : Rujukan kami : Kepada,

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Kapit Tuan, PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA DENGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT Berhubung dengan perkara di atas, pihak Sekolah Kebangsaan akan mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut: Tarikh : 23 Februari 2018 Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan dan Padang SK Nanga Yong 2.

Antara agenda program ialah seperti berikut: 2.1 Ceramah keselamatan dan kebakaran 2.2 Taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput pihak Balai Bomba dan Penyelamat untuk membantu kami menjayakan program ini. 4. Berserta dengan surat ini dilampirkan tentatif program (lampiran 3) pada hari tersebut. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,

................................................. (EN. DENNIS ANAK REBA) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Nanga Yong

Related Documents


More Documents from ""