PELAKSANAAN KPBM KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
TAHUN 4,5&6 DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)
RASIONAL 3.1 Memastikan setiap murid mahir dan cekap berbahasa dalam Bahasa Malaysia. 3.2 Menyediakan murid dengan kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Menaakul) sebelum ke sekolah menengah. 3.3 Merapatkan jurang pencapaian murid antara jenis dan lokasi sekolah. 3.4 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid semasa berkomunikasi. 3.5 Mengeratkan perpaduan antara kaum. 3.6 Membina jati diri murid. 3.7 Memartabatkan bahasa kebangsaan.
KUMPULAN SASARAN Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah hanya akan dijalankan jika masih terdapat dalam kalangan murid: i. Tidak menguasai literasi (LINUS) Saringan 2 Tahun 3 ii. Tahap Penguasaan (TP) 1 dan TP 2 Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iii. Tidak melepasi penguasaan praujian dan pascaujian ProTiM (2M)