Kertas Kerja Kajian Tindakan 2m(kemahiran Kv, Kvk Dan Kv+kvk)

  • Uploaded by: Lizz
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Kajian Tindakan 2m(kemahiran Kv, Kvk Dan Kv+kvk) as PDF for free.

More details

  • Words: 593
  • Pages: 4
1

KERTAS KERJA PROGRAM 2M, TAHUN 2009

PENDAHULUAN

Program

2M

merupakan

suatu

langkah

ke

arah

meningkatkan

kemahiran membaca dan menulis di kalangan murid-murid tahap 1 di Sk Kasagaan.

Kemahiran

membaca

adalah

bermula

daripada

mengenal,

mengecam dan menyebut abjad, suku kata, Perkataan, ayat seterusnya petikan. Aspek pembacaan suku kata terbuka KV dan suku kata tertutup KVK adalah di antara isi kandungan yang terdapat

di dalam kemahiran

Pemulihan Bahasa Malaysia. Kegagalan murid-murid tahap 1 menguasai suku kata terbuka KV dan suku kata tertutup KVK merupakan penghalang kepada mereka untuk mempelajari serta menguasai kemahiran perkataan yang lebih mencabar.

Hasil daripada program ini juga dapat dilanjutkan lagi bagi

memudahkan murid-murid menguasai kemahiran dua suku kata iaitu KV KVK iaitu hasil gabungan kemahiran suku kata terbuka KV dan suku kata tertutup KVK. Program 2M ini dijalankan ke atas murid-murid dari tahun 2 dan 3 merupakan sasaran utama bagi Program Pemulihan Khas di sekolah rendah.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Am

2

KERTAS KERJA PROGRAM 2M, TAHUN 2009

Program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid membaca ayatauat yang mengandungi Perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan suku kata tertutup iaitu KV +KVK.

Objektif Khusus 1. Murid dapat meningkatkan penguasaan suku kata dan Perkataan KVK. 2. Murid boleh membaca Perkataan KVKVK hasil gabungan dua suku kata KV +KVK. 3.

Memastikan

murid

boleh

membaca

ayat-ayat

yang

mengandungi

sekurang-kurangnya enam ke lapan patah Perkataan gabungan dua suku kata KV+ KVK dengan lancar.

Kumpulan Sasaran Program ini difokuskan kepada murid-murid Tahun 2 iaitu seramai 14 orang dan dari Tahun 3 iaitu seramai 7 orang. Oleh itu seramai 21 orang murid akan mengikuti program ini.

PELAKSANAAN PROGRAM 1. Pemilihan kumpulan sasaran adalah dipilih melalui senarai murid yang terlibat dengan Kelas Pemulihan Khas. 2. Murid tahun Dua yang telah gagal melepasi ujian saringan 2 KIA2M semasa berada di Tahun Satu. 3. Program ini terdiri daripada 3 peringkat iaitu : i. Mengadakan ujian pra. ii. Pelaksanaan Program 2M dalam P&P. iii. Ujian Pos

3

KERTAS KERJA PROGRAM 2M, TAHUN 2009

4. Tempoh Program ialah selama 2 bulan iaitu bermula pada 9 Febuari 2009 dan berakhir pada 10 April 2009 (8 minggu tidak termasuk cuti pertengahan semester1) 5. Pihak yang terlibat ialah GPK dan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun 2 dan tahun 3. 6. Bahan pengajaran dan soalan- soalan ujian akan disediakan oleh GPK.

PELAKSANAAN TINDAKAN 1. Latih tubi membaca suku kata KV dan KVK Latihan ini boleh dijalankan selama 5 minit sebelum pembelajaran dimulakan semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia. Murid-murid diberikan kad-kad suku kata KV dan KVK yang sama dengan carta suku kata yang dipamerkan. Murid-murid mesti dibimbing agar mereka tidak mengalami kesukaran semasa membaca kad-kad suku kata tersebut. 2. Aktiviti nyanyian. Murid-murid diberikan kad-kad huruf yang bersaiz 20 x 30cm. Semasa aktiviti nyanyian diajar,murid-murid akan mengangkat kad-kad huruf bentuk ejaan Perkataan KVKVK. Lagu yang dinyanyikan dipetik dari rentak lagu BINGO (lagu Bahasa Inggeris). Cth: Mimah masak gulai ketam Gulai ketam Mimah sedap S E D A P (3x)

4

KERTAS KERJA PROGRAM 2M, TAHUN 2009

Gulai ketam Mimah sedap.

3. Latih tubi 30 minit selepas waktu persekolahan. Latih-tubi ini dijalankan pada hari Isnin hingga Khamis selepas waktu persekolahan. Ianya dijalankan selama 2 bulan scara intensif oleh GPK.

PENUTUP Membaca adalah kunci kejayaan bagi seseorang murid. Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menjadikan murid yang kurang celik huruf untuk menguasai kemahiran ini. Semoga dengan adanya Program 2M ini dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh segelintir murid-murid d sekolah ini. Sekian.

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh

…………………………

…………………………

Halizah @ Nur Annisa Binti Abdul Halim

Pn Noraini Atoh

GPK SK Kasagaan, Pitas.

Guru Besar SK Kasagaan, Pitas.

Related Documents


More Documents from "Along Nordin"