Sekolah menengah kebangsaan RAJA ABDULLAH, 52000 KUALA LUMPUR
KERTAS CADANGAN MAJLIS HARI TERBUKA ASRAMA SMK RAJA ABDULLAH 2014
11 JANUARI 2014
TEMPAT
Asrama smk raja abdullah
DISEDIAKAN OLEH
MOHD HAMDAN BIN AB HAMID SETIAUSAHA PENGURUSAN ASRAMA SMK RAJA ABDULLAH PERASMIAN MAJLIS
TUAN HAJI WAN MOHD BIN WAN YUSOF PENGETUA SMK raja abdullah
1
MAJLIS HARI TERBUKA ASRAMA 2014 1. LATAR BELAKANG 1.1 Pelajar asrama SMK Raja Abdullah merupakan sekumpulan pelajar yang dipilih khas oleh pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. 1.2 Program seperti ini perlu diadakan untuk memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman disamping dapat mengeratkan lagi ukwah di antara ibu bapa dan penjaga dengan pihak pengurusan asrama. 2. RASIONAL 2.1 Program ini dirasakan amat penting kepada para ibu bapa dan penjaga kerana mereka dapat melihat sendiri kawasan – kawasan asrama dengan lebih dekat lagi. 2.2 Ibu bapa dan penjaga dapat memberikan cadangan untuk penambahbaikan infrastruktur asrama. 2.3 Program ini memperlihatkan gabungan beramah-mesra, bermaafan dan pendedahan kepada persekitaran kawasan asrama. 3. MATLAMAT 3.1 Membudayakan ibu bapa dan penjaga yang lebih bertanggungjawab terhadap anak – anak mereka di asrama.
mengambil
berat
dan
3.2 Memberi pengetahuan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai kehidupan seharian anak – anak mereka di asrama. 3.3 Memberi peluang untuk ibu bapa dan penjaga mengenali antara satu sama lain disamping dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan asrama untuk melahirkan pelajar – pelajar asrama yang cemerlang samada pelajaran, sukan mahupun sahsiah. 4. OBJEKTIF 4.1 Pelajar dapat beramah mesra dan berkenalan dengan ibu bapa dan penjaga pelajar lain. 4.2 Ibu bapa dan penjaga dapat beramah mesra dan berkenalan antara satu sama lain dan juga dengan pihak pengurusan asrama. 4.3 Ibu bapa dan penjaga dapat mengetahui tatacara peraturan tinggal di asrama supaya mereka faham cara untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah untuk anak mereka. 4.4 Ibu bapa dan penjaga dapat melihat dengan lebih dekat kemudahan – kemudahan yang disediakan di asrama untuk anak mereka dan dapat memberi cadangan untuk penambahbaikan. 4.5 Ibu bapa, penjaga dan pelajar dapat mengenalpasti pentingnya hormat- menghormati diantara warga asrama untuk menghasilkan asrama yang harmonis.
2
5. JAWATAN KUASA PELAKSANA
6.
5.1
Pengerusi
:
Tn Hj Wan Mohd Bin Wan Yusof (Pengetua )
5.2
Naib Pengerusi I
:
Pn. Hjh Rohaini bt. Ibrahim
5.3
Naib Pengerusi II
:
Pn Hjh Noor Adiah bt. Mohamed Noor (P.K. Akademik )
5.4
Naib Pengerusi III
:
En. Seow Cheng Ping
5.5
Setiausaha I
:
En. Mohd Hamdan Bin Ab Hamid ( Warden Asrama )
5.6
Bendahari
:
En. Sudin b. Abdullah
( P. Asrama )
5.7
Urusetia
:
En. Suhairi Bin Yahya En. Afali Bin Amir
(P.Y.Selangor) (Pemandu)
5.8
Pendaftaran
:
En. Saiful Razel B. Zamre
(Fasilitator)
5.9
Jamuan
:
En. Sudin b. Abdullah
( Penyelia Asrama)
( P. K. Kokurikulum )
KUMPULAN SASARAN 6.1 6.2
7
( P. K. Hem )
Semua Ibu Bapa dan Penjaga pelajar yang tinggal di asrama Jumlah pelajar yang tinggal di asrama seramai 71 orang.
TARIKH / TENTATIF ( Rujuk Lampiran ) Tarikh : 11 Januari 2014 Hari : Sabtu 2.00 petang 2.15 petang 2.30 petang
5.00 petang
- Pendaftaran Ibu Bapa - Ketibaan Para Pentadbir Sekolah - Ucapan Alu-aluan warden asrama - Ucapan GPK HEM - Ucapan Pengetua - Bacaan Ikrar AJK Asrama - Bacaan Ikrar Pelajar Asrama - Minum Petang - Lawatan sekitar asrama - Majlis tamat
8.
ANGGARAN SUMBER KEWANGAN
BIL 1 2
PERKARA Wang Asrama JUMLAH
Amaun RM RM
3
9.
KEWANGAN ( ANGGARAN )
BIL
PERKARA
AMAUN (RM )
1
Minum Petang (200 orang x 1 kali x RM 3)
RM 600.00
2
Alatan Program: 2.1 kertas A4 (2rim X 10.00)
RM20.00
2.2 P.A System (Sewa)
RM350.00
JUMLAH
RM 970.00
9. PENUTUP Semoga dengan adanya program seumpama ini akan dapat memenuhi hasrat untuk mencapai matlamat terakhir iaitu melahirkan pelajar cemerlang dalam semua bidang dan menyahut cabaran falsafah pendidikan Negara. …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… PENGHARGAAN
Pengetua SMK Raja Abdullah. Pentadbir Sekolah dan Asrama SMK Raja Abdullah. Jawatankuasa Pengurusan Asrama Sekolah. Pengusaha dewan makan dan pekerja dewan makan.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
Diluluskan oleh,
4