Kertas Kerja Bengkel Bahasa Inggeris.docx

  • Uploaded by: Aliah Jasmin
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Bengkel Bahasa Inggeris.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 557
  • Pages: 5
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN

BENGKEL BAHASA INGGERIS UPSR 2017

TEMPAT

: SK SUNGAI DUA

PENCERAMAH

: PUAN INTHERA DEVI (IPG TUN HUSSEIN ONN JOHOR)

MASA

: JULAI – SEPTEMBER 2017

1.0

PENDAHULUAN Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR.

2.0

OBJEKTIF 2.1

Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki UPSR

2.2

Memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan.

2.3

Melatih pelajar menjawab contoh soalan UPSR sebelum menduduki UPSR yang sebenar

2.4

Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun sosial.

3.0

TEMA “KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR”

4.0

ANJURAN Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Gemencheh.

5.0

KUMPULAN SASARAN 5.1 16 orang murid Tahun 6 5.2 Guru Bahasa Inggeris

6.0

TEMPAT Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Gemencheh (kelas Tahun 6 Terbilang)

7.0

TARIKH Program ini akan bermula pada bulan Julai sehingga September 2017, setiap hari Jumaat bermula pukul 10.40 – 12.10 p.m.

8.0

JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat : En. Hishamudin b. Yusof (Guru Besar) Pengerusi : En. Mohd Zin b. Hj Said (PK Pentadbiran) N. Pengerusi : Pn. Supiyaton bt. Mokti (PK HEM) Setiausaha : Cik Farah Aliah bt. Jasmin Bendahari : Pn. Nursyazwani bt. Kamarudin

Ahli Jawatankuasa : 1. Cik Farah Aliah bt. Jasmin 2. Pn. Nursyazwani bt. Kamarudin 3. Cik Nur Asyikin bt. Norizan

9.0

PERLAKSANAAN PROGRAM 9.1

Pihak sekolah bermesyuarat untuk memutuskan penceramah yang bakal dijemput untuk mengisi slot Bengkel Bahasa Inggeris UPSR.

9.2

Setiap murid akan dibekalkan dengan fail poket untuk menyimpan modul dan catatan maklumat yang diperolehi sepanjang mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris tersebut.

9.3

Bengkel ini akan diadakan setiap hari Jumaat setiap minggu pada pukul 10.40 – 12.10 p.m.

9.4

Guru Bahasa Inggeris Tahun 6 diwajibkan hadir bersama pada hari bengkel dijalankan dan berperanan untuk membantu penceramah untuk mengendalikan LCD sekiranya diperlukan sewaktu bengkel tersebut berlangsung.

9.5

Semua guru Bahasa Inggeris yang lain adalah digalakkan untuk hadir bersama sewaktu bengkel ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran guru dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.

Perkara

1.

Bayaran Penceramah (5 x RM100)

RM500

2.

Fail Poket (RM0.50 x 16)

RM18

3.

Kertas A4 Jumlah Keseluruhan

11.0

Jumlah

SUMBER KEWANGAN 11.1

Dato’ Aziz b. Ayub

11.2

PIBG Sekolah

RM9.00 RM527

12.0

PENUTUP Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

…………………………………….

…………………………………….

(FARAH ALIAH BINTI JASMIN)

(EN. HISHAMUDIN B. MD YUSOF)

Setiausaha Bengkel Bahasa Inggeris

Guru Besar

SK Sungai Dua, Gemencheh

SK Sungai Dua, Gemencheh

Related Documents


More Documents from ""