KEM ICT SEKOLAH KELAS RANCANGAN KHAS NEGERI PERAK 2008 1.0
PENDAHULUAN Dalam era globalisasi kini, pendidikan berasaskan ICT adalah satu bidang yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. Modal insan yang cemerlang perlulah mahir dalam kemahiran ICT agar pada masa hadapan mereka tidak ketinggalan arus perkembangan teknologi yang semakin canggih. Murid-murid kelas Rancangan Khas yang dikategorikan sebagai murid yang cemerlang dalam akademik perlulah diberikan kemahiran menggunakan ICT agar mereka dapat bersaing dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi pada masa akan datang.
2.0
MATLAMAT Matlamat kem ICT ini adalah untuk membentuk murid Kelas Rancangan Khas yang berkemahiran, berpengetahuan luas dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, berinovatif dan kreatif melalui kursus menggunakan perisian “software” yang terkini. Pada akhirnya mereka dapat mengaplikasikan dalam proses pelajaran dan pembelajaran mereka
3.0