Kertas 2 Pra 1 Sains 2018.docx

  • Uploaded by: Siti Nor Amira
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas 2 Pra 1 Sains 2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,083
  • Pages: 12
Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1. Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji perubahan haba dalam tindak balas kimia pada suhu bilik

(a) Berdasarkan Rajah 1.1, apakah pemerhatian anda tentang perubahan suhu? Tandakan ( / ) untuk jawapan anda dalam Jadual 1 Suhu menurun

Tiada perubahan suhu

Jadual 1

Suhu menaik

[1 markah]

(b) Apakah bacaan akhir thermometer pada Rajah 1.2 ? ………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (c) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini (i) Pembolehubah dimalarkan …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (ii) Pembolehubah bergerak balas …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (d) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini ………………………………………………………………………………………………………….... [1 markah]

1

2. Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan penapis berwarna ke atas cahaya putih

Rajah 2.2

(a) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan warna cahaya yang diperhatikan pada skrin putih. Tulis jawapan anda dalam Jadual 2 Rajah

Warna cahaya pada skrin putih

Rajah 2.1

Rajah 2.2 Jadual 2

[2 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (c) Nyatakan satu pembolehubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (d) Ramalkan warna cahaya yang diperhatikan pada skrin putih jika penapis biru digunakan …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah]

2

3. Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya ke atas pertumbuhan mikroorganisma

Rajah 3 (a) Nyatakan satu pemerhatian pada roti yang telah disimpan dalam gelap selama dua hari …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (b) Berdasarkan Rajah 3, apakah mikroorganisma X ?Tanda ( / ) bagi jawapan anda Kulat

Alga

Virus

[1 markah] (c) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini ………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (d) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini (i) Pembolehubah dimanipulasikan …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (ii) Pembolehubah bergerak balas …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] 3

4. Jadual 3 menunjukkan purata keperluan kalori harian bagi seorang lelaki berumur antara 5 hingga 35 tahun Umur (Tahun) 5

Keperluan kalori harian (kJ) 6000

10

8000

15

12 000

20

15 000

25

16 000

30

15 000

35

12 000 Jadual 3

(a) Menggunakan data dalam Jadual 3,lukis graf keperluan kalori harian melawan umur [2 markah]

4

(b) Berdasarkan graf di 4(a),nyatakan keperluan kalori harian pada umur 16 tahun …………………………kJ

[1 markah]

(c) Apakah hubungan antara keperluan kalori harian dengan umur daripada 10 hingga 20 tahun ?

…………………………………………………………………………………………………………… [1 markah]

(d) Kumpulan umur 20 hingga 25 tahun memerlukan kalori harian paling tinggi. Tandakan ( / ) makanan yang membekalkan nilai kalori paling tingi kepada kumpulan umur ini

[1 markah]

5

Bahagian B [30 markah] Jawab semua soalan dalam bahagian ini 5. Rajah 4 menunjukkan aliran impuls bagi suatu tindakan

Rajah 4 (a) Namakan bahagian yang berlabel X ………………………………………………………………………………………………….. [1 markah] (b) Apakah jenis tindakan ini? …………………………………………………………………………………………………... [1 markah] (c) Berikan satu contoh tindakan ini …………………………………………………………………………………………………... [1 markah] (d) Bahagian otak yang manakah mengawal tindakan ini? ………………………………………………………………………………………………….. [1 markah] (e) Nyatakan laluan impuls bagi tindakan ini ………………………………………………………………………………………………….. [2 markah]

6

6. Rajah 5 menunjukkan suatu eksperimen yang dijalankan untuk menyadur sudu besi dengan kuprum

Rajah 5

(a) Tentukan anod dalam eksperimen ini …………………………………………………………………………………………………... [1 markah] (b) Apakah pemerhatian anda di (i) Anod

(ii)

…………………………………………………………………………………………. [1 markah] Katod …………………………………………………………………………………………. [1 markah]

(c) Namakan satu larutan yang boleh digunakan sebagai elektrolit dalam eksperimen ini ………………………………………………………………………………………………….. [1 markah] (d) Apakah yang berlaku pada elektrolit selepas eksperimen ini ? ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (e) Cadangkan bagaimana saduran kuprum yang baik kualitinya boleh dihasilkan. Namakan satu daripadanya ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… [1 markah]

7

7. Rajah 6 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji keperluan nutrien bagi tumbuhan

Rajah 6 (a) Apakah makronutrien ? …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (b) Mengapakah tabung uji dibalut dengan kertas hitam ? …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (c) Mengapakah larutan kultur perlu ditukar pada setiap minggu ? …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (d) Apakah fungsi nitrogen pada tumbuhan? …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (e) Apakah gejala kekurangan fosfat pada daun? .................................................................................................................................................................. [2 markah]

8

8. Rajah 7 menunjukkan tiga sinaran radioaktif K, L, dan M

Rajah 7

(a) Namakan sinaran radioaktif K dan sinaran radioaktif M …………………………………………………………………………………………………………… [2 markah] (b) Nyatakan cas bagi sinaran radioaktif K dan L …………………………………………………………………………………………………………… [2 markah] (c) Namakan bahan yang boleh menghalang penembusan sinaran radioaktif M …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (d) Namakan sinaran radioaktif yang digunakan untuk membunuh sel-sel kanser ………………………………………………………………………………………………………… [1 markah]

9

9. Rajah 8.1 menunjukkan sebahagian suatu kitar nitrogen

Rajah 8.1 (a) Apakah yang diwakili oleh K ? …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (b) Namakan bakteria L dan bakteria M ………………………………………………………………………………………………………… [2 markah] (c) Nyatakan satu kepentingan kitar nitrogen dalam Rajah 8.1 …………………………………………………………………………………………………………… [1 markah] (d) Bakteria L boleh didapati dalam nodul akar tumbuhan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2

Rajah 8.2 Namakan jenis tumbuhan yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2 (e) Kitar nitrogen mengandungi beberapa proses Dalam Jadual , tandakan (√ ) proses yang terlibat dalam kitar nitrogen Fotosintesis Respirasi

[1 markah]

Nitrifikasi

[1 markah] 10

Bahagian C [20 markah] Jawab Soalan 10 dan sama ada Soalan 11 atau Soalan 12 10. Kaji pernyataan berikut Aiman mendapati minuman bercoklat kegemaranya menjadi cepat rosak jika diletakkan di atas meja, tetapi tahan lebih lama apabila disimpan di dalam peti sejuk

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas

[1 markah]

(b) Huraikan satu eksperimen yang boleh dijalankan di dalam makmal untuk membuktikan hipotesis ini. Huraian anda perlu mengandungi yang berikut (i)

Tujuan eksperimen

[1 markah]

(ii)

Mengenal pasti pemboleh ubah

[2 markah]

(iii)

Senarai radas dan bahan

[1 markah]

(iv)

Prosedur eksperimen

[4 markah]

(v)

Penjadualan data

[1markah]

11. Rajah 9 menunjukkan aktiviti beberapa orang yang sedang berkelah di tepi sebatang sungai

Rajah 9 (a) Senaraikan aktiviti yang merosakkan alam sekitar

[4 markah]

(b) Anda diberikan satu tugasan untuk memperbaiki dan memelihara sungai di atas. Terangkan apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan pencemaran sungai itu Penerangan hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut : •

Kenal pasti masalah

[1 markah]



Nyatakan satu sebab mengapa masalah itu berlaku

[1 markah]



Nyatakan dua kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut

[2 markah]



Pilih kaedah terbaik dan jelaskan pilihan anda

[2 markah]

11

12 Terdapat dua jenis variasi, iaitu variasi selanjar dan variasi tak selanjar. (a)

Berikan empat perbezaan antara variasi selanjar dengan variasi tak selanjar.

(b)

Rajah 10 menunjukkan ciri-ciri berbeza yang terdapat pada manusia. Kebolehan menggulung lidah

(4 markah)

Rambut lurus atau kerinting

VARIASI

Jenis cuping telinga

Kumpulan darah

Rajah 10 Kaji ciri-ciri di atas. Terangkan bagaimana anda membina satu konsep berdasarikn maklumat dalam Rajah 10. Jawapan anda perlu berdasarikan aspek-aspek berikut: (i)

Kenal pasti dua ciri sepunya

(2 markah)

(ii)

Bina konsep awal

(1 markah)

(iii)

Berikan satu contoh lain dan satu bukan contoh berkaitan dengan konsep tersebut (2 markah)

(iv)

Terangkan konsep sebenar

(1 markah)

~ KERTAS SOALAN TAMAT~

12

Related Documents


More Documents from ""