Kerjasama Politik Dalam Menangani Isu Alam Sekitar

  • Uploaded by: nazril
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerjasama Politik Dalam Menangani Isu Alam Sekitar as PDF for free.

More details

  • Words: 189
  • Pages: 1
KERJASAMA POLITIK DALAM MENANGANI ISU ALAM SEKITAR

UKM GUP TKS 07 11 093

Dr Mohd Rizal Mohd Yaakop

ABSTRAK

Poster ini adalah hasil dari penyelidikan yang dilakukan di Kuching dan Sibu untuk melihat aspek kerjasama politik dalam menangani isu ancaman alam sekitar iaitu banjir. Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan di kedua-dua tempat. Hasil kajian menunjukkan pendapat umum masyarakat terhadap kerjasama politik antara parti-parti politik. Salah satu masalah utama dalam politik ialah kesukaran parti-parti politik untuk mendapatkan persetujuan bersama tentang sesuatu isu penting. Dalam politik Malaysia, aspek kerjasama politik kebiasaannya disepakati di peringkat parti politik yang berbilang kaum dan peringkat parti kerajaan (Barisan Nasional) bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara menyeluruh agar ia memenuhi kepentingan masyarakat berbilang kaum. Kerjasama politik antara parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) adalah tunggak utama dalam sistem politik Malaysia. Bentuk kerjasama politik dalam menangani isu alam sekitar melibatkan pelbagai parti politik dan kerjasama ini merentasi batasan ideology dan fahaman politik. Hasil penyelidikan membuktikan parti politik di Sarawak secara keseluruhan mampu bekerjasama dalam menangani isu alam sekitar. Perpaduan yang wujud hasil kerjasama politik ini mampu menyumbang ke arah penyelesaian masalah alam sekitar dengan lebih berkesan.

Related Documents


More Documents from "Mozais Mozalina"