Hari ini tanda-tanda dan krisis alam sekitar sedang giat berlaku dapat kita lihat di sekeliling kita. Jerebu tebal, banjir dan taufan yang tidak disangka-sangka, kemerosotan sumber-sumber perikanan, kekurangan air bawah tanah, hakisan tanah, tasik dan sungai yang mati dan kepupusan spesis hanya merupakan sebahagian daripada msalah yang melanda alam sekirar dan dengannya kehidupan kita. Iklim dunia masakini telah berubah. Perubahan yang berlaku adlah kerana kecuaian manusia sendiri akibt terlalu ghairah mengejar arus pemodenan dan pada masa yang sma meminggirkan niali-nilai penghayatan kepada alam sekitar. Oleh itu tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa fenomena El Nino yang telah merubah hmpir seluruh iklim duni kini merupakan satu implikasi baru dunia akibat kegagalan manusia menghargai alam sekitar. Dari itu, penghayatan kepada alam sekitar amat penting agar generasi akan datang tidak lagi menjadi pemusnah alam sekitar. Untuk itu kesedaran dan sikap perihatin terhadap alam sekitar perlulah dipupuk di semua peringkat. Kesedaran hanya akan timbul dan sikap hanya boleh berubah apabila individu dan masyarakat benar-benar memahami melalui ilmu dan pengalaman yang sebenar tentang apa dia alam sekitar dan bagaimana ia telah berubah hasil daripada aktiviti manusia. Berdasarkan keinsafan bahawa tugas mendidik masyarakat tentang isu-isu alam sekitar adalah sesuatu yang harus dilaksanakan oleh semua pihak, khususnya NGO, maka IKD, Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan KAS telah mengadakan satu program Khemah Penghayatan Alam Sekitar. Melalui khemah ini diharap ahli-ahli PPIM akan turut sama memainkan peranan yang lebih bermakna dalam konteks pemerliharaan alam sekitar di negara-negara kita khususnya dan peringkat global amnya. Objektif utama Mendidik peserta agar mengenali dan memahami alam sekitar melalui penjelasan tentang konsep-konsep dan prinsip-prinsip asas seperti ekosistem dan ekologi; Memberi peluang kepada peserta untuk menghayati keunikan ekosistemekosistem tertentu melalui lawatan-lawatan sebenar ke kewasan-kawasan berkenaan; Memberi peserta kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh membantu proses memelihara alam sekitar seperti bagaimana mengitar semula bahan-bahan tertentu seperti kertas; Mendidik peserta supaya dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam memelihara alam sekitar sama ada secara individu atau berkumpulan; Meningkatkan kesedaran peserta bahawa amalan-amalan seperti menanam pokok, menghormati pelbagai spesis hidupan, menjaga kebersihan dan mengelakkan pencemaran adalah amalan yang sangat penting dalam proses menggerakkan hati nurani insan untuk sama-sama melakukan amalan penjagaan alam sekitar dengan lebih berkesan lagi.
alam sekitar oleh tokoh-tokoh seperti Dr. Azizan Baharudin, Fellow IKD (Cintai dan Hayatilah Alam Sekitar); Puan Suzana Mohkeri dari Wetlands (Ekologi Tanah Paya); Puan Christa Hashim dan Leela dari Treat Every Environment Special Sdn. Bhd (Bersihkan Alam Sekitar).