Kerja Kursus Hubungan Etnik Mpu3122 (sem6).docx

  • Uploaded by: Siva Jothy
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Hubungan Etnik Mpu3122 (sem6).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,451
  • Pages: 11
Sejauhmana anda bersetuju bahawa perlembagaan dan dasar-dasar politik, ekonomi mahupun

sosial

menggambarkan

usaha-usaha

kerajaan

untuk

menyatupadukan

masyarakat pluralistik di negara ini serta ulaskan cabaran-cabaran yang boleh menjejaskan usaha-usaha tersebut. Seperti mana yang kita sedia dimaklumkan bahawa negara kita merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di abad baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat pluralistik mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik di Semenanjung Malaysia hingga ke Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum dan etnik ini maka, wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat pluralistik. Pada umumnya, terdapat persefahaman dan perpaduan yang baik antara komuniti etnik Melayu, Cina dan India. Kewujudan perpaduan ini wujud bertersusan dan terbukti apabila mereka sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada Penjajah British pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Keharmonian dan perpaduan tersebut kekal sehingga hari ini. USAHA-USAHA KERAJAAN BAGI MENYATUPADUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK MALAYSIA DARI SEGI PERLEMBAGAAN DAN DASAR-DASAR EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL. Kerajaan telah mengambil usaha-usaha yang berterusan bagi menyatupadukan masyarakat pluralistik dari segi perlembagaan dan dasar-dasar ekonomi, politik dan sosial. Antaranya usaha yang diambil oleh pihak kerajaan Malaysia ialah dari segi perlembagaan. Perlembagaan difahamkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dijalankan. Setiap

1

negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik, serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. A) Usaha Kerajaan Dari Segi Perlembagaan Malaysia KEDUDUKAN ISITIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK 1) Perkara 153 keitimewaan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak.

BAHASA KEBANGSAAN 1) Perkara 152 bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA PEMERINTAHAN BERAJA Konsep Raja Berperlembagaan

AGAMA PERSEKUTUAN 1) Perkara 3(1) Agama Islam ialah agama rasmi.

Melalui Perkara 152 kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Namun begitu kerajaan telah melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiap yang boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar serta belajar bahasa lain.

Manakala dalam Perkara 3 (1) iaitu agama Islam ialah agama rasmi bagi persekutuan. Penerimaan perkara ini telah diteliti dengan melihat komposisi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Mohd. Salleh Abas (1985) menyatakan bahawa semasa penjajahan British imigran Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu telah secara langsung membawa sekali agama Kristian, Hindu dan Buddha. Oleh itu, dengn adanya Perkara 3 maka kerajaan dapat memperuntukkan suatu fasal imbangan, iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damain di mana-mana bahagian Persekutuan.

Setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan menetapkan bahawa institusi beraja terus dikekalkan di bawah Konsep Raja Berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini, raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.

2

Dalam Perlembagaan Malaysia kerajaan pula menetapkan Perkara 153 yang menerangkan tentang keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Walaubagaimanapun, kerajaan memastikan bahawa perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak merka yang sah menurut peruntukan lain. B) Usaha Kerajaan Dari Segi Dasar Ekonomi

DASAR EKONOMI BARU (DEB) 1971-1990

MODEL EKONOMI BARU (MEB) 2011 -2015

DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (DPN) 19912000

DASAR WAWASAN NEGARA (DWN) 2001- 2010

Rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmoni dan situasi ini adalah berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan. Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana supaya dapat menimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai kesan dari jurang perbezaan sosioekonomi antara kaum. Pasaran ekonomi bebas tidak boleh dibiarkan mencari haluan sendiri. Sebaliknya, campur tangan kerajaan amat penting dalam dasar pembangunan negara. Maka kerajaan telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 yang bertujuan sebagai mencapai perpaduan rakyat melalui strategi penyusuan masyarakat dan pembasmian kemiskinan. Dasar ekonomi ini diteruskan dengan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991-2000 dan Dasar Wawasan Negara

3

2001-2010. Kerajaan telah memupuk perpaduan rakyat pluralistik serta menaik taraf sosioekonomi mereka yag kurang berada tanpa mengira etnik dan bangsa. C) Usaha Kerajaan Dari Segi Dasar Sosial

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PELAN INTEGRITI NASIONAL

DASAR KEBUDAYAAN NEGARA DASAR SOSIAL DASAR SOSIAL NEGARA

DASAR KELUARGA NEGARA DASAR WANITA NEGARA

Setelah negara mengecap kemerdekaan, kerajaan berusaha dalam pelbagai kaedah untuk mengisi kemerdekaan tersebut. Oleh sebab itu, beberapa buah dasar telah digubal dan diaplikasikan ke dalam negara. Antaranya ialah dasar-dasar yang bersangkut dengan pembangunan sosial negara. Pembentukan dasar-dasar ini penting kerana bukan sahaja bermotifkan perpaduan rakyat, malahan mencakupi mengambil kira setiap peringkat umur, kaum, taraf

sosial

dan

agama

supaya

lahir

sikap

bertolak

ansur,

berperikemanusiaan,

bertanggungjawab dan nilai-nilai murni yang lain dalam kehidupan. Antara dasar-dasar tersebut adalah seperti dalam gambarajah di atas. Kerajaan telah memerkenalkan Dasar Pendidikan Negara yang sebenarnya boleh diterjemahkan dari Falsafah Pendidikan Negara. Hasrat serta aspirasi negara dalam memberikan penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapa kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan perpaduan masyarakat dan negara. Keduanya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bertujuan mencapai tiga objektif yang ditetapkan oleh kerajaan. Misalnya, melalui dasar ini dapat mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadiaan kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan dan akhirnya

4

memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Ketiga ialah Dasar Sosial Negara (DSN) juga merupakan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat pluraliti di negara ini. Objektif umum DSN adalah menjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat (tanpa mengira kumpulan etnik, budaya, jantina dan fahaman politik serta wilayah) dapat menyertai dan memberikan sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan. Keempat ialah Dasar Wanita Negara.

Bagi menjaminkan perkongsian saksama dan memperoleh

kemudahan sumber, maklumat, peluang pernyataan dan manfaat pembangunan kepada lelaki dan wanita. Malamat persamaan dan kesaksamaan hendaklah dijadikan teras dasar pembangunan yang beroientasikan rakyat. Usaha kelima yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menyatupadukan masyarakat pluralistik ialah melalui Dasar Keluarga Negara. DKN ini bertujuan membangunkan keluarga yang sejahtera dan berdaya upaya untuk melahirkan generasi berkualiti dan berperibadi mulia melalui penggembelengan sokongan dan iltizam semua pihak dengan mengutamakan kesejahteraan keluarga. Akhir sekali, usaha yang kerajaan melaksanakan di bawah Dasar Sosial adalah Pelan Integriti Nasional (PIN). PIN ialah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sector masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti. D) Usaha Kerajaan Dari Segi Dasar Politik Sebelum merdeka matlamat dan ideology masyarakat adalah berdasarkan kepada perkauman. Ketika masa tersebut parti politik berdasarkan kaum lebih diutamakan. Ini dapat dilhat apabila Dato’ Onn Jaafar mewujudkan Parti IMP dimana parti politik ini menggabungkan semua kaum ketika itu. Sebalik penubuhan Parti IMP ini, terdapat bntahan daripada ahli UMNO ketika itu menentang sehabis-habisnya. Akhirnya, melalui perbincangan bersama maka wujudlah Parti Perikatan gabungan UMNO, MCA dan MIC. Pelbagai kaum disatukan dalam satu gabungan parti politik. Secara amnya, perkongsian kuasa politik ini dapat dilihat bermula di tahun 1950-an. Gabungan dan pembentukan Parti Perikatan membolehkan mereka memenangi Pilihanraya Majlis Persekutuan pertama pada tahun 1955. Dengan ini berlakunya perubahan yang bersistematik dengan pemerintahan demokrasi berparlimen. Pemilihan bagi ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen selepas merdeka tidak lagi berdassarkan kaum tetapi lebih kepada keterampilan diri seseorang calon meliputi aspek kepimpinan. Dengan pegangan falsafah 5

“Dari rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat tanpa mengira kaum”, pembahagian kerusi bertanding adalah selaras. Maka kerajaan dapat menyatupdukan rakyat dengan adanya parti – parti politik.

6

CABARAN-CABARAN

YANG

MENJEJASKAN

USAHA-USAHA

KERAJAAN

UNTUK

MENYATUPADUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK

CABARAN SOSIAL

CABARAN GLOBALISASI

CABARAN NILAI

CABARAN EKONOMI

CABARAN POLITIK

Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pluralistik, tentulah tidak boleh lari daripada menghadapi cabaran-cabaran tertentu. Maka kerajaan pula menghadapi cabaran-cabaran semasa melaksanakan usaha-usaha bagi menyatupadukan masyarakat pluralistik. Cabaran ini dibahagikan berasaskan beberapa faktor yang terpenting. Cabaran Sosial Antaranya ialah permisahan fizikal yang berlaku dalam masyarakat negara ini wujud akibat kesan dasar “pecah dan pemerintah” yang diamalkan oleh British. Keadaan ini menjadikan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Pemisahan penepatan ini bukan sahaja mereggangkan perhubungan dan interaksi dalam kalangan anggota setiap etnik tetapi memperkuat lagi perasaan kekitaan dan ethnosentrisme. Kontrak sosial juga sering menimbulkan cabaran untuk pihak kerajaan bagi menyatupadukan masyarakat pluralistik. Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2005-2010) mengatakan bahawa isu yang kerap kali dibangkitkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan isu-isu kemasukkan pelajar IPTA dan IPTS.

7

Cabaran Ekonomi Dalam sektor ekonomi terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakkan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan serta berteknologi moden. Wujudny jurang pendapatan yang ketara dan ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap-tiap golongan etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi oleh sesuatu golongan etnik dan wujudnya jurang pedapatan antara etnik merupakan cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan dalam masyarakat pluralistik Malaysia. Perkara ini meperkuatkan lagi semangat perkauman. Perpaduan negara tidak boleh dipupuk sekiranya sebahagian besarpenduduk kekal miskin dan jika peluang pekerjaan produktif yang mencukupi tidak diwujudkan untuk tenaga buruh yang kian meningkat. Cabaran Politik Dunia politik sememangnya penuh kontroversi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan. Parti-parti politik wujud demi mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat dan demi Negara namun begitu pada zaman sekarang. Cabaran ini timbul kerana setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak kaum, meperjuangkan nasib dan menyuarakan pendapat mereka. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Cabaran ini juga timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk sangka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan kepimpinan. Namun kebanyakan etnik memilih untuk menyokong parti etnik mereka sahaja.

Cabaran Nilai Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, Cina dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Selain daripada itu kewujudan akhbar 8

yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing. Cabaran Globalisasi Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Melalui globalisasi mereka mengeksport segala keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksploitasian sumber manusia dan bahan mentah. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Sanusi Osman (1987) mengatakan bahawa situasi ini ditambah dengan beberapa persepsi yang kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat pluralistik Malaysia sehingga kini.

9

CADANGAN-CADANGAN MENGATASI CABARAN

STARTEGI PENGGUNAAN TENAGA MANUSIA

STRATEGI PEMBANGUNAN KAWASAN

CADANGAN MENYERTAI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

BELAJAR DI SEKOLAH WAWASAN

A) Strategi Pembangunan Kawasan Pemaju-pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan perlu mengambil kira aspek dalam memajukan sesuatu kawasan. Sesuatu kawasan kejiranan seharusnya mempunyai latar penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik agar batasan sentimen perkauman dapat dicairkan. Hal ini dapat dilakukan melalui Jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga dan penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama. Sesuatu kawasan perumahan juga perlulah mengandungi pembangunan bercampur seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah. Secara tidak langsung akan dapat mengurangkan jurang sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat dan mewujudkan perpaduan. B) Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Majikan sama ada daripada pihak kerajaan atau swasta perlulah memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan kepada faktor kaum, agama dan budaya. Majikan perlulah menyedari hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Majikan harus memaikan peranan mereka dalam menerapkan unsur-unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melalui pelaksanaan dasar syarikat dan program sera aktiviti yang dianjurkan. Interaksi antara pelbagai kaum perlu digalakkan kerana ini dapat mengurangkan perasaan prejudis dan salah tanggapan antara mereka. Pemupukan nilai-nilai murni yang menyumbang kepada perpaduan negara seperti semangat patriotisme dan kekitaan perlulah sentiasa dipupuk.

10

C) Belajar Di Sekolah Wawasan Konsep Sekolah Wawasan diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasioanl dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah baru yang berlainan bahasa pengantar da pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan sebagainya. Melalui menghantar anak ke sekolah ini dapat mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul mesra dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan sekolah yang sedia ada.

D) Menyertai Program Latihan Khidmat Negara Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bermula pada tahun 2004 merupakan kursus yang wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan SPM. PLKN ini dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi empat Modul iaitu Modul fizikal, Modul kenegaraan, Modul karakter dan Modul Khidmat Komuniti. Melalui PLKN ini dapat meniingkatkan semangat patritisme dalam kalangan generasi muda; memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasioanl; membentuk perwatakan positif menerusi nilainilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan; dan melahrkan generasi muda yang lebih cergas. Oleh hal yang demikian remaja harus melibatkan diri dalam program ini bagi menyemarakkan semangat perpaduan sejak muda lagi. Kesimpulan Secara kesimpulannya, setiap kaum utama mempunyai identiti dan pengelompokan masing-masing. Pada peringkat awal percampuaran atau bersatu padu antara kaum ini amat sukar untuk berlaku lantaran taburan petempatan mereka yang terasing. Amalan budaya dan agama mereka juga berbeza-beza. Kepelbagaian ini menyebabkan hampir tiada perpaduan yang dapat dikecapi dalam negara tempoh pendudukan kuasa asingtersebut. Selepas kemerdekaan kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai dasar dan perlembagaan serta program untuk memastikan wujud perpaduan antara kaum. Masyarakat pluralistik Malaysia juga haruslah berganding bahu bagi menjayakan usaha kerajaan bagi menyatupadukan kesemua masyarakat di negara kita. “Bersatu teguh, bercerai roboh”.

11

Related Documents

Hubungan Etnik
May 2020 30
Hubungan Etnik
August 2019 49
Dan Hubungan Etnik
April 2020 37
Assignment Hubungan Etnik
December 2019 20
Nota 1 Hubungan Etnik
May 2020 21

More Documents from ""