HUBUNGAN ETNIK Pensyarah : e-mail :
[email protected] Hp : 019-6191558 Course syllabus 20% 10% Topics 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
30% 2x Assignments Test commitments
Konsep2 asas dalam hubungan etnik Plurarity masyarakat alam melayu dalam sejarah Perlembagaan dalam konteks hubugan etnik Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik Cabaran terhadap hubungan etnik Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik Islam hadhari dan hubungan etnik Hubungan etnik kearah masyarakat berintegrasi
Topik 1 - Beberapa konsep berkaitan hubungan etnik I nde x 1
Konsep
Huraian
Etnik
1. Sekumpulan manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. 2. Boleh dikelaskan mengikut perbezaan budaya seperti adat, kegiatan ekonomi, orientasi politik mahupun cara berhibur. 3. Etnisiti : rasa kekitaan yang disatukan oleh nilai, sejarah mahupun tingkah laku yang sama di kalangan anggota etnik. 4. Etnosentrisme : kepercayaan bahawa budaya sendiri adalah lebih hebat berbanding budaya etnik lain dan pertimbangan ini dibuat berdasarkan dari pandangan etnik itu sendiri.
2
Ras (Race)
1. Kumpulan sosial yang mempunyai tanda pengenalan yang kolektif/sama berdasarkan ciri fizikal-biologikal. 2. Contoh : warna kulit, rambut dan mata. Masyarakat melayu yang berkulit sawo matang.
3
Rasisme (perkauman)
1. Satu perspektif negatif oleh sekumpulan etnik atau anggotanya terhadap etnik lain. 2. Perlakuan ini adalah berdasarkan kepada perbezaan kaum atau perbezaan wajah fizikal-biologikal semata-mata. 3. Perspektif negatif ini diterjemahkan secara
terbuka. 4. Berlaku dalam dua tahap:i. Individu – iaitu satu kepercayaan (yang membawa kepada sikap) bahawa wujud ras tertentu yang lebih tinggi dan ada yang lebih rendah martabatnya (seperti sistem strata sosial) ii. Institusi – iaitu dasar dan perlaksanaan yang bersifat diskriminasi yang membentuk ketidak samaan ataupun ketidak seimbangan mengikut ras yang berbeza. 4
Prejudis
1. Perspektif negatif tehadap etnik lain. 2. Kebiasaannya penilaian ini dibuat berasaskan maklumat yang tidak tepat. 3. Tidak diterjemahkan secara terbuka. 4. Jika diterjemahkan secara terbuka, prejudis akan menjadi streotaip. 5. Dengan proses sosialisasi sikap prejudis (yang berdasarkan maklumat yang tidak tepat ini) disampaikan ke satu generasi ke satu generasi yang lain.
5
Stereotaip
1. Kenyataan-kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik. 2. Satu gambaran yang berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk oleh sesuatu etnik kepada etnik lain. 3. Sering menimbulkan perspektif yang buruk di antara etnik dalam sebuah masyarakat majmuk.
6
Diskriminasi
1. Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh sekelumpuk etnik atau anggotanya kepada etnik lain. 2. Perlakuan ini semata-mata disebabkan oleh ciri-ciri etnik. Contoh : mengelakkan diri dari anggota etnik lain / buang kerja atau kenaikan pangkat disebabkan oleh etnik lain.
Assignment 1 - Submission : 5th meeting Etnik Pilihan : Jawa 1. Pengenalan - sejarah 2. Aktiviti 3. Analisa a. Masalah – politik, ekonomi, sosial b. Kekuatan c. Cadangan
Perspektif Integrasi I nde x 1
Formula
Definisi
Analisa
Asimilasi [A+B+C=A]
1. Proses percantuman dan percampuran kumpulan minoriti ke dalam kumpulan majoriti. 2. Mewujudkan kelumpuk etnik yang seragam. 3. Mengamalkan secara sepenuhnya budaya, bahasa dan agama yang sama.
1. Merupakan proses integrasi idealistik. 2. Bukan mudah untuk sesuatu kelumpuk untuk meninggalkan budaya, bahasa dan agama. 3. Boleh berlaku tanpa penerapan sepenuhnya kelumpuk yang diasimilasikan. Iaitu melalui proses kecil asimilasi. a. Asimilasi budaya b. Asimilasi struktur 4. Dengan ini kelumpuk minoriti tidak akan hilang kesemua ciri-ciri asal kerana hanya mengikut dimensi tertentu sahaja.
2
Asimilasi Budaya [Ab+B+C=Ab+B b+Cb] (b=budaya)
1. Dikenali sebagai akulturasi (proses pembudayaan). 2. Kelumpuk minoriti hanya mempelajari dan mengamalkan aspek budaya sahaja dari kelumpuk majoriti. Contoh : adat resam, ilmu pengetahuan dan bahasa.
1. Mudah direalisasikan dalam senario masyarakat di Malaysia. 2. Senario di Malaysia membuktikan penerimaan proses ini. 3. Orang cina dan india bersedia untuk:a. Menggunakan bahasa melayu. b. Makan dengan tangan. c. Duduk bersila. 4. Masyarakat di Malaysia boleh
membezakan antara orang cina Malaysia dengan orang cina dari tanah besar China atau orang india Malaysia dengan orang india dari negara India. 3
Asimilasi Struktur [Ai+B+C=Ai+Bi+ Ci] (i=institusi)
1. i mewakili institusi. 2. Kelumpuk minoriti menyertai institusi utama kelumpuk majoriti.
1. Proses yang mudah diterima pakai oleh masyarakat. Contoh : penyatuan pelbagai parti politik.
4
Amalgamasi [A+B+C=D]
1. D adalah amalgam iaitu etnik baru yang memiliki identiti baru hasil percantuman identiti pelbagai etnik. 2. Proses percantuman etnik dari segi biologi yang akan mewujudkan satu kelumpuk etnik baru dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur secara besar-besaran.
1. Agak sukar dilaksanakan secara sepenuhnya dalam senario masyarakat Malaysia. 2. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat yang mengamalkan budaya kahwin campur. 3. Contoh : sub-etnik yang dikenali sebagai anak mami di Pulau Pinang.
5
Pluralisme [A+B+C=A+B+C]
1. Satu konsep yang mempertahankan kepelbagaian. 2. Turut dikenali sebagai akomodasi iaitu proses penyesuaian pelbagai etnik yang hidup secara harmoni.
6
Pluralisme Kebudayaan
1. Mengekalkan budaya pelbagai
1. Mudah direalisasikan dalam senario masyarakat Malaysia. 2. Terdapat 2 dimensi pluralism:a. Pluralisme kebudayaan b. Pluralisme ubah suaian 1. Kepelbagaian budaya dalam
7
[Ab+Bb+Cb=Ab+ Bb+Cb]
etnik termasuk etnik minoriti.
Pluralisme Ubah suaian [A+B+C=A1+B1 +C1]
1. A1, B1 dan C1 adalah etnik asal yang sudah mengubah amalan budaya asal kesan interaksi sosial setempat.
masyarakat mudah diterima pakai. 1. Mudah direalisasikan di dalam senario masyarakat Malaysia. 2. Adalah proses integrasi yang paling banyak berlaku di Malaysia. Contoh:a. Terdapat orang melayu yang bersarapan roti canai setiap hari. b. Orang India yang memakai baju kurung ke tempat kerja. c. Orang cina yang bersarapan nasi lemak setiap hari.