Kerja Kursus Georafi Tingkatan 3

  • Uploaded by: Acid
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Georafi Tingkatan 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,677
  • Pages: 23
GEOGRAFI TINGKATAN 3

TUGASAN 2 (FUNGSI DAN PERKEMBANGANNYA) Nama : Muhammad Amirul Rashid Bin Ab. Rahman Kelas : 3 kp 2 Guru Geografi : En.Azlan Haniff Bin Zakaria T.Tangan Guru

T.Tangan

Murid ....................... .......................... (EN.AZLAN HANIFF BIN ZAKARIA) RASHID BIN AB. RAHMAN)

(MUHAMMAD AMIRUL

SENARAI KANDUNGAN.... Bil.

Perkara

1

Penghargaan

2

Pendahuluan

3

Objektif kajian

4

Kawasan Kajian

5

Kaedah Kajian

6

Dapatan kajian

7

Rumusan

8

Lampiran

9

Rujukan

B.muka surat

penghargaan Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Geografi saya,ENCIK AZLAN HANIFF BIN ZAKARIA kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kerja Kursus Geografi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, AYAHANDA TUAN HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan serta tunjuk ajar kepada saya ketika menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang turut membantu saya iaitu, Hafiz Alfian,Ahmad Safwan,dan Mohd. Hakim kerana sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Taman Desa Skudai dan juga yang telah sudi menjadi respondan saya dalam kajian ini.

PENDAHULUAN.... Saya memilih tugasan 2 yang bertajuk, “Petempatan dan Perkembangannya” untuk projek Kerja Kursus Geografi. Saya memilih kawasan Taman Desa Skudai kerana menepati tajuk kajian dan kawasan ini juga berhampiran dengan rumah dan sekolah saya.

Negara yang dibandingkan dengan kawasan Taman Desa Skudai ialah Singapura. Saya memilih Singapura sebagai negara bandingan kerana negara tersebut terletak berhampiran dengan Malaysia, iaitu di hujung selatan Semenanjung Malaysia. Singapura adalah sebuah negara yang pesat membangun dengan pelbagai jenis kegiatan ekonomi dan juga merupakan sebuah negara yang berkeluasan kecil.

OBJEKTIF KAJIAN.... Objektif bagi kajian yang telah saya kaji adalah untuk:➢ Mengetahui jenis dan pola petempatan antara Taman Desa Skudai dengan Singapura... ➢ Untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Desa Skudai dan Singapura... ➢ Mengenalpasti fungsi petempatan antara Taman Desa Skudai dengan Singapura. ➢ Mengenalpasti masalah petempatan antara Taman Desa Skudai dan Singapura... ➢ Mengenalpasti cara untuk menyelesaikan masalah petempatan antara Taman Desa Skudai dan Singapura... ➢ Untuk menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian...

KAWASAN KAJIAN.... Saya memilih Taman Desa Skudai di daerah Skudai,Johor Bahru sebagai kawasan kajian untuk saya membuat kerja kursus geografi ini.Taman Desa Skudai juga merupakan kawasan penanaman getah.Pada suatu ketika dahulu,perletakan bentuk muka bumi di Taman Desa Skudai ialah di kawasan tanah beralun dan berbukit.Setelah sekian lama,Taman Desa Skudai semakin maju,ladang-ladang getah digantikan dengan bangunan dan petempatan yang pesat seperti Taman Universiti dan Taman Sri Skudai.ia turut merupakan kawasan perumahan yang membangun serta terdapat jumlah penduduk yang ramai.Taman Desa Skudai terletak kira-kira 28km dari bandar.Jika menaiki bas menuju ke bandar,harga tambang bas ialah RM2.60,manakala menaiki teksi pula tambang yang perlu dibayar ialah RM30.00...

KAEDAH KAJIAN.... 

Pemerhatian : Saya membuat pemerhatian tentang petempatan Taman Desa Skudai..



Temubual : Saya telah menemubual penduduk di Taman Desa Skudai Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan..



Soal Selidik :Saya telah menjalankan kaedah soal selidik kepada 20 Orang penduduk di Taman Desa Skudai..



Rujukan : Saya mendapat peta daerah johor bahru, peta Negara Singapura dan maklumat-maklumat yang berkaitan daripada Internet dan saya turut mendapat maklumat daripada buku Teks geografi tingkatan dua dan tiga

.

DAPATAN KAJIAN.... 

8.1 - Jenis dan pola petempatan

Kawasan kajian saya adalah di Taman Desa Skudai ,Johor Bahru. Jenis petempatan di Taman Desa Skudai adalah petempatan bandar kerana penduduknya yang padat. Kepadatan penduduknya adalah lebih daripada 100orang sekilometer persegi. Pola petempatan di kawasan Taman Desa Skudai ialah berpusat kerana setiap rumah dihubungkan dengan jalan raya untuk memudahkan pergerakan penduduk dan jumlah penduduknya juga kurang padat. Berbanding dengan Singapura jenis petempatanya adalah petempatan bandar. Ini kerana penduduknya yang sangat padat dan tidak sesuai dengan keluasan Singapura yang agak kecil jika dibandingkan dengan Malaysia. Pola petempatan di Singapura ialah berpusat kerana rumah dan bangunan banyak dibina rapat-rapat. Saya berasa amat bersyukur dan selesa tinggal di kawasan Taman Desa Skudai kerana kejadian yang berlaku di Singapura tidak terjadi di kawasan Taman Desa Skudai.



8.2 - Faktor yang mempengaruhi petempatan

➢ BENTUK MUKA BUMI Bentuk muka bumi yang terdapat di Taman Desa Skudai adalah tanah tinggi. Melalui pemerhatian saya, sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata. Keadaan bentuk muka buminya yang hampir rata memudahkan pembinaan petempatan di kawasan Taman Desa Skudai. Selain itu,Taman Desa Skudai merupakan kawasan tanaman getah dan juga kelapa sawit.Setelah sekian lama,Taman Desa Skudai berkembang pesat maka ladang-ladang getah dan kelapa sawit telah di timbus untuk membina bangunan dan kawasan perumahan seperti di Taman Desa Skudai, Taman Sri Skudai dan Taman Universiti. Apabila terbinanya sebuah kawasan petempatan maka terdapat pelbagai kagiatan ekonomi dijalankan.Di Taman Desa Skudai,kegiatan ekonomi yang di jalankan disini ialah perniagaan,perkilangan,dan perkhidmatan.bagi kegiatan perniagaan yang di jalankan disini seperti perniagaan runcit besar-besaran,runcit kecil-kecilan dan pusat membeli belah. Manakala bagi kegiatan perkilangan seperti kilang percetakan dan kilang air batu. Bagi kegiatan perkhidmatan pula terdapat bankbank yang disediakan bagi kemudahan penduduk.Selain itu,kegiatan perkhidmatan lain yang terdapat di Taman Desa Skudai seperti Klinik,Sekolah,Universiti dan sebagainya.Darjah

keterampilan bagi Taman Desa Skudai ialah terdapat jalan raya,lebuh raya,pengangkutan awam seperti teksi dan bas di Taman Desa Skudai.Dengan adanya perkhidmatan maka penduduk dapat berkunjung ke tempat yang lain dengan mudah.

Selain Malaysia,di Negara Singapuraturut menjalankan kegiatan ekonomi,perniagaan dan perkhidmatan yang sedang membangun dengan pesat.Terdapat juga kilangkilang yang menjalankan kegiatan ekonomi disana seperti kilang pakaian,makanan dan juga kilang bagi keperluan harian penduduk.Orchard Road merupakan kawasan utama bagi pekerjaan.maka dengan adanya peluang pekerjaan, maka kawasan petempatan di Negara Singapura turut berkembang dan membangun dengan pesat. Oleh itu, saya berasa bersyukur dan berbangga menjadi warganegara Malaysia kerana di Malaysia segala kemudahan perkhidmatan dan ekonomi berkembang pesat.Selain itu,Ia turut membantu memudahkan lagi segala pekerjaan yang dilakukan.....



8.3 – FUNGSI PETEMPATAN

TAMAN DESA SKUDAI MERUPAKAN SATU KAWASAN BANDAR YANG TERDAPAT DI DAERAH SKUDAI.MAKA TERDAPAT PELBAGAI JENIS KEGIATAN PERNIAGAAN DI TAMAN DESA SKUDAI.ANTARANYA IALAH PERNIAGAAN RUNCIT,PERNIAGAAN PERKHIDMATAN,PERNIAGAAN MAKANAN,DAN PERNIAGAAN LAIN. HASIL KAJIAN TELAH MENUNJUKAN PERNIAGAAN YANG PALING BANYAK TERDAPAT DI KAWASAN INI.SECARA TIDAK LANGSUNG DENGAN ADANYA PETEMPATAN DI TAMAN DESA SKUDAI MAKA PELBAGAI AKTIVITI PERNIAGAAN YANG TELAH DIJALANKAN.DARIPADA PEMERHATIAN YANG SAYA,DAPATI KEGIATAN PERNIAGAAN DI SINI TELAH MENYEDIAKAN PELBAGAI PELUANG PEKERJAAN KEPADA PENDUDUK SEPERTI DI PASAR RAYA BESR,KEDAI RUNCIT,DAN SEBAGAINYA. BAGI PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN PULA TERDAPAT PELBAGAI KEMUDAHAN AWAM SEPERTI BAS,TEKSI,DAN SEBAGAINYA.SELAIN ITU,DI TAMAN DESA SKUDAI,JARINGAN JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA BEGITU BAIK DAN SELESA DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK.MAKA DARJAH KETERSAMPAIAN DARI SATU KAWASAN KE KAWASAN LAIN MEMUDAHKAN UNTUK BERGERAK DI KAWASAN BERDEKATAN BAGI NEGARA SINGAPURA,IAITU NEGARA BANDINGAN YANG TELAH SAYA PILIH TELAH MENUNJUKAN KEGIATAN PERNIAGAAN ADALAH LEBIH BERKEMBANG MAJU.KEGIATAN PERNIAGAAN ORCHARD ROAD TELAH MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA PENDUDUK.SELAIN ITU,PENDUDUK LEBIH MUDAH UNTUK MENDAPATKAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN TANPA PERLU KE TEMPAT LAIN.

BAGI PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN MAKA KEMUDAHAN PRASANA SEPERTI JALAN RAYA,LAMPU JALAN,PENGANGKUTAN AWAM DAN PERKHIDMATAN BAS,TEKSI.MAKA DENGAN ADANYA PRASARANA INI DARJAH KETERSAMPAIAN PENDUDUK DARI KAWASAN LAIN KE KAWASAN BERIKUTNYA.DAPAT DILAKUKAN DENGAN BAIK. SAYA BERSYUKUR MENJADI PENDUDUK TAMAN DESA SKUDAI,KERANA PERKEMBANGAN EKONOMI SINI SANGAT BAIK DAN PELBAGAI KEMUDAHAN TERDAPAT DI SINI…

 8.4 – MASALAH PETEMPATAN

DI TAMAN DESA SKUDAI, IA MERUPAKAN SATU PETEMPATAN DI KAWASAN BANDAR.MAKA PETEMPATAN DI KAWASAN INI SEMAKIN BERKEMBANG DENGAN PESAT DENGAN PEMBINAAN TAMAN-TAMAN PERUMAHAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENDUDUK. SECARA TIDAK LANGSUNG IA TELAH MENIMBULKAN PELBAGAI MASALAH TERUTAMANYA DARI SEGI PELUANG PEKERJAAN.INI KERANA APABILA PETEMPATAN BERKEMBANG PESAT MAKA PENDUDUK AKAN TERTUMPU DI SESUATU KAWASAN SECARA TIDAK LANGSUNG AKTIVITI PERNIAGAAN.PERKHIDMATAN DAN SEBAGAINYA TELAH MENJADI TUMPUAN PENDUDUK DI KAWASAN YANG DIDIAMI. OLEH ITU,PELUANG PEKERJAAN YANG TERDAPAT DI TAMAN DESA SKUDAI TELAH DIPENUHI OLEH PENDUDUK SETEMPAT YANG BEKERJA DI KAWASAN YANG BERDEKATAN DENGAN TEMPAT TINGGAL MEREKA,MAKA PELUANG PEKERJAAN DI KAWASAN TAMAN DESA SKUDAI SEMAKIN BERKURANGAN. SELAIN ITU,TERDAPAT DUA MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DI TAMAN DESA SKUDAI.INI KERANA DI TAMAN DESA SKUDAI PENDUDUKNYA PADAT DAN JALAN RAYA YANG ADA MASIH TIDAK CUKUP UNTUK MENGELAKKAN KESESAKAN LALU LINTAS.KESESAKAN LALU LINTAS INI BERLAKU KERANA MAJORITINYA PENDUDUK DI SITU MENGGUNAKAN KERETA DAN TIDAK MELAKUKAN KONGSI KERETA.

.

BAGI NEGARA SINGAPURA,MASALAH YANG DIHADAPI IALAH PELUANG PEKERJAAN.INI KERANA PENDUDUK DARI NEGARA LAIN BERHIJRAH KE SINGAPURA BAGI MENCARI PEKERJAAN.MAKA PENDUDUK SINGAPURA MENGALAMI MASALAH PELUANG PEKERJAAN.

SELAIN ITU,SINGAPURA JUGA MENGHADAPI MASALAH KEKURANGAN TEMPAT TINGGAL INI KERANA KEBANYAKAN TEMPAT KEDIAMAN DI SINGAPURA IALAH FLAT.APABILA PENDUDUK DARI NEGARA LAIN MELAKUKAN MIGRASI DARI BANDAR KE BANDAR MAKA PENDUDUK TERSEBUT AKAN MENCARI TEMPAT KEDIAMAN BAGI TEMPAT TINGGAL MEREKA. SECARA TIDAK LANGSUNG TEMPAT KEDIAMAN YANG TERSEDIA ADA,TETAPI TIDAK DAPAT MENAMPUNG PENDUDUK YANG MAKIN BERTAMBAH. SELAIN ITU,KAWASAN INI MEMPENGARUHI PETEMPATAN KERANA PELUANG PEKERJAAN YANG BANYAK TERDAPAT DISINI.BAGI DARJAH KETERSAMPAIAN DI SINGAPURA TERDAPAT JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA YANG CANGGIH DAN SELESA DIGUNAKAN KEMUDAHAN AWAM SEPERTI BAS DAN TEKSI.MAKA IA MEMBERI KEMUDAHAN PENDUDUK UNTUK BERGERAK MERATA TEMPAT. SAYA BERASA BANGGA MENJADI PENDUDUK DI MALAYSIA,IAITU DI TAMAN DESA SKUDAI KERANA TERDAPAT PELBAGAI INFRASTRUKTUR BAGI MEMUDAHKAN SAYA MEMBUAT SEBARANG JENIS PEKERJAAN.SEALAIN ITU,TAMAN DESA SKUDAI SEMAKIN MAJU DAN BERKEMBANG.SAYA BERSYUKUR KERANA TAMAN DESA SKUDAI SEMAKIN MAJU.

 8.5 – LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah petempatan di Taman Desa Skudai adalah seperti kesesakan lalulintas, jalan raya haruslah dinaik tarafkan dan diperlebarkanini akan memudah kan lagi perjalanan pengguna.Selain itu,ia turut akan membantu mengurangkan kemalangan jalan raya dan memudahkan pejalan kaki berjalan kaki ke tempat kerja,sekolah ataupun ke mana sahaja.langkah bagi mengurangkan masalah kekurangan pekerjaan pula,pihak kerajaan perlu menambah peluang pekerjaan untuk membantu warganegara Malaysia mencari rezeki.Pihak kerajaan turut perlu mengetatkan kawalan kemasukan pendatang asing supaya jumlah pendatang asing dapat dikurangkan ini lagi memudahkan penduduk mencari pekerjaan.

RUMUSAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 WAJIB MENJALANKAN KERJA KURSUS GEOGRAFI(KKG).

SAYA TELAH MEMILIH TAJUK PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA DI TAMAN DESA SKUDAI,JOHOR BAHRU.TAJUK INI DIJALANKAN DI TAMAN DESA SKUDAI KERANA SEKOLAH DAN RUMAH SAYA TERLETAK DI KAWASAN INI.DALAM KAJIAN INI SAYA AKAN MEMBUAT KAJIAN TENTANG PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA SERTA BERKENAAN POLA PETEMPATAN YANG TERDAPAT DI TAMAN DESA SKDAI KERANA DI SINI TERDAPAT BANYAK KAWASAN PERUMAHAN DAN BAGI NEGARA SINGAPURA BERSEBELAHAN DENGAN JOHOR DAN IA JUGA MAJU DAN BERKEMBANG PESAT DARI SEGI PETEMPATAN DAN PENDUDUKNYA YANG KIAN MENINGKAT MASA KAJIAN YANG DIBERIKAN UNTUK MENYIAPKAN KERJA LAPANGAN INI BERMULA DARI BULAN FEBRUARY SEHINGGA BULAN JULAI.

LAMPIRAN

Related Documents


More Documents from ""