Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3(pantai Balok)

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3(pantai Balok) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,052
  • Pages: 20
Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah Km 10,Jalan Kemaman, 26100 Kuantan,Pahang TAJUK:KAJIAN DI PERKAMPUNGAN BALOK DAN PERBANDINGANYA DENGAN NEGARA JEPUN.

NAMA:AMIR HAZIQ BIN ADNAN TINGKATAN:3 ARIF NO. I/C:940525-06-5051 NO. ANGKA GILIRAN:CK021K026 NAMA GURU:PN.NOR AISHIAH BT. MOHD. YUSOF

TANDATANGAN MURID, GURU,

TANDATANGAN

Senarai Kandungan Isi Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian

Muka Surat 1 2 3 4-5

Kaedah kajian

7

Dapatan Kajian

8-11

Rumusan

11

Lampiran

12-21

Rujukan

22

Penilaian umum

22

Penghargaan

Terlebih dahulu saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan saya menyiapkan kerja kursus ini.Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru Geografi saya,Pn.Nor Aishiah Bt. Mohd.Yusof atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau ketika saya menjalankan kajian ini.Tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya Pengetua sekolah saya iaitu Yang Berusaha Pn.Hjh.Suraya kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini.

Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang terlibat sama dalam menjalankan kajian ini iaitu Mohd.Ridhuan Shah,Wan Mokhfaizul,Ahmad Syakir dan yang lain-lain.

Pendahuluan Saya Amir Haziq Bin Adnan,pelajar Tingkatan 3 Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah,Kuantan telah diberi tugasan oleh guru Geografi saya untuk menjalankan kajian luar tentang fungsi petempatan dan perbandingan negara lain.Saya telah memilih Perkampungan Balok,tempat lahir dan tempat tinggal saya kerana perkampungan ini mempunyai keunikannya sendiri.

Antara keunikannya ialah perkampungan ini menjadi tempat tinggal saya dan juga tempat kelahiran saya.Saya juga telah menetap lama di perkampungan ini.Kemudian saya pun berpindah ke Johor Bahru kerana ayah saya mendapat tawaran pekerjaan di sana.Tidak lama kemudian kami berpindah ke sini semula kerana ayah saya mendapat tawaran pekerjaan yang lebih lumayan sehingga sekarang.Saya telah menghadapi sedikit kesukaran dalam melakukan kerja kursus ini.

Objektif Kajian

Objektif kajian tentang folio ini ialah:(a)Memenuhi format PMR 2009. (b)Mengenal pasti jenis dan pola petempatan kawasan kajian dan negara perbandingannya. (c)Mengenal pasti fungsi petempatan dan faktor yang mempengaruhi dan negara perbandingannya. (d)Mengenal pasti masalah-masalah di kawasan kajian. (e)Membincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah di kawasan kajian.

Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Kampung Balok Baru,kira-kira 5 km dari Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah.Kawasan kajian ini terletak 1 km dari tempat tinggal saya yang dahulunya tempat saya tinggal 12 tahun dahulu. Kampung Balok Baru terletak di pinggir laut Balok.Penduduknya terdiri daripada orang Melayu.Orang yang menetap di sini kebanyakannya nelayan,pekerja kilang dan tentera laut.Kampung Balok Baru juga terletak di daerah Kuantan,Pahang.(Lihat Peta 1)

Manakala perbandingan negaranya ialah Tokyo. Wilayah Tokyo dibagi kepada Daratan dan kepulauan. Bahagian Daratan terletak di sebelah barat laut Teluk Tokyo, sekitar 90 km timur ke barat, dan 25 km utara ke selatan. Ia berbatasan dengan Prefektur Chiba di timur, Prefektur Yamanashi di barat, Prefektur Kanagawa di selatan, dan Prefektur Saitama di utara. Kepulauanannya terdiri dari Kepulauan Izu dan Kepulauan Ogasawara, memanjang sekitar 1,000 km ke Lautan Pasifik.(Lihat peta 2)

Peta 1 Daerah Kuantan

Peta 2 Kedudukan Jepun

Kaedah Kajian Kaedah kajian yang saya gunakan ialah:-

(a)kaedah pemerhatian (b)kaedah rujukan (c)kaedah temu bual (d)kaedah soal selidik Kaedah pemerhatian-Saya telah memerhatikan secara keseluruhan Perkampungan Balok,tempat kajian dijalankan.Pemerhatian saya tertumpu kepada susunan rumah,kegiatan ekonomi,kemudahan sosial dan pentadbiran yang terdapat di kampung ini.

Kaedah rujukan-Saya dan rakan-rakan kajian juga membuat rujukan di pusat sumber dan Internet untuk mendapatkan maklumat perkampungan dan kawasan kajian di tempat kami.

Kaedah temubual-Saya telah menemubual beberapa orang kampung untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang petempatan Balok.

Kaedah soal selidik-Saya dan rakan-rakan telah menyoal selidik beberapa orang kampung tentang ciri-ciri petempatan Balok.

Dapatan Kajian

a)Jenis dan Pola Petempatan Kampung Balok merupakan kampung yang berasaskan perikanan.Jenis petempatan ini ialah luar bandar.Pola petempatannya ialah berjajar kerana kebanyakan nelayan membina rumah mereka di pinggir laut. Dalam kajian saya,jenis petempatan di Jepun ialah bandar.Pola petempatan di Jepun pula ialah berpusat kerana mereka menumpukan kepada bandar-bandar besar mereka yang menjadi pusat perdagangan. Saya bersyukur kerana saya menetap berhampiran Kampung Balok.Lebih-lebih lagi saya suka melihat laut dan ombak.

b)Faktor yang mempengaruhi Faktor yang mempengarui penduduk Balok ialah bentuk muka bumi yang bertanih pasir dan laut.Kegiatan ekonominya ialah perikanan dan perniagaan.Jarak rumah kediaman nelayan dengan laut menyebabkan mereka senang menjalankan kegiatan perikanan.Selain itu,penduduk setempat juga banyak menjalankan aktiviti perniagaan.Mereka membuka

restoran dan kedai runcit di sepanjang jalan utama.Ada juga sebahagian dari mereka yang menjadi Tentera Laut Diraja Malaysia.Penduduk di sini juga mempunyai banyak cabang pekerjaan.(Lihat Jadual 1dan Graf 1 )

Jenis Pekerjaan Nelayan Peniaga Pekerja kilang Pekerja kerajaan Tentera Jumlah

Jumlah 15 9 18 7 25 74

Jadual 1 menunjukkan bilangan pekerjaan penduduk di kawasan kajian.

25 20 Nelayan

15

Peniaga Pekerja Kilang Pekerja Kerajaan Tentera

10 5 0 Jumlah

Graf 1 menunjukkan pekerjaan penduduk Perkampungan Balok.

Di Jepun pula,faktor yang mempengaruhi penduduk pula ialah perdagangan yang menjadi tempat mereka membeli-belah dan bekerja di syarikat-syarikat besar Tokyo.

Saya amat bersyukur kerana Kampung Balok tidak sesak seperti bandar mereka dan udara di sini segar.

c)Fungsi Petempatan

Perkampungan Balok merupakan petempatan luar bandar dan mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana.Fungsi petempatan ini ialah perikanan.Perikanan adalah sumber utama penduduk kampung di sini untuk menyara kehidupan mereka.Rumah mereka yang berdekatan dengan pinggir laut menyebabkan mereka senang untuk berulang-alik dari laut ke pantai.

Di Tokyo pula,fungsi petempatannya ialah perdagangan.Kepadatan penduduknya pula ialah padat.Tokyo ialah sebuah metropolitan yang penuh dengan tempat perdagangan seperti pusat membeli-belah,syarikat-syarikat besar dan lain-lain lagi.

Saya berasa bersyukur kerana tinggal berdekatan dengan kawasan perniagaan yang menjadikan keluarga saya mudah membeli barangan keperluan dan saya berasa bangga kerana Malaysia ialah sebuah negara yang optimis.

Rumusan

Rumusan yang dapat saya buat ialah,Perkampungan Balok adalah perkampungan yang lengkap dengan kemudahan asas.Ia juga sebuah perkampungan yang berasaskan perikanan.Tokyo pula adalah sebuah metropolitan yang besar.Petempatannya adalah berasaskan komersial dan perdagangan.Saya mendapati bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara yang stabil dan saya juga dapat mempelajari dengan lebih mendalam tentang kawasan kediaman saya.

Lampiran

Lampiran

Gambar 1:Penebangan pokok yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar 2:Penebagan pokok yang telah selesai di jalankan.

Gambar 3:Sampah yang telah dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Gambar 4:Aktiviti nelayan sewaktu petang , menjala ikan.

Gambar 5:Sampah-sarap yang telah dibuang oleh manusia.

Gambar 6:Bot yang telah digunakan oleh nelayan semasa turun ke laut.

Gambar 7: Bandar Tokyo,Jepun

Gambar 8:Kesesakan jalan raya yang telah berlaku di Tokyo,Jepun.

Rujukan Internet •

http://en.wikipedia.org/wiki/Japan



www.geocities.com



Climate-Charts.com

Buku Ilmiah •

Patriciaa Mari Katayama dan Hisako Nozaki Ifshin, 2000.Talking About Japan.Tokyo :Kodansha International Ltd.



Conrad Totman (2002). A History of Japan. Blackwell. pp. 64–79. ISBN 9781405123594

Related Documents