Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2009(nabilah)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2009(nabilah) as PDF for free.

More details

  • Words: 3,116
  • Pages: 26
Bil.

Kandungan

1. 2.

»Penghargaan »Pendahuluan

3.

»Objektif Kajian

4.

»Kawasan Kajian

5.

»Kaedah Kajian

6.

»Dapatan Kajian

7.

»Rumusan

8.

»Lampiran

9.

»Rujukan

Halaman

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ILLAHI kerana akhirnya saya dapat mengumpulkan maklumat yang secukupnya bagi menyiapkan kerja kursus folio geografi tingkatan 3. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada individu-individu dan pihak sekolah yang telah memberikan bantuan, galakan dan kerjasama kepada saya dan rakan-rakan. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua SMK Telok Mas, Cik Hajah Jamilah Bt Ismail kerana telah memberikan kebenaran kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Mansor B. Mahmood, guru sejarah saya yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan galakan kepada saya dan telah banyak menyumbang dari segi kewangan untuk saya membeli peralatan untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah bekerjasama dalam melaksanakan kajian ini. Seterusnya saya ingin berterima kasih juga kepada pihak-pihak yang berkenaan terutama sekali kepada penduduk kawasan Taman Seri Telok Mas. Sekian Terima Kasih…

Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran dan keperluan peperiksaan PMR untuk mata pelajaran Geografi, pelajar-pelajar dikehendaki menjalankan kerja amali di lapangan. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memberi dua pilihan tajuk atau tugasan untuk kerja kursus PMR 2009. Saya telah memilih tugasan 2 iaitu kajian mengenai petempatan di kawasan kajian dan perbandingan dengan negara lain. Kawasan yang saya pilih untuk dijadikan sebagai tempat kajian ialah Taman Seri Telok Mas dan saya telah memilih Negara Singapura untuk dijadikan negara perbandingan Saya memilih Taman Seri Telok Mas sebagai kawasan kajian kerana saya tinggal di sini dan saya bersekolah di SEK. Telok Mas yang terletak di Pekan Telok Mas. Ini memudahkan untuk saya membuat kajian dengan lebih terperinci kerana saya sudah mengetahui sebahagian tentang Taman Seri Telok Mas dan tidak memakan masa yang lama untuk membuat kajian.

Saya memilih Bangkok, Thailand kerana Bangkok ialah sebuah negara yang maju dan Thailand juga sebuah negara pertanian dan mempunyai penduduk yang ramai. Saya memakan masa selama beberapa minggu untuk mendapatkan bahan dan maklumat mengenai negara Singapura dan selama 2 minggu untuk saya menyiapkan folio ini. Akhirnya saya berjaya menyiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Kajian ini saya jalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:►Mengkaji jenis dan pola petempatan di kawasan Taman Seri Telok Mas , dan perbandingan dengan Bangkok. ►Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Taman Seri Telok Mas dan Bangkok. ►Mengkaji fungsi-fungsi petempatan di kawasan sekitar Taman Seri Telok Mas dan perbandingan dengan Bangkok. ►Mengkaji masalah-masalah petempatan di kawasan Taman Seri Telok Mas dan membuat perbandingan dengan Bangkok. ►Mencari dan menyatakan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Taman Seri Telok Mas dan perbandingan dengan Bangkok. ►Dapat mengetahui darjah ketersampaian di Taman Seri Telok Mas dan perbandingan dengan Bangkok. Melalui kajian ini, saya bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kepentingan dan perkembangan petempatan di Taman Seri Telok Mas.

Kawasan kajian ini ialah sebuah pertempatan terancang, iaitu Taman Seri Telok Mas yang terletak di Pekan Telok Mas. Pekan Telok Mas terletak di peta kawasan Melaka Tengah iaitu kira-kira 12km dari Bandar Melaka. Lihat Peta 1 menunjukkan kedudukan Pekan Telok Mas manakala Peta 2 pula menunjukkan Taman Seri Telok Mas. Tempoh perjalan dengan menaiki kereta dari Bandar Melaka ke Pekan Telok Mas ialah kira-kira 15 minit, menggunakan jalan raya yang menghubungkan Bandar Melaka dengan Bandar Muar, Johor. Pekan ini terus membangun dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur. Penduduk di kawasan kajian berinteraksi melalui pelbagai aktiviti ekonomi seperti pertanian, perikanan, perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Kawasan kajian ini juga kira-kira 1 ½ km daripada SMK Telok Mas dan disebabkan kawasan ini adalah kawasan yang paling hampir dengan sekolah saya maka saya telah memilih Taman Seri Telok Mas sebagai kawasan kajian.

Sebelum memulakan tugasan kajian, saya telah mengenalpasti beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengumpulkan dan mendapatkan maklumat. Kaedah-kaedah yang saya gunakan adalah seperti berikut:-

☺Pemerhatian Saya dan beberapa rakan telah menjalankan pemerhatian di kawasan Taman Seri Telok Mas untuk menentukan jenis dan pola petempatan. Melalui kaedah ini kami dapat menyenarai fungsi Taman Seri Telok Mas. Kaedah ini saya gunakan semasa saya menghasilkan peta lakar. Dari pemerhatian saya, didapati pola petempatan di kawasan kajian saya adalah berpusat. ☺Temu bual

Saya telah menemu bual seramai 10 orang sebagai responden saya tentang masalah yang dihadapi mereka berkaitan petempatan.

☺Soal selidik Saya telah menyoal selidik seramai 20 orang responden dan borang selidik saya sediakan untuk mencari dan meminta pandangan penduduk mengenai masalah dan langkah penyelesaian masalah berkaitan masalah petempatan. ☺Rujukan Saya telah membuat rujukan buku teks tingkatan 3 dan juga internet untuk mendapatkan peta kawasan kajian dan negara perbandingan. Selain itu saya juga merujuk internet untuk mendapatkan masalah dan langkahlangkah mengatasinya dan perbandingan.

8.1 Jenis dan pola Petempatan Petempatan ialah tempat kediaman dan tempat berinteraksi penduduk antara satu dengan yang lain. Mereka berinteraksi melalui pelbagai aktiviti seperti pertanian, perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Dua jenis petempatan di Malaysia ialah petempatan luar bandar dan petempatan bandar. Perbezaan antara kedua-dua jenis petempatan ini ditentukan dari segi saiz penduduk, fungsi ( jenis aktiviti ekonomi dan sosial yang dijalankan ), dan kepadatan penduduk.

Petempatan bandar

luar

Petempatan bandar

Saiz penduduk  Kecil

Saiz penduduk  Besar

Fungsi  Kebanyakan penduduk di petempatan luar bandar melakukan kegiatan pertanian, perikanan dan pembalakan

Fungsi  Kebanyakan penduduk di petempatan bandar melakukan kegiatan perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan

Kepadatan penduduk  Rendah

Kepadatan penduduk  Tinggi

Pola petempatan pula merujuk kepada corak susunan tempat kediaman atau bangunan di sesuatu tempat. Oleh itu, pola petempatan ditentukan oleh susunan dua atau lebih bangunan. Susun atur bangunan membentuk beberapa corak atau pola. Pekan Telok Mas adalah sebuah petempatan

luar bandar berbanding dengan

Bangkok, Thailand yang mempunyai jenis penempatan bandar. Di Bangkok, Thailand proses pembandaran telah menyebabkan jumlah penduduk bandarnya bertambah dengan pesat disebabkan oleh ramai penduduk bertumpu di kawasan bandar.

Di kawasan kajian, Pekan Telok Mas, kebanyakkan penduduknya menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian dan perikanan. Berbeza dengan Bangkok, Thailand proses pembandaran telah menyebabkan perubahan guna tanah berlaku. Kawasan kegiatan pertanian telah bertukar menjadi kawasan perindustrian, petempatan, perniagaan dan perkhidmatan. Pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian kebanyakkannya mempunyai pola berjajar dan berpusat. Pola petempatan berjajar juga dikenal sebagai petempatan linear. Susun atur rumah atau bangunan di kawasan kajian dibina sebaris dan selari di sepanjang parit dan jalan raya. Contoh-contoh petempatan berjajar di kawasan kajian jelas terdapat di Jalan Bukit Lintang dan Jalan Bukit Meta. Manakala pola petempatan berpusat terdapat di sekeliling masjid, persimpangan jalan raya, kedai dan sebagainya. Rumah dan bangunan banyak dibina secara rapat-rapat dan bertumpu di sekeliling objek yang menjadi tumpuan penduduk. Contoh yang jelas pada kawasan kajian dapat dilihat di Taman Seri Telok Mas dan Taman Bukit Kechil. Berbeza dengan bandar Bangkok, Thailand, penempatan nya adalah jenis petempatan bandar. Jika dibandingkan dengan kawasan kajian ( jenis petempatan luar bandar ) keadaan yang jauh berbeza dapat dilihat di Bangkok, Thailand yang mana kesemua jenis pola petempatan dapat dilihat di bandar tersebut. Pola petempatan berselerak, berjajar, berpusat dan berkelompok.

Justeru itu, penduduk di kawasan kajian, Telok Mas wajar berterima kasih dan bersyukur kerana mereka dapat hidup dengan keadaan yang lebih selesa, tidaklah bersesak-sesak sebagaimana yang dirasakan oleh penduduk di bandar Bangkok, Thailand.

Perancangan rapi yang disusun oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan yang diberikan serta pelbagai kemudahan yang disediakan, seharusnya tidak dipandang ringan oleh semua rakyat. Di samping memantapkan lagi usaha kearah memperkembangkan bandar, kerajaan Malaysia

tidak

mengenepikan

usaha-usaha

untuk

memperkembangkan

dan

mempertingkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar. Dan, seharusnya kita, sebagai rakyat Malaysia mestilah menanam rasa cinta, kasih dan sayang kepada negara kita, Malaysia.

8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan Sepertimana petempatan luar bandar yang lain, petempatan Pekan Telok Mas banyak juga dipengaruhi oleh bentuk mukabumi nya. Pekan Telok Mas bertanah pamah dengan dataran pantai yang rendah dan rata. Kaki-kaki bukit nya juga landai dan beralun. Kawasan tanah pamah dan dataran pantai memudahkan pembinaan petempatan, kegiatan pertanian dan perhubungan di kawasan kajian iaitu Pekan Telok Mas. Kawasan kaki bukit yang landai dan beralun sesuai untuk penanaman getah, kelapa sawit dan sayur-sayuran serta buah-buahan. Penduduk juga telah memilih kawasan kajian sebagai petempatan kerana penduduk mudah memperolehi bekalan air. Sungai dan laut yang berhampiran juga merupakan sumber makanan dan pendapatan serta menyediakan juga jalan pengangkutan dan perhubungan. Kebanyakan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai dan laut menjalankan kegiatan pertanian dan perikanan. Jenis tanih telah juga mempengaruhi tapak petempatan di kawasan kajian. Kesesuaian kesuburan tanih untuk kegiatan pertanian menyebabkan penduduk tertumpu di kawasan kajian. Kawasan tanah pamah dengan tanih aluvium telah ditanami dengan tanaman padi dan tanih laterit di kawasan kaki bukit telah ditanamkan dengan tanaman kelapa sawit dan getah.

Tahap ketersampaian juga mempengaruhi pemilihan tapak petempatan di kawasan kajian. Tahap ketersampaian bermaksud keadaan samada sesuatu kawasan mudah atau sukar untuk dihubungi. Pekan Telok Mas terletak berhampiran dengan jalan raya, pinggir pantai dan sungai. Kesemua ini telah memudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain. Peluang

pekerjaan

yang

banyak

terutamanya

di

sektor

perindustrian

telah

menyebabkan penghijrahan penduduk ke bandar Bangkok, Thailand.Bandar Bangkok, thailand

telah

menyediakan

banyak

peluang

pekerjaan

dan

telah

menyebabkan

perkembangan pembandaran hasil daripada pertambahan bilangan penduduk.

Perkembangan sektor perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan yang telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan telah menyebabkan migrasi penduduk ke bandar Bangkok, Thailand. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar juga disebabkan oleh kemudahan sosial dan infrastruktur, kemudahan pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan yang disediakan. Walaupun faktor-faktor yang disenaraikan menjadi pengukur penentu penempatan, secara zahirnya, penduduk di kawasan kajian tidak perlu merasa ianya bagai satu bebanan atau satu perkara yang mesti diperhalusi memandangkan kesemua faktor yang disenaraikan ada juga terdapat di kawasan kajian, Pekan Telok Mas walaupun ianya tidaklah sehebat dan secanggih dengan apa yang dinikmatan oleh penduduk di petempatan bandar Bangkok, Thailand.

Rasa

terima

kasih

kepada

kerajaan

Malaysia

kerana

keperihatinan

membangunkan kawasan luar bandar sejajar dengan perkembangan bandar.

nya

8.3Fungsi Petempatan

Sebagai pusat perniagaan dan perkhidmatan penduduk tempatan seperti kedai runcit Dan bengkel motosikal.

Sebagai pusat pelancongan seperti taman pelancongan dan ’homestay’.

untuk

FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR

Sebagai pusat dan pengedaran hasil pertanian dan perikanan

pusat industri

pengeluaran, desa seperti

pengumpulan, Sebagai melukis dan mencetak batik, menenun songket, menganyam tikar, menghasilkan barangan kraf tangan dan makanan ringan seperti keropok dan belacan

Sebagai pusat perkhidmatan pos mini polis dan klinik desa

Gambarajah : Fungsi Petempatan Luar Bandar

Membincangkan

tentang

fungsi

petempatan

memang

tidak

dapat

dinafikan

fungsi

petempatan luar bandar tidaklah sehebat fungsi penempatan bandar. Walaupun begitu, di Malaysia secara umumnya, fungsi yang dimainkan oleh penempatan luar bandar tidaklah boleh dipinggirkan. Ini adalah kerana kedua-dua jenis penempatan ini saling berkaitan. Justeru itu, kita yang tinggal di Malaysia ini, seharusnya merasa bersyukur kerana kerajaan juga telah menjalankan tanggungjawabnya membantu penempatan luar bandar untuk bersama-sama meningkatkan taraf penduduk demi untuk kesejahteraan bersama. Petempatan luar bandar mempunyai pelbagai fungsi yang dapat dibincangkan dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Dari aspek ekonomi, Pekan Telok Mas berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengeluaran hasil pertanian dan perikanan. Selain itu industri kecil dan perniagaan kecil-kecilan juga dijalankan. Pekan Telok Mas juga berfungsi sebagai pengeluar hasil pertanian, Pekan Telok Mas mengeluarkan hasil pertanian sebagai sumber makanan dan tanaman jualan manakala sebagai pusat perikanan pula Pekan Telok Mas menghasilkan sumber makanan protein. Penduduk di kawasan kajian juga melibatkan diri dalam industri kecil. Industri kecil-ecilan atau industri desa merupakan industri yang memerlukan modal yang kecil sahaja. Industri desa biasanya diusahakan oleh ahli keluarga secara kecil-kecilan. Contoh hasil industri desa termasuk pembuatan kerepek, belacan dan ikan kering. Keindahan alam semulajadi yang terdapat di sekitar petempatan luar bandar Pekan Telok Mas

sesuai

dimajukan

untuk

aktiviti

agropelancongan

dan

ekopelancongan.

Agropelancongan ialah tempat-tempat tarikan pelancongan yang berasaskan kegiatan pertanian, penternakanan dan perikanan. Ekopelancongan ialah aktiviti yang melibatkan

lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semulajadi, contohnya seperti pantai berpasir. ’Homestay’ ialah aktiviti pelancong tinggal bersama-sama dengan penduduk tempatan. Tujuan ’homestay’ ialah membolehkan pelancong lebih memahami budaya dan cara hidup penduduk tempatan. Petempatan luar bandar seperti dikawasan kajian iaitu Pekan Telok Mas yang dapat menyediakan kemudahan penginapan ’homestay’ kepada pelancong juga menjadi daya tarikan pelancongan. Petempatan luar bandar Telok Mas juga berfungsi sebagai pusat perniagaan kecilkecilan. Contoh perniagaan kecil-kecilan yang terdapat di kawasan kajian ialah kedai runcit yang diwujudkan untuk membekalkan barangan keperluan harian kepada penduduk setempat.

Pelbagai kemudahan sosial boleh didapati di kawasan kajian telok Mas . Contohnya, pejabat pos, klinik desa, klinik bidan, pusat kesihatan kecil dan kemudahan telefon awam. Dari segi pendidikan, kawasan kajian Telok Mas telah menyediakan kemudahan pendidikan seperti tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, masjid, balairaya dan dewan orang ramai yang dibina juga dijadikan pusat aktiviti sosial dan budaya di kawasan kajian. Majlis perkahwinan dan persembahan kebudayaan sering diadakan di pusat-pusat sosial tersebut. Dari segi politik, kawasan kajian juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran berskala kecil. Ketua Kampung atau Tok Sidang dilantik untuk menjalankan fungsi pentadbiran di kampung dengan bantuan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK). Penghulu atau Penggawa mentadbir beberapa buah kampung dan menjalankan tugas rasminya di Kompleks Penghulu. Jika Pekan Telok Mas berfungsi sebagai pusat pentadbiran berskala kecil, bandar Bangkok,

Thailand yang juga merupakan ibu negara bagi Negara Thailand mendukung

pentadbiran berskala besar. Bangkok yang dilengkapi dengan bangunan, kemudahan dan infrastruktur yang cantik dan menarik berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan Negara Thai. Bandar Bangkok yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan mempunyai banyak gedung perniagaan, perkhidmatan kewangan dan pekhidmatan lain. Sebagai contoh,

pelbagai jenis perniagaan dan perdagangan terletak di bandar Bangkok. Antaranya ialah bank perdagangan, pusat beli belah, syarikat kewangan dan syarikat insurans. Pembinaan pusat pengajian tinggi awam dan swastatelah menyebabkan bandar Bangkok berfungsi sebagai pusat pendidikan. Bangkok terkenal sebagai pusat pendidikan kerana letaknya University of Chulalongkorn dan banyak pusat pengajian tinggi swasta. Berbangga dan bersyukur kerana kita dilahirkan di Malaysia. Walaupun fungsi petempatan di kawasan kajian tidak lah sebesar fungsi bandar Bangkok, Thailand tetapi penduduk di kawasan kajian tidak perlu bersusah untuk ke bandar. Pelbagai kemudahan telah diadakan di kawasan kajian seperti, klinik, pejabat pos, bank, sekolah dan bermacam-macam lagi. Sekurang-kurang-kurangnya, penduduk di kawasan kajian dapat juga menikmati kemudahan petempatan bandar.

8.4Masalah petempatan Kesesakan lalu lintas merupakan masalah yang berlaku hasil daripada pertambahan petempan di kawasan kajian. Jaringan jalan raya yang kurang cekap dan keadaan jalan yang kurang memuaskan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Jumlah kenderaan yang semakin bertambah di kawasan kajian telah menyebabkan pencemaran udara. Pelepasan gas-gas bertoksik seperti karbon dioksida, karbon monoksida , sulfur oksida dan oksida nitrogen telah mencemarkan udara dan menyebabkan berlakunya hujan asid. Pertambahan kawasan perindustrian juga menyebabkan pencemaran udara dan air. Pembuangan sisa kilang dan udara kotor telah mencemarkan air sungai dan udara. Pertambahan penduduk di kawasan kajian juga mendatangkan isu pencemaran. Pembuangan sampah sarap yang tidak berkawal telah mencemarkan sungai dan pandangan. Banjir kilat juga sering berlaku di kawasan kajian memandangkan sistem perparitan yang kurang sempurna . Seperti di kawasan kajian, Pekan Telok Mas, Bangkok juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran. Masalah lain yang agak ketara yang dihadapi di bandar Bangkok ialah pertambahan penduduk di bandar hasil daripada penghijrahan penduduk dari luar bandar telah

menimbulkan masalah kekurangan tempat tinggal. Masalah setinggan di bandar Bangkok, disebabkan oleh kekurangan perumahan, kadar sewa rumah dan harga tanah yang tingggi. Kawasan setinggan juga dapat menimbulkan isu sosial seperti masalah

keselamatan,

kesihatan dan sebagainya. Bangkok juga menghadapi masalah berlakunya hujan asid dan masalah pulau haba yang lebih ketara jika di bandingkan dengan tempat kawasan kajian, Pekan Telok Mas. Kenderaan-kenderaan bermotor yang banyak, kawasan-kawasan perindustrian yang lebih besar dan bangunan-bangunan pencakar langit yang dibina rapat mempercepatkan untuk berlakunya fenomena tersebut.

Panduduk di kawasan kajian, Pekan Telok Mas, seharusnya bersyukur kerana penduduk tidak mengalami masalah ketara sepertimana yang dialami oleh bandar Bangkok, Thailand. Penduduk rata-rata mempunyai tanah untuk dibuat petempatan dan masalah tempat tinggal apa lagi untuk membina setinggan tidak wujud sama sekali. Begitu juga, penduduk di kawasan kajian, tidak juga mengalami masalah pencemaran sepertimana yang dialami oleh petempatan bandar, bandar Bangkok, Thailand. Penduduk di kawasan kajian kurang mengalami masalah pencemaran udara, air, bunyi dan pelbagai lagi dan secara tidak langsung telah membuatkan penduduk di kawasan kajian dapat menikmati keadaan hidup yang lebih sihat.

8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan Masalah kesesakan lalu lintas dapat juga dikurangkan di kawasan kajian yang mana kerajaan bersama dengan masyarakat tempatan di kawasan kajian telah bersama-sama mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta. Selain itu, jalan raya yang sempit juga telah di lebarkan. Untuk mengurangkan masalah pencemaran, undang-undang dan Akta alam Sekitar perlu dikuatkuasakan. Kilang-kilang perlu memasang penapis dan meninggikan cerobong asap. Dendaan yang tinggi dikenakan terhadap sesiapa yang membebaskan sisa buangan ke udara dan sungai. Pokok-pokok ditanam di kawasan kajian untuk tujuan penghijauan. Penanaman pokok telah dapat juga mengekalkan suhu sekeliling. Pencemaran air dapat dikurangkan dengan memasang perangkap sampah di sungai. Selain itu, sistem rawatan air kumbahan yang sempurna dengan pembinaan loji kumbahan perlu dijalankan. Masalah banjir kilat berpunca daripada kelemahan dalam sistem perparitan dan saliran perlu dinaikkan taraf. Kerja-kerja mendalamkan parit dan sungai perlu dilakukan. Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, sistem pengangkutan yang lebih sempurna telah diadakan di bandar Bangkok. Contohnya ialah lebuh raya bertingkat, pengangkutan aliran ringan { LRT ) serta terusan-terusan air yang dikenali sebagai Klong.

Banyak kawasan-kawasan perkilangan / perindustrian dibuka bagi mengatasi masalah pengangguran akibat daripada pertambahan penduduk. Peluang-peluang pekerjaan wujud bagi menampung masalah ini dan secara tidak langsung ianya dapat juga meningkatkan taraf hidup penduduk di Bangkok. Tidak banyak langkah yang perlu diambil oleh penduduk di kawasan kajian Telok Mas untuk

mengurangkan

masalah

petempatan.

Sepertimana

yang

dinyatakan

dalam

perbandingan sebelumnya, antara kawasan kajian Telok Mas ( petempatan luar bandar ) dengan bandar Bangkok, Thailand ( petempatan bandar ), masalah lebih ketara di petempatan bandar.

Penglibatan kerajaan, menagani masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar secara langsung telah dapat menangkis permasalahan yang disuarakan oleh penduduk dari segenap lapisan tanpa mengira agama dan bangsa. Tambahan pula, keadaan negara yang aman damai, bebas dari pelbagai ancaman telah berjaya membuatkan semua rakyat Malaysia, samada di petempatan bandar atau luar bandar untuk hidup dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera. Tidak menjadi satu kesalahan untuk kita bersama-sama yang tinggal di Malaysia untuk mengatakan, ’sayangilah Malaysia sepertimana kita sayangi diri kita sendiri’, ’di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’.

Taman Seri Telok Mas mempunyai keistimewaannya sendiri. Jenis pola petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan serta masalah petempatan sentiasa menjadi elemen sebuah petempatan.

Kedudukan kawasan kajian di kawasan yang sedang pesat membangun turut menjadi tarikan penduduk kawasan lain untuk tinggal di kawasan ini.

Penduduk di kawasan ini seharusnya bekerjasama untuk membangunkan petempatan ini supaya menjadi maju. Sikap para penduduk yang sentiasa menjaga tepi kain para jiran telah menjadi satu keutamaan supaya penduduk dapat hidup aman dan damai serta sejahtera .

♦Internet -

http://www.wikipedia.com

-

http://www.malaysia-maps.com/malaysia-states-map.htm

♦Orang Sumber -

Mohd Kalil Bin Hashim

♦Buku teks -

Geografi Tingkatan 1

- Geografi Tingkatan 2 - Geografi Tingkatan 3

Related Documents