Kerja Khusus Kke

  • Uploaded by: Mohamad Noor Abuhassan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Khusus Kke as PDF for free.

More details

  • Words: 1,858
  • Pages: 13
PENGENALAN Cabaran dan desakan hidup pada zaman sekarang memerlukan tenaga pengajar yang berkualiti tinggi agar mampu berhadapan dengan arus dan keperluan kehidupan yang sangat mencabar. Maktab perguruan dipertanggungjawabkan melaksanakan latihan perguruan pra dan pos perkhidmatan. Dalam proses menyempurnakan amanat tersebut, membentukkan jati diri guru perlu diberi penekanan. Satu komponen dalam jati diri ialah memupuk tahap Kecerdasan Emosi dalam diri guru agar mereka mampu berhadapan dengan cabaran-cabaran yang terlibat dalam profession perguruan malah dalam kehidupan harian. Keupayaan Kecerdasan Intelek (IQ) yang tinggi tidak menjamin kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang tertentu. Didapati bahawa tanpa kekuatan dalam Kecerdasan Emosi sesuatu individu tidak dapat membuat penilaian kendiri dengan baik supaya dia dapat bertindak dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi dan cabaran yang dihadapinya.Demi menghasilkan guru keluaran maktab yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan profession perguruan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) diterapkan dalam kurikulum maktab perguruan. KKE ini kini dianggap sebagai salah satu Kemahiran Generik yang terdiri daripada Kemahiran Belajar, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Pemudahcara, Kemahiran Mentafsir dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kompetensi Kecerdasan Emosi telah pun diterapkan dalam elemen-elemen bestari dan diajar bersama-sama dengan Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) dan gaya pembelajaran pelajar.

1

KEFAHAMAN UMUM KONSEP KECERGASAN EMOSI 1) Kesadaran diri emosional: Seberapa jauh Anda mampu mengenali perasaan sendiri. (2) Ekspresi emosional: Kemampuan mengekspresikan perasaan dan naluri. (3) Kesadaran akan emosi orang lain: Kemampuan mendengarkan, merasakan atau mengintuisikan perasaan orang lain dari kata, bahasa tubuh, maupun petunjuk lain. (4) Kreativiti: Berhubungan dengan berbagai sumber daya non-kognitif yang dapat membantu menyalurkan idea baru, menemukan penyelesaian alternatif dan cara efektif melakukan sesuatu (5) Kegigihan/fleksibiliti/adaptabiliti: Tetap berhasrat serta berharap walaupun ada halangan. (6) Hubungan interperibadi: Menciptakan dan mempertahankan jejaring dengan orang-orang yang bersamanya Anda menjadi realitas yang utuh. (7) Ketidakpuasan konstruktif: Kemampuan bertenang dan fokus dengan emosi yang tidak meningkat sekalipun dalam perselisihan. (8) Wawasan/ Optimisme: Positif dan optimistik. (9) Belas kasihan/ empati: Kemampuan berempati dan menghargai perasaan orang lain.

(10) Intuisi: 2

Kemampuan mengenali, mempercayai, dan menggunakan perasaan kuat yang muncul dari dalam, serta respons kognitif lain yang dihasilkan oleh indera, emosi, pikiran, dan tubuh. (11) Kesengajaan: Mengatakan apa maksud Anda dan tekad untuk melaksanakan apa yang anda katakan; bersedia tahan terhadap gangguan dan godaan agar dapat bertanggungjawab atas segala tindakan dan sikap. (12) Radius kepercayaan: Mempercayai bahawa seseorang itu “baik” sampai terbukti sebaliknya; namun, tidak juga terlalu mempercayai seseorang. (13) Kekuatan peribadi: Yakin dapat menghadapi segala tentangan dan hidup sesuai dengan pilihan.

KONSEP KECERGASAN EMOSI EQ, IQ dan SQ 3

Teori Daniel Goleman, EQ, adalah kecerdasan intelektual bukan faktor dominan dalam membentuk seseorang, terutama dalam dunia bisnes mahu pun sosial. Menurut Goleman, ramai para sarjana yang cerdas dan cemerlang dalam pelajaran, namun ketika masuki dunia pekerjaan beliau hanya menjadi anak buah teman sekelasnya yang prestasi akademiknya serdahana. Menurutnya, kunci kejayaan hidup lebih banyak ditentukan oleh kecerdasan emosional, iaitu aspek-aspek yang berkait dengan keperibadian, yang di dalamnya setidak-tidaknya ada empat unsur utama, iaitu: Pertama, kemampuan seseorang memahami dan memotivasi potensi dirinya. Kedua, memiliki rasa empati yang tinggi terhadap orang lain. Ketiga, senang bahkan mendorong melihat kejayaan orang lain, tanpa dirinya merasa terancam. Keempat, asertif, iaitu tampil menyampaikan pemikiran dan perasaan dengan baik dan jelas tanpa harus membuat orang lain berasa tersinggung mahupun membuat orang lain berdendam. Membuat andaian apakah seorang pimpinan memiliki kecerdasan emosional tinggi, jangan diukur dengan tahap pendidikan mahupun pangkat, tetapi tanyakan pada mereka yang selalu berhubung dengannya, seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Seberapa tinggi EQ seseorang mudah terlihat saat kritis, ketika suasananya tidak menguntungkan, bahkan dalam posisi terancam. Dengan kaedah ini kita dapat mengesan ramai orang yang EQnya rendah meski pencapaian akademiknya tinggi, termasuk dalam penguasaan ilmu agama. PARA pysikologi mengatakan, berjaya dan bahagia akan diraih jika seseorang boleh menggabungkan setidak-tidaknya tiga kecerdasan, iaitu intelektual, emosional, dan spiritual. Kecerdasan intelektual (IQ) berkait dengan keterampilan seseorang menghadapi persoalan teknikal dan intelektual. Kecerdasan emosional (EQ) berkait dengan keterampilan seseorang mengendalikan emosinya saat menghadapi situasi yang menyenangkan mahu pun menyakitkan. Kecerdasan spiritual (SQ) berkait dengan masalah makna, motivasi, dan tujuan hidup sendiri.

JENIS-JENIS EMOSI Emosi manusia adalah satu fenomena khas. Tiada haiwan lain selain daripada chimpanzee yang dapat menunjukkan emosi melalui ekspresi muka. Manusia harus 4

bangga kerana kita boleh ketawa. Ketawa ialah satu petunjuk bahawa kita gembira. Ketawa boleh menghapuskan perasaan kerungsingan, dengki, marah, hina atau rendah diri dan sebagainya. Unsur kecindan boleh mengubah keadaan yang cemas kepada keadaan yang lebih relaks. Dengan demikina sesuatu individu dapat menyesuaikan diri dalam keadan yang genting dan urusan sosialnya. Apakah emosi positif? Sebarang emosi yang dapat membawa perasaan gembira dan perasaan optimistik boleh digolongkan sebagai positif. Contohnya ialah cinta, keyakinan, sanjungan, penghormatan, kebanggan, kepuasan, bertanggungjawab dan sebagainya. Emosi positif sangat penting kepada individu seperti pesakit atau sesiapa yang ,mengalami tekanan hidup. Emosi positif boleh menjadi sebaga tonik kepada hidup. Ia mempunyai kuasa pengubata yang kuat. Ramai pesakit yang tenat dapat dipulih balik dengan terapi ketawa. Terapi ketawa telah digunakan untuk menghilangkan sakit dan tekanan di Mumbai, India. Terapi ini kini sedang mendapat perhatian daripada bidang saintifik supaya dapat diterapkan dalam perubatan konvensional. Anda mungkin menonton filem “Patch Adams” yang dibintangioleh Robbie William yang memaparkan kuasa unsur kecindan dalam bidang perubatan. Semua ini adalah contoh-contoh kebaikan unsur emosi positif terhadap manusia. Berbanding dengan emosi positif, kita juga mempunyai emosi negatif. Emosi negatif adalah sebarang perasaan yang tidak baik, kurang selesa atau destruktif. Contohnya ialah perasaan seperti marah, kemurungan, kekecewaan, takut, bersalah, tersinggung dan sebagainya. Emosi-emosi negatif ini mempunyai pengaruh yang besar tehadap kesihatan seseorang. Emosi negatif biasanya membawa perasaan pesimistik. Pandangan peimistik terhadap hidup boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan. Penyakit seperti kanser dan sakit jantung telah dikaitkan dengan kemurungan dan stres yang kronik (berpanjangan). Emosi negatif juga didapati melambatkan pemulihan pesakit. Ia juga boleh mendesak seseorang itu membunuh diri atau menjadikan sebagai anggota yang kurang berfungsi dalam masyarakat. Perkaitan antara stres dengan penyakit telah lama dibuktikan oleh pakar perubatan. Stres kronik juga boleh mencetuskan penyakit seperti diabetes, ulser perut dan asma. Dapatkah anda lihat betapa pentingnya kita jaga keadaan emosi kita? SIPNOSIS CERPEN GEMA MENGGEGAR KOTA Cikgu zaidah telah membawa lima belas orang pelajarnya yang terdiri daripada tingkatan dua dan tiga dari Kelab Sejarah Sekolah, menyertai suatu lawatan. Lawatannya adalah ke sebuah kota lama, iaitu Kota Bukit Supai peninggalan 5

penjajah Belanda. Pelbagai peristiwa telah dirakamkan sepanjang perjalanan menuju ke kota lama itu. Ragam para pelajar yang pelbagai telah mencuit hati para peserta rombongan tersebut. Cikgu Zaidah telah memberikan penerangan kepada pelajarnya tentang sejarah kota tersebut. Para pelajar diminta membuat kajian dan laporan tentang kesan sejarah tersebut. Rasyid telah menjumpai bom yang masih aktif semasa beristirehat di pantai dan terus melaporkan kepada pihak yang berkuasa.

WATAK DAN PERWATAKAN RASHID Rasyid ialah salah seorang ahli Kelab Sejarah, yang mengikuti rombongan ke Bukit Supai. Rashid digelar Datuk Seri Selera kerana sentiasa memikirkan makan, sepanjang perjalanan ke Bukit Supai. Perwatakan Rasyid adalah seperti berikut: 6

Kurang berhati-hati dan gopoh tingkah lakunya. Rasyid kurang berhati-hati apabila melakukan sesuatu. Sepanjang perjalanan dan aktiviti kajian Sejarah yang digambarkan dalam cerpen ini, dia terjatuh sebanyak dua kali kerana sikap gopohnya Tidak mudah panik. Sifat ini memang jelas digambarkan oleh pengarang. Rasyid tidak menjadi panik apabila menyadari besi buruk yang disepaknya ialah bom lama yang masih hidup. Malah dia masih mampu berjenaka dengan rakannya Rahim dan Salha. Baik hati dan tidak mudah marah. Rasyid sedang memeriahkan suasana rombongan mendaki Bukit Supai. Tingkah lakunya sering membuat orang ketawa. Dia pernah disindir oleh Rahim dan Salha kerana kuat makan, tetapi dia tidak pernah marah atau mengambil serius terhadap usikan rakan-rakannya.

CIKGU ZAIDAH Cikgu Zaidah ialah seorang guru yang menjadi penasihat kepada Kelab Sejarah sekolahnya. Dia meminpin kumpulan pelajar Tingkatan Dua dan Tiga sekolahnya membuat kajian di Bukit Supai. Antara perwatakannya yang digambarkan dalam cerpen ini ialah: Beramah dan mudah mesra 7

Walaupun guru, cikgu Zaidah tidak membataskan hubungannya dengan pelajar. Dia sentiasa peramah dan mesra dengan semua ahli rombongannya. Cikgu Zaidah sentiasa berbincang dengan pelajar-pelajarnya dan bersedia mendengar pendapat pelajarnya. Mempunyai pengetahuan sejarah Hal ini dapat dilihat sewaktu cikgu Zaidah menjelaskan sejarah kota lama di Bukit Supai. Dia menjelaskan dengan jelas asal-usul pembinaan kota lama di Bukit Supai dan peristiwa yang berlaku di Bukit Supai pada zaman penjajahan Belanda. Bertanggungjawab Cikgu Zaidah sentiasa memberi nasihat dan panduan kepada pelajarnya sepanjang perjalanan ke Bukit Supai. Tindakannya menyuruh Rahim melaporkan penemuan bom lama di pantai juga adalah salah satu tindakan bijak bagi menylamatkan keadaan

SALHA Salha seorang pelajar perempuan yang sama-sama mengikuti rombongan ke Bukit Supai. Dia ialah rakan baik Rasyid dan Rahim. Perwatakan yang digambarkan adalah seperti berikut: Baik hati Walaupun suka mengusik Rasyid, tetapi Salha adalah seorang yang baik hati. Dia juga sanggup berkongsi makanan dengan Rasyid ketika nasi Rasyid tertumpah. 8

Periang dan sentiasa menghormati guru Salha seorang yang periang. Sepanjang perjalanan dia sentiasa mengusik Rasyid yang sering menimbulkan suasana lucu. Salha juga sentiasa menghormati cikgu Zaidah. Dia mengajak cikgunya terlebih dahulu untuk bersiar-siar di pantai selepas makan tengah hari. RAHIM Seorang pelajar sekolah menengah dan ahli rombongan ke Bukit Supai. Dia juga ahli Kelab Sejarah. Rahim adalah rakan baik Rasyid dan Salha. Antara perwatakannya ialah: Baik hati Rahim seorang yang baik hati terutama terhadap rakan-rakanya.Ketika nasi bekalan Rasyid tumpah, dia mengajak Rasyid makan bersama-samanya. Bertanggungjawab Rahimlah yang bertanggungjawab melaporkan kejadian penemuan bom hidup di pantai kepada pihak berkuasa.

CADANGAN PENGURUSAN EMOSI KLIMAKS PENCERITAAN Klimaks cerita ialah peristiwa penemuan bom lama di pantai, apabila Rasyid tersepak besi buruk yang akhirnya dikenal pasti sebagai bom lama yang masih hidup. CARA WATAK MENGHADAPI KLIMAKS Ringkasan: Tergolek kesakitan Tidak berkata apa-apa Terkejut 9

Tidak berfikir panjang Huraian: Ketika sedang berjalan-jalan di tepi pantai, Rasyid tiba-tiba jatuh tergolek. Beliau kesakitan. Walaupun kesakitan, beliau hanya memegang kakinya yang kesakitan dan langsung tidak bersuara. Setelah megetahui benda yang disepaknya itu ialah bom, beliau amat terkejut. Namun begitu, tanpa berfikir panjang, beliau cuba bertindak untuk menggali pasir yang menimbusi bom tersebut.

10

KLIMAKS PENCERITAAN Klimaks cerita ialah peristiwa penemuan bom lama di pantai, apabila Rasyid tersepak besi buruk yang akhirnya dikenal pasti sebagai bom lama yang masih hidup. WATAK CIKGU ZAIDAH CARA WATAK MENGHADAPI KLIMAKS Ringkasan: Tenang Bertanggungjawab Rasional Huraian: Setelah menyedari salah seorang muridnya iaitu Rasyid, telah ditimpa kecelakaan, beilau secara tenang bertanyakan keadaan dan punca kemalangan itu berlaku. Beliau juga telah menunjukkan sikap tanggungjawabnya kepada anak-anak muridnya apabila beliau mengarahkan semua murid-muridnya menjauhi kawasan penemuan bom tersebut bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini. Selain itu beliau turut bersikap rasional dalam menghadapi permasalahan itu dan cuba sedaya upaya berfikiran rasional untuk menenangkan keadaan.

11

CADANGAN PENGURUSAN EMOSI (CIKGU ZAIDAH) Ringkasan: Tenang Berfikiran positif Bertanggungjawab Amanah Berhati-hati Rasional Huraian: Perwatakan Cikgu Zaidah wajar dijadikan contoh kerana pelbagai nilai-nilai murni dan sifat-sifat positif tersemat dalam dirinya. Bertepatan dengan wataknya sebagai seorang guru yang harus memiliki perwatakan sedemikian. Dalam menghadapi saat-saat genting, kita harus menenangkan diri terlebih dahulu sebelum bertindak. Dengan menenangkan diri, kita akan dapat membantu pemikiran kita untuk berfungsi dengan baik dan sentiasa mengambil kira segala penyelesain daripada pelbagai aspek. Selain itu, berfikir dengan positif juga harus dilakukan semasa menemukan saat-saat yang cemas. Ini kerana, apabila kita berfikiran positif, ia akan mengurangkan rasa cemas dan sekaligus akan mengurangkan peratusan tekanan dengan permasalahan yang dihadapi. Dengan berfikiran positif, kita juga akan dapat membantu masyarakat sekeliling dalam menghadapi situasi yang mendebarkan dan mencemaskan. Bertanggungjawab, merupakan satu sikap yang 12

13

Related Documents


More Documents from "Mohamad Noor Abuhassan"