Kepimpinan Strategik

  • Uploaded by: Nazzir Hussain Hj Mydeen
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kepimpinan Strategik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,367
  • Pages: 38
SGDU 1013 TEORI DAN PRINSIP PENGURUSAN PENDIDIKAN

l e d o M n a n i p m i p e K k i g e t Stra

1

Kepimpinan Membangunkan Manusia

Kepimpinan adalah kebolehan mempengaruhi. • Setiap orang ada gaya kepimpinan tersendiri. •

Masalah akan timbul, bila kita mengharapkan orang mengikut gaya kepimpinan kita secara total tanpa protes. • Kita mungkin akan mendapat apa yang kita mahu tapi berkemungkinan besar menghadapi masalah di jangka masa panjang. •

•Pendekatan yang lebih baik adalah bersikap fleksibel dan bijaksana untuk meraih sokongan serta kerjasama orang untuk melaksanakan apa yang perlu.

Kunci kepada sikap fleksibel dan kebijaksanaan ini adalah kebolehan menilai tahap kesediaan orang untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Kesediaan berdasarkan kemampuan dan kesanggupan menjalankan

Kemampuan • terdiri dari pengalaman, latihan dan kebolehan untuk memahami keutamaan. Satu-satunya ujian sebenar tahap kemampuan adalah prestasi yang terbukti dan bukannya potensi. Apakah orang lain ada pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk menjalankan tugas yang ditetapkan? Adakah mereka faham apa yang diharapkan dari mereka?

Kesanggupan • terdiri dari keinginan, keyakinan, dan ganjaran. Bukti kesanggupan adalah nilai dan tahap usaha yang ditunjukkan. Apakah mereka mahu menjalankan tugas ini? Apakah tahap keyakinan mereka? Apakah ganjaran yang mereka harapkan di akhir usaha ini?

• Adalah amat kritikal untuk diingati bahawa kedua komponen tahap kesediaan ini adalah sangat bergantung kepada keadaan. Ianya bergantung kepada tugas yang perlu dilaksanakan. Terdapat empat kemungkinan tahap kesediaan berbeza yang berdasarkan kombinasi antara kemampuan dan kesanggupan.

TAHAP-TAHAP KESEDIAAN • T4 = Tahap Kesediaan Tinggi – Kemampuan Tinggi dan Kesanggupan Tinggi

• T3 = Tahap Kesediaan Sederhana Tinggi – Kemampuan dan Kesanggupan Yang Sederhana Tinggi

• T2 = Tahap Kesediaan Sederhana Rendah – Kemampuan dan Kesanggupan Yang Sederhana Rendah

• T1 = Tahap Kesediaan Rendah

GAYA KEPIMPINAN • Gaya kepimpinan adalah penampilan kita terhadap orang yang sedang kita cuba pengaruhi. Satu cara praktikal untuk menerangkan gaya kepimpinan adalah sejauh mana Sikap mengarah dan Sikap menyokong digunakan dan diimbangi.

• Sikap mengarah adalah di mana pemimpin menerangkan secara terperinci apa yang perlu dilakukan, di mana, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggungjawab dengan sebanyak maklumat yang diperlukan. Dalam gaya ini, komunikasi adalah pada dasarnya sehala dan terfokus kepada tugas dan tanggungjawab orang lain.

• Sikap menyokong pula pemimpin menetapkan had jangkaan yang positif, menggalakkan, dan mendengar pandangan, memuji pencapaian dan membantu percambahan idea orang lain. Dalam gaya ini, komunikasi adalah dua hala. Menggabungkan kedua gaya ini akan menghasilkan empat gaya kepimpinan yang berbeza.

• Gaya 1: Pemimpin menerangkan, menunjukcara dan memberi maklumbalas atas prestasi. Ianya mungkin berbunyi begini, “ Tengok apa yang saya buat, saya akan terangkan langkah demi langkah. Kemudian, anda boleh mencubanya sendiri. Jangan risau untuk mempelajarinya semuanya pada satu masa kerana saya akan berikan segala bantuan yang mungkin anda perlukan.” Sokongan adalah menetapkan had jangkaan secara positif dan menyediakan komunikasi dua hala yang mencukupi untuk memastikan arahan yang diterima jelas dan maklumbalas yang

• Gaya 2 : Gaya ini lebih menjurus kepada latihan. Dari segi struktur, ia menyerupai gaya 1, tapi pemimpin lebih menekankan soal sokongan, dengan memahaman yang lebih mendalam, latihan kemahiran, maklumbalas positif. Dalam gaya ini, pemimpin banyak melibatkan orang bawahannya dalam perbincangan. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saya amat menghargai usaha anda dalam tugas ini. Biar saya terangkan kenapa ia harus dijalankan begini dan say sedia menjawab sebarang soalan. Kita akan pastikan anda mendapat segala bantuan agar anda

• Gaya 3 : Dalam gaya ini ,galakkan dan pengukuhan digunakan. Bila menggunakan gaya ini, pemimpin tidak mengarah tetapi berkongsi tanggungjawab dalam membuat sebarang keputusan. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saudara, kita semua boleh mendapat manfaat dari pengalaman lampau anda. Pada fikiran anda, apakah langkah terbaik

• Gaya 4 : Dalam gaya keempat ini, pemimpin member orang bawahannya lebih ruang untuk membuat keputusan dan menjalannya. Dari keempat gaya ini, Gaya 4 adalah paling longgar dari segi struktur. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saudara tahu apa yang kita harapkan dari tugas ini. Anda biasa dengan bidang kerja ini. Ambil tanggungjawab ini, anda tahu kekangan dan hadnya. Hubungi saya jika perlukan apa-apa.” Sikap menyokong digunakan sebagai pengukuhan dan memberi yang sesuai ganjaran sekiranya berjaya mencapai hasil yang diharapkan.

• Setiap dari gaya kepimpinan ini, dapat disesuaikan dengan satu dari empat tahap kesediaan. • Tanyalah diri anda soalan-soalan berikut, • Apakah tugas dan hasil yang saya mahu dari individu ini? • Dengan maklumat yang saya ada, apakah yang individu ini perlukan dari saya untuk berjaya? • Apakah keseimbangan antara sikap mengarah dan sikap menyokong yang sesuai bagi dia?

• Bagaimanakah saya dapat memberikan sokongan agar beliau akan dapat bertugas dengan efektif?” • Dengan menjawab soalan-soalan tadi, usaha kepimpinan akan menjadi satu strategi mempengaruhi yang mantap dan tidak hanya satu usaha cubajaya.

MEMADANKAN GAYA KEPIMPINAN DENGAN TAHAP KESEDIAAN

G1/T1 - Mengarah Kesediaan Rendah.

• Setiap orang ada bidang yang mereka kurang yakin. • Apa yang mereka perlu adalah struktur yang kukuh. • Kepimpinan yang cemerlang menyediakan semua ini dan akan memastikan mereka tetap di haluan yang betul untuk mencapai sasaran. • Anda tidak cukup masa atau pengetahuan yang relevan untuk membantu pandu arah kepada orang bawahan anda. • Dalam situasi begini, anda harus bersedia untuk membantu orang bawahan anda untuk mencari sendiri sumber kepakaran

G2/T2 –

Membimbing Kesediaan Sederhana Rendah. • Kita ada bidang yang kita sanggup cuba tapi kurang pengetahuan untuk menjalankan tugas. • Sering, semangat keterujaan disalahertikan sebagai pengetahuan dan ini berisiko besar untuk gagal dan ini boleh mengakibatkan kehilangan keyakinan diri, dan keengganan untuk mencuba lagi. • Bantuan terbaik di peringkat ini adalah sikap mengarah dan menyokong dengan meluas. Struktur masih diperlukan kerana kurangnya pengalaman orang bawahan. Komunikasi dua hala yang terbuka luas akan membina keyakinan mereka dan membantu mereka belajar kemahiran baru. Pemimpin yang cemerlang akan membangunkan manusia, pada tahap kesediaan ini dengan kaedah

G3/T3 – Menyokong Kesediaan Sederhana Tinggi. • Pada peringkat ini, individu ada kemahiran yang diperlukan tetapi kurang keyakinan diri untuk menggunakan kemahiran tersebut. • Apa yang perlu dilakukkan oleh pemimpin adalah, kata-kata perangsang dan pengukuhan terhadap idea dan usaha mereka. • Dengan mendengar dan menjawab persoalan yang mereka timbulkan serta memberi maklumbalas yang positif, anda menggalakkan individu tersebut untuk mengambil tanggungjawab untuk

G4/T4 – Mewakilkan Kesediaan Tinggi. • Individu yang di Tahap Kesediaan 4, sedia mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Pada peringkat ini, mereka memilikki pengetahuan, kemahiran, keyakinan diri, dan kesanggupan untuk bertugas di dalam ruang garis panduan yang tersedia. Apa yang mereka perlukan, adalah maklumat yang lengkap dan ruang untuk mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Maklumbalas dan pengiktirafan adalah penting; kerana pada peringkat ini, walaupun orang mahu kebebasan untuk berkerja namun mereka masih memerlukan bimbingan dan panduan dari masa kesemasa. Ganjaran untuk membangunkan manusia seperti ini adalah, sebagai pemimpin anda mempunyai ruang untuk menyelaras

• Secara ringkas, jika anda ingin menjadi pemimpin yang cemerlang dan berpengaruh, anda perlu mengambil tanggungjawab untuk memberikan apa yang orang bawahan anda perlukan agar mereka boleh menjadi efektif. Anda perlu menyediakan arahan dan sokongan sepertimana yang mereka perlukan, dan tidak hanya menggunakan gaya kepimpinan yang anda selesa. Memadankan gaya kepimpinan anda ke tahap kesediaan orang lain adalah satu cabaran.

10 Ciri Kepemimpinan (10 C) Lido Anthony (Lee) Iacocca Where have the leaders gone?

1. CURIOSITY Seorang pemimpin mesti mempunyai perasaan ingin tahu dan pembacaan yang luas.

2. CREATIVE Seorang pemimpin mesti kreatif mencari pendekatan dan sudut pandangan baru, bersedia mencuba sesuatu yang berbeza. Berfikir di luar

3. COMMUNICA Seorang pemimpin mesti mampu menyampaikan hasrat dan visinya dengan jelas dan mampu menyakinkan para pengikutnya.

4. CHARACTER Seorang pemimpin mesti mempunyai keperibadian yang teguh.

5. COURAGE Seorang pemimpin mesti berani melakukan perkara yang betul walaupun tidak populis.

6. CONVICTION Seorang pemimpin mesti mempunyai keyakinan dan keterujaan yang tinggi. Beliau mampu meneruskan agenda perjuangan walaupun

7. CHARISMA Seorang pemimpin mesti berkarisma. Kualiti ini akan membuat orang mahu mengikut anda. Ia adalah kemampuan untuk menyakinkan orang. Seorang pemimpin mampu

8. COMPETENT Seorang pemimpin mestilah seorang yang berkebolehan.

9. COMMON SENSE Seorang pemimpin mestilah seorang yang bijaksana, fatanah.

10. CRISIS Untuk seseorang pemimpin benar-benar terbukti kemampuannya, beliau harus diuji dengan sesuatu krisis atau masalah yang harus ditangani. Seorang pemimpin yang berjaya

A good leader is like a good tea, needs some hot water to bring out the best qualities

Abdul Majid Bin Abdullah

Sekian, Terima Kasih

Muhamad Tajul Azhar Bin Tajuddin

Nazzir Hussain Bin Mydeen

Seribu Penghargaan

En.Nordin Mansor

Semua kawan-kawan

Related Documents

Kepimpinan Strategik
May 2020 32
Kepimpinan Strategik
May 2020 21
Kepimpinan
November 2019 48
Kepimpinan
May 2020 39
Kepimpinan
May 2020 40
Kepimpinan
November 2019 56

More Documents from "zuhadisaarani"