10 Pengenalan Pengurusan dan kepimpinan penting bagi sesebuah persatuan. Kuasa pengurusan bersumberkan sesebuah persatuan, ia menggambarkan kestabilan, perintah, arahan dan penyelesaian masalah dalam struktur tersebut. Kuasa kepimpinan pula menggambarkan visi, kreativiti dan perubahan dalam sesebuah organisasi. Kerbekesanan dan kecekapan pengurusan dan kepimpinan amat bergantung kepada pengikut pengurus atau pengikut pemimpin. Walaupun daya pengurusan dan kepimpinan dapat mempengaruhi tindakan pengikutnya, namun, kesanggupan dan kerelaan seseorang pengikut untuk diperintah merupakan faktor yang terpenting dalam memastikan kesinambungan organisasi. Kepimpinan dam motivasi juga mempunyai kaitan yang rapat, dengan memahami motivasi, kita boleh memahami dengan lebih mendalam apa yang dikehendaki oleh seseorang itu dan mengapa mereka melakukan sesuatu seperti apa yang dilakukan. Daripada kriteria di atas, persoalan dapat dikenal pasti. Apa yang membezakan pengurusan dan kepimpinan? Dan, ciri-ciri kepimpinan yang manakah berkaitan dengan motivasi? Dalam setiap persatuan, setiap ahli mempunyai peluang untuk belajar bagaimana menjadi pemimpin, dan memperoleh pelbagai jenis kepimpinan semasa memimpin. Dengan itu, mereka dapat membangunkan organisasi yang mereka ceburi pada masa akan datang.
20 Objektif dan tujuan 1
Tujuan tugasan ini adalah menjelaskan kepimpinan dalam persatuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepimpinan dalam organisasi seperti persatuan. Dalam tugasan ini terdapat pelbagai maklumat yang amat berguna terhadap sesorang tentang bagaimana menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Ini bertujuan membolehkan mereka dapat mempelajari dalam sesebuah persatuan seterusnya membangunkan sesebuah organisasi yang besar apabila memasuki masyarakat pada masa akan datang. Selain itu, juga terdapat kepimpinan moden dan kepimpinan islam dalam tugasan ini, terdapat beberapa perbezaan dalam kedua-dua jenis kepimpinan tetapi kebanyakan adalah sama dari segi cirri-ciri dan pendapatnya. Walaubagaimanapun, kami berharap agar tugasan ini dapat memberikan maklumat dan ilmu yang berguna kepada pihak-pihak yang memerlukannya.
30 Definisi kepimpinan dan kepemimpinan
2
Kepimpinan Kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekenja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalni kesanggupan mereka untuk menenima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggotaanggota pula tidak boleh mengarah aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benarbenar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan. Kepemimpinan Kepemimpinan atau leadership adalah isu abadi manusia dan kemanusiaan. Menurut Louis Allen yang secara jenius mengemukakan The great question of tour times is haw to reconcile and integrate human effort so people everywhere can work good and not their common disaster. The answer largely upon on the capabilities of leader in all positions in all segments of society. Sehingga pemimpinlah yang akan menentukan arah sebuah bangsa dan Negara (atau apapun namanya) menjadi maju atau justru semakin mundur. Terdapat lima karakter kepemimpinan yang unggul, iaitu: 1. Karakter
Pemimpin adalah produk terunggul di lingkungannya. Rosabeth Moss-Kanter mengedepankan individu dengan Triple-C : Consep atau kemampuan membuat 3
konsep akan masa datang, Competence atau kompetensi dan Connetectedness atau kekuatan jaringan yang dimiliki. 2. Kredibilitas :
Steven M.Bornstein dan Anthony F.Sands (1996) menyebutkan lima inti (5C) kredibilitas, antara lain Conviction yaitu keyakinan dan komitmen, Caracter yaitu integritas, kejujuran, respek dan kepercayaan (trust) yang konsisten, Courage yaitu keberanian, kemampuan untuk bertanggung jawab atas keyakinannya dan bahkan kalau perlu berani mengubah diri, Composure adalah ketenangan bathin, suatu kemampuan untuk memberikan reaksi dan emosi yang tepat dan konsisten, khususnya dalam menghadapi situasi kristis. Competence adalah keahlian, ketrampilan dan profesionalitas. 3. Nilai
Tugas kepimpinan adalah memberikan value nilai bagi organisasi yang dipimpinnya. Memimpin adalah melakukan value creation sepanjang waktu. Nilai ini adalah kemampuan membuat visi masa depan yang benar dan akurat, kemampuan menata misi yang sesuai dengan kondisi yang dihadapi, menatanya dalam strategi dan menjabarkan serta menjalankan secara operasional. 4. Keteladanan
Pemimpin harus mampu memberikan suri teladan dan dan panutan yang baik, bukan dengan suara yang menggelegar atau ancaman yang terpampang di dinding, karena keteladanan adalah simbol pertama kedewasaan yang memerlukan toleransi, kerendahan hati dan kesabaran. Pemimpin adalah pamong, bukan pangreh.
5. Harapan
Pemimpin harus memberikan harapan sehingga mampu membuka mata pengikutnya akan tantangan masa depan dan bagaimana cara mengatasinya.
4
4.0 Fungsi-Fungsi kepimpinan Konsep kepimpinan yang dibentangkan di atas adalah sangat luas dan sukar untuk kita kaitkan dengan kepimpinan organisasi jika tidak melihat elemen asas kepada kepimpinan tersebut. Tokoh-tokoh kepimpinan mengkaji peranan dan jenis pemimpin yang berkesan merumuskan lima fungsi pemimpin iaitu: i.
Pengurusan kumpulan. Pemimpin bertindak dengan tanggungjawab ke atas kumpulannya bagi menggerakkan setiap perubahan. Peranan ini boleh dilaksanakan dalam keadaan formal seperti memberi arahan dan juga tidak formal seperti memberikan pendapat untuk melakukan tugas tertentu. Orientasi pemimpin seperti ini ialah sangat mesra dengan ahli kumpulan dan bijak menggunakan elemen sentuhan dan belaian bagi mempastikan ahli-ahlinya melaksanakan peranan masing-masing.
ii.
Memberi arah. Wawasan 2020 adalah contoh idea seorang pemimpin yang memberi arah kepada kumpulan. Arah tersebut adalah jelas, boleh dicapai dan memberi keinginan yang meluap-luap untuk mencapainya. Keupayaan pemimpin memberi panduan matlamat dapat menjadikan setiap usaha ahli kumpulan dapat dijayakan bagi menyempurnakan arah tersebut.
iii.
Pengurusan kerja. merancang, melaksana dan mengurus memerlukan kebijaksanaan sinergi. Tanpa keupayaan dan kematangan berfikir, sukar bagi mana-mana pemimpin untuk mengembangkan ideanya. Jika dilihat dalam organisasi, Jepun berjaya membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai kaedah pengurusan kerjanya sendiri, walaupun politik bergolak ekonomi mereka masih lagi stabil.
iv.
Pembangunan ahli kumpulan. 5
Dalam konteks negara, ia bererti pembangunan modal insan. Sumber manusia sangat penting dan kritikal kerana dapat menarik dan menjatuhkan kekuatan sesebuah negara. Orientasi pemimpin jenis ini ialah mengutamakan semua aspek pembangunan sumber manusia termasuk pendidikan, sosial dan kebudayaan. v.
Penilaian. Menilai adalah subjek yang sering diketepikan kerana sukar. Walau bagaimanapun, proses penilaian boleh difokuskan kepada beberapa aspek yang penting dan signifikan terhadap pembangunan kepimpinan pada masa depan. Fungsi kepimpinan ini tidak semestinya seimbang pada semua pemimpin kerana ada di antaranya sangat dominan dalam diri seseorang pemimpin. Kita boleh memberi skala cemerlang, sederhana dan tidak berkesan kepada manamana ketua atau pemimpin bagi menilai tahap kejayaan kepimpinannya.
5.0 Gaya Kepimpinan Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Gaya kepemimpinan yang dipergunakan pemimpin yang otokratik antara lain: a) menuntut ketaatan penuh dari para bawahannya b. dalam menegakkan disiplin menunjukkan kelakuannya c. bernada keras dalam pemberian perintah atau instruksi d. menggunakan pendekatan punitif dalamhal terhadnya penyimpangan oleh bawahan. 6
Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu: 5.1 Kepimpinan Autokratik Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Pemimpin akan menentukan syarat-syarat kerja dan menentukan ganjaran dan hukuman kepada ahli-ahlinya.Atau kata lain, Pemimpin yang autokratik merupakan sebarang yang dogmatik dan positif, memerlukan stafnya untuk menurut perintah yang diarahkan, dan memimpin mengikut kebolehannya untuk memberi atau menarik balik ganjaran kerja serta hukuman. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri. Secara reaksinya,ahli-ahlinya akan berasa takut,gelisih dan kecewa.Selain itu, ia akan menimbulkan atau mewujudkan ruang untuk
berlaku
pertentangan.Dengan ini,ahli-ahlinya akan berasa kurang terjamin dan melarikan diri dari pemimpin.Bagi situasi-situasinya: a. Sesuai Diamalkan Kepada Pengikut yg Kurang Berpengalaman b. Ahli-ahli yg Malas
c. Dalam Keadaan Mendesak/kecemasan d. Pemimpin Sahaja yg Mengetahui Matlamat/ Jawapan Dari Arahan 5.2 Kepimpinan Berperikemanusiaan Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan. 5.3 Kepimpinan Demokrasi Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Pendek katanya, menggalakkan penglibatan dan penyertaan dan staf mereka tentang tindakan dan 7
pembuatan keputusannya,Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Ciri-ciri a) Pemimpin yang demokratik biasanya memandang peranannya selaku
koordinator dan integrator dari berbagai unsur dan komponen organisasi. b) Menyadari bahwa mau tidak mau organisasi harus disusun sedemikian
rupa sehingga menggambarkan secara jelas aneka ragam tugas dan kegiatan yang tidak bisa tidak harus dilakukan demi tercapainya tujuan. c) Melihat kecenderungan adanya pembagian peranan sesuai dengan
tingkatnya. d) Memperlakukan manusia dengan cara yang manusiawi dan menjunjung
harkat dan martabat manusia. e) Seorang pemimpin demokratik disegani bukannya ditakuti. Secara reaksinya,dalam suasana kurang formal.Kadang-kadang kala, dalam suasana rasa tidak terjamin dan timbul perpecahan dan berpuak-puak.Bagi situasi-situasi yang ditimbulkan ialah : a. Penyertaan Pengikut Dalam Membuat Keputusan Diperlukan b. Mempunyai Ramai Ahli yg Boleh Menjadi Pemimpin c. Sering Wujud Di Kalangan Kelompok yg Boleh Bersuara Dan Menyatakan Pendapat/ Hasrat Mereka d. Pemimpin Tidak Mempunyai Kuasa ‘Khas Atau Khusus’ yg Tidak Dimiliki Oleh Ahli yg Lain Mengikut Vroom dan Vetton, terdapat lima bentuk perbezaan di dalam corak kepimpinan demokratik. Gaya atau bentuk kepimpinan yang tertentu bergantung kepada keadaan tertentu. Gaya kepimpinan ini adalah seperti berikut. 1. Pemimpin sendiri yang membuat keputusan dengan menggunakan maklumat yang ada pada waktu tersebut. 2. Pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan dan staf di bawah arahannya, kemudian membuat keputusan sendiri. Peranan staf hanya setakat pemberian maklumat
8
yang diperlukan sahaja dan mereka tidak terlibat di dalam persoalan menyelesaikan masalah. 3. Pemimpin menyampaikan masalah kepada mana-mana staf bawahannya yang relevan, secara individu, untuk mengambil sesuatu keputusan. 4. Sesuatu masalah disampaikan oleh pemimpin kepada staf bawahannya, untuk mendapatkan idea-idea dan cadangan-cadangan. Keputusan kemudiannya diambil tidak semestinya hasil daripada pengaruh staf. 5. Pemimpin membincangkan sesuatu masalah bersaina staf bawahan untuk mencapai persetujuan tentang penyelesaian masalab tersebut. Pemimpin tidak cuba mempengaruhi apa juga keputusan yang perlu diambil, rnalah sanggup inenermia dan melaksanakan keputusan yang mendapat sokongan sekalian ahli kumpulan.
5.4 Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan) Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya. Pemimpin ini berpandangan bahwa umumnya organisasi akan berjalan lancar dengan sendirinya karena para anggota organisasi terdiri dari orang-orang yang sudah dewasa yang mengetahui apa yang menjadi tujuan organisasi, sasaran-sasaran apa yang ingin dicapai, tugas apa yang harus ditunaikan oleh masing-masing anggota dan pemimpin tidak terlalu sering intervensi. Karakteristik dan gaya kepemimpinan tipe ini adalah: a. pendelegasian wewenang terjadi secara ekstensif b. pengambilan keputusan diserahkan kepada para pejabat pimpinan yang lebih rendah dan kepada petugas operasional, kecuali dalam hal-hal tertentu yang nyata-nyata menuntut keterlibatannya langsung. c. Status quo organisasional tidak terganggu d. Penumbuhan dan pengembangan kemampuan berpikir dan bertindah yang inovatif diserahkan kepada para anggota organisasi yang bersangkutan sendiri. e. Sepanjang dan selama para anggota organisasi menunjukkan perilaku dan prestasi kerja yang memadai, intervensi pimpinan dalam organisasi 9
berada pada tingkat yang minimum. Dalam reaksinya seperti keadaan berikut : a) Pengikut mungkin rasa kabur b) Rasa dipentingkan c) mungkin timbul rasa serbasalah terhadap matlamat d) mungkin timbul kurang rasa hormat terhadap pemimpin Situasi-situasi yang boleh ditimbulkan adalah : a. Sesuai terhadap pengikut yang mempunyai ‘self motivated’ b. Pengikut mempunyai kemahiran yang tidak diragukan terhadap bidangnya dalam mencapai matlamat c. Pengikut adalah dari kalangan yang setia kepada pemimpin 6.0 Kepimpinan Dalam Konteks Islam 6.1 Definisi kepimpinan dalam konteks islam Dalam Islam, aspek kepimpinan diberi perhatian penting sehingga Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil sepertimana sabda Baginda yang bermaksud: “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua”. Terdapat pelbagai definisi diberi tentang “kepimpinan” iaitu antaranya: 1. Usaha untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu 2. Tingkah laku individu apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama, dan 3. Seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang
mengarah mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan.Terdapat pelbagai istilah yang dikaitkan dengan kepimpinan dalam Islam seperti ‘khalifah’, ‘imamah’, ‘qiyadah’, ‘za’mah’, ‘ri’ayah’, ‘ri’asah’ dan ‘siyadah’. Semua istilah ini menunjukkan wujudnya hirarki dalam kepimpinan Islam. Dalam bahasa Melayu pemimpin bermakna: mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain). (Kamus Dewan, edisi3,hal.1037). Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. 10
"To lead is to control (a group of people) to be the person who makes the decision or the most important person in the group". (Cambrigde Dictionary of English, hal. 803). Islam memandang isu kepimpinan sebagai perkara yang besar. Sirah telah memaparkan kepada kita tindakan para sahabat r.a. berhimpun dan berbaiah memilih Abu Bakar r.a. sebagai khalifah di Saqifah Bani Sa’adah demi untuk tidak membiarkan masyarakat tanpa teraju, walaupun ketika itu jenazah baginda saw belum lagi disemadikanPara sahabat dan tabi’in telah jimak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan Rasulullah. Oleh itu, kepimpinan dalam islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga lebih daripada itu kerana ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk silaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan: ‘Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua’ (al hadith).
Inilah perintah baginda
terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah.
Pemimpin, ada lima tanggungjawab bagi seseorang pemimpin untuk mencapai tahap kesempurnaan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Tanggungjawab tersebut adalah ;
Pertama
Kedua Ketiga Keempat Kelima
- Pemimpin yang berkelayakkan dan berkemahiran menjadikan islam sebagai
pedoman
dan
panduan
dalam memperbaiki
masyarakat. - Menegakkan kebenaran islam - Memelihara Karamatul-Insan (nilai-nilai kemuliaan manusia) - Memakmurkan bumi Allah s.w.t - Menjalankan urusan amar makruf nahi munkar
11
6.2 Ciri-ciri Utama Pemimpin Muslim Dalam Organisasi secara islam Pada setiap pemimpin perlu memiliki cirri-ciri yang berikut: 1. Beriman dan Adil Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.pemimpin yang berimam akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama. 2. Mengenali Dakwah Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat kea rah penghayatan islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu, aktiviti pengorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatkan dalam kepinpinannya. 3. Mengenali Jiwa Di antara kewajiban pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah: a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya. b) Memcari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi. c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, social, ekoni dan lain-lain.
12
d) Member perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan factor kejayaan atau kegagalan mereka. 4. Perhatian kepada orang bawahan Perhatian yang diberikan kepad pengikutnya adalah dengan mengenali mereka sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian masalh mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada suasana tersebut. 5. Teledan yang baik Para pengikut sentiasa memerhatikan dan memandang kepada pemimpin sebagai model yang baik untuk diikuti dan dicontohi. Telatah pimpinan, budi pekerti, kata-kata dan segala perbuatannya mempunyai pengaruh yang sangat berkesan kepada setiap pengikutnya. Rasulullah adalah merupakan satu teladan yang amat baik bagi seluruh umat manusia. 6. Pandangan yang tajam Kemampuan pemimpin dalam melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi mana-mana masalah serta kemampuan mengambil keputusan yang tegas dalam pelbagai situasi dan keadaan, semuanya akan menimbulkan kepercayaan dan penghargaan orang bawahan terhadap dirinya. ‘Bahawa Allah suka pada pandangan yang tajam ketike berhadapan dengan kekeliruan dan Allah suka pada akal yang matang ketika nafsu menyerang.” 7. Kemahuan dan Kekuatan Kemahuan dan kekuatan adalah salah satu rukun daripada rukun-rukun keperibadian pemimpin. Dengannya segala kepayahan akan dapat diatasi. Kepimpinan dewasa ini memerlukan tekad dan tegas serta tidak mempendulikan segala tribulasi yang mendatang. Kekuatan dan bersungguh-sungguh dalam setiap 13
perencanan perlaksanaan adalah untuk memastikan matlamat-matlamat yang telah digariskan akan tercapai. 8. Hikmah dan Matang Dalam Tindakan Dalam menangani permasalahan hidup, pemimpin adalah merupakan tempat rujuk untuk menyelesaikan masalah. Apabila ini berlaku, pemimpin haruslah menunjukkan kematangan dalam pendapat keputusan supaya wibawanya akan meningkat.Hikmah bermaksud supaya semua tindakan dan keputusan yang berhasil kesan yang positif dan perlaksanaannya tidak tidak bercanggah dengan syarat.oleh itu sekiranya perlu kepada ketegasan atau kelembutan maka ia perlu diberikan penekanan sepenuhnya. 9. Optimisme Optimism adalah antara perkara-perkara dasar yang penting bagi peribadi yang memimpin. Oleh yang demikian pemimpin harus bersifat optimis, berhadapan penuh dan berlapang dada. Sikap berputus asa dan menunduk kepada tekanan akan meruntuhkan sesebuah organisasi. 10. Mengamalkan Syura Syura merupakan institusi teras dalam kepimpinan Islam. Perlaksanaan syura melambangkan sikap terbuka seorang pemimpin dalam menentukan mautiq dan pendirian secara bersama. Melalui syura dan mauqif dan keputusan yang dibuat adalah lebih baik kerana wujud gabungan isea antara pemimpin dan pihak lain.
11. Komninasi nilai umara dan ulama Umara ialah segolongan yang wajib ditaati seperti yang telah dinaskan di dalam al-Quran iaitu pada perkara yang menepati syariat Islam. Ulama pula adalah setinggi-tinggi darjat manusia kerana merupakan pewaris nabi. Maka cirri-ciri umara dan ulama perlu diintegrasikan untuk melahirkan natijah kepimpinan yang benar-benar mantap yang didokong oleh karisma kepimpinan , ketinggian ilmu dan inayah daripada Allah. 14
12. Daya Tarikan semula jadi Ia adalah satu tabia yang mana sekiranya ada pada diri maka dia dapat menarik hati orang lain tanpa usaha yang banyak, kethiqahan, muka manis dan sikap yang peramah merupakan penarik Zahiriah yang kuat pengaruhnya untuk mewujudkan asa kepimpinan yang baik dan berkesan. Tiga perkara-perkara perlu diberikan penekana oleh setiap pemimpin: i)
Kebersihan jiwa dan rohani
ii)
Kesihatan badan dan kekuatannya
iii)
Keupayaan mental dan pemikiran
6.3 Cabaran Membentuk Pemimpin dan Kepimpinan Kepimpinan dari perspektif Islam tidaklah semata-mata merujuk kepada pemimpin tertinggi terutama pemimpin-pemimpin negara, seperti yang terbayang dalam pemikiran kebanyakkan orang bila membincangkan soal kepimpinan. Cabaran untuk membentuk kemahiran kepimpinan dalam setiap individu Muslim adalah cabaran utama yang perlu difahami. Mengikut hadis Rasulullah s.a.w., semua individu Muslim dianggap sebagai pemimpin
dan
bertanggungjawab
kepada
mereka
yang
berada
di
bawah
tanggungjawabnya seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Tiap-Tiap
seorang
dari
kamu
adalah
pemimpin
dan
akan
diminta
bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertangung jawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab
kepada
majikannya,
setiap
kamu
adalah
pemimpin,
dan
bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadis di atas, boleh difahami bahawa tahap yang paling minimum, seorang individu bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, kemudian hierarki kepimpinan meningkat setahap demi setahap - bermula dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi di peringkat negara dan dunia. Dalam semua peringkat kepimpinan ini, pemimpin bertanggungjawab penuh terhadap pengikut-pengikut atau orang yang dipimpinnya. Lebih tinggi kedudukan kepimpinan 15
seseorang, lebih tinggilah amanah yang mesti dipikul olehnya. Pemimpinlah sebenarnya yang bertanggungjawab menentukan ke arah mana pengikut-pengikutnya akan dibawa. Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam masyarakat berkait rapat dengan agenda yang dibawa oleh pemimpin. Banyak nas syarak yang menekankan fungsi pemimpin sebagai penggerak sosial dan mengakui pemimpin mempunyai implikasi besar kepada corak atau pola perlakuan pengikut, misalnya disebut dalam Surah al-Baqarah, ayat 257: Maksudnya: “Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir, penolong-penolong mereka ialah thaghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”. Para pengkaji kepimpinan selalunya cuba membezakan antara fungsi seorang ketua dan pemimpin (Jaafar Muhammad, 1988). Bersikap sebagai pemimpin lebih unggul berbanding dengan sikap seorang ketua. Suami misalannya ditentukan sebagai pemimpin kepada keluarga dan rumahtangga yang bertanggungjawab memimpin isteri dan anakanak. Fungsi suami sebagai pemimpin kadangkala perlu berbeza dari fungsi seorang ketua dalam organisasi tertentu. Seorang ketua mungkin mementingkan arahannya diikuti oleh pekerjapekerjanya tanpa mengambil kira soal perasaan atau emosi. Sedangkan, sebagai seorang suami yang memimpin keluarga, selain memastikan objektif yang dikehendaki seperti membentuk suatu entiti keluarga bahagia tercapai, beliau mesti mengurus orang atau manusia yang melibatkan perasaan dan emosi secara bijaksana. Pola perlakuan pengikut banyak bergantung kepada kemahiran dan keupayaan pemimpin dalam mengorganisasi dan memobilisasi pengikut mencapai matlamat yang dipersetujui bersama (Mustafa Haji Daud 1994: 73-81). Oleh kerana setiap individu Muslim dibebani dengan tanggungjawab memimpin, mereka dibekalkan oleh Allah S.W.T. dengan potensi kepimpinan yang boleh dikembangkan. Setiap Muslim mempunyai potensi tersendiri untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam lingkungan tanggungjawabnya. Ini kerana kepimpinan bukanlah statik atau kaku dan tidak berkembang tetapi ia sebenarnya dinamik, boleh berubah kepada tahap yang lebih baik dengan melalui beberapa proses tertentu. Memang ada penulis yang beranggapan seorang pemimpin berpengaruh memang telah dilahirkan dengan beberapa sifat yang melayakkan dirinya sebagai pemimpin. Dengan ertikata lain 16
mereka “born to be a leader” atau memang mereka dilahirkan untuk menjadi pemimpin (Jaafar Muhammad, 1988). Bagaimanapun, pemimpin yang berpengaruh diakui perlu juga melalui beberapa proses atau latihan yang boleh membentuk personalitinya sebagai seorang pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin yang mencurahkan seluruh pemikiran dan tenaganya bagi memastikan pengikut-pengikut memperolehi manfaat yang banyak dari kepimpinannya dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran yang besar (Ahmad Ibrahim 1991). Dalam Musnad Imam Ahmad ada diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksudnya: “Makhluk yang paling dicintai Allah adalah imam (pemimpin) yang adil dan yang paling dibenci Allah ialah imam yang zalim”. 6.4 Cabaran Melaksanakan Tanggungjawab Kepimpinan Kepimpinan mengikut perspektif Islam bukanlah satu kedudukan yang boleh dianggap istimewa atau perlu direbut-rebut kerana ia sebenarnya lebih bersifat amanah. Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan Abu Dzar al-Ghifari yang memohon diberi suatu jawatan mentadbir wilayah Islam dalam sabdanya yang bermaksudnya: “Sesungguhnya kepimpinan itu adalah satu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertanggungjawabkan”. Amanah
menunaikan
tanggungjawab
bukan
sahaja
terhenti
kepada
menyempurnakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kepada pengikut-pengikut, tetapi yang lebih penting dilihat oleh Islam ialah menyempurnakan amanah kepada Allah. Ibn Taimiyyah dalam bukunya Siyasah al-Syar`iyyah (1988) menekankan bahawa kriteria penting dalam melantik seorang pemimpin mengetuai sesuatu jawatan ialah memastikan mereka mempunyai dua sifat penting iaitu quwwah (keupayaan mentadbir dan mengurus) dan amanah. Menariknya, Ibn Taimiyyah sendiri, yang menulis buku berkenaan kira-kira 800 tahun dahulu, juga turut mengakui bahawa sukar memperolehi individu pemimpin yang mempunyai kedua-dua sifat ini sekaligus. Islam amat mementingkan kesejahteraan masyarakat dengan menentukan beberapa kriteria dalam pembentukan kepimpinan. Pemimpin yang sentiasa menjaga amanah kepimpinannya akan memiliki rasa tanggungjawab (sense of responsibility) yang tinggi dan seterusnya mendorong dia mengambil berat apa yang benar-benar berlaku kepada pengikut. Saidina Umar al-Khattab digambarkan sering memeriksa kehidupan rakyatnya, adakalanya di waktu malam, untuk mendapat informasi yang benar dan direct tanpa 17
bergantung kepada laporan pegawainya semata-mata (Naceur Jabnoun 1994). Dengan informasi berkenaan beliau dapat bertindak cepat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebahagian besar masa dan kerja pemimpin berkait rapat dengan urusan menyelesaikan masalah yang dihadapi pengikut di samping mewujudkan interaksi dengan para pengikut. Mohd. Amin Saleh (1990) menggariskan lima tanggungjawab utama kepimpinan dalam Islam yang perlu dipenuhi iaitu: a. Menegakkan Kebenaran Islam.
Oleh kerana ilmu pengetahuan merupakan syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin, mereka sepatutnya mengetahui kebenaran hakiki di sisi Islam. Kebenaran Islam perlu ditegakkan meskipun ia boleh menggugat kepimpinan atau darjat seorang pemimpin ataupun mungkin akan menimbulkan kepayahan, kepahitan dan kesukaran. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit”. Begitu juga Allah S.W.T. berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 39: Maksudnya: “(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapapun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhluknya untuk membalas mereka)”. b. Memelihara Karamatul Insan.
Manusia yang dicipta Allah mempunyai nilai yang tinggi di sisiNya. Kemuliaan manusia bergantung kepada kemurnian akhlak yang diterjemahkan di dalam kehidupan, menjaga kehormatan diri, memelihara moral dan keunggulan peribadi dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam kerana ia akan merendahkan martabat insan. Syed Muhammad Naguib al-Attas menjelaskan tentang hakikat manusia dengan menyatakan bahawa: “Man has a dual nature, he is both soul and body, he is at once physical being and spirit”. Oleh kerana kerana manusia dicipta untuk menyembah Allah, tugas itu perlu dilakukan kerana ianya sesuai dengan fitrah penciptaan manusia. Dengan keupayaan intelegence dan huda (petunjuk) yang dibekalkan, manusia mesti dipandu supaya menjadi makhluk yang mulia, yang tahu menggunakan akal untuk mencari dan menemui kebenaran. Nafsu haiwan manusia yang rendah 18
kedudukannya perlu dikawal dan pemimpin perlu memastikan para pengikut bukan sahaja dibentuk dalam konteks sosio-ekonomi, tetapi juga memenuhi tabii kemanusiaan yang asal. c. Memakmurkan Buminya.
Memakmurkan bumi Allah dalam ertikata membangunkan ekonomi negara, membangunkan syakhsiah penduduknya dan menjaga keharmonian dan kesejahteraan adalah tanggungjawab utama pemimpin. Segala urusan berkaitan pembangunan negara hendaklah dipertimbangkan dari segi kemaslahatan umum, bukannya hanya terhad kepada kelompok atau kumpulan tertentu. Pengagihan kekayaan negara hendaklah dilakukan secara adil dengan memberi hak kepada yang berhak menerimanya dan membuka peluang seluasluasnya kepada rakyat untuk membina kehidupan di dunia dan tidak melupakan kebaikan di akhirat. Kerana itu perlu disedari bahawa Allah menghalalkan jualbeli tetapi mengharamkan riba (al-Baqarah: 275). Hasil-hasil bumi yang terdiri dari galian dan tumbuh-tumbuhan perlu dimanfaat untuk kesejahteraan hidup manusia.
d. Menjalankan Urusan Amar Makruf dan Nahi Munkar Menjadi tanggungjawab utama pemimpin mengarahkan dan melaksanakan perkara-perkara yang baik dan berusaha mencegah kemungkaran untuk memastikan para pengikut sentiasa berada di dalam kesentosaan dan memperoleh nikmat secara maksima dalam kehidupan. Lubanglubang kemungkaran perlu ditutup untuk mengelak merebaknya wabak keruntuhan akhlak dan masalah sosial. Firman Allah dalam Surah al-Anbiya’, ayat 73: Maksudnya: “Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; dan mereka sentiasa beribadat kepada Kami”. e. Islah (memperbaiki) Masyarakat Melalui Gunatenaga yang Patut.
19
Menjadi tanggungjawab kepimpinan mengorganisasi bidang-bidang kehidupan para pengikut, terutama dengan menurunkan kuasa kepada yang layak. Penyusunan jabatanjabatan, bahagian-bahagian, unit-unit dan sebagainya di dalam struktur organisasi kepimpinan mesti dipandu supaya melakukan islah dengan segala kemampuan yang ada. Firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 26: Maksudnya: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: ‘Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai”. 6.5. Cabaran Melaksanakan Hak Pemimpin dan Pengikut Kualiti kepimpinan memang diutamakan oleh Islam. Bagaimanapun kualiti berkenaan tidaklah semata-mata terletak kepada pemimpin tetapi juga pengikut. Pengikut yang berkualiti akan melahirkan pemimpin yang berkualiti. Kualiti kepimpinan dilihat oleh Islam berhubung rapat dengan menunaikan amanah tanggungjawab kepimpinan. Membetulkan barisan dalam sembahyang berjamaah mungkin dianggap remeh oleh sebahagian orang, tetapi ia menggambarkan bagaimana seorang
imam
mempraktikkan penjagaan kualiti makmum yang mengikutinya. Justeru itu, selain pengikut, pemimpin juga berhak mendapat nasihat dan teguran yang baik dari pengikut untuk membaiki prestasi kepimpinan seperti yang berlaku dalam sembahyang berjamaah. Dalam hal ini, pemimpin mesti bersifat terbuka, sanggup menerima kritikan dan mengubah praktik negatif yang merosakkan kesejahteraan pengikut atau rakyat. Islam turut menggariskan hak-hak pemimpin dan yang dipimpin dan perlu dilaksanakan untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Satu yang perlu difahami dalam kepimpinan Islam ialah ungkapan bahawa “Pemimpin yang baik juga adalah pengikut yang baik”. Kenyataan ini adalah antara kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji kepimpinan merujuk kepada seorang pemimpin yang berkesan di mana dalam masa yang sama dia juga menjadi pengikut yang baik. Oleh kerana tugas memimpin merupakan satu amanah yang penting lagi berat, Islam turut menggariskan hak-hak yang wajar diterima oleh pemimpin dari pengikut-pengikutnya. Kalau pemimpin diminta melaksanakan urusan kepimpinan dengan penuh amanah dan dedikasi, Islam juga meminta para pengikut melaksanakan tugas mereka kepada pemimpin. Terdapat sekurang-kurangnya tiga hak yang wajar
20
dinikmati oleh pemimpin dari pengikut iaitu mendapat kepatuhan dan taat setia, mendapat kerjasama, dan memperolehi teguran serta nasihat. a. Mendapat Kepatuhan dan Taat Setia Kepatuhan dan taat setia dari para pengikut akan menentukan segala urusan berkaitan dengan kemasyarakatan berjalan lancar dan memastikan organisasi kepimpinan tidak kucarkacir. Allah berfirman: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada RasulNya serta pemerintah di kalangan kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan rasulNya, jika kamu benarbenar beriman kepada Allah dan hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (al-Nisa': 59). Perlu dijelaskan bahawa ketaatan bukan hanya sekadar meliputi kepada perkaraperkara yang disukai, tetapi merangkumi juga perkara-perkara yang mungkin dibenci. Ini kerana dari segi fitrahnya, manusia mudah taat kepada perkara yang disukai, tetapi sukar mentaati perkara yang tidak disukai. Perintah ketaatan kepada pemimpin bagaimanapun tidaklah mutlak sebagaimana perintah ketaatan orang mukmin kepada Allah dan RasulNya. Ini kerana Rasulullah s.a.w. menghadkan ketaatan kepada pemimpin hanya kepada perkara-perkara yang makruf seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Tidak ada ketaatan kepada perkara-perkara maksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya pada perkara-perkara makruf". Islam juga menekankan bahawa ketaatan kepada pemimpin bukan kerana kehebatan personaliti atau kerana takut dan bimbang kepada sesuatu bentuk tindakan yang mungkin akan berlaku, tetapi ketaatan diberikan adalah kerana jawatannya yang dianugerahkan Allah untuk mentadbir urusan umat. Allah menyatakan bahawa orang yang beriman lelaki dan wanita tidak akan teragak-agak untuk menerima segala perintah yang datang dari Allah dan RasulNya seperti yang disebut dalam Surah al-Ahzab, ayat 36: Maksudnya: “Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata”. b. Memberi Kerjasama
21
Selain memberi ketaatan, para pengikut juga wajar memberi kerjasama dan memastikan sesuatu perancangan atau program yang digerakkan oleh pemimpin berjaya mencapai objektifnya. Pemimpin yang memimpin dalam lingkungan syariat wajar mendapat kerjasama sepenuhnya dari para pengikut. Kerjasama kepada pemimpin boleh dimanifestasikan dalam berbagai bentuk - dari berbentuk pengorbanan mempertahankan kewibawaan pemimpin dengan lisan atau apa sahaja cara yang wajar sehingga kepada pengorbanan harta dan keringat. Kerjasama dari pengikut bagaimanapun hendaklah timbul dari rasa tanggungjawab terhadap pemimpin yang menunaikan amanahnya seperti yang diperintahkan oleh Allah dan bukannya didorong oleh kepura-puraan atau kerana ada kepentingan lain. c. Mendapat Teguran dan Nasihat Hak ketiga yang wajar dinikmati oleh pemimpin ialah mendapat nasihat dan teguran yang baik dari para pengikut. Menyedari akan hakikat bahawa pemimpin juga bukanlah perfect, Islam meminta umatnya menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin mereka. Dalam hal ini pemimpin juga wajar bersifat terbuka, bersedia menerima teguran dan nasihat. Prinsip kepimpinan sebegini telah dibuktikan misalnya oleh Saidina Abu Bakar yang membuka ruang kepada rakyat supaya ditegur seperti disebut dalam ucapan dasarnya selepas dilantik sebagai khalifah Islam pertama menggantikan Rasulullah s.a.w., katanya yang bermaksud: "Jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kebaikan, bantulah aku, dan jika sekiranya kamu lihat aku melakukan kesalahan, betulkan aku". Saidina Umar berpendapat bahawa khalifah tidak boleh menganggap dirinya mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu yang membezakannya dengan rakyat jelata sehingga tidak ada orang yang berani menegur. Ini akan membawa kepada kekacauan dan kemusnahan negara dan menyebabkan hubungan kasih sayang antara pemimpin dengan rakyat menjadi jauh. Sikap keterbukaan pemimpin amat penting kerana ia boleh mencipta suasana yang harmoni antara pemimpin dengan para pengikut dan mewujudkan perasaan kasih sayang sesama mereka. Kerana itu Islam juga mengajar supaya pemimpin tidak menganggap dirinya mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang membezakan dirinya dengan para pengikutnya. Di sisi Allah, ukuran perbezaan di antara manusia adalah ketakwaan mereka, bukannya kedudukan dan kemewahan harta benda. Oleh kerana wujud sikap keterbukaan pemimpin, umat Islam tidak ragu-ragu memberi nasihat, kerana menganggap 22
agama itu adalah nasihat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat. Kami (para sahabat) berkata kepada siapa, ya Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w. Kepada Allah, kepada rasulNya, kepada KitabNya, dan kepada pemimpin-pemimpin umat Islam dan masyarakat mereka.” Sistem teguran yang dianjur oleh Islam dianggap unggul kerana ia tidak memihak kepada pemimpin sepenuhnya dengan mengorbankan kepentingan ummah dan ia tidak pula memihak kepada kumpulan atau ummah dengan mengorbankan kepentingan pemimpin. Ia menjelaskan di antara tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin di satu pihak dan tugas dan tanggungjawab pengikut di satu pihak yang lain. Sementara itu, para pengikut juga berhak memperolehi manfaat dari pemimpin iaitu memperolehi perkhidmatan (service) yang terbaik. Pemimpin perlu meletakkan diri mereka sebagai orang yang sentiasa bersedia memberi perkhidmatan dan penyelesaian yang praktikal kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pengikut-pengikut sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.yang bermaksud: “Pemimpin umat itu ialah khadam kepada mereka”. Keputusan-keputusan dalam mengendalikan kepimpinan mesti berorientasikan kemaslahatan pengikut dan pemimpin perlu banyak meransang, mengambil inisiatif mengembleng tenaga, kepakaran dan sumber yang ada untuk mencapai objektif. Kepimpinan yang positif dari pemimpin akan menghasilkan budaya kualiti dan kehidupan cemerlang para pengikut. 6.6 contoh-contoh pandangan seseorang pemimpin Islam 1.
Al-Alusi seorang lagi ahli tafsir muktabar menerangkan tentang amanah, iaitu amanah yang merangkumi hak terhadap Allah dan hak terhadap sesama makhluk. Manakala Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Al-Barra’, Ibn ‘Azib dan majoriti ulama menyatakan berdasarkan ayat-ayat ini, para pemimpin wajib melaksanakan kewajipan agama dan syariat. Ingatan 23
Rasulullah s.a.w. “bahawa tidak ada iman bagi mereka yang tidak amanah” menyangkuti persoalan amanah agama, amanah dalam urusan harian, memberi nasihat kepada kerajaan dan nasihat kerajaan kepada rakyat. Amanah dan keadilan adalah dua konsep yang mesti diterap secara menyeluruh tanpa mengira kepada perbezaan agama, mukmin atau tidak, sahabat atau musuh, apalagi perbezaan sempadan yang subjektif seperti bangsa, warna kulit atau pemahaman politik yang berbeza. Ini juga termasuk dalam maksud sepuluh prinsip Islam hadhari. Surah al-Nisa’ ayat 59 sebagai huraian kepada surah al-Baqarah ayat 1-3 di mana takwa, ibadat juga berkait dengan ketaatan. Takwa dan ibadat wujud apabila adanya ketaatan kepada Allah, Rasul dan para pemimpin yang menjalankan perintah Allah dan Rasul. 2.
Menurut Auni Abdullah “Daulat adalah kuasa dalaman berbentuk kerohanian yang lahir dan terserlah pada diri seorang raja yang memiliki ciri kehebatan dan keunggulan peribadi yang selari dengan kemahuan Islam.” Contohnya Sultan Ala’uddin Shah (mangkat 1488M) di Melaka terkenal kerana baginda mencontohi khalifah ‘Umar Ibn alKhattab, apabila baginda keluar menyamar pada waktu malam untuk mengetahui kehidupan sebenar rakyat jelata dan untuk memerangi kegiatan mencuri yang berleluasa di Melaka pada waktu itu. Maulana Sultan Sharif Hashim pengasas Kesultanan Sulu (mangkat1480) terkenal kerana kebijaksanaan pemerintahan dan kepakarannya dalam bidang agama. Sultan ‘Alauddin Ri’ayah Shah (mangkat 1604M) dari Kesultanan Acheh pernah digelar sebagai wali kerana pencapaian kerohanian di bidang Tasawwuf. Islam telah menerapkan identiti kepada sistem pemerintahan di mana pemimpin dianggap sebagai bayangan Allah di muka bumi. Pemberian taraf ini sesuai dengan manusia sebagai khalifah Allah. Peranan pemimpin dikaitkan dengan fungsi mengawal dan mengawasi dunia dan makhluk lain di sekitarnya. 24
Penekanan peranan ini bertujuan mengingatkan pemerintah/pemimpin kerajaan yang segala kuasa yang ada bagi mentadbir dunia yang dipegang selama ini merupakan amanah ilahi sepertimana peranan rakyat biasa sebagai khalifah Allah. Kesemuanya harus menjalankan fungsi masing-masing mengikut kemampuan dan bidang tugas masingmasing. Pemerintah terutama pemimpin tertingi berfungsi lebih besar untuk memberikan perlindungan kepada rakyat jelata dan untuk melaksanakan hukum-hukum yang ditetapkan Allah. Peri pentingnya peranan kerajaan dalam usaha menegakkan agama Allah sering ditekankan dalam buku-buku hikayat Melayu tradisional dan undang-undang Melayu Lama. Raja dan nabi diibaratkan dua permata dalam sebentuk cincin. Sejarah Melayu mengatakan “Raja Adil Raja di Sembah, Raja Zalim Raja disanggah”. Pemimpin yang adil selalunya bertindak seiringan dengan para nabi, kerana apabila pemimpin melaksanakan apa yang diperintah Sunnah Rasulullah samalah seperti dia memenuhi tugas menurut perintah Allah. Bukan kah pemimpin yang adil itu dimakbulkan doa`nya oleh Allah. Justeru itu, para pemimpin kerajaan dan ulama hendaklah berganding bahu memakmurkan alam ini atas sifat khalifah Allah. “Agama adalah Nasihat” yang dianjurkan oleh Nabi bermaksud, kerajaan dari kalangan umat Islam wajib ditolong, dibantu dan disokong dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Mereka mesti dipatuhi dalam melaksanakan urusan yang baik dan jika ada teguran hendaklah secara yang bersopan dan memperingati mereka di kala lalai. Bukannya teguran dalam bentuk cacian dan maki hamun yang bercanggah dengan adab dan kesopanan. Apalagi jika teguran yang sampai menggugat kesetabilan negara. Jangan sama sekali ada mereka yang sengaja menghasut orang ramai supaya menderhaka atau keluar dari ketaatan yang boleh membawa kehancuran kepada umat dan negara. Justeru keamanan dan kemakmuran adalah hasil perancangan yang betul dan pelaksanaan yang tepat. Ada dua prinsip penting diingatkan kepada pemerintah iaitu Adil dan Syura. Keadilan diberi keutamaan oleh Islam kerana ia membawa ciri kemanusiaan, kebebasan dan persaudaraan serta kemuliaan diri insan yang kesemuanya berasaskan taqwa. Prinsip adil pula adalah untuk mewujudkan hubungan yang harmonis di antara kerajaan dengan rakyat. 25
Sementara prinsip syura menekankan semangat musyawarah. Semangat muafakat antara kerajaan dan rakyat hendaklah sentiasa dipupuk, terutama antara kerajaan, ulama dan pembesar negeri supaya menasihati kerajaan dengan nasihat yang betul. Sejarah Melayu sekali lagi mengibaratkan pemimpin sebagai api dan pembesar sebagai kayu. Ini bererti tanpa perundingan, pemimpin tidak akan bertenaga dan berwibawa dalam urusan kerajaannya. Sesungguhnya prinsip syura diberi perhatian khusus di bawah sistem pemerintahan Kesultanan Melayu kerana ia dapat memupuk semangat muafakat dan kerjasama antara pemerintah; raja dan pembesar serta rakyat jelata. Konsep ini adalah asas kepada semangat gotong royong. Menurut Ibn al-Azraq, seorang ulama besar mengingatkan ada beberapa perkara yang menjadi hak kerajaan yang mesti dipenuhi oleh rakyat: a. Taat, malah sesuatu perkara yang asalnya harus menjadi wajib apabila
diperintahkan kepada orang tertentu. Ini berkaitan dengan perintah yang membawa kemaslahatan atau dihubungkan dengan siasah syar’iyyah. b. Memberikan nasihat, dalam maksud bersabar jika tidak mendapat keadilan, malah mengingatkan baginda apabila baginda terlalai. c. Membayar kewajipan seperti zakat, justeru pemerintah lebih tahu siapa yang lebih berhak menerima zakat itu. Keadaan akan menjadi mudarat apabila dana baitul mal habis atau disalah gunakan. d. Hendaklah sentiasa berdoa kepada pemimpin yang adil. Kata-kata al-Tartushi: Kalaulah kami ada doa yang mustajab nescaya kami akan berdoa kepada pemimpin. e. Tidak boleh ingkar perintah pemimpin selagi ianya baik, asalkan sahaja pemimpin itu mendirikan sembahyang. f. Tidak boleh mencerca atau mencaci pemimpin. Hadis menerangkan maksud “Pemimpin yang paling baik adalah pemimpin yang kamu kasihi dan pemimpin itu mengasihi kamu. Pemimpin yang tidak baik ialah mereka yang kamu benci dan ia membenci kamu. g. Tidak melakukan perkara yang menunjukkan tidak hormat kamu kepada
pemimpin.
26
h. Tidak menyembunyikan perkara yang patut pemimpin tahu, iaitu perkara buruk
yang patut dihapuskan. i. Beradab dengan pemimpin. j. Menjauhi dari kezaliman.
7.0 Tanggungjawab dan tugas seseorang pemimpin dalam persatuan Dalam sesebuah persatuan, terdiri daripada pelbagai jenis pemimpin yang dilaksanakan dan mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Antaranya ialah seperti berikut: 1. Pengerusi a. Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa kerja b. Menjadi ketua dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan
pertubuhan belia dengan persetujuan jawatankuasa Kerja c. Melantik Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari pertubuhan belia
dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja. d. Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Bendahari peertubuhan
belia. 27
2. Timbalan Pengerusi a. Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi
b. Membantu pengerusi melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus pertubuhan belia. 3. Naib-naib Pengerusi a. Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi. b. Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi melaksanakan tanggungjawab
mentadbir dan mengurus pertubuhan belia. 4. Setiausaha a. Bertanggungjawab kepada Pengerusi. b. Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan berkaitan pentadbiran dan
pengurusan pejabat pertubuhan belia. c. Mengendalikan urusan surat-menyurat, penyimpana rekod, fail dan dokumen
pertubuhan belia. d. Mengemaskini daftar ahli pertubuhan belia. e. Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit
mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia. f.
Menguruskan persediaan, pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.
g. Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 60 hari
selepas mesyuarat Agung Tahunan atau sekiranya tiada mesyuarat Agung Tahunan, 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun calendar, penyata tahunan pertubuhan belia sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia. 5. Bendahari a. Menguruskan hal berkaitan kewangan pertubuhan belia. b. Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan pertubuhan belia bagi
tujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. c. Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama pengerusi. d. Mengemaskini semua rekod kewangan pertubuhan belia. e. Mengutip semua jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli
pertubuhan belia. 6. Penolong Setiausaha 28
a. Membantu setiausaha dalam pelaksanaan tugas-tugasnya b. Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan beliau.
7. Ahli jawatankuasa a. Mempengerusikan Jawatankuasa Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa
kerja pertubuhan belia b. Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa kecil yang diketuainya. c. Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia secara
keseluruhan. d. Memastikan Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikan nya melaksanakan
aktiviti dan fungsinya.
8.0 Kepimpinan Yang Berkesan Ketiga-tiga komponen kepimpinan (sifat-sifat, gaya dan kelakuan serta kepimpinan mengikut situasi) memberi implikasi yang penting di dalam pengambilan dan latihan ke arah mewujudkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Umpamanya, pemimpinpemimpin berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifat-sifat kebijaksanaan dan keyakinan diri. Maka calon-calon bolehlah diuji untuk mencari sifat-sifat tersebut serta sifat-sifat lain yang dikaitkan dengan prestasi kerja. Apa yang diketahui tentang gayagaya kepimpinanjuga menunjukkan bahawa latihan-latihan boleh diadakan dengan jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih bertimbang rasa dan beroriensekali, gaya pemimpin mestilali bersesuaian dengan tugas yang terlibat serta bersesuaian juga dengan staf bawahannya. Pernah dinyatakan oleh Fiedler bahawa biasanya lebih mudah untuk menyusun semula sesuatu tugas (kerja) daripada melatih semula pemimpin atau mengambil pemimpin baru. Berdasarkan keterangan yang dibincangkan di dalam bab ini, garis-garis panduan berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan. 1.
Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, herinisiatif dan mempunyai 29
keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Maka, bagi bakal-bakal pemimpin dan juga pemimpin kini, Latihan latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah berfaedah. 2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan. 3.
Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal pemimpin harus mengikuti andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab
dan
ingin
menyelesai
kan
masalah,
dapat
meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan. 4.
Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi.
5.
Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamatmatlamat organisasi.
6.
Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya bergantung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja.
30
7. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin. Selain itu, sesetengah pihak juga berpendapat bahawa pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. 6.1 Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi adalah tanggungjawab eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti, kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasil serta kualiti perkhidmatan. 6.2 Edmond (1978) berpendapat “principals can make a difference”, yang membawa maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan berkesan. Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakan ciri-ciri yang lazim ada pada kepimpinan yang berkesan ialah : i. Semangat – mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga
dan hasrat untuk berjaya.
ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan. iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh pemimpin.
31
iv. Keyakinan diri- mereka sangat percaya pada keupayaan diri sendiri. v. Kepintaran- mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar belum tentu boleh membuatkan seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya malah adakalanya menimbulkan kesan negatif pula. vi. Pengetahuan dalam bidang- mereka mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup dalam bidang yang dipimpin. vii. Kreativiti- mereka berupaya mencipta idea-idea baru yang berguna. viii. Fleksibiliti- mereka berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Guru leadership, Warren Bennis, seorang pemimpin harus professional seperti kaidah yang diajarkan oleh Ki Hadjar Dewantara iaitu Ing Ngarso Sung Tulado, Ing Madya Mangun Karsa, dan Tut Wuri Handayani, atau prasyarat dasar kepemimpinan yang efektif iaitu : 1. Menjadi Pembimbing (guiding vision); 2. Memberi semangat (passion); 3. Integritas; 4. Dipercaya (trust); 5. Penuh rasa ingin tahu dan berani mencari jawabannya; 6. Prasyarat proses, dipilih melalui pemilu, baik memalui proses langsung maupun tidak langsung, (dan di era Reformasi ditambah dengan international acceptance)
32
9.0 Kuasa-kuasa Seseorang Pemimpin Dalam kontek organisasi, kuasa secara formalnya diletakkan kepada pemimpin, yang mana kuasa tersebut ditentukan mengikut struktur dan fungsi perjawatan. Namun begitu, terdapat juga kuasa yang tidak semestinya dimiliki oleh individu dari kategori pemimpin bilamana individu tersebut mempunyai pengaruh disebabkan kebolehan atau kedudukannya yang tertentu. Umumnya, klasifikasi dan punca kuasa yang terdapat di organisasi boleh dibahagi kepada lima kategori berikut: 1. Kuasa Otoriti
merupakan kuasa legitimate yang dimiliki oleh pemimpin disebabkan otoriti yang terdapat pada peranan dan juga fungsi jawatan yang disandang. Kuasa ini biasanya telah ditetapkan mengikut hiraki struktur perjawatan organisasi. Seorang pengarah misalnya mempunyai kuasa otoriti ke atas subordinat serta kakitangan lain di bawah lini otoritinya. Seorang pegawai kewangan pula mempunyai kuasa otoriti mengenai perkara kewangan di pejabatnya. Kuasa
otoriti
mempraktikkannya,
boleh
dikatakan
khususnya
dalam
sebagai hal
rights
pengurusan
pemimpin yang
untuk
melibatkan
pengarahan dan membuat keputusan. Sebagai contoh, dengan kuasa otoritinya pemimpin boleh bertindak ke atas subordinat supaya melaksanakan sesuatu tugas sebagaimana dikehendakinya. Memandangkan kuasa otoriti adalah berasaskan jawatan, pemimpin perlu mengakuri kemungkinan bahawa penghormatan orang bawahan terhadapnya mungkin tidak sama setelah tidak lagi memegang jawatan berkenaan. Isu penghormatan ini, disamping faktor personaliti yang lain, sangat bergantung kepada bagaimana pemimpin tersebut telah menggunakan kuasa otoritinya.
2. Kuasa Kepakaran 33
Kuasa ini adalah berasaskan kepada pengetahuan dan kebolehan. Ianya merupakan fungsi daripada kapasiti kemahiran dalam sesuatu bidang yang dimiliki oleh individu berbanding dengan orang lain. Oleh itu kuasa ini tidak semestinya terletak pada seseorang dari kategori pemimpin sahaja, malah pada kakitangan lain juga di organisasi. Dengan memiliki pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang menjadikan individu diiktiraf oleh orang lain sebagai mempunyai kuasa kepakaran. Beliau menjadi rujukan oleh pihak atasan, rakan sekerja dan juga orang bawahan dalam perkara yang spesifik kepada kepakarannya apabila diperlukan. Pemilikan kuasa kepakaran ini boleh menjadikan seseorang itu special dan dalam keadaan tertentu boleh digunakan sebagai asas untuk peningkatan karier dan imbuhan yang lebih baik. Bagaimana pun kuasa kepakaran ini amat terserlah bilamana kepakaran individu berkenaan sangat diperlukan. Bila kepakarannya tidak lagi diperlukan, kuasa kepakarannya boleh menjadi beransur pudar. 3. Kuasa Rujukan
Kuasa ini merupakan potensi pengaruh yang dimiliki oleh individu disebabkan kekuatan hubungannya dengan orang lain di organisasi. Kekuatan hubungan tersebut terbentuk disebabkan rasa hormat dan tertarik oleh orang lain terhadap personaliti individu berkenaan. Pemimpin atau individu yang berkarisma biasanya memiliki kuasa rujukan. Dari satu perspektif lain pula, dikatakan kuasa rujukan ini dimiliki oleh individu disebabkan kedudukan dan hubungannya dengan individu lain yang lebih berpengaruh. Seorang pengurus yang ‘rapat’ dengan pengarah mempunyai peluang yang baik untuk menrekomen kakitangannya dalam aspek penilaian dan kenaikan pangkat. Seorang PA pengarah juga dianggap mempunyai kuasa rujukan dan disegani oleh pegawai dan kakitangan lain disebabkan kedudukan serta hubungan kerjanya dengan pengarah berkenaan. Dalam perspektif demikian kuasa 34
rujukan ini seolah-olah berkait dengan kata-kata: it’s not what you know, but who you know’. Kuasa rujukan yang bergantung kepada kapasiti interpersonal ini biasanya mengambil masa untuk dibangunkan dan tahapnya berkemungkinan tidak konsisten (turun-naik) terutamanya dalam situasi organisasi yang berubah. 4. Kuasa Ganjaran
Kuasa ini merupakan potensi untuk mempengaruhi orang lain melalui berbagai sumber yang berbentuk ganjaran. Pemilikan kuasa ini adalah berasaskan kuasa kawalan oleh individu keatas sumber ganjaran tersebut. Umumnya, kuasa ganjaran terletak pada ketua (bahagian, seksyen atau unit pejabat) yang diberi kuasa untuk menilai prestasi kakitangan di bawahnya. Perlaksanaan kuasa ganjaran adalah bertujuan memotivasi kakitangan yang cemerlang dan menjadikannya sebagai contoh kepada yang lain. Antara bentuk ganjaran yang biasa dilaksanakan di organisasi ialah seperti pemberian bonus, kenaikan gaji dan hadiah percutian, atau dalam bentuk pengiktirafan yang lain seperti kenaikan pangkat, anugerah cemerlang, mengetuai sesuatu aktiviti jabatan dan sebagainya.
35
5. Kuasa Hukuman merupakan potensi untuk mempengaruhi orang lain melalui perlaksanaan tindakan yang berupa hukuman apabila gagal mematuhi sesuatu arahan atau keperluan yang ditetapkan. Sebagaimana juga kuasa otoriti dan kuasa ganjaran, punca kepada kuasa ini adalah berasaskan jawatan dan peranan. Dalam melaksanakan kuasa hukuman, seorang ketua misalnya boleh bertindak seperti menahan kenaikan gaji, mengenakan tindakan disiplin, menurunkan pangkat dan memberhentikan kerja kakitangan sesuai dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan organisasi supaya fungsi kuasa hukuman ini menjadi lebih efisen dan bermakna, ianya perlu dilaksanakan dengan tujuan yang positif seperti membetulkan kesilapan, menggalakkan komitmen pekerja atau memastikan penguatkuasaan sesuatu peraturan. Kesilapan dalam penggunaan kuasa ini boleh menjejaskan motivasi dan disiplin kakitangan.
10.0 Bentuk-bentuk konflik dihadapi oleh pemimpin dan cara mengatasinya
36
Konflik-konflik akan terwujud apabila terdapat komunikasi dalam kepimpinan.ini akan meningkatkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang pemimpin. Antaranya konflikkonflik tersebut ialah: 1. Bentuk-Bentuk Konflik dalam Organisasi 2. Konflik dalam diri perorangan. 3. Konflik antara perorangan dalam satu organisasi. 4. Konflik antara perorangan-perorangan dan kelompok-kelompok dalam suatu organisasi. 5. Konflik antara kelompok suatu organisasi. 6. Konflik antara organisasi-organisasi. Cara-cara mengatasi konflik 1. Bersabar Mengabaikan konflik (terutama untuk konflik ringan) meskipun hubungan yang berkonflik tetap berlanjut, kerana pihak yang berkonflik kekurangan informasi ataupun akibat hukumnya lemah. 2. Berikan kesempatan pada semua anggota kelompok untuk mengemukakan
pendapatnya tentang hal-hal yang didinginkan, yang menurut persepsi masingmasing harus dipenuhi dengan memanfaatkan berbagai sumber daya. 3. Meminta satu pihak menempatkan diri pada posisi orang lain, dan berikan
argumentasi yang kuat mengenai posisi tersebut. Kemudian posisi peran itu dibalik, pihak yang tadinya menentang satu gagasan seolah-olah mendukungnya. Setelah itu masing-masing pihak diberi kesempatan untuk melihat posisi orang lain dari sudut pandang pihak lain. 4. Menghindar Tindakan
yang
dilakukan
untuk
mengakhiri
hubungan
dengan
cara
meninggalkannya. Keputusan untuk meninggalkan konflik itu didasarkan pada perhitungan bahwa konflik yang terjadi tidak memiliki kekuatan secara sosial, ekonomi dan emosional. 5. Kekerasan/paksaan. Tindakan yang diambil dalam mengatasi konflik jika
dipandang bahawa dampak yang ditimbulkan membahayakan.
37
Selain itu, terdapat tiga pandangan tentang konflik dalam organisasi iaitu: 1. Pandangan Tradisional konflik merupakan sesuatu hal yang tidak diperlukan dan membahayakan organisasi. 2. Pandangan Perilaku : konflik merupakan kejadian yang dapat timbul berulang kali
dalam organisasi. Anggota –anggota dalam organisasi adalah manusia biasa yang memiliki keperluan dan kepentingan yang tentu saja dapat saling bertentangan. 3. Pandangan Interaktif: konflik sebagai suatu hal yang tidak dapat dihindari dan
merupakan hal yang penting. Pandangan ini masih beranggapan bahwa konflik dapat menghambat kelancaran kerja, dapat membahayakan perseorangan dan lebih jauh lagi dapat mencegah tercapainya tujuan organisasi. Di sisi yang lain beberapa konflik memang bermanfaat bagi organisasi, karena konflik tersebut dapat membuat organisasi tersebut bekerja lebih efektif.
Kesimpulan Secara kesimpulannya, pemimpin adalah seorang yang mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat dan menentukan arah tujuan organisasi dan memotivasikan pekerja untuk menangani masalah dan menggerakkan organisasi ke arah masa depan yang cerah. 38
Pandangan lama yang mengatakan bahawa pemimpin yang mempunyai ciri-ciri dan kemahiran tertentu tidak disenangi tetapi kini dihidupkan kembali. Ciri-ciri atau sifatsifat pemimpin yang penting merangkumi motivasi kepimpinan, integrasi, keyakinan diri dan pengetahuan dalam perniagaan. Kemahiran yang paling penting adalah kebolehan untuk mengenalpasti sesuatu situasi dengan tepat dan menyesuaikan gaya kepimpinan berdasarkan keadaan. Kepimpinan dalam persatuan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin adalah lebih kurang sama dengan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Cara dan gaya kepimpinan mereka adalah dipengaruhi situasi mereka semasa mengorganisasi sesebuah persatuan. Maka mereka akan menggunakan ilmu yang mereka perolehi dalam persatuan terhadap pembangunan organisasi tetapi bergantung kepada jenis kepimpinan yang mereka perolehi. Kemungkinan akan meningkatkan potensi organisasi tersebut ataupun sebaliknya. Walaubagaimanapun, haraplah tugasan ini dapat membantu mereka dalam memimpin sesebuah persatuan dengan baik lalu memperkembangkan organisasi yang mereka ceburi pada masa akan datang.
Rujukan http://achie.blog.ugm.ac.id/2009/02/02/pemimipin-dan-kepemimpinan/PEMIMIPIN dan KEPEMIMPINAN http://infosky.wordpress.com/2008/05/27/klasifikasi-punca-kuasa-di-organisasi/ http://mambo15.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=80&Itemid =1 http://mindamuslim.com/content/view/30/41/ http://presiden-pmi.blogspot.com/2008/10/kepimpinan-dalam-islam.html 39
http://serikasih.blogspot.com/2009/02/kualiti-kepimpinan.html http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17944&Ite mid=91 http://www.pdfcoke.com/doc/2158496/KEPIMPINAN-DALAM-ISLAM http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/kepimpinan%20islam%20di%20malaysia.doc.
40