Kolonialisme Dan Masyarakat Tempatan Di Filipina Pada Abad Ke 19

  • Uploaded by: anazus
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kolonialisme Dan Masyarakat Tempatan Di Filipina Pada Abad Ke 19 as PDF for free.

More details

  • Words: 924
  • Pages: 4
KOLONIALISME DAN MASYARAKAT TEMPATAN DI FILIPINA PADA ABAD KE-19 Kolonialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesuatu negara ke atas sebuah negara lain dalam semua lapangan politik, sosial dan ekonomi.1 Lebih khusus lagi ianya merujuk kepada keadaan daif rakyat tempatan yang dijajah oleh kuasa asing.2 Sepanyol telah menjalankan dasar kolonialismenya di Filipina. Kedatangan Sepanyol ke Filipina telah membawa perubahan besar kepada penduduk Filipina dan memberi kesan yang ketara kepada penduduk sehingga menimbulkan kebangkitan golongan nasionalis. Kebangkitan nasionalis Filipina merupakan ekoran daripada sikap penjajah yang mementingkan diri dan menindas penduduk tempatan. Semasa pemerintahan Sepanyol sama ada orang awam, tentera mahupun golongan agama banyak melakukan kekasaran ke atas penduduk Filipina.3 Selain itu, perbuatan rasuah dalam kalangan pegawai Sepanyol berleluasa. Perbuatan rasuah ini menjadikan ramai rakyat tertindas dan menimbulkan perasaan tidak puas hati penduduk. Manakala paderi-paderi pula tidak menghiraukan lansung kebajikan dan kesihatan masyarakat Filipina malahan merekalah yang menindas rakyat dari segi ekonomi seperti pegawai kerajaan Sepanyol yang lain.4 Hal ini menyebakan penduduk mengalami tekanan yang hebat ditambah pula dengan sistem polo dan vandala yang mana telah menjadikan rakyat tersiksa. Sistem polo menyebabkan rakyat terpaksa bekerja keras dan dibayar dengan gaji yang kecil tetapi tiada bayaran pun dilakukan manakala sistem vandala merupakan ufti yang menekan masyarakat.

5

Dengan semua faktor ini menyebabkan wujudnya gerakan kebangsaan Filipina

yang merupakan akibat langsung dari perasaan bangsa Filipina terhadap penganiayaan kerajaan kolonial dan sikap tamak paderi. Tentangan bangsa Filipina berlaku dalam 3 peringkat. Pada peringkat pertama ia bersifat sederhana. Pemberontakan-pemberontakan tempatan yang haram dan tentangan terhadap 1

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm. 186. 2 Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm. 59. 3 Ibid, Hlm.253. 4 Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), Dip.Ed. Dorothy LO, B.A, ( Hons ). 1978. ASIA DALAM PERUBAHAN; Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books ( Asia ) LTD. Hlm.498. 5 Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500 .Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm 192.

pemerintahan sepanyol hingga tahun 1872.6 Pemberontakan ini berlaku kerana sikap kasar penjajah terhadap penduduk tempatan. Hal ini kerana masyarakat merasa diperlekehkan dan diperlakukan secara tidak adil. Antara pemberontakan yang dilancarkan ialah pemberontakan Mexico dan dahagi novale. Pemberontakan ini disokong oleh penduduk-penduduk asli yang tidak dapat ditawan oleh Sepanyol. Pada peringkat kedua pemberontakan dilakukan oleh orang-orang Filipina yang memperolehi pendidikan Sepanyol. Kesan daripada perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intelektual yang menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Di Filipina, golongan terpelajar dinamakan illustrados.7 Gerakan ini dikenali sebagai gerakan propaganda. Gerakan ini digerakkan oleh pemimpim intelektual iaitu Jose Rizal, Done Miguel Morayta dan ramai lagi. Pergerakan ini mengkritik dasar penindasan dan kekejaman Sepanyol di Filipina melalui penulisan. Keadaan masyarakat yang ditindas dan di aniayai oleh penjajah menyebabkan golongan ini bangkit menentang. Mereka bertindak menegur pemerintahan Sepanyol tetapi tidak dilayan dan dituduh sebagai rakyat yang tidak setia. Pada mulanya tuntutan-tuntutan dibuat secara sederhana namun dalam tahun 1890an sikap sederhana ini berubah menjadi pemberontakan. Pada peringkat ketiga golongan nasionalis semakin agresif membentuk pakatan dan pemberontakan. Pada tahun 1892 lahir katipunan dan mula aktif pada tahun 1894. 8 Dasar Sepanyol yang menyekat perkembangan ekonomi Filipina menyebabkan kaum Tani Luzon mengalami keperitan hidup yang menyebabkan mereka menyertai gerakan katipunan. Mereka menjalankan persediaan yang giat untuk memberontak dalam menuntut kemerdekaan. Pemberontakan itu meletus sebelum waktunya dimana latihan dan alatan mereka masih tidak mencukupi. Semasa pemberontakan itu Sepanyol bertindak menangkap beribu-ribu orang Filipina dan ramai yang dihukum bunuh. Dalam pemberontakan ini lelaki dan perempuan yang belum pernah melihat senapang mula memberanikan diri untuk melawan dan berjuang habishabisan walaupun dengan hanya tangan kosong.9 Dengan ini memberi perubahan yang drastik dalam pemikiran rakyat itu sendiri. 6

Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500. Hlm 197. Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 359. 8 Ibid, Hlm. 255. 9 Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500. Hlm 204. 7

Jose rizal tidak menyetujui pemberontakan itu kerana masa yang masih belum sesuai dan Sepanyol bertindak menyiksa penduduk bagi memperoleh maklumat mengenai pemberontakan itu dan nama Jose Rizal disebut-sebut. Hal ini menyebabkan kerajaan Sepanyol bertindak menangkap Jose Rizal dan dihukum bunuh. Kematian Jose Rizal telah menyemarakkan lagi semangat nasionalis bagi rakyat Filipina dan pemberontakan yang berlangsung. Namun pemberontakan gagal kerana pemberontak yang tidak terlatih dan senjata yang tidak mencukupi. Selepas itu banyak gerakan dan pemberontakan dijalankan namun kesudahannya agak sama. Walaupun pemberontakan-pemberontakan yang dijalankan gagal namun semangat kebangsaan tetap berkobar-kobar dalam diri setiap rakyat Filipina. Kesimpulannya, pada abad ke-19 golongan nasionalis Filipina seringkali melancarkan gerakan terhadap Sepanyol. Hal ini kesan daripada kolonialisme yang dilakukan oleh penjajah. Kebanyakan gerakan ini gagal kerana kurangnya persefahaman dan perpaduan antara masyarakat Filipina. Selain itu juga tiada seorang yang boleh dikatakan pemimpim kebangsaan dalam kebangkitan ini.

BIBLIOGRAFI Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

Khoo Gilbert, B.A. ( Hons ), Dip.Ed. Dorothy LO, B.A, ( Hons ). 1978. ASIA DALAM PERUBAHAN; Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books ( Asia ) LTD.

Khoo Gilbert, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500 .Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Related Documents


More Documents from "miss iera"