Kenapa Etiqa Takaful Diperlukan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kenapa Etiqa Takaful Diperlukan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,079
  • Pages: 7
Tingkatkan kesedaran, jangan menyesal di kemudian hari. Kesedaran wanita tentang kanser masih rendah RAUB 11 Mei - Tahap kesedaran wanita berkaitan penyakit kronik terutamanya kanser payu dara di negara ini masih rendah walaupun banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, sejak program subsidi mamogram dilancarkan Mei tahun lalu, hanya 3,049 orang wanita tampil menjalani pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan kerajaan dan swasta terpilih. Kebanyakan yang tampil menjalani pemeriksaan tersebut pula, kata beliau, terdiri daripada golongan wanita bandar dan berpendidikan tinggi. ”Hasilnya sebanyak 241 kes adalah mencurigai dan telah dirujuk untuk siasatan selanjutnya dan 11 kes disahkan penghidap kanser. ”Walaupun statistik menunjukkan daripada 19 orang wanita, seorang adalah berisiko, namun jumlah mereka yang tampil menjalani pemeriksaan ini masih sedikit,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kem Kesihatan Keluarga Raub Sempena Hari Ibu dan melancarkan Rakan Bistari Subsidi Mamogram di Dataran Majlis Daerah Raub di sini hari ini. Program yang dikendalikan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu menawarkan subsidi sebanyak RM50 kepada golongan wanita berumur 40 tahun ke atas dan berpendapatan RM5,000 ke bawah yang ingin menjalani pemeriksaan tersebut. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan Rakan Bistari pertama bekerjasama dengan LPPKN dalam menjayakan program itu. Menurut Yen Yen, pihaknya akan memberi tumpuan meningkatkan kesedaran di kalangan wanita luar bandar memandangkan sambutan daripada kumpulan tersebut terlalu kurang. ”Sebagai Rakan Bistari subsidi mamogram, UIAM akan membantu LPPKN Pahang turun padang dalam menjalankan promosi dan kesedaran mengenai kanser payu dara dengan memberi ceramah dan pemeriksaan klinikal payu dara kepada masyarakat di sini,” katanya. Dalam perkembangan lain, Yen Yen mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkaitan pemberian sekali atau ex-gratia dan bukan pencen terbitan kepada ibu atau bapa pegawai kerajaan yang meninggal dunia tanpa waris. ”Ini sebenarnya adalah cadangan kementerian dan saya gembira kerana Perdana Menteri mengambil kira apa yang kita utarakan,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia - Ramai lagi yang masih belum mengetahui bahawa seorang daripada 5 orang wanita Malaysia adalah berisiko mendapat salah satu daripada penyakit: 1) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) 2) Artritis Reumatoid (RA) 3) Kanser Payudara 4) Kanser Pangkal Rahim Tetapi melalui pelan Afiah, Etiqa Takaful Berhad menyediakan perlindungan bagi keempat-empat penyakit tersebut. Kepada ibu-ibu dan kakak-kakak, bertindaklah sebelum terlambat. Takaful is not about someone will die … May 1, 2008 Posted by takafulconsultant in 1. add a comment Peniaga maut Perodua Kancil bertembung treler BALING 17 Feb. - Seorang peniaga di Pasar Kupang di sini maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaikinya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Baru Kulim Baling di Kampung Ketemba, Kuala Pegang, di sini malam tadi. Mangsa, Fariswisam Idris, 36, dari Taman Mesra, Kupang dalam perjalanan menghantar tempahan cili dan rempah kepada pelanggannya di beberapa kawasan di daerah ini. Ketua Polis Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian kira-kira

pukul 8.45 malam itu berlaku ketika mangsa yang menuju ke Pekan Tawar manakala lori treler berkenaan dari arah Kupang. “Akibat pelanggaran itu, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Mat Daud, mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sadik Kupang awal pagi ini. Ditanya mengenai pemandu lori treler itu, beliau menjelaskan dia hanya mengalami kecederaan ringan. Tambahnya, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Baling terpaksa menggunakan gergaji bagi mengeluarkan mayat mangsa. Mangsa meninggalkan seorang balu, Sakirah Ariffin, 34, dan tiga anak berusia antara 10 bulan dan 10 tahun. Sumber: Utusan Malaysia - Kalaulah orang mengerti bahawa Takaful akan menjaga keluarganya selepas dia tiada, pastinya hari ini orang akan berebut-rebut menyimpan di Takaful daripada menyimpan di bank. Marilah sama-sama kita sahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. : “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” (Hadis Riwayat Bukhari) Nasihat untuk semua April 28, 2008 Kita bukan isteri perdana menteri…. Kalau kita isteri perdana menteri, kita tak perlu takut sbb semua free, sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi kanser di L.A US, Ratus - ratus ribu, high class facilities, Kerajaan tanggung in and out, buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi, Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri Hendon, Kita bukan Azean Irdawati, Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser, Ye la kanser tak pilih bulu, Pun tak cukup duit rawat kanser, Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro, Utusan dan macam2 mintak derma, masuk TV3 mintak ringankan beban, mcm2 persatuan bagi derma, Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ? RM 90 000 bukan senang nak cari, Berlakon satu filem di bayar RM 60 000, setahun 3 filem dah RM 180 000, banyak gaji Pn Azean ni, Tak masuk drama dan iklan, Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi….. Gaji you + husband ada RM 180 000 setahun ? RM 100 000 ? RM 30000 ? alahai sedihnyer…. Kanser tak pilih bulu, hari ni sihat bulan depan tengok2 kanser dah stage 3, 14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm, 1 dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ???? bila giliran kiter agaknyer ?? Hospital kerajaan yang macam pasar basah tu boleh setel cepat ker? Bukan nak hentam Hospital Kerajaan, Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding…. Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,sedangkan doktor kerajaan pun byk yg amik insurans.. Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan, mcm mana nak cepat sbb kita bukan isteri perdana menteri…. nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,

hospital swasta paham2 lah, bisnes tetap bisnes, RM 20 000, buat kimo sajer, satu cycle jer, tak masuk rawatan yang lain, Bila dah kena, ada yang bergadai rumah, ada yang bergadai tanah, Kos rawatan + kos sara hidup ( dah sakit tak bleh p kerja dah…) Boleh cecah RM 100 ribu..ada yang lebih.. Kalau duit rawatan + duit sara hidup + kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ? Simpan RM 200 sebulan di ASB pun 10 tahun belum cukup RM 100 000.. Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 150 000, Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik Modal + Investment… Ni pun tak boleh paham ker ? Setengah orang kedekut.. kalau tak kedekut mungkin tak paham, beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaye, beli emas Ribu - ribu sanggup, tap nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal, sedangkan benda ni wajib + penting, dana kecemasan la katakan, kalau ada RM 150 000 dalam bank hari ni takper, tapi kalu ada kecemasan RM 150 000 kena guna, habis lah duit you, kene kumpul balik, kan ker baik kalau orang lain bagi RM 150 000 utk kecemasan, Mahal ? RM 200 mahal? RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ???? Orang Cina bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda, Orang Melayu bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja, Orang Cina bila dapat 1st gaji, diorang pikir Investment, pikir Insurance, Orang Melayu bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta aper, sport rim 17 inci wajib, Perancang kewangan kater utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan, Gaji RM 2500/sebulan patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan, Wira second ok la../kenari second ker..utk permulaan….. Tapi ramai tak ikut..gaji RM 2500, beli kereta Honda City RM 600/sebulan…..24% dah tuh.. Perancang kewangan kater, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan, 40 % utk investment, dana persaraan, insurance, Orang melayu 99% gaji utk hutang + belanja sara hidup…1 % utk simpanan… Beraper kerat jer orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerjer, Bila orang suruh beli takaful / insurance…..mahal…tak cukup bulan2 nak bayar…… pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua…. Orang Kerajaan berlagak, Penyakit dan rawatan semua di tanggung, Betul tu, Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm maner, Kita bukan isteri Perdana Menteri, Bukan juga adik Menteri, Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan, US lagi tuh, Pegawai jabatan jer ? clerk jer ? Pegawai sains jer ? Ketua Jabatan ? Pensyarah ? Ok la skit dengar bunyik nyer, OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni, OK tunggu result 2 minggu, OK kena tunggu giliran buat pembedahan, mungkin 3 bulan lagi, Senarai list 10 muka surat, tahun depan pun ada nak dapat giliran, mintak maaf cakap, inilah realiti…… Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri, Konon - konon Multi Nasional Company… Majikan Cover la katakan…

Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ? 8 bulan kena kanser tak pi kerja Majikan nak cover lagi ker beb ???? pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah… 86% warge tua melayu sekarang tiada coverage insurance.. golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an…tengah kuat kerja mcm kita, tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang melayu, haram… sekarang ada satu pilihan jer lah…hospital kerajaan… kalau nak ke hospital swasta…kena cari dana sendiri… EPF ? untuk persaraan pun tak cukup ini kan pula nak tanggung medical… Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia, Tapi sampai bila ? Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia, Bisnes is bisnes, bukan badan kebajikan atau walfare… kalau kos operasi dah mahal…pegi tempat lain la jwbnyer.. nak beli takaful masa umur 55? Besar belanjer nyer beb..itu pun kalau layak… Majikan paling besar dalam Malaysia adalah Kerajaan Malaysia, Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..tak bungkus… walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..takper…Majoriti mudah dalam tangan… Alahhhh…kalu PAS ker PKR ker perintah Malaysia pun, kerajaan tetap jalan mcm biasa… Kerja Kilang besar mana pun, risiko nak bungkus tetap ada, US dah meleset, Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya… Kat Malaysia pun operator kilang Melayu dah skit,,,berlambak Bangla, Vietnam , Nepal…murah… Sikit hari lagi, depa pakat - pakat pindah Operasi p Bangla… Hampa ternganga…. Tu pun masih tak sedar diri lagi…… IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser, Hospital Kerajaan nih, Hospital Swasta n Kerajaan kadang2 akan refer sini, Sini ada golongan yg tak perlu bayar, atau bayar seminimum yg mungkin, ada yang kena bayar 100%..bagi yag ada coverage insurance, atau TOKEY KILANG, boleh buat loan nak buat rawatan disini…buat loan ? Cukup la loan rumah loan kereta dah beban dah….. Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah…. Second group kena bayar skit….skit berapa skit…RM 20 ribu ? RM 30 ribu ? tengok kes ler… So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group ?? Husband kerja, wife kerja…boleh bayar bulan - bulan aper …. Ibarat guna Kad kredit ler, Kad kredit Visa Jammed, Gunerlah pulak Kad Mastercard, (Mana2 yg pakai kad kredit, stop dan tukar pada Kad Debit plak…) Bila jalan jauh, spare tyre kena ada, Jahanam satu tayar, ada lagi satu tyre spare.. Sama juga kes you, Mana boleh dapat rawatan kerajaan, pergi la takda masalah, Tapi bila lambat dan waiting list panjang, pegi la hospital swasta nak cepat… ( dengan coverage insuranse la yer…) Kanser bila dah kena, keluarga merana, isteri kena kanser suami merana, suami kena kanser isteri merana, kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer, Kesian anak2… Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..wau RM 5000, satu tumbang…tinggal RM 2500 jer.. dah la tak cukup…nak tanggung kos rawatan kanser lagik.. kalau takdak insurans…..masuk paper ler mintak derma.. tanggung sakit memang perit,

takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih, Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer, Kalau dah sampai ajal, pergi jua… Sekurang2nya kita mencuba dapatkan rawatan terbaik, Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri, sbb lambat dapat rawatan…why lambat ? tak der duit….. Suami-suami yang menyayangi isteri… Isteri - isteri yang menyayangi suami.. Lepas baca nukilan nih, bincang - bincanglah sesama sendiri, Suami belikan takaful untuk isteri… Takkan isteri nak beli untuk suami.. apa2 pun bolehlah… Sumber : Majlis Kanser Malaysia (MAKNA) - Takaful / Insurans hanya boleh dibeli dengan kesihatan, You mampu bayar RM 500 sebulan pun, bila dah sakit, orang tak pandang dah, Nukilan ni bukan nak perli saper2, Just nak bukak minda jer, mintak maaf kalau ada yang teraser, Sementara sihat, eloklah beringat… Bila dah sakit……Wallahulalam…. Ingat…..Kita bukan isteri mana - mana Perdana Menteri…hatta Menteri sekali pun….. Bersedia sebelum ditimpa MUSIBAH April 28, 2008 Remaja rayu ihsan beli kaki, tangan palsu KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki, Abdul Rashidi Abdul Kadir, 23, yang dilanggar lari tiga tahun lalu memohon bantuan orang ramai bagi membiayai kos mendapatkan kaki palsu kerana tidak mahu terus mensia-siakan zaman remajanya. Abdul Rashidi, yang ketika itu sedang menaiki motosikal dari Ayer Hitam ke Rengit sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan, berkata kakinya terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman di bahagian lain. Beliau berkata, walaupun menerima dengan reda bahawa kakinya perlu dipotong setahun selepas kemalangan itu namun timbul sedikit rasa terkilan kerana tidak ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan. “Sebelum kemalangan itu, saya bekerja di sebuah kilang di Kluang namun mereka tidak sedikitpun menziarah untuk bertanyakan keadaan saya. Jika ada pun bantuan, hanyalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi sumbangan hamper pada bulan puasa lalu. “Malah, usaha mendapatkan pampasan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) juga tidak berhasil kerana menurut mereka saya berada di luar waktu bekerja ketika kemalangan itu berlaku.” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini. Beliau menanam harapan yang tinggi agar dapat kembali bekerja kerana sejak kemalangan itu anak kelima dari enam beradik itu tidak berupaya melakukan apa-apa dan hanya menghabiskan masanya di rumah. Abdul Rashidi berkata, bapanya, Abdul Kadir Maidin, bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan bulanan RM850 manakala ibunya, Jaliah Mohsin, suri rumah. Selain Abdul Rashidi, dua lagi remaja yang terbabit dengan kemalangan jalan raya turut memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos kaki palsu yang mencecah RM7,800 iaitu Nur Azirah Abdul Razak, 23, dari Johor dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dari Kedah, Ismail Md Saad, 18. Seorang lagi remaja, Mohamad Khairul Affendi Abdullah, 19, pula terpaksa memberhentikan pengajiannya dalam kursus Elektrik di Yayasan Selangor selepas terbabit dalam kemalangan September lalu hingga menyebabkan beliau kehilangan tangannya hingga paras pergelangan. Anak bongsu daripada dua beradik itu kini bergantung hidup kepada ibunya yang mengusahakan kedai makan dengan pendapatan RM500 sebulan memandangkan bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas kemalangan itu, saya tetap berusaha mencari pekerjaan namun ia tidak membuahkan sebarang hasil dan ini menyebabkan saya hanya membantu ibu, Jamaiah, 46. “Saya berharap dapat kembali menyambung pelajaran ataupun mencari pekerjaan agar dapat bekerja seperti dahulu.” katanya yang kini sedang menanti keputusan melanjutkan pelajaran di Pusat Pemulihan Bangi dalam kursus Elektronik. Orang ramai yang prihatin dengan nasib menimpa empat remaja ini boleh menghantar cek kepada Tabung Kebajikan NSTP (dengan mencatatkan nama penerima di belakang cek) ke Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd(NSTP), Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau hubungi 0322822323. Sumber: Berita Harian - Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada peritiwa yang berlaku kepada kawan-kawan kita di atas. Mereka tidak inginkan perkara itu berlaku kepada mereka, begitu juga kita. Justeru marilah sama-sama kita memiliki perlindungan diri kita sendiri yang disediakan di Etiqa Takaful Berhad sebelum kita menerima MUSIBAH. Takaful kan ada April 28, 2008 Lindungi penjamin KERAJAAN diminta membuat kajian semula Akta Bankrapsi 1967 kerana ia telah memberi beban dan penderitaan kepada orang yang terlibat terutama kepada penjamin-penjamin yang tidak berdosa sedangkan peminjam bebas lepas. Apa yang berlaku kepada saya sekarang amat-amatlah mengecewakan dan masa depan saya cukup gelap kerana saya telah diisytiharkan bankrap kerana menjamin seorang peminjam Mara kira-kira 28 tahun lalu. Saya tidak pernah dimaklumkan, saya tidak pernah dipanggil oleh mana-mana pihak, baik mahkamah atau peguam yang mewakili Mara dalam menyelesaikan hal ini. Demikian juga dengan si peminjam, saya tidak tahu di mana dia berada sekarang sebab saya mengenali dia pada tahun 1980 semasa saya bertugas di Sungai Buloh, Selangor. Sekarang saya telah menerima padahnya, Mara telah menuntut pada saya dengan pelbagai tuntutan yang sudah pasti saya tidak mampu membayarnya. Saya beranggapan apabila saya bersara pada akhir tahun nanti, saya akan menerima sedikit imbuhan, tetapi apa boleh buat segala pampasan yang saya akan peroleh itu akan diambil terus oleh Mara melalui Jabatan Insolvensi. Itulah yang saya difahamkan. Apakah setelah saya berkhidmat 30 tahun dengan sempurna, ini balasan yang saya terima? Apakah saya akan menjadi peminta sedekah selepas bersara nanti? Itulah yang bermain di kepala saya masa kini. Siapakah akan menanggung anak-anak saya yang masih bersekolah nanti? Oleh itu, saya berharap kepada kerajaan, carilah jalan penyelesaian dalam masalah ini. – PENJAMIN TERANIAYA, Kota Bharu. Sumber : Utusan Malaysia - Dengan adanya perlindungan daripada Etiqa Takaful, maka anda akan menerima amaun simpanan yang cukup besar apabila bersara nanti. Maka segala hutang anda, bahkan hutang orang lain pun anda mampu membayarnya. Atas sebab apa lagi untuk tidak menyimpan di Etiqa Takaful Berhad? Adakah anda sudah membuat persediaan? April 28, 2008 Guru KAFA rayu bantuan JOHOR BAHRU 25 April - Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), Solehan Paiman, 33, yang menghidap kanser tengkorak merayu bantuan orang ramai untuk

membiayai kos pembedahannya yang dianggarkan berjumlah RM60,000 pada 2 Mei ini. Guru di Sekolah Agama Murni Jaya, Layang-Layang, Kluang itu berkata, setakat ini dia hanya mempunyai RM20,000 dan memerlukan RM40,000 lagi untuk membiayai kos pembedahan berkenaan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur. Menurutnya, wang RM20,000 itu merupakan sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) hasil kutipan zakat daripada orang ramai. “Saya merayu umat Islam lain termasuk syarikat swasta agar menghulurkan sumbangan bagi menampung kekurangan tersebut,” katanya. Solehan ditemui pada Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan Bank Simpanan Nasional (RM43,000), Mini Estet Al-Rahman (RM39,724) dan Bank Pertanian (Agro Bank) sebanyak RM20,765 kepada MAIJ di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini. Pada majlis itu, MAIJ turut menyampaikan sumbangan zakat kepada Solehan dan dua lagi penerima berjumlah RM70,000. Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Negeri Agro Bank, Abdul Malik Idris bagi pihak MAIJ. Katanya, dia disahkan menghidap kanser tengkorak oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 2006 dan kini menerima rawatan susulan di hospital berkenaan. “Kes saya kemudian dirujuk ke HUKM dan dikehendaki menjalani pembedahan pada 2 Mei ini,” katanya yang mempunyai isteri, Nohayati Taip, 28, yang sedang hamil anak sulung mereka. Solehan pernah memohon bantuan daripada orang ramai tetapi tidak berjaya. Dia yang akan dimasukkan ke wad HUKM pada 30 April ini, bagaimanapun melahirkan penghargaan kepada MAIJ atas sumbangan yang dihulurkan itu. Sumber : Utusan Malaysia - Buatlah persediaan dari sekarang dengan mengambil Medical Card daripada Etiqa Takaful Berhad. Anda tidak lagi perlu bimbang dengan kos rawatan yang semakin tinggi sekarang ini. Sila ke web http://www.djati.webs.com

Related Documents

Etiqa Takaful
May 2020 19
Etiqa Takaful
May 2020 19
Takaful
October 2019 32
Takaful
May 2020 23