KEMELUT JIWA Dalam melayari kehidupan ini Tiada apa yang tidak kita lalui Pahit manis percintaan insani Maupun alam rumahtangga yang penuh berduri Tapi kita masih mampu lalui bersama Walaupun ku tahu hatimu Penuh dengan rasa curiga Dalam gerakgeri diriku Tapi ketahuilah olehmu Aku tidak lagi mampu Mengubah suatu takdir Yang terjadi di antara kita Diriku tidak lagi layak bersamamu Selagi aku pendam segala rahsia ini Semakin sarat rasa bersalahku padamu Maafkan diriku kerana melukakanmu Betapa kemelut jiwa Yang melanda rumah tangga kita Umpama api dalam sekam Secara perlahan ianya membakar Tanpa disedari dan akhirnya Ia menjadi abu berterbangan Ditiup angina petang Berlalu pergi meninggalkan kesan Sangat pedih membara terbakar Jiwaku sakit derita yang ku rasai Tiada yang dapat kita lakukan lagi Demi sebuah rumah tangga Yang kita bina apa lagi dengan Hadirnya tiga orang cahaya mata kita Ianya lebih lagi membuat aku rasa bersalah Padamu, keluarga dan rakan-rakan kita Aku tahu betapa beratnya kau Menanggung semua bebanan ini Sekali lagi ku pohon pada mu Maafkan diriku Nukilan rasa: Roza A. R. Tarikh: 13 Ogos 1997