Kemasan: Tajul Ashikin Bin Hashim

  • Uploaded by: Ika Azman
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemasan: Tajul Ashikin Bin Hashim as PDF for free.

More details

  • Words: 944
  • Pages: 15
KEMASAN TAJUL ASHIKIN BIN HASHIM

JENIS KEMASAN Kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimmbangan kosnya.

 

 

Kertas pasir Penyumbat Cat Syelek

 

 

Varnis Lilin Lekar plastik Lekar

KERTAS PASIR Kertas las adalah pengemas yang juga dikenali sebagaikertas pasir atau kertas kaca. Antara kegunaannaya: Menghilangkan kecacatan dab tanda pada kayu. Menggosak kayu sehingga menjadi licin.

Saiz kertas las ditentukan mengikut nombor gred, iaitu: 00 0 1 2 3

- halus sekali - halus - sederhana - kasar - kasar sekali

TEPUNG PENYUMBAT 

 



Sesetengah permukaan kayu mungkin mengalami kecacatan seperti mempunyai lubang-lubang kecil ataupun lubang terjadi akibat ketidaksamaan semasa menghasilkan projek. Fungsi utama penyumbat adalah mengisi rongga-rongga dengan baik dan kekal. Penyumbat pada asasnya adalah serbuk mineral yang dicampur. Ia boleh menjadi pasir, silika, serbuk atau campuran daripada ‘carrier’-minyak, alkohol atau air, ‘binder’-gam, varnis@syelek. Pada masa kini, penyumbat datang dalam pelbagai warna yang mana boleh disesuaikan mengikut kesesuaian kayu yang digunakan. (untuk memilih penyumbat yang sesuai, pilih warna yang paling hampir dengan kayu)

CAT Cat ialah satu pengemas yang digunakan pada kayu dan logam. Tujuan mengecat adalah: Mencantikkan benda kerja Menutup kecacatan kayu Mencegah karat Mencegah reput Melindungi kayu Mewarnakan kayu Menyembunyikan ira kayu

Jenis-jenis cat ialah: Cat berkilau atau cat licau yang dibancuh dengan menggunakan turpentin Cat emulsi atau cat bauran yang dibancuh dengan menggunakan air

Kebaikan cat licau ialah: Cantik Berkilat Kalis air

CAT MINYAK Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan untu memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain. Fungsi cat ialah:  Melindungi bahan-bahan yang disebut di atas daripada kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya.  Mencantikkan pemandangannya.  Memudahkan proses pembersihan permukaannya. Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair.  Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink, dan lain-lain lagi.  Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat(binder) dan pelarut(thinner).  Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta mempunyai sifat kalisan dan kelicinan.  Pelarut berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentin, dan spirit putih.

CAT ALAS 





Cat alas disapu pada benda kerja untuk menutup lubanglubang kecil pada permukaan dan menjadi sebagai pengalas apabila cat lacau disapu ia akan kelihatan lebih licin dan berkilat. Permukaan yang disapu dengan cat alas perlu dilicinkan dengan kertas las setelah ia kering. Sebaik-baiknya warna cat alas mestilah sama atau hampir sama dengan cat licau yang akan digunakan.

CAT LICAU Cat licau ialah cat yang digunakan di atas cat alas. Jika digunakan dengan betul ia akan memberikan permukaan yang cantik dan berkilat. Jika permukaan memerlukan dua lapisan cat licau, lapisan pertama perlulah dilicikan dengan kertas las yang halus.

TURPENTIN Turpentin ialah pelarut untuk cat. Ia digunakan untuk mencauirkan cat dan membasuh berus cat. Selepas digunakan, berus cat perla dibersihkan dengan betul supaya ia dapat digunakan semula. Cara-cara membersih berus ialah:  Buangkan cat yang masih meekat pada berus dengan mengesat bulu berus pada perca kain, surat khabar lama atau pada tepi tin cat.  Basuh berus dengan turpentin dan buang cat yang masih melekat seberapa banyak yang boleh. Jika masih tidak bersih, ulangi proses ini beberapa kali.  Basuh berus dengan air dan sabun serta keringkan seberapa yang boleh.  Luruskan bulu berus dan setelah kering, balut dengan kertas minyak atau kertas aluminium.  Jika berus hendak disimpan buat sementara, rendam berus ke dalam pelarut.  Pastikan hujung berus tidak mencecah bekas simpanan.

SYELEK 





Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di asia tenggara. Resin syelek larut di dalam alkohol –methylated spirit. Cara mengilat kayu dengan syelek dinamakan french poloshing. Syelek boleh juga digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan dalam alkohol untuk digunakan, ataupun diseli secara bancuh siap. Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau cina. Jika di simpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

VARNIS 

 

Varnis mengandungi resin asli(congo, manila, kuari) atau resin tiruan (phenolics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering(linseed,tung) dan dicairkan dengan pelarut seperti turpentin tulin dan spirit supaya mudah di gunakan secara sapu atau sembur. Proses pengeringannya mengambil masa selama 12 jam hingga 24 jam. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air,oleh sebab itu sesuai digunakan pada kayu.

LILIN 



 



Ada 3 jenis lilin iaitu lilin keras (carnauba dan ceresine) lilin sederhana (lilin lebah) dan lilin lembut (parafin). Kemasan lilin dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentin dan menyapunya ke permukaan kayu supaya lilin dimasukkan kedalam ira kayu. Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika warna diperlukan, pewarna dilarutkan didalam turpentin sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacaukan serbuk pewarna dalam cecair lilin. Segala kerja hendaklah di buat jauh daripada api, oleh sebab turpentin digunakan sebagai pelarut dan turpentin ini sangat mudah terbakar.

LEKAR PLASTIK 





Lekar ini mengandungi resin yang terdiri dariada polyurethane, alkyd, urea dan lain-lain lagi yang akan mengeras melalui tindakbalas kimia dengan bahan pengeras (cacalyst) Ada beberapa jenis lekar plastik berupa lutsinar, berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan untuk kemasan dalam dan luar. Lekar ini setelah disapu atau disembur mengering dengan cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak dan bersifat merintang bahan kimia, pelarut, api dan sebagainya

LEKAR 

Lekar yang biasa digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose). Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner,boleh disapu atau pun disembur.

Related Documents

Kemasan
May 2020 36
Noor Ashikin
November 2019 18
Hashim Awang
October 2019 52

More Documents from "Kurnia Baso"

Doc1.docx
April 2020 7
Rph-rbt-tahun-5.docx
April 2020 14
December 2019 34