Kemahiran Mendengar & Membaca

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemahiran Mendengar & Membaca as PDF for free.

More details

  • Words: 1,102
  • Pages: 32
OLEH : PN. LENNY SHAFINAZ MD. YUSOFF SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

 Kawal tumpuan dan pemerhatian anda.  Tingkatkan minat kepada semua mata pelajaran.  Elakkan berbual-bual semasa guru menyampaikan maklumat.  Jangan malu mengemukakan soalan apabila anda tidak faham.  Berikan tumpuan sepenuhnya kepada tajuk yang sedang dibincangkan.

Apa yang diperlukan bagi mendengar dengan BERKESAN ?

 Sentiasa berfikiran terbuka ‘open minded’.  Jangan hiraukan gangguan otak. Dengar dengan penuh minat.  Anda perlu mendengar, bukan menilai.  Membaca terlebih dahulu bahan yang hendak diajar oleh guru.  Mencatat isi-isi penting menggunakan perkataan sendiri.

Apa yang diperlukan bagi mendengar dengan BERKESAN ?

Mendengar

merupakan satu proses menerima getaran bunyian yang sampai ke telinga Pendengar

yang baik perlu menghayati apa yang diperkatakan

Mendengar Dengan Aktif Dan Serius : 1. INTENSIF : Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh guru, dan dalam masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat.

Mendengar Dengan Aktif Dan Serius : 2. EMPATI : Pendengar perlu menganggap diri mereka sebagai guru. Sedia menerima maklumat, di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh guru.

 KEDUDUKAN

- Penglihatan anda terhadap guru perlulah jelas dan tidak terhalang.

 MAKLUM

BALAS – Sebagai tanda menunjukkan anda faham, bersetuju atau sebaliknya, anda perlulah memberi maklum balas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya.

 BERINTERAKSI

– Anda boleh bertanyakan soalan secara ikhlas tetapi bukan bertujuan untuk menguji guru tersebut atau untuk menonjolkan diri tanpa sebab.

 CATATAN

– Membantu pelajar mengingati semula apa yang dipelajari secara lebih berkesan dan juga membantu diri pelajar menumpukan perhatian.

Adakah anda boleh membaca perkataan itu ? Adakah anda faham maksud perkataan itu ?

Baca ayat seterusnya

Nandu hidup di dalam air Nandu ada sepit Adakah anda sudah dapat meneka maksud perkataan ‘NANDU’ itu ? Kalau tidak baca ayat seterusnya

Nandu jalannya mengiring Nandu mengajar anaknya berjalan betul

Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya : SQ3R,1H+5W, SKIMMING, SCANNING,KWLH dll.

‘Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984) ‘Reading can be seen as a process of recreating the text in the reader’s mind’ (WALTER1985)

Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat. Membaca dengan tidak memahami apa yang dilihat atau disebut bukanlah membaca. Ia hanya sekadar melihat atau menyebut simbol-simbol.

Mengetahui isi-isi penting. Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati. Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami.

Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.

Persediaan yang cukup. Tumpukan perhatian, minat dan fikiran. Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.

 Diperkenalkan

oleh Robinson

(1961).  Satu

kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

S

– Survey (Kaji)

Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q

– Question (Soal)

Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R

– Read (Baca)

Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

R

– Recite (Lafazkan semula)

Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R

– Review (Ulang)

Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat.

1. Sebelum anda membaca sesuatu atau belajar sesuatu, anda perlu tahu apa yang anda mahu cari sebenarnya, maklumat apa yang anda perlukan dan apa yang anda akan jumpa semasa anda membaca buku itu. 2. Sekiranya anda dapat berfikir sebegini, MINDA AKAN LEBIH FOKUS sebenarnya. 3. Tips penting : a. Baca tajuk buku/bab – fikir apa agaknya maksud tajuk itu. b. Baca arahan(pembuka kata/pengenalan) – setiap bab ada diselitkan ringkasan, dapatkan idea apa yang akan anda baca.

Tips penting : c. Perhatikan sebarang huruf yang besar/yang dihitamkan/digariskan. Merupakan petunjuk bahawa ia adalah penting. Jika diabaikan, mungkin akan tertinggal isi penting dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan. d. Perhatikan – gambar/ilustrasi mengenai bab yang akan dibaca. Ianya sangat membantu dalam memahami bab tersebut. e. Teka – apa yang akan anda baca sebentar lagi. f. Lihat soalan-soalan yang disediakan di akhir bab.

Bolehkah ayam mengeramkan telur itik? Apakah yang anda bayangkan…

1. Ada satu perkara ajaib mengenai soalan, soalan boleh membuat minda anda terbuka untuk mempelajari sesuatu. 2. Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya. 3. Apabila anda berminat untuk mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus. 4. Soalan membuat anda sedar apa yang anda cari, anda akan lebih mudah menjumpainya. 5. Soalan sebenarnya meningkatkan tahap ingin tahu dalam diri kita.

1. Membaca ada kaitan dengan berfikir. 2. Semasa membaca, anda perlu berfikir – ingat langkah-langkah dalam S dan Q tadi. 3. Aktifkan minda semasa membaca, cari jawapan kepada soalan yang anda fikirkan. 4. Apabila anda aktif berfikir semasa membaca, anda akan menumpukan sepenuh perhatian, dan minat anda untuk terus membaca juga akan semakin meningkat. 5. Apabila terjumpa dengan jawapan kepada soalan yang anda fikirkan, anda akan lebih mudah ingat.

6. Tips penting : a. Tuliskan soalan di atas kertas dan letakkan kertas di sebelah anda ketika membaca. Sekali-sekala, lihat semula kertas itu untuk mengingatkan diri anda kepada soalan-soalan tersebut. b. Jangan risau sekiranya anda rasa sukar, janggal atau tidak selesa pada permulaannya, merupakan perkara biasa. Teruskan menggunakan teknik ini, anda akan biasa, selesa dan seronok akhirnya.

1. Selepas habis membaca satu-satu bab, berhenti seketika dan cuba ingat semula apa yang telah anda baca. 2. Ingat semula soalan-soalan anda dalam langkah awal tadi dan cuba jawab soalan-soalan tersebut. 3. Jika tak ingat jangan teruskan membaca, semak semula. 4. Setelah yakin dan faham, serta dapat menjawab soalan tersebut teruskan membaca bab yang seterusnya.

1. Setelah habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan dalam minda anda. Jika rasa tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat berkenaan dan cari semula maklumat tersebut. 2. Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, bayangkan anda melihat tayangan gambar penerangan itu dari awal hingga akhir. 3. Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan. 4. Akhir sekali, tuliskan semula di atas kertas apa yang telah anda dapat atau ingat dari pembacaan anda tadi. ? Kelebihan

 Dapat

melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.

 Dapat

membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.

 Lebih

fokus terhadap apa yang kita baca.

Related Documents

Kemahiran Mendengar
October 2019 33
Kemahiran Membaca
October 2019 36
Kemahiran Membaca
April 2020 33
Kemahiran Membaca
May 2020 27