1.0
Pengenalan Di dalam perkembangan dunia pada hari ini, yang semakin maju dan serba moden,
bentuk komunikasi yang baik adalah sangat penting terutama di dalam sesebuah organisasi yang sering berhubung terus dengan pelbagai pihak samada dalaman dan juga luaran. Komunikasi juga merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Komunikasi melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu, kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada kadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut gagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah organisasi itu tidak mempunyai komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh itu, setiap yang berada dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang penting terutamannya dalam aspek komunikasi . 1.1
Definisi komunikasi Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris ‘communication.’ yang
bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat, ini dinyatakan oleh Jaafar Mohammad (1996), di dalam bukunya “Kelakuan Organisasi”. Komunikasi juga satu proses mengubah maksud daripada pengirim kepada penerima. Sesuatu maksud itu dipindahkan
menerusi medium misalnya panggilan telefon, memorandum, atau
perbincangan.
1
Komunikasi adalah proses menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk simbol dan isyarat samada secara lisan atau bukan lisan. Komunikasi adalah satu proses yang tiada permulaan dan pengakhiran. Ianya berjalan terus-menerus tanpa berhenti. Sesuatu komunikasi itu memberikan makna. Oleh itu, komunikasi ialah satu proses di mana sesuatu idea, nilai, dan sikap dipindahkan serta dikongsi oleh individu dengan individu yang lain. Apabila kita berkomunikasi kita ingin mewujudkan kesamaan dengan orang lain. Kita cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang yang terlibat dalam proses komunikasi itu. Pemikiran, kepercayaan, nilai-nilai sosial dan lafazkan kepada orang lain dengan mencari kesamaan ini. Komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindakbalas yang diharapkan” atau “penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui cara yang berkesan”. 2.0
Komunikasi Dalam Pendidikan Pendidikan satu bidang yang sangat memerlukan proses
baik.Tujuan
komunikasi
dalam
pendidikan
hubungan(interaksi) yang sempurna supaya
adalah
untuk
komunikasi yang mewujudkan
suatu
perkongsian idea,nilai dan sikap antara
individu dapat berjalan lancar. Setiap individu dapat menterjemahkan maklumat atau idea yang disampaikan dengan baik. Bagi mewujudkan perkongsian yang berkesan, murid perlu diberi ruang yang secukup untuk berkomunikasi.Bentuk komunikasi yang terdapat dalam
bilik
darjah
iaitu
melalui
2
percakapan,pendengaran,pengelihatan
penulisan,pembacaan,lukisan dan juga melalui gerak badan.Untuk itu dalam pendidikan punca-punca yang menjadi saluran komunikasi antara murid dengan guru juga antara murid dengan murid seharusnya diuruskan dengan teliti dan sempurna .Guru perlu memberi perhatian yang serius kepada saluran komunikasi murid ini. 3.0 ‘Mendengar’ Merupakan Salah Satu Aspek Dalam Kemahiran Komunikasi.
Kemahiran mendengar merupakan salah satu aspek dalam kemahiran komunikasi dan juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Mengikut Thomas Gordon (1970), pendengaran yang baik merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain menyelesaikan masalahnya. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis.
Ini
menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah.
Guru-guru menyatakan proses mendengar
merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran mendengar adalah juga merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan.
Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai
kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh guru atau pelajar lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar.
Kemahiran mendengar ini dimulakan pada
3
peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu. 3.1 Tanda-Tanda Pendengar Yang Kurang Baik Dalam kemahiran terdapat beberapa jenis Bentuk Kemahiran Mendengar, salah satu darinya adalah
Bentuk Kemahiran Mendengar secara pasif. Bentuk Kemahiran
Mendengar secara pasif adalah merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong pelajar mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka. Untuk memastikan proses komunikasi berjalan lancar dan berkesan di dalam bilik darjah, seharusnya seseorang guru
dapat mengenal pasti tanda-tanda tertentu yang
terdapat pada seseorang pelajar yang dikelaskan sebagai seorang pendengar yang kurang baik iaitu:-
Kelihatan Mengantuk Atau Tertidur Sering kali kedapatan masalah yang menimpa pelajar ialah rasa mengantuk atau tertidur yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian ketika mengikuti kuliah, mendengar ceramah atau mendengar penerangan guru. Ini mungkin disebabkan oleh penglihatan pelajar terhadap guru tidak jelas dan terhalang. Ini 4
seharusnya diselesaikan kerana pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian pelajar dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas. -
Tiada Maklum Balas: Pelajar tidak menunjukkan sebarang maklumbalas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya sebagai menunjukkan pelajar itu faham, bersetuju atau sebaliknya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.
-
Tiada Interaksi Dua Hala Pelajar tidak bertindak meminta ruang untuk mengemukakan sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan dengan maklumat kurang jelas yang disampaikan oleh guru. Pelajar yang melakukan aktiviti menyoal guru semestinya berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan. Proses berfikir ini mampu mengelakkan pelajar dari berkhayal atau fikiran yang merewang malah menguatkan lagi pendengaran mereka.
-
Tidak Terdapat Aktiviti Mencatat Nota Pelajar yang tidak mencatat sebarang nota boleh juga dikelaskan sebagai seorang pendengar yang kurang baik sebaliknya hanya sekadar berdiam diri, pura-pura mendengar. Pelajar yang bertindak mencatat atau menulis nota mampu mengelakkan diri mereka daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak
5
wajar. Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan. -
Mencelah Atau Menyampuk Pelajar yang bertindak mencelah atau menyampuk semasa guru sedang menyampaikan penerangan tanpa diberi ruang untuk bercakap juga merupakan seorang pendengar yang kurang baik. Pura-pura bertindak menyoal guru sedangkan soalan yang di majukan itu tidak berkaitan dengan topik yang sedang disampaikan. Soalan atau perkara yang disampaikan itu juga hanyalah berbentuk maklumat yang digunakan untuk mengkritik guru itu kembali.
-
Sibuk Bercakap Sesama Sendiri. Pelajar begini akan beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang menarik. Oleh itu mereka akan bertindak untuk berbual sesama sendiri dan hanya memberi tumpuan pada topik-topik tertentu sahaja. Keadaan begini kadangkala akan mengakibatkan suasana kelas menjadi bising dan boleh menjejaskan tumpuan pelajar lain terhadap maklumat yang sedang disampaikan oleh guru .
4.0 Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi Dalam Kalangan Murid. Proses komunikasi boleh ditingkatkan oleh guru di dalam bilik darjah supaya dapat melancarkan proses penyampaian maklumat terhadap pelajar untuk satu maksud pemahaman yang sempurna. Sutton,C(1975)
menggariskan
komunikasi
yang
berkesan
akan
menghasilkan
pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid.Beliau 6
menyatakan ianya berlaku melalui percakapan(Talking for meaning),menulis(Writing for meaning),mendengar(Active listening) dan pembacaan(reading for meaning). 4.1 Interaksi Antara Guru Dan Murid Di Dalam Bilik Darjah 4.1.1 Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan muridmurid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.
7
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana,
cekap
dan
optimis
dalam
menghadapi
sesuatu
situasi
serta
cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). 4.1.2
Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis.
Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya.
8
Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Guru-guru yang berusaha meningkat keberkesanan komunikasi mestilah bersifat intergratif dan mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut : -
Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid
-
Menerima perbezaan pendapat dari murid
-
Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna
-
Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah
-
Bersimpati dengan masalah murid
-
Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih
banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid.
Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975
9
(dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :
Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar
Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas
Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran
Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas
Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka. 4.1.3
Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan
Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah :
10
Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna.
Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.
Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya :
Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan
Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri
11
Memberi arahan secara lebih positif
Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif
Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :
Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid
Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur
Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan
Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid
Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran
Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid
Sentiasa mengulang isi-isi penting
Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran
Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas
12
Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" (Riwayat Al-Bakhari) "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya" (Riwayat Al-Tabrani) 5.0 Penutup Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh
13
berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.
14