Kemahiran Membaca

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemahiran Membaca as PDF for free.

More details

  • Words: 2,687
  • Pages: 13
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca

adalah

lanjutan

daripada

kemahiran-kemahiran

asas

seperti

mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu

pengetahuan

yang

tidak

dapat

diperolehi

menerusi

pengalaman-

pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambanglambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran. Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang

ekonomi

dan

sosial,

malah

sistem

persekolahan

menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

1

itu

sendiri

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] Takrif membaca Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya. Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda. Jenis peringkat membaca Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu; •

Bacaan mekanis (bersuara)



Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)



Bacaan intensif (mendalam)



Bacaan ekstensif (meluas)

BACAAN MEKANIS (BERSUARA) 2

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat. Oleh sebab itu, dalam mengajarkan ketrampilan ini, guru harus dapat memahamkan proses komunikasi dua arah. Lingkaran komunikasi belum sempurna sekiranya pendengar belum dapat memberi tanggapan secukupnya terhadap fikiran atau perasaan yang diekspresikan oleh pembaca. Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai ketrampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya ialah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Untuk membantu pelajar menangkap serta memahami maksud pengarang secara berkesan, ia haruslah boleh melakukan perkara-perkara berikut; 3

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

(a)

Menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas,

(b)

Menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain,

(c)

Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan penyusunan kata yang tepat dan sempurna,

(d)

Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya sehingga akhir dan tercapai tujuannya,

(e)

Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan tepat.

Oleh itu, bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna. Tujuan Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan; (a)

Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

(b)

Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.

(c)

Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.

(d)

Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.

(e)

Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.

4

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] (f)

Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.

(g)

Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

(h)

Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.

(i)

Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

Aktiviti bacaan mekanis Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis; (a)

Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.

(b)

Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataanperkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.

(c)

Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.

(d)

Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.

(e)

Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.

(f)

Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.

BACAAN MENTALIS / AKALIAH (KEFAHAMAN) Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata 5

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian besar hidup kita. Dibandingkan dengan membaca nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan membaca dilakukan, orang lain tidak terganggu. Dalam kehidupan yang sebenar, setiap anggota masyarakat membaca bahan-bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini dilakukan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Membaca secara perseorangan menuntut selera masing-masing dan ini disebut sebagai personalized reading. Pengajaran membaca seperti ini merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan satu pendekatan terhadap organisasi kelas. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus mencari, memilih, melangkah dan maju sendiri, program membaca perseorangan adalah satu strategi yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Biasanya, membaca dalam hati atau membaca senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu, bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis

ini dijalankan

sesudah

murid-murid

mencapai

kemahiran dan

kecekapan bacaan mekanis. Tujuan (a)

Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.

(b)

Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya, 6

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] (c)

Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

(d)

Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.

(e)

Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

Aktiviti bacaan mentalis (a)

Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.

(b)

Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.

(c)

Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.

(d)

Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

BACAAN INTENSIF (MENDALAM) Bacaan

intensif

adalah

bacaan

yang

pada

asasnya

bertujuan

memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian

terhadap

ciri-ciri

tatabahasa, 7

meneliti

pembentukan

dan

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang menyangkut bahasa ditegaskan. Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan. Bacaan

intensif

adalah

bacaan

yang

pada

asasnya

bertujuan

memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan

penuh

daripada

guru-guru

terutama

dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Konsep

8

menghadapi

dan

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] (a)

Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.

(b)

Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata.

(c)

Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

(d)

Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

(e)

Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Tujuan (a)

Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

(b)

Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

(c)

Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

(d)

Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.

(e)

Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.

(f)

Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

(g)

Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Aktiviti bacaan intensif

9

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] (a)

Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.

(b)

Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.

(c)

Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua ‘latihan perkamusan’, hari ketiga ‘latihan meneka maksud mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan sebagainya.

(d)

Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.

(e)

Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

PERBANDINGAN PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA Perbezaan Konsep

Tujuan

Bacaan mekanis Bacaan untuk menyuarakan

Bacaan intensif Bacaan untuk perkembangan

tulisan dengan sebutan yang

kebolehan dalam meneliti,

jelas dan terang

memahami dan mentafsir apa

Membaca dengan cekap dan

sahaja yang dibaca dengan tepat Membolehkan kanak-kanak

pantas

mentafsir apa yang ditulis dengan mengkaji susunan ayat 10

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] Peringkat

Cara membaca Cadangan

Lebih kepada peringkat asas

Lebih kepada peringkat yang lebih

kerana tertumpu kepada

mendalam kerana menganalisis,

permulaan membaca Bersuara secara jelas dan

memahami dan mentafsir ayat Senyap



aktiviti •

terang Beri petikan teks yang

yang sesuai dengan tajuk

Buat latih tubi baca

tugasan •

Pelajar merujuk kamus dan

yang sukar

buku bahasa yang berkaitan

Tunjuk cara contoh

tajuk

bacaan yang betul •

Pelajar membaca petikan

sesuai perkataan / rangkai kata •



Murid membaca dan guru



Guru beri pelbagai soalan sebagai latihan

memantau bacaan murid Kefahaman

Tidak menitikberatkan aspek

Lebih kepada pemahaman ayat

Bimbingan

kefahaman ayat Memerlukan bimbingan yang

Kurang diberikan bimbingan kerana

guru

kukuh bagi membina asas yang

asas

Kemahiran

kukuh Kemahiran sebutan dan intonasi

membaca sudah mantap Kemahiran faham, analisis dan

yang terlibat Cara

yang betul Menggunakan petikan yang

membuat rumusan Menggunakan petikan yang intensif

pelaksanaan

mudah dan laras bahasa yang

dan laras bahasa yang sederhana

Pemerolehan

mudah Tidak mendapat banyak ilmu

dan susah Banyak mendapat ilmu dan mudah

ilmu Kelajuan

dan info baru Tidak pantas

mendapat ilmu Pantas

membaca Huraian jadual perbandingan peringkat kemahiran bahasa; Terdapat banyak perbezaan yang boleh dilihat dalam kedua-dua peringkat bacaan iaitu bacaan secara mekanis dan bacaan intensif. Jadual di atas 11

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] menunjukkan perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya. Jika kita lihat dari segi konsep, kedua-dua jenis bacaan mempunyai perbezaan di mana pembacaan secara mekanis menumpukan kepada bacaan untuk menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, intonasi dan irama yang betul manakala

bacaaan

secara

intensif

merujuk

kepada

bacaan

bagi

memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja bahan yang dibaca dengan tepat. Bacaan secara mekanis lebih kepada bacaan yang berbentuk bacaan permulaan manakala bacaan intensif merujuk kepada peringkat selepas asas pembacaan telah kukuh. Perbezaan yang kedua yang wujud ialah dari segi tujuannya. Di dalam jadual menunjukkan bahawa tujuan utama bacaan mekanis adalah untuk membaca dengan cekap dan pantas manakala bacaan intensif adalah untuk membolehkan kanak-kanak mentafsir apa yang ditulis dengan mengkaji susunan ayat. Dalam hal ini kita lihat kemahiran yang terlibat berbeza antara satu sama lain dan tujuan kemahiran dibentuk juga mempunyai motif yang berlainan. Perbezaan yang ketiga iaitu perbezaan dari segi peringkat kemahiran. Bacaan mekanis menunjukkan bahawa peringkat bacaan baginya adalah di peringkat yang rendah, peringkat asas atau peringkat permulaan manakala peringkat intensif merujuk kepada peringkat yang lebih mendalam lagi kerana lebih kepada menganalisis, mentafsir dan membuat rumusan ayat itu, sama ada berkaitan dengan apa yang diperkatakan dalam ayat tersebut. Hal ini sudah menunjukkan bahawa perbezaan yang wujud adalah disebabkan oleh tahap kemahiran bacaan di mana kemahiran mekanis lebih kepada tahap pertama manakala kemahiran intensif lebih kepada tahap yang kedua atau ketiga. Keempat, perbezaan dari segi cara pembacaan. Pembacaan mentalis merujuk kepada pembacaan terang atau jelas mengikut irama dan yang selaras dengan penggunaan bahasa. Bagi pembacaan intensif pula pembacaan pula ia dilakukan secara senyap dan ditambah dengan analisis dan membuat rumusan. Kelima, perbezaan yang wujud pada peringkat membaca ialah dari segi kefahaman ayat. Bagi pembacaan mentalis pembacaan hanya tertumpu kepada cara menyebut sahaja akan tetapi bagi kefahaman yang tinggi. 12

pembacaan intensif memberikan

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED] Keenam, perbezaan daripada bimbingan guru. Jika kita lihat dalam jadual di atas menunjukkan bahawa peringkat mentalis lebih memerlukan guru berbanding dengan peringkat intensif. Hal ini demikian kerana pada peringkat mentalis, guru haruslah melibatkan diri sepenuhnya dalam porses membaca kerana ia boleh membetulkan apa yang salah dan membetulkan apa yang betul supaya murid-murid tidak tersalah menyebut dan sebutan ini dibuat mengikut sebutan yang betul. Hal ini berbeza dengan peringkat intensif di mana pada peringkat ini kanak-kanak lebih kepada ‘semi-bimbingan’ di mana bimbingan guru kurang diberikan kerana peringkat ini merupakan peringkat permulaan membaca secara berdikari. Kesimpulannya perbezaan yang ketara yang ditunjukkan di dalam jadual dari segi konsep, tujuan, cara membaca, tahap kefahaman adalah disebabkan oleh peringkat ataupun tahap yang diperlukan dan ianya merupakan satu latih tubi mengikut kesesuaian umur kanak-kanak. RUJUKAN Ab. Rahman Ab. Rashid. 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan Malaysia. Balakong, Selangor; Longman Malaysia Amdun Husain. 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. Siri Panduan Guru KBSR Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

13

Related Documents