Keluarga Dan Penjagaan Dalam

  • Uploaded by: nazril
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keluarga Dan Penjagaan Dalam as PDF for free.

More details

  • Words: 296
  • Pages: 2
KELUARGA DAN PENJAGAAN DALAM KOMUNITI: PERMASALAHAN DAN CABARAN BAGI PENJAGA PESAKIT MENTAL UKM-SK-05-FRGS0012-2006 Fatimah Abdullah Nor Jana Saim Nur Saadah Mohamad Aun Mohd. Suhaimi Mohamad ABTSRAK Perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia telah melalui cabaran semenjak 1980-an. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggubal Pelan Tindakan Kebangsaan bagi mengintegrasi perkhidmatan kesihatan mental menjadikan fokus rawatan pesakit-pesakit mental daripada penjagaan di institusi kepada penjagaan dalam komuniti. Pelbagai cabaran telah dan terpaksa dihadapi oleh pesakit dan keluarga mereka akibat stigma sosial yang masih menebal di kalangan ahli-ahli dalam komuniti. Selain itu kebanyakan anggota masyarakat masih belum bersedia menerima kehadiran para pesakit mental untuk kembali berfungsi dalam masyarakat. Keluarga pula dikatakan tidak mampu melaksanakan fungsi penjagaan apabila struktur dan organisasi keluarga telah berubah akibat pemodenan. Selain itu sumber-sumber yang keluarga ada khususnya kedudukan sosioekonomi dan struktur sosial di mana keluarga dan komuniti itu berada turut memainkan peranan penting. Sehubungan itu satu kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai pola penjagaan dalam komuniti yang dilakukan oleh keluarga yang mempunyai ahli yang mengidap penyakit mental. Turut disentuh ialah masalah dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga yang berkaitan. Klinik Kesihatan Kampung Simee, Ipoh Perak telah dipilih sebagai lokasi kajian. Klinik berkenaan menyediakan perkhidmatan rawatan rehabilitasi kepada pesakit mental yang tinggal bersama keluarga di sekitar bandaraya Ipoh. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian besar daripada penjaga berumur lebih 50 tahun dan 82 peratus berpendapatan sehingga RM1000 sebulan, termasuk tujuh peratus yang tidak ada pendapatan langsung (melainkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat). Hal ini tidaklah menghairankan kerana 59 peratus daripada penjaga hanya bersekolah hingga peringkat rendah sahaja. Justeru tentulah dapat dibayangkan bagaimana penjaga berhadapan dengan tekanan untuk

menyediakan penjagaan yang mencukupi untuk ahli keluarganya. Kajian ini mendapati bahawa beberapa dasar penting berkaitan dengan pengupayaan penjaga (carer) dan komuniti setempat sangat penting dalam memulihkan para pesakit dan meningkatkan kesejahteraan mereka.

Related Documents


More Documents from "Kumala Sari"