Kelebihan Solat Jemaah

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kelebihan Solat Jemaah as PDF for free.

More details

  • Words: 3,872
  • Pages: 11
>Kelebihan solat berjamaah dari sudut pandangan seorang bukan Islam. > Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Penyayang > Assalamu'alaikum para sahabat dan sahabiah sekelian. > > Marilah kita bersama-sama renungkan pengajaran daripada cerita >ini dan menyingkap sedikit ke dalam diri kita tentang sejauh mana kita >cuba menuruti perintah agama dalam mencari > kelebihan dalam setiap amalan kita, terutamanya solat(berjamaah). > > Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah > universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang >mengapa > disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat >berjamaah > tersebut dalam kehidupan umat Islam. > > Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada >dua cas > elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan >hidup manusia > setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak > menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran >cas-cas > positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas >tersebut di > dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan >lesu apabila > kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas >ini perlu > diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan >normal > supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti >lain > tanpa gangguan. Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu > persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, >disyariatkan, malah > sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan >mengapa > solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai >bilangan rakaat > yang tidak sama (Zohor - 4 rakaat, > > Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 >rakaat). > Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai >ilmu yang > tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian >tentang > perkara ini dan mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti harian >kita yang > memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi. Pertama sekali >beliau > mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan >fungsinya dalam > pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan >solat > berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan >barisan > (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam >bergeseran tubuh > kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, >tubuh > kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan >ditarik > oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah >lain juga > akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini >akan > ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. >Dengan ini > berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama >pergeseran > ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita. > > Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita >bangun dari > tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama >beberapa > jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas > positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita >mendirikan solat > Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cascas >dari dan > ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu >hanya dua > rakaat. Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, > membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang > dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita >memerlukan > pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan >peranan untuk > memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor > (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada > pemulihan cas-cas tadi. > > Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga > mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita >kehilangan > banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku >apabila > kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat. >Selepas > waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, >kita hanya > melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan >tenaga > dan masa yang diperuntukkan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak > terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan >pergi ke > masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), sebanyak tiga >rakaat. > Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan >terlalu > banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini

berlaku dalam jangka >masa yang > agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar). > > Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa >solat Isya' > mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan >banyak > aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan >cas-cas yang > banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah >di > sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita >umat Islam > sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan >bangun > semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, >terutamanya > solat sunat Tahajjud. Malah amalan solat ini menjadi kewajiban >bagi Nabi > s.a.w. dan para sahabat-sahabat Baginda serta para alim ulama. >Terlalu > besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu >diterangkan > di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, >solat Isya' > (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan >cas-cas > dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu > sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam >menghambakan > diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi. > > Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam >adalah satu > agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Ta'ala >mempunyai > hikmah yang ersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu >sendiri. > Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka >bumi ini > dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi > hidayah oleh Allah Ta'ala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah. > > "Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan >sesuatu itu > sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka", maksud firman >Allah dalam > surah Ali Imran. >

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM Akhlak mendapat kedudukan tinggi dalam Islam, ini dapat dilihat dari beberapa sudut : � Islam telah menjadikan akhlak sebagai illat ( alasan ) kepada agama Islam diturunkan. Hal ini jelas dalam sabda Rasulullah S.A.W : "Aku diutuskan hanyalah semata-mata unutk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia." � Islam menganggap orang yang paling tinggi darjat keimanannya ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Dalam hadis telah dinyatakan : " Telah dikatakan, Ya Rasulullah, mukmin yang manakah paling afdhal imannya? Rasulullah S.A.W bersabda : Orang yang paling baik antara mereka." � Islam telah mentakrifkan 'Ad-Din' dengan akhlak yang baik. Dalam hadis telah dinyatakan bahawa seseorang telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W : " Apakah 'AD-DIN' itu? Sabda Rasulullah : AKHLAK YANG BAIK." � Islam telah menganggap bahawa akhlak yang baik merupakan amalan yang utama yang dapat memberatkan neraca amal baik di akhirat kelak. Hal ini telah dinyatakan dengan jelasnya dalam hadis Rasulullah S.A.W : "Perkara yang lebih berat diletakkan dalam neraca hari akhirat ialah taqwa kepada ALLAH dan akhlak yang baik." �

Dalam ajaran Islam dinyatakan bahawa mereka yang berjaya memenangi kasih

sayang Rasulullah dan mendapat suatu kedudukan yang hampir dengan Rasulullah pada hari akhirat ialah orang yang lebih akhlaknya. Dalam hadis Rasulullah dinyatakan bahawa Rasulullah telah bersabda : " Yang paling ku kasihi di antara kamu, dan yang paling dekat kedudukannya padaku di hari qiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu." � Dalam Islam juga dinyatakan bahawa akhlak yang merupakan syarat untuk dapat membebaskan diri dari azab neraka,d an memenangi syurga. Dalam hadis Rasulullah telah dinyatakan bahawa orang telah berkata kepada Rasulullah S.A.W: " Bahawa si Polan sentiasa berpuasa pada siang hari dan sentiasa bangun malam untuk sembahyang sunat, tetapi beliau jahat akhlaknya kerana sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya." Rasulullah S.A.W bersabda : " TIDAK ADA KEBAIKAN PADANYA, DIA TERGOLONG GALAM AHLI NERAKA" � Rasulullah sentiasa berdoakan kepada Allah supaya memperbaiki akhlaknya, sedangkan baginda tergolong dalam golongan mereka yang baik akhlaknya. Doa baginda ialah : " Tuhanku, tunjukkan aku akhlak yang paling baik." � Allah telah memuji Rasul-Nya Muhammad S.A.W kerana akhlaknya yang mulia. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : " Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia." � Banyak terdapat ayat al-Quran yang menyentuh persoalan akhlak baik dengan cara memerintah supaya berakhlak mulia atau menegah dari akhlak yang rendah dan keji, sebagai contoh : a) b)

Berbuat baik kepada ibubapa Menunaikan janji

Assalamualaikum.. Untuk tatapan dan iktibar kepada wanita seperti anda. Yang dah pernah baca, baca semula dan ambil pengajaran dari yang tertulis. Maaf kerana mengganggu. Iqbal Abdullah "Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman

dibibirnya dan berbungalah hatinya.Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' keran sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Kemana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat

kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53 InsyaAllah, anda adalah bunga cempaka..

Wanita Ciptaan Istimewa 1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya. 4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur. 5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. 6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami. 7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki. 8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segalagalanya. 9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya. 10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya. 11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan. 12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya. 13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan. 14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.. 16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia. 17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya. 18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin. 19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia. 20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia. 21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya. 23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti. 24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan. 25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya. 26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. 27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan. 28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami. 29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. 30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya. 31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Untuk tatapan dan renugan kita bersama. >> >>"RUMAH HALAU PERGI, KUBUR KATA MARI" >> >>Assalamualaikum wrt >>********************************* >>Kisah Hassan Al-Basri, >>******************************** >> >>Pada suatu hari, terjadi suatu peristiwa yang sgt membekas pada >>dirinya..............Ditepi sungai Dajlah, Hassan Al-Basri melihat seorang >>pemuda duduk berduaan dengan seorang wanita. di samping mereka terletak >>sebotol arak. Hassan berkata, "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah >>baiknya kalau ia seperti aku!" tiba-tiba beliau melihat sebuah

perahu di >>tengah sungai perlahan-lahan tenggelam. lelaki yang duduk di tepi sungai >>tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir mati >>kelemasan. ia berhasil menyelamatkan enam dari tujuh penumpang perahu itu, >>kemudian ia berpaling ke arah Hassan Al-Basri seraya berkata, "Jika engkau >>memang lebih mulia dari saya, maka Dengan nama Allah, selamatkanlah >>seorang >>lagi yang belum sempat saya tolong.Engkau diminta untuk menyelamatkan satu >>orang saja, sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang." >> >>Namun sayang, Hassan Al Basri tidak berhasil menyelamatkan yang seorang >>itu. >>Maka lelaki itu berkata kepadanya, "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di >>samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air >>biasa, bukan arak. ini hanya untuk menguji tuan". >> >>Hassan Al-Basri terpegun, lalu ia berkata, "Kalau begitu, sebagaimana >>engkau >>telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, >>maka selamatkanlah pula saya dari tenggelam ke dalam kebanggaan dan >>kesombongan." orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan >>permohonan tuan." semenjak hari itu, Hassan Al-Basri selalu merendahkan >>diri >>bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang paling hina. >> >>Antara pengajaran dari kisah ini adalah: >>-jgn berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya >>-apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah, jgn kita >>-menghina orang itu (dan jgn pula kita redha dgn perbuatannya)serta cuba >>mencari keaibannya. kerana mungkin org itu jahil ttg perbuatannya itu >>sedangkan kita patut malu pada diri kita sendiri yg telah Allah >>-kurniakan ilmu ini masih juga melakukan perkara2 yg Allah larang. >> >>2 perkara yg patut kita ingat ttg diri kita ialah: >>perbuatan baik org pada kita dan perbuatan jahat kita pada org lain. >> >>2 perkara yg patut kita lupakan ialah: >>kebaikan kita pada org dan kejahatan org pada kita. >>*********************************************** >>Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami, ialah orang >>yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih >>memuji

>>Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat >>tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan yang penuh kecemasan dan >>pengharapan dan mereka membelanjakan (dijalan kebaikan) sebahagian dari >>rezeki yang Kami berikan kepada mereka. As-Sajdah ayat >15-16. >>

ILMU ITU CAHAYA JAHIL ITU BAHAYA > >Di akhir zaman ini ramai dari kalangan ahli abid >tertipu dengan banyaknya ibadah yang dilakukan. >Berlakunya ini semua kerana si ahli abid merasakan >setiap ibadah yang dikerjakan tanpa menyandarkan >perbuatan dan amalannya itu dengan izin dan rahmat >Allah jua. Tanpa keizinan Allah, tanpa rahmat dan >kasih sayang Allah serta tanpa kudrat dan Iradah dari >Allah swt, kita semua lemah tidak mampu berbuat >apa-apa. Kalau tidak Allah izinkan, hendak gerakkan >lidah untuk bertutur bicara pun kita tidak akan mampu >apatah lagi untuk duduk bangun, rukuk, sujud menyembah >Allah swt. > >Maka patutkah kita berbangga dan sombong dan berasa >hebat kiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam >melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu bangun >malam beribadah dan banyak sembahyang sunat hingga >kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah >atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat >kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk >beribadah, kalau kita bersembahyang, berpuasa, menutup >aurat, mampu menulis artikel dan sebagainya, apakah >itu semua keupayaan kita? Tidak itu semua dengan >rahmat dan kasih sayang Allah. Tanpa rahmat dan kasih >sayang Allah tentu kita engkar dan sesat seperti orang >lain juga. > > Ingatlah, pembaca budiman kiranya kita angkuh, riak, >ujub dan takabur dengan apa yang ada pada kita, tidak >mustahil suatu hari Allah akan tarik balik nikmat-Nya >yang dikurniakan kepada kita. > >Katalah ketika ini kita tergolong ke dalam golongan >orang yang berharta, kaya raya, harta melimpah ruah >kita pun tidak sedar diri. Kononnya kitalah manusia >yang paling mewah dan kaya raya di dunia ini. Hasil >dari sifat takabur dan angkuh itu sudah tentu kita >menjadi seorang yang kedekut, bakhil, tamak dengan >harta, mahu keluarkan sepuluh sen pun untuk membantu >anak-anak yatim dan fakir miskin fikir seribu kali. >Harta itu hanya pinjaman Allah, sekelip mata Allah >boleh papa kedanakan si kaya yang sombong. > >Andaikata seseorang itu dikurniakan ilmu kepadanya >sehingga dengan ikmunya itu jadilah dia orang

>terkenal, di sanjung di puja maka mulalah penyakit >hati menyerang jantung kalbunya jadilah dia seorang >ahli ilmu yang bongkak, rasa diri lebih, lebih bijak >dari orang lain, pandangan dan pendapat orang lain >semuanya salah, pandangannya sajalah yang tepat dan >betul. Golongan ini sungguh tertipu dan rugilah ia >kalau ia tidak cepat-cepat bertaubat. > >Walaupun kita menjadi seorang alim ulama atau penulis >artikel tapi itu semua bukannya membuktikan kehebatan >kita, bukan juga kepandaian dan kepintaran kita tetapi >itu semua rahmat dan pinjaman dari Allah semata-mata. >Itu satu amanah dari Allah, di akhirat kelak Allah >akan persoalkan�. "Ilmu yang penuh di dalam dadamu >wahai hambaku�. ke mana kamu salurkan? Adakah untuk >mengajak manusia menyembah Aku atau dengan ilmu itu >engkau menyesatkan dirimu juga orang lain?" > >Alangkah malangnya ketika itu kiranya jawapan demikian >kita persembahkan kepada Allah swt (kerana di akhirat >nanti tidak boleh lagi kita berbohong dan berselindung >apa-apa dari Allah): > >"Tuhanku, aku gunakan ilmu yang Engkau kurniakan >untukku dahulu ke jalan kemurkaan-Mu, dengan ilmu itu >kuambil peluang untuk mencari publisiti, cari nama dan >kemasyhuran, cari kemewahan, memandang rendah dan hina >pada si jahil yang sepatutnya aku yang >bertanggungjawab membasmi kejahilan di dada >hamba-hamba-Mu, semakin aku lupa pada-Mu, semakin eku >ego, sombong dan rasa diriku tuan, malah bila orang >lain sesekali buat kesalahan, aku hukum mereka, >seolah-olah aku Tuhan�.." > >Maka menangislah golongan ahli ilmu yang tertipu >dengan ilmunya itu. Menurut Matan Zubat: "Ahli ilmu >yang fasik akan dibenci Allah dan akan dihumbankan ke >dalam lubuk neraka lebih dahulu daripada orang kafir >penyembah berhala." Wal 'iyazubillah. > >Alangkah beruntungnya ketika Allah minta pengakuan >dari hambanya di Yaumil Mahsyar kelak kita dapat >menjawab sekurang-kurangnya begini: > >"Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan ilmu yang Engkau >kurniakan padaku, kugunakan sebaik-baik penggunaan. >Aku mengajak manusia yang jahil ke arah kebenaran, aku >menyeru umat manusia agar menyembah-Mu, sujud syukur >pada-Mu, aku mengajak manusia beriman pada-Mu, pada >Rasul-Mu dan pada hari kemudian, pada syurga dan >neraka-Mu, kuajak lagi manusia agar berfikir tentang >keagungan dan kehebatan-Mu menjadikan alam yang luas >terbentang ini�.." > >Begitulah jawapan orang yang alim yang terpimpin lagi >di kasihi Allah. Semakin berilmu semakin ia rendah >diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa >kalau hendak dibandingkan dengan orang lain,

>seringkali merasakan dirinya tiada apa-apa hanya yang >ada seribu kelemahan dan kekurangan. Inilah resmi >padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah. > >Selamatlah golongan ini. Ilmu yang beginilah yang >dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. >Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang >insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan. Ilmu >yang mengajak manusia mengenal dan mentauhidkan Allah. >Bukannya ilmu yang semakin didalami semakin ia lupa >pada Allah, semakin tinggi ilmunya semakin ia kufur >dengan Allah. > >Tanda ilmu itu tidak berkat, semakin kita menuntut >ilmu semakin angkuh dan sombong, samada dengan Allah >mahupun sesama manusia. Semakin berilmu semakin rasa >diri hebat, tidak langsung merasa hebatnya dan Maha >Kuasanya Allah. Semakin menuntut ilmu, penyakit hati >semakin tebal bersarang dalam dada seperti sombong, >ego, riak, ujub, takabur, merasa diri mulia, memandang >rendah pada orang lain dan sebagainya. Andai kata kita >tidak sempat bertaubat sedangkan dalam diri kita penuh >dengan penyakit-penyakit hati itu, ingatlah tempat >yang selayaknya adalah lubuk neraka yang terbawah >sekali. Lebih berat lagi para alim ulama yang tidak >beramal dengan ilmunya dan tidak menyampaikan ilmu >yang ada dalam dadanya pasti akan mendapat laknat >Allah. Mereka masuk neraka lebih dulu dari penyembah >berhala. > >Marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua menjadi >ahli ilmu yang bakal menerangi alam fana ini dengan >cahaya ilmu yang kita pelajari. > >Sematkan dalam dada dan hati: "Aku akan membasmi >kejahilan kerana kejahilan itu bahaya dan bisa >menjerumuskan diriku ke neraka dan bisa menghancurkan >perpaduan umat Islam di dunia ini." >

Related Documents

Kelebihan Solat Jemaah
November 2019 56
Solat Jemaah
December 2019 27
Kelebihan Bangun Solat Malam
November 2019 36
Solat
May 2020 29

More Documents from "mosipi72227"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31