Pengertian Solat Jemaah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengertian Solat Jemaah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,622
  • Pages: 10
Pengertian solat jemaah Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu: 1. Fardhu ain pada solat Jumaat; 2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan 3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan. Tuntutan berjemaah pada solat fardhu Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie. Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa. Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a: Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid. Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim) Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

KEUTAMAAN SOLAT JEMAAH

Jul 2, '07 1:34 AM for everyone

KEUTAMAAN SOLAT JEMAAH Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .” ( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )

Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang

© 2009 Multiply, Inc. MAKMUM MASBUK DAN MAKMUM MUAFIK 1. Makmum Muafik

Makmum Muafik ialah makmum yang sempat membaca Al-fatihah ketika imam masih berdiri. Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah kerana suatu keuzuran disebut juga Muafik Jika makmum Muafik belum selesai membaca Al-fatihah tetapi imam sudah rukuk. Makmum itu hendaklah menyelesaikan bacaan Al-Fatihah dalam masa imam melakukan tiga rukun iaitu rukuk, iktidal,Rukuk pertama Jika imam telah selesai melakukan tiga rukun itu tetapi makmum tersebut belum selesai membaca Al-fatihah makmum tersebut dianggap telah ketinggalan satu rakaat daripada imam dan wajib diganti selepas memberi salam. Mereka hendaklah meneruskan bacaan Al-Fatihah itu sehingga habis dan terus mengikut perbuatan imam sama ada bertasyahud atau berdiri pada rakaat yang lain. Apabila imam selesai memberi salam, makmum itu hendaklah menggantikan bilangan rakaat yang tertinggal. Ganjaran yang diterima oleh makmum muafik lebih baik daripada makmum masbuk.

2. Makmum Masbuk

Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah sebelum imam rukuk. Biasanya mereka berjemaah ketika imam rukuk atau sujud. Makmum masbuk hendaklah bertakbiratul ihram, kemudian terus rukuk atau sujud bersama imam. Jika mereka sempat rukuk dan tamakninah bersama imam,

mereka dikira mendapat rakaat bersama imam dan tidak perlu diganti rakaat tersebut. Jika tidak sempat rukuk dan tamakninah bersama imam, mereka dikira tidak mendapat rakaat tersebut bersama imam. Mereka hendaklah menggantikan rakaat tersebut selepas imam memberi salam. Jika makmum masbuk masuk berjemaah ketika imam sedang bertasyahud akhir, mereka hendaklah terus duduk mengikut imam selepas takbiratul ihram. Jika tidak sempat tamakninah bersama imam, mereka dikira berjemaah tetapi semua bilangan rakaat dalam solat itu hendaklah diganti

SOLAT Solat (bahasa Arab: ‫ ;صلة‬pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada. Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Syarat sah solat: 1. 2. 3. 4. 5.

Suci badan dari dua hadas besar dan kecil. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya. Menutup aurat. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya) Yakin masuk waktu solat.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

[sunting] Perkara-perkara yang membatalkan solat: 1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil. 2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa. 3. Makan/minum walau sedikit. 4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat). 5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah). 6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat. 7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada). 8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup. 9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain. 10. Meninggalkan rukun solat. 11. Murtad

[sunting] Rukun Solat Rencana utama: Rukun Solat Rukun solat ada 13: 1. Niat. 2. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). 3. Berdiri bagi yang mampu. 4. Membaca surah Al-fatihah. 5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru). 6. Iktidal dengan tama'ninah. 7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah. 8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. 9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. 10. Duduk dalam Tasyahhud akhir. 11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. 12. Membaca salam. 13. Tertib. Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan alquran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

Perkara-perkara sunat semasa solat 1. Sunat Hai'ah 2. Sunat Ab'adh

Perkara-perkara makruh semasa solat

• • • • • • • • • •

Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam). Memandang ke atas (mendongak). Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Berludah ke hadapan atau ke belah kanan. Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk. Bercekak pinggang. Menyinsingkan kain atau baju. Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan). Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air). Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Persediaan sebelum menunaikan solat • • •

• • •

Berpakaian sopan dan menutup aurat. Berwuduk. Duduk di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang). Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat. Iqamat dan membaca ayat Kursi,Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq,Surah AnNas(bagi menghalangi syaitan dan jin dari menganggu solat. Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat •

• •

Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang). Membaca Al-Quran Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.

SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuq. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat Solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah. Syarat-syarat sah solat berjemaah: 1. Berniat mengikut/menjadi imam. 2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam. 3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain. 4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya. 5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang. 6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam. 7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya. 8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan. Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan. Antara syarat untuk menjadi imam: • • •

Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum. Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain. Imam itu sudah mumaiyiz.

Related Documents

Solat Jemaah
December 2019 27
Kelebihan Solat Jemaah
November 2019 56
Solat
May 2020 29
Jemaah Islam
November 2019 39