Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

  • Uploaded by: Krull Hzm
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar as PDF for free.

More details

  • Words: 10,351
  • Pages: 57
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KURSUS : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG (GD 6233) SEMESTER 1 SESI 2006/2007 TAJUK PROJEK :

KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH : a) PERSEPSI GURU. b) PERSEPSI PELAJAR. PENSYARAH : PROF. PUAN SRI DR. FARIDAH KARIM DISEDIAKAN OLEH : ABU BAKAR BIN MOHD HUSAIN P 35I81

1. KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH-GURU a) Bilakah sesi kokurikulum dijalankan di sekolah? b) Bagaimana guru / penasihat kelab, persatuan, badan beruniform dilantik? c) Adakah guru / penasihat tersebut mempunyai latihan dalam aktiviti berkenaan? d) Siapa yang membuat perancangan aktiviti? Adakah ini sama untuk tiap-tiap tahun? e) Adakah dan sejauhmana guru / penasihat melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum? f) Adakah guru / penasihat jelas mengenai tujuan dan objektif kokurikulum yang dijalankan? g) Sejauhmana tujuan aktiviti kokurikulum tercapai? PELAJAR a) b) c) d) e) f) g) h)

Apakah sambutan pelajar terhadap jenis-jenis aktiviti kokurikulum? Adakah penyertaan dalam aktiviti tersebut kerana minat atau diwajibkan? Kerelevenan aktiviti ko kurikulum dalam masa senggang. Siapa yang menentukan aktiviti? Cadanagan untuk meningkatkan penyertaan dan aktiviti ko kurikulum. Adakah aktiviti sama setiap tahun? Peluang untuk bergaul dengan rakan sama etnik/etnik lain. Adakah aktiviti bermanfaat dan memberi pengetahuan/kemahiran baru?

PENGENALAN Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang memberi tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan untuk melahirkan seorang warganegara yang berketrampilan, bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju Wawasan 2020. Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi

muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum (akademik) dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani. “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990) Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah – sekolah di negara ini telah berubah. Pembentukan diri pelajar tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah tetapi sahsiah dan perawakan pelajar dididik melalui penyertaan aktiviti luar darjah iaitu aktiviti ko-kurikulum. Sekolah bukan sahaja tempat untuk mengasah minda pelajar bahkan sekolah berperanan untuk membentuk sahsiah para pelajar. Seorang cerdik pandai yang tidak beretika tidak memberi sebarang erti kepada masyarakat bahkan mendatangkan masalah pula kepada masyarakat dan negara. Pengelolaan ko kurikulum secara teratur dan sistematik akan membawa keberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara dan secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang ko kurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman. Ini mendorong mereka menghadapi dunia sebenar apabila mereka bergaul dengan masyarakat.

PERNYATAAN MASALAH. Jika dilihat pada sistem pembelajaran sekarang kokurikulum tidak dititikberatkan oleh pihak pentakbir sekolah, guru dan pelajar. Ini kerana ia bukanlah perkara utama yang dititikberatkan oleh sekolah. Sistem persekolahan yang menitikberatkan kecemerlangan akademik menyebabkan ko kurikulum diabaikan. Pelajar enggan dan kurang berminat dalam aktiviti ko kurikulum. Tambahan pula sikap sambil lewa guru dalam melaksanakan ko kurikulum itu menyebabkan ianya terabai. Ini adalah bertentangan dengan falsafah pendidikan negara yang ingin membangunkan jasmani, rohani, emosi dan intelek. Sedangkan dalam falsafah pendidikan itu jelas menunjukkan ko kurikulum memainkan peranan yang penting. Perlaksanaan kokurikulum memerlukan penglibatan guru. Fretwell(1931) menyarankan guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti ko kurikulum dengan sepenuh hati. Long (1977) menyatakan terdapat

masalah kekurangan masa selain

daripada tenaga terlatih yang terhad di bidang ko kurikulum. Masalah guru kurang terlatih juga disebut oleh Jonson dan Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum dijalankan dengan baik kerana setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih. Sistem pendidikan tradisional sebelum dikemaskinikan tidak begitu seimbang dan ianya terlalu mementingkan kecemerlangan akademik (pencapaian di dalam peperiksaan) sehingga membuatkan pelajar mengabaikan aktiviti luar bilik darjah sewaktu melalui proses pembelajaran.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenapasti kedudukan kokurikulum di sekolah-sekolah dalam konteks penyertaan dan penglibatan oleh pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti

gerak kerja kokurikulum yang telah diatur di sekolah-sekolah berkenaan. Kajian ini juga dilihat sebagai satu cara mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, dari kajian ini juga diharap dapat memberi petunjuk dan kekuatan sumbangan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah dari segi penglibatan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan gerak kerja kokurikulum kepada pembentukan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi mental, sosial dan emosi seperti mana yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Negara Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dialami ketika melaksanakan aktiviti gerak kerja ko kurikulum di sekolah. Ia juga mengenalpasti persepsi guru terhadap perlaksanaan ko kurikulum di sekolah. Selain dari itu persepsi pelajar tentang perlaksanaan ko kurikulum di sekolah juga diambil kira. Dapatan dari persepsi guru dan pelajar inilah boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi mengemaskini perlaksanaan ko kurikulum di sekolah. OBJEKTIF KAJIAN : Guru 1. Mengenalpasti tahap kemahiran guru dalam menguruskan ko kurikulum di sekolah. 2. Mengenalpasti perancangan aktiviti ko kurikulum di sekolah. 3. Menenalpasti penglibatan guru dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah. 4. Mengenalpasti sejauhmanakah aktiviti ko kurikulum itu tercapai Pelajar 1. Melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. 2. Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah.

3. Melihat sumbangan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kepada pelajar. 4. Memberi cadangan-cadangan untuk meningkatan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. BATASAN KAJIAN Kajian ini bukan satu kajian yang menyeluruh kerana bersifat tinjauan. Penyelidik membataskan kajian kepada guru-guru di tiga buah sekolah di daerah Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. Sekolah yang terlibat ialah SMK Rompin, SMK Agama Pahang, SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin. Responden dalam kajian ini adalah guruguru SMK Rompin, SMK Agama Pahang, SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin. Jumlah guru di SMK Rompin ialah seramai 88 orang SMK Agama Pahang seramai 75 orang dan SMK Seri Rompin seramai 43 orang dan SMK Perantau Damai seramai 85 orang. Sebanyak 57 soal selidik diberikan secara rawak kepada guru-guru dari sekolahsekolah berkenaan. Pemilihan sampel adalah berdasarkan rasional berikut iaitu bilangan sampel mencukupi dan dari pelbagai latarbelakang yang berbeza agar dapat mengelakkan bias semasa pemilihan. Pengkaji memilih sejumlah 57 orang sampel dari populasi kajian yang bersaiz N = 206 secara rawak. Hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada pelajar-pelajar bangsa lain dan dari tempat dan negeri yang lain. DEFINISI KOKURIKULUM Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan juga yang dilakukan diluar bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains, Geografi dan bahasa. Proses ini lebih dikenali sebagai mata pelajaran akademik. Manakala kokurikulum pula, sebahagian besarnya dilaksanakan di luar bilik darjah dan ada juga dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada asasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan

sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktivitit ini. Mengikut Md. Aris Mansor (1985) dalam Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, menyatakan kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak berasaskan mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerja kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran akademik. ( Ab. Halim Abdul Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Aktiviti ini juga dikenali kurikulum tersembunyi. Menurut Omar Mohd Hashim (1993), kokurikulum adalah masa senggang dalam konteks kehidupan harian, di mana masa senggang adalah suatu jangkamasa waktu seseorang itu bebas untuk mempertingkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang individu dan sebagai seorang anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum dalam konteks pendidikan adalah pembelajaran luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan pembelajaran masih berada dalam keadaan bebas, tidak formal dan tidak terkongkong. Kegiatan kokurikulum memberi peluang dengan lebih luas kepada pelajar untuk mempraktikkan pembelajaran dengan lebih mendalam.

PENGENALAN KEPADA KO-KURIKULUM Program ko-kurikulum sebenarnya merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah sama ada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Barsepadu Sekolah Menengah (KBSM). Secara praktisnya aktiviti ini dilakukan di dalam dan di luar bilik darjah. Aktiviti ko-kurikulum ini tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan. Oleh kerana itu, semua kegiatan ko-kurikulum adalah dijalankan di luar waktu persekolahan. Ko-kurikulum terdiri daripada beberapa kumpulan iaitu sukan, permainan, badan-badan

berpakaian

seragam,

kelab

dan

persatuan-persatuan.

Berdasarkan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pelajar-pelajar adalah digalakkan untuk menyertai sekurang-kurangnya salah satu kumpulan aktiviti di bawah: a. Membina kemahiran psikomotor dan efektif selaras dengan pembinaan sahsiah. b. Membina kualiti kepimpinan, nilai estetika, disiplin dan timbang rasa. c. Membina nilai-nilai yang diperlukan, seperti semangat kumpulan dan semangat kesukanan serta kesedaran sosial. d. Menseimbangkan perkembangan fizikal dan kerohanian untuk menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan berdikari. e. Memperoleh semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang bangsa dan mempunyai kesedaran dan identiti nasional.

Khidmat masyarakat

unit pakaian seragam

Matapelajaran Ko-kurikulum

Pengayaan

Kelab-kelab

Rekreasi -Pendidikan Jasmani, seni, muzik.

Rajah 1.1: Pembelajaran di dalam bilik darjah diperkukuhkan lagi melalui kegiatan kokurikulum.

Tujuan Perlaksanaan Ko-Kurikulum Kegiatan ko-kurikulum adalah bertujuan sebagai pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, sebagai pelengkap sistem pembelajaran dalam bilik darjah supaya menyuburkan lagi nilai murni, mengembangkan bakat dan sifat kepimpinan pelajar, dan memupuk sikap sedia berkhidmat di kalangan masyarakat pelajar. Menurut Eh Ah Meng di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Sebagai Suatu Proses: Asas Pendidikan 1”, ko-kurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja tersusun dan terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui pertubuhan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan unit permainan serta sukan. Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum menyediakan peluang bagi murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilainilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Ini bermakna, aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan dengan tujuan untuk menyediakan suatu wadah bagi membentuk etika seseorang pelajar itu. Jika dilihat kepada struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Rajah 1.1), kokurikulum dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu perkembangan diri individu. Tugas ko-kurikulum adalah berseiringan dengan pelajaran muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Ini membuktikan bahawa ko-kurikulum memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah lagi.

Rajah 1.2:Struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). KOMUNIKASI Kemahiran Asas (Membaca, Menulis dan Mengira) Bahasa

Matematik PELAJAR

MANUSIA DAN ALAM SEKITAR Kerohanian, Nilai dan Sikap, Seni,

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Rekreasi, Pendidikan Seni, Pendidikan

Kemanusian dan Alam Sekitar, Pendidikan Jasmani, Ko-kurikulum Agama Islam, Muzik, Pendidikan Moral, dan Alam dan Manusia

Sumber: Pendidikan di Malaysia, 1993:113

MATLAMAT KOKURIKULUM DIWUJUDKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Ini adlaah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras dengan laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pembelajaran 173 menyatakan: “ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau “esprit de corps” di antara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab , berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai”.

Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masing-masing dalam pendidikan. Aktiviti kokurikulum sukan bersama dengan unit beruniform dan persatuan ini telah diperuntukkan dalam peraturan-peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956. Pada tahun 1985, kegiatan ini diberikan peruntukkan waktu 60 minit seminggu dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan.

Dalam usaha untuk membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai perwatakan peribadi yang tinggi, ko-kurikulum memainkan peranannya yang tersendiri. Secara amnya kesemua gerak kerja ko-kurikulum adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri manusia yang berakhlak tinggi. Walau bagaimanapun matlamat aktiviti ko-kurikulum boleh diperincikan lagi kepada perkara-perkara seperti berikut: A. Menyemai Dan Memupuk Disiplin, Nilai Dan Sikap Positif Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara. Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sikap pelajar akan dibentuk dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk dengan aktiviti-aktiviti pasukan berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiar hidup dan sebagainya. B. Memupuk Semangat Kewarganegaraan Dan Perpaduan. Nilai-nilai yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan dan bekerjasama akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.

C. Menyemai Kesedaran Pelajar Terhadap Agama Dan Kepercayaan Kepada Tuhan.

Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni dan bersandarkan kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajarpelajar yang beragama Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkan ibadah, akidah dan akhlak bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan Islam, aspek moraliti dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan pengukuhan sahsiah.

D. Menseimbangkan Perkembangan Mental Dengan Perkembangan Rohani, Jasmani Dan Emosi Pelajar. Sekolah pada masa kini bukan hanya sebagai pusat perkembangan minda, tetapi juga pencetus kepada pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Oleh itu kokurikulum akan bertindak sebagai agen pemangkin pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat menyamai dengan perkembangan mental pelajar. E. Mengukuhkan Perhubungan Dan Pergaulan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Di Sekolah. Kebanyakan daripada aktiviti yang dilakukan di dalam ko-kurikulum adalah berlandaskan gerak kerja berkumpulan. Ini akan membina kemahiran untuk berinteraksi di kalangan pelajar dan juga mengeratkan perhubungan di antara mereka. Kesinambungan daripada itu juga pergaulan di kalangan pelajar dapat diperkukuhkan dan melahirkan pelajar yang ramah serta berhemah.

F. Mewujudkan Budaya Sekolah Yang Menarik Dan Menggembirakan. Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan kepuasan kepada pelajar. Pelajar tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik

yang berbentuk mantik dan statik. Pelajar boleh menikmati kepuasan dengan menyertai aktiviti yang diminati dengan cabaran. Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa matlamat utama ko-kurikulum ialah untuk membentuk personaliti pelajar yang berkemahiran tinggi dalam komunikasi, kepimpinan, keagamaan, kesukanan dan pemikiran.

OBJEKTIF KO-KURIKULUM Selain daripada matlamat-matlamat yang digariskan di atas ko-kurikulum juga adalah berhasrat untuk membolehkan pelajar: A. Meningkatkan Minat, Bakat, Kemahiran Dalam Bidang-Bidang Tertentu. Pelajar-pelajar adalah diberi peluang untuk memilih aktiviti ko-kurikulum yang diminati oleh mereka. Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti tersebut kerana mendapat kepuasan dan kegembiraan di hati mereka. Dengan menyertai aktiviti sebegini juga pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Dalam keadaan sebeginilah, iaitu dalam usaha untuk mengatasi cabaran, bakat para pelajar akan diasah terutama daripada aspek kepimpinan, pengurusan, membuat keputusan dan sebagainya. Serentak dengan itu kemahiran-kemahiran seperti kemahiran untuk berfikir, ikhtiar hidup dan lain-lainya akan diperolehi untuk dipraktikkan pada masa depan. B. Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Masa Lapang Dengan Aktiviti Yang Berfaedah Di Samping Membina Kesihatan Dan Kesejahteraan Diri. Banyak permasalahan sosial yang dihadapi oleh remaja adalah akibat daripada pengisian masa lapang dengan aktiviti yang tak berfaedah. Ini memudahkan pelajar untuk terjerumus ke lembah maksiat yang memudaratkan masyarakat. Oleh itu satu usaha perlu dilakukan untuk menganjurkan satu pengisian yang berfaedah kepada pewaris-pewaris negara ini. Usaha ini tentulah daripada pihak berwajib dengan dibantu oleh ahli

masyarakat yang prihatin. Sebagai suatu institusi pendidikan, maka sekolah boleh dijadikan wahana untuk mempraktiskan usaha ini. Aktiviti ko-kurikulum adalah salah suatu penyelesaian ataupun sebahagian daripada usaha yang telah dilaksanakan. Kokurikulum menyediakan aktiviti yang padat dan bermanfaat sebagai alternatif untuk mengisi masa lapang para pelajar. Penyertaan di dalam aktiviti ko-kurikulum dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. C. Membuat Kerja Khidmat Kepada Masyarakat. Sikap dan tingkah laku individu perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kalau di bangku sekolah tidak pernah melakukan kerja-kerja kebajikan, maka apabila dewasa nanti adalah susah dimulakan. Perasaan malu dan malas akan mula timbul. Kalau ini berlaku maka hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai. Sejajar dengan itu, gerak kerja ko-kurikulum diserapkan dengan elemen-elemen khidmat masyarakat. Setiap sub-unit ko-kurikulum akan diterapkan dengan unsur-unsur sebegini sebagai usaha untuk melahirkan rasa kebertanggungjawaban di kalangan pelajar-pelajar. Apabila pelajar sudah biasa dengan aktiviti ini maka kesedaran serta keinsafan akan timbul dan rasa kasih sayang ini akan menyerap masuk di sanubari masing-masing. Apabila sudah dewasa kelak mereka yang sudah biasa berbakti akan terus berbakti sama ada secara individu ataupun berkumpulan seperti yang dilakukan oleh Yayasan Salam Malaysia dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO). D. Memberi Sumbangan Kepada Sekolah. Jika dilihat kepada kurikulum terdahulu sebelum adanya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), tidak semua pelajar tidak diberi peluang untuk berbakti kepada sekolah. Sumbangan kepada sekolah bukan sahaja berbentuk material tetapi juga menaikkan nama sekolah dengan memenangi kejohanan atau mengaut sebarang anugerah serta pengiktirafan. Dalam gerak kerja kokurikulum, pelajar masing-masing berpeluang untuk berbakti kepada sekolah sama ada dengan sumbangan berbentuk fizikal dan bukan fizikal seperti menaikkan nama baik

sekolah. Aktiviti-aktiviti yang diatur banyak memberi ruang kepada pelajar seperti pertandingan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Gerak kerja gotongroyong pula banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Secara keseluruhannya, penglibatan pelajar dengan aktiviti ko-kurikulum itu sendiri sudah banyak membantu pihak sekolah iaitu menjadikan sekolah itu sebagai sekolah yang aktif. Ini akan menaikkan nama baik sekolah dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Ibu bapa akan berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang aktif dan bukannya ke sekolah yang pasif dan lembab. E. Meningkatkan Disiplin Diri. Disiplin adalah salah satu cabang pekerti yang mulia bagi seseorang insan. Disiplin mengajar erti sebuah kehidupan yang bertamadun dan mempunyai peraturan. Tanpa disiplin manusia akan hidup dengan maruah yang rendah dari maruah makhluk Tuhan yang dinamakan haiwan. Disiplin juga adalah salah satu ciri-ciri masyarakat yang berjaya.

Masyarakat

yang

berdisiplin

mudah

untuk

mencapai

kejayaan

dan

kegemilangan. Disiplin ialah suatu amanah kepada diri yang tidak boleh dipaksa dan dibuat-buat. Sehubungan itu aktiviti ko-kurikulum menitikberatkan soal disiplin ini. Unit berpakaian seragam menjadikan elemen ini sebagai identiti mereka. Semua aspek tingkah laku, gerak kerja, keterampilan, pembelajaran, pakaian dan segalanya bermula dan berakhir dengan disiplin. Begitu juga dengan gerak kerja lain samada rekreasi, pertubuhan, kelab atau persatuan juga mementingkan elemen ini. Ini adalah kerana tanpa disiplin, segala perancangan tidak akan dapat dilaksanakan. Tanpa disiplin juga keadaan akan menjadi tidak terkawal bahkan juga akan membawa kepada kemusnahan organisasi. Dengan ini, ko-kurikulum bertindak sebagai agen utama yang membantu pembentukan dan peningkatan disiplin pelajar di sekolah. Secara tidak langsung masalah sosial dapat dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan. F. Berhubung, Bergaul Dan Bersatu Padu.

Telah dijelaskan pada permulaan tadi bahawa kebanyakan atau hampir kesemua aktiviti ko-kurikulum adalah dilakukan secara berkumpulan iaitu memerlukan kerjasama dan semangat setiakawan. Kemahiran berinteraksi dapat diasah untuk mereka berhubung di antara satu sama lain. Dengan ini semangat muhibah dapat dipupuk untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira adat resam, agama dan pengkat. G. Meningkatkan Kerjasama Dan Sumbangan Dua Hala Antara Sekolah Dan Masyarakat. Sekolah merupakan gedung ilmu dan pusat pendidikan. Walau bagaimanapun di persekitarannya ada masyarakat yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Sekolah itu sendiri memerlukan sokongan daripada masyarakat. Tanpa kerjasama ini, fungsi sekolah tidak berjaya dilaksanakan. Menyedari akan hakikat ini, aktiviti ko-kurikulum telah disusun sedemikian rupa untuk bertindak sebagai pemangkin perhubungan dan kerjasama di antara sekolah dan masyarakat. Perhubungan yang dimaksudkan bukan sekadar perhubungan sehala, akan tetapi merupakan perhubungan dua hala yang membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Masing-masing mempunyai peranan sendiri. Konsep memberi dan menerima perlu dipraktiskan untuk meastikan kejayaan kerjasama ini. (Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 1993) METODOLOGI KAJIAN i. Reka Bentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk melihat kedudukan ko kurikulum di sekolah mengikut persepsi guru. Kajian yang berbentuk tinjauan ini diklasifikasikan oleh Mohd Majid (1998) sebagai

penyelidikan deskriptif. Kajian

bermatlamat untuk

mengumpul maklumat mengenai padangan guru mengenai kedudukan kokurikulum di sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik sepenuhnya yang ditadbir kepada 57 orang

guru. Cara ini juga membolehkan penyelidik mendapat maklumat dengan cepat dalam masa yang singkat memandangkan masa yang terhad. Kajian ini juga mengumpul maklumat 30 orang pelajar dari satu sekolah Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua responden adalah dipilih secara rawak.

ii. Populasi Dan Sampel Kajian Populasi kajian ini adalah seramai 1100 orang guru di sekolah menengah daerah Rompin Darul Makmur. Sampel adalah terdiri daripada 57 guru lelaki dan perempuan di SMK Rompin, SMK Agama Pahang, SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin. Jumlah guru di SMK Rompin ialah seramai 88 orang SMK Agama Pahang seramai 75 orang, SMK Perantau Damai 85 orang dan SMK Seri Rompin seramai 43 orang. Sebanyak 57 set soal selidik diberikan secara rawak kepada guru-guru dari sekolah-sekolah tersebut yang terdiri dari berlainan jantina diambil secara rawak berstrata untuk mengurangkan ralat persampelan dan diharap boleh mewakili populasi. Manakala responden bagi relajar pula hádala dari sebuah sekolah Populasi bagi kajian ini ialah murid-murid sekolah di Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua responden adalah dipilih secara rawak.

iii. Alat Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu;Guru

i.

Bahagian A – untuk mendapat maklumat latarbelakang seperti umur, jantina, pengalaman mengajar, kegiatan ko kurikulum dilaksanakan, perlantikan dan surat perlantikan

ii.

Bahagian B – adalah maklumat minat dan persepsi guru, tanggapan guru, perancangan ko kurikulum, penglibatan guru.

Pelajar i ii

Bahagian A : Demografi Bahagian B : Kedudukan Kokurikulum di Sekolah

iv. Tatacara Penganalisisan Data Penganalisisan data dibuat untuk mengetahui hasil kajian yang diperoleh daripada responden. Segala data dan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik diproses melalui program SPSS ( Statistical Package For The Social Sciences ). Analisis secara deskriptif dilakukan untuk mengetahui kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus setiap item soalan yang dijalankan serta latar belakang responden. Kesimpulan Bahagian ini telah menerangkan metodologi yang digunakan untuk menjalankan kajian untuk melihat kedudukan ko kurikulum di sekolah mengikut persepsi guru di samping mengenalpasti masalah-masalah yang dialami ketika melaksanakan aktiviti gerak kerja ko kurikulum di sekolah. Selain dari itu persepsi pelajar tentang pelaksanaan ko kurikulum di sekolah juga diambil kira. Dapatan dari persepsi guru dan pelajar ini boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi mengemaskini perlaksanaan ko kurikulum di sekolah.

DAPATAN KAJIAN KEDUDUKAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH-GURU Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian yang dibuat berdasarkan persoalan-persoalan kajian. Dapatan kajian adalah berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh guru-guru di dalam soal selidik. Pembentangan dapatan kajian diberikan dalam bentuk statistik deskriptif. Statistik deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan deskriptif akan memerihalkan taburan sampel mengikut jantina dan menjawab persoalan kajian berkaitan dengan kedudukan ko kurikulum di sekolah dari persepsi guru. Bagi menjawab persoalan kajian tentang kedudukan ko kurikulum di sekolah dari persepsi guru, penyelidik menggunakan interpretasi skor min seperti dalam Jadual 1 bagi menentukan tahap persepsi guru terhadap ko kurikulum.

4.1. Profil Sampel Responden Kajian 4.1.1

Jantina.

Kajian ini melibatkan 57 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di daerah Rompin. Sampel kajian terdiri daripada 23 lelaki (40.4%) dan perempuan 34 (59.6%) seperti dalam Jadual 1 dan sepertimana dipaparkan di dalam Rajah 1.

Lelaki perempuan Total

Frequency 23 34

Percent 40.4 59.6

57

100.0

Jadual 1

Jantina 70 60 50 40 30

Percent

20 10 0 Lelaki

perempuan

Jantina

Rajah 1.

4.1.2. Umur Umur responden adalah terdiri dari guru yang berumur 25 tahun sehingga ke 46 tahun. Guru yang berumur 35 tahun adalah merupakan yang paling ramai menjadi responden bagi kajian ini iaitu 8.8 %. Jadual 2 di bawah menunjukkan umur responden kajian. Manakala umur purata bagi responden kajian ialah 34 tahun sepertimana yang ditunjukkan oleh Rajah 2 dan Rajah 3.

Descriptive Statistics N umur

Minimum 57

Jadual 2

25

Maximum 46

Mean 34.42

umur 10

8

6

Percent

4

2

0 25

27

29

31

33

35

37

39

um ur

Rajah 2

36 34 32 30 28 26

Count

24 22 20 Lelaki

perempuan

Jantina

Rajah 3

42

44

46

4.1.3. Pengalaman Mengajar. Descriptive Statistics N Pengalaman mengajar Valid N (listwise)

Minimum 1

57 57

Maximum 21

Mean 8.82

Jadual 3. Merujuk pada Jadual 3 di atas min pengalaman mengajar guru yang terlibat sebagai responden adalah di tahap 8.82 tahun pengalaman mengajar dan pengalaman responden yang paling lama ialah selama 21 tahun.

Pengalaman mengajar 20

Percent

10

0 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10 11 12 13 14 16 17 18 21

Pengalaman mengajar

Rajah 4.

4.1.4. Pengalaman mengajar

Valid

1 2

Frequency 1 4

Percent 1.8 7.0

Valid Percent 1.8 7.0

Cumulative Percent 1.8 8.8

3

7

12.3

12.3

21.1

4

2

3.5

3.5

24.6

5

6

10.5

10.5

35.1

6

1

1.8

1.8

36.8

7

2

3.5

3.5

40.4

8

1

1.8

1.8

42.1

9

5

8.8

8.8

50.9

10

9

15.8

15.8

66.7

11

4

7.0

7.0

73.7

12

5

8.8

8.8

82.5

13

1

1.8

1.8

84.2

14

2

3.5

3.5

87.7

16

2

3.5

3.5

91.2

17

1

1.8

1.8

93.0

18

2

3.5

3.5

96.5 100.0

21 Total

2

3.5

3.5

57

100.0

100.0

Jadual 4.

4.2.DAPATAN DESKRIPTIF 4.2.1 Peratusan Responden Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Ko-Kurikulum Di Sekolah. Dapatan deskriptif seperti ditunjukkan dalam Jadual 5 memperihalkan gambaran profil sampel kajian dari segi peratusan responden terhadap pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Hasil dari dapatan tinjauan ini menunjukkan bahawa 45.6% sekolah melaksanakan ko-kurikulum pada hari Rabu, 19.3% melaksanakannya sepanjang tahun, 19.3% melaksanakannya pada hari Sabtu, 7% melaksanakan pada waktu petang dan 1.8% ko-kurikulum dilaksanakan dari Januari hingga Oktober.

Bilakah ko kurikulum dijalankan sepanjang tahun hari rabu sabtu jan-okt

Total

Percent

Frequency Percent 26

11

19.3 45.6

11

19.3

Ya

waktu petang Total

Frequency

32 25

56.11 43.94

57

100.0 57

Tidak Total

1.8 7.0

53

93.0 100.0

Jadual 5 4.2.2 Siapa yang melantik.

Gpk Koko Pentadbir pengetua ketua guru penasihat Total

Frequency 12 13 30 1

Percent 21.1 22.8 52.6 1.8

57

100.0

Jadual 6 Merujuk kepada Jadual 6 di atas peratusan terbesar tentang siapa yang melantik guruguru penasihat sukan dan permainan, badan-badan beruniform, kelab-kelab dan persatuan adalah Pengetua (52.6%), pentadbir sekolah (22.8%), GPK Ko kurikulum (21.1%) dan hanya 1% menyatakan Ketua Guru Penasihat. Di antara Pengetua, pentadbir dan GPK Ko kurikulum yang dimaksudkan ialah pengurusan sekolah, dicadangkan oleh Guru Penolong Kanan dan dilantik oleh Pengetua.

4.2.3 Surat perlantikan.

Jadual 7 Mengenai surat perlantikan pula, 56 % menyatakan ada surat perlantikan dan selebihnya tidak mendapat surat perlantikan iaitu 43.9% seperti di dalam Jadual 7.

4.3. MINAT DAN PERSEPSI GURU 4.3.1 Peratusan Respondan Terhadap Cara Lantikan Sebagai Guru Penasihat Ko-Kurikulum.

Dapatan dari Jadual 8 di bawah menunjukkan bahawa 73.7% responden bersetuju dan 8.8% sangat setuju dengan pemilihan/lantikan pentadbir sebagai guru penasihat dalam aktiviti ko-kurikulum. 10.5 % guru tidak pasti manakala 3.5% masing-masing tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Saya bersetuju atas pemilihan pentadbir terhadap tugas anda sebagai guru penasihat dalam aktiviti kokurikulum Sangat tidak setuju Tidak setuju tidak pasti setuju sangat setuju Total

Frequency

Percent

2

3.5

2

3.5

6

10.5

42

73.7

5

8.8

57

100.0

Jadual 8

Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi Frequency Sangat tidak setuju Tidak setuju tidak pasti setuju sangat setuju Total

Jadual 9

Percent 2

3.5

5

8.8

6

10.5

40

70.2

4

7.0

57

100.0

4.3.2 Profil Minat Responden Terhadap Kelab/ Persatuan / Ko Kurikulum. Dapatan dari Jadual 9 di atas menunjukkan bahawa 70.2% guru berminat dan 7.0% guru sangat berminat, dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi, 10.5 % guru tidak pasti, 8.8% guru tidak berminat dan 3.5% guru sangat tidak berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi. Perkaitan di antara umur guru atau pengalaman mengajar dengan minat terhadap kelab/persatuan/kokurikulum yang

diberi. Jadual 9 di bawah menunjukkan

bahawa pengalaman guru mengajar dan umur bukanlah faktor utama dalam membantu pihak sekolah mengaktifkan kelab/persatuan/kokurikulum kerana dapatan membuktikan bahawa bagi penyataan "Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi terdapat guru yang mempunyai pengalaman kerja selama 14 tahun dan 9 tahun bekerja memberi respon sangat tidak bersetuju dan min umur mereka adalah pada umur 35 tahun. Manakala untuk maklum balas sangat setuju bagi pernyataan di atas terdapat pelbagai tahap pengalaman guru mengajar bermula dari seawal 2 tahun mengajar sehinggalah ke 18 tahun mengajar dan min umurnya adalah pada umur 36 tahun. Walau bagaimanapun dari segi sisihan piawainya mempunyai serakan yang sangat tinggi iaitu 7.348. Bagi persepsi guru yang baru mengajar pula mereka masih ditahap pemerhatian dan tidak pasti oleh sebab itu pernyataan ini mereka lebih suka menanda tidak pasti.

Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokuriku lum yang diberi Sangat tidak setuju

Pengalaman mengajar 9 14 Total 3 5 7 8 Total 3 5 10 12 16 Total 3 4 5 6 7 9 10 11 12 13

Tidak setuju tidak pasti setuju Sangat setuju

16 17 18 21 Total 9 14 18 Total 2 1 2 3

Mean 32.00 38.00 35.00 26.00 30.00 33.00 39.00 34.40 27.00 32.00 35.00 35.00 37.00 32.50 27.00 29.50 31.50 31.00

N

Std. Deviation 1 1 2 1 1 1 1 5 1 1 1 1 1 6 4 2 4 1

. . 4.243 . . . . 7.162 . . . . . 3.886 1.826 2.121 3.786 .

31.00 33.67 34.75 38.00 37.25

1 3 8 4 4

. 1.528 1.488 1.414 3.304

42.00 45.00 45.00 43.00 45.50 34.53 35.00 42.00 41.00 36.00 44.00 29.00 26.67 26.00

1 1 1 1 2 40 1 1 1 4 1 1 3 1

. . . . .707 5.796 . . . 7.348 . . .577 .

Jadual 10

4.3.3 Penambahan Ilmu dan Kemahiran dalam Persatuan atau Kelab.

Sekiranya masa terluang, anda akan melayari internet atau apa sahaja pencarian ilmu untuk menguatkan serta menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda dalam persatuan atau kelab yang dipimpin Sangat tidak setuju Tidak setuju tidak pasti setuju sangat setuju Total

Frequency

Percent

5

8.8

10

17.5

15

26.3

24

42.1

3

5.3

57

100.0

Jadual 11 Dapatan dari Jadual 11 di atas menunjukkan bahawa majoriti guru-guru bersetuju bahawa penambahan ilmu dan kemahiran di dalam persatuan atau kelab yang dipimpin adalah perlu sama ada melalui internet atau apa saja sumber. 42.1% guru bersetuju dan 5.3% sangat setuju. 26.3% guru tidak pasti manakala 17.5% guru tidak bersetuju, 8.8% guru sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. 4.3.4 Kelayakan Dan Latihan Guru Penasihat Dalam Aktiviti Ko Kurikulum.

Frequency 6

Percent 10.5

Tidak setuju

21

36.8

tidak pasti

12

21.1

setuju

14

24.6

4

7.0

57

100.0

Sangat tidak setuju

sangat setuju Total

Jadual 12

Jadual 12 di atas menunjukkan persepsi guru terhadap cara pemilihan dan perlantikan di dalam menguruskan aktiviti-aktiviti ko kurikulum berdasarkan kelayakan dan latihan

guru iaitu 36.8 % daripada responden tidak setuju dan 10.5% menyatakan sangat tidak setuju. Manakala 21.1 % tidak pasti dan 24.6% bersetuju serta dan 7 % sahaja sangat setuju. Begitu juga latihan-latihan yang diperlukan di dalam mengendalikan aktivitiaktiviti kelab, persatuan atau unit-unit beruniform. 4.3.5 Adakah pemilihan yang dibuat mengikut tahap kemahiran dan pengetahuan guru terhadap persatuan/kelab/unit berunifom yang di tentukan?

Sangat tidak setuju Tidak setuju tidak pasti setuju sangat setuju Total

Frequency 4

Percent 7.0

10

17.5

17

29.8

23

40.4

3

5.3

57

100.0

Jadual 13

Berdasarkan Jadual 13 di atas 29.8% responden tidak pasti sama ada tahap kemahiran dan pengetahuan guru diambilkira di dalam proses perlantikan guru-guru di dalam persatuanpersatuan, kelab-kelab dan unit-unit beruniform. Manakala 40.4 % bersetuju dan 5.3% sangat setuju. Manakala 24.5 % yang lain tidak bersetuju.

4.3.6 Saya tidak berminat menjadi penasihat dalam aktiviti ko kurikulum kerana tugas sebagai guru akademik membebankan.

Frequency 4

7.0

23

40.4

tidak pasti

15

26.3

Setuju

12

21.1

sangat setuju

Jadual 14

Percent

Sangat tidak setuju Tidak setuju

Total

3

5.3

57

100.0

Jadual 14 menunjukkan 40.4% responden tidak bersetuju bahawa aktiviti-aktiviti ko kurikulum membebankan mereka dan menyebabkan mereka tidak berminat. Manakala 21.1 % responden bersetuju dan 26.3% tidak pasti.

4.4. TANGGAPAN GURU

4.4.1. Kesesuaian Masa

Masa kokurikulum sesuai dengan saya Sangat tidak setuju Tidak setuju

Frequency 2 5

Percent 3.5 8.8

tidak pasti

13

22.8

setuju

36

63.2

1

1.8

57

100.0

sangat setuju Total

Jadual 15 Persepsi guru terhadap kesesuaian masa aktiviti kokurikulum dijalankan dapat dilihat di dalam Jadual 15 di atas iaitu 63.2 % peratus bersetuju ia dijalankan pada masa yang sesuai. 22.8% tidak pasti dan 12.3% tidak setuju dan sangat tidak bersetuju.

4.4.2 Saya amat jelas dengan tujuan dan objektif aktiviti ko kurikulum dijalankan.

Sangat tidak setuju

Frequency 1

Tidak setuju

8.8

9

15.8

36

63.2

sangat setuju Total

1.8

5

tidak pasti setuju

Percent

6

10.5

57

100.0

Jadual 15 Majoriti responden bersetuju bahawa mereka jelas terhadap tujuan dan objektif aktivitiaktiviti kokurikulum yang dijalankan iaitu sebanyak 63.2% dan 10.5 % sangat bersetuju. Manakala 15.8% tidak pasti dan 10 .6% masing-masing tidak setuju dan sangat tidak setuju. 4.5. PERANCANGAN KO KURIKULUM 4.5.1. Perancangan Aktiviti Tahunan.

Ahli jawatankuasa persatuan/ kelab yang saya pimpin bersama-sama membuat perancangan aktiviti tahunan.

Sangat tidak setuju

Frequency 1

Percent 1.8

Tidak setuju

7

12.3

tidak pasti

9

15.8

37

64.9

setuju sangat setuju Total

3

5.3

57

100.0

Jadual 16 Dapatan yang diperolehi menunjukkan majoriti guru-guru iaitu 64.9% menyatakan mereka terlibat bersama merancang aktiviti tahunan persatuan/kelab atau aktiviti-aktiviti ko kurikulum yang lain seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 16 di atas .Manakala 15.8% tidak pasti dan 12.3% tidak setuju.

4.5.2. Saya turut serta bersama-sama pelajar membuat aktiviti yang dirancang. Frequency Tidak setuju tidak pasti setuju sangat setuju Total

Percent 4

7.0

7

12.3

44

77.2

2

3.5

57

100.0

Jadual 17 Berdasarkan kepada Jadual 17 di atas 77.2% dapatan atau majoriti guru menyatakan mereka turut serta bersama-sama pelajar di dalam membuat aktiviti yang dirancang dan 3.5% sangat setuju.

Ini menunjukkan tahap penyertaan guru dan

keterlibatan adalah tinggi. Ini mambantu mencapai matlamat sesuatu aktiviti yang dijalankan. 12.3% tidak pasti dan 7% yang lain tidak setuju.

4.5.3. Saya hadir di setiap aktiviti ko kurikulum.

Sangat tidak setuju

Frequency 1

Tidak setuju

Percent 1.8

4

7.0

tidak pasti

15

26.3

setuju

32

56.1

sangat setuju Total

Jadual 18

5

8.8

57

100.0

Matlamat sesuatu aktiviti ko kurikulum yang dilakukan boleh dicapai atau tidak bolehlah dilihat kepada tahap komitmen guru-guru. Jadual 18 menunjukkan persepsi guru-guru terhadap kehadiran mereka di setiap aktiviti ko kurikulum mencatat 56.1% bersetuju dan 8.8% sangat setuju. Manakala 26.3% responden menyatakan ketidakpastian dan 8.8% selebihnya tidak setuju. Kadar kehadiran responden boleh dikatakan tinggi kerana ini melibatkan seorang individu guru selama setahun sedangkan bagi satu-satu kelab atau persatuan terdapat dua atau tiga orang Guru Penasihat yang kehadiran mereka boleh digilir-gilirkan bagi setiap kali aktiviti diadakan. Oleh itu penglibatan guru adalah tinggi di dalam memastikan aktiviti itu berjalan dan mencapai matlamatnya. RUMUSAN Pada keseluruhannya, dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Melalui analisis deskriptif, didapati secara keseluruhannya

kegiatan

kokurikulum tidak dititikberatkan oleh pihak pentadbir sekolah walaupun guru-guru dan pelajar telah menunjukkan komitmen yang tinggi melalui kehadiran dan keterlibatan mereka. Ini kerana didapati peratus yang besar juga responden yang tidak pasti dan tidak bersetuju dengan matlamat dan tujuan yang jelas di sebalik pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika pentadbir sekolah berjaya menunjukkan kepentingan yang jelas kepada semua aktiviti tersebut dan merangka perancangan yang teliti termasuk pemilihan untuk dilantik memegang jawatanjawatan dan sebagainya. Sistem persekolahan yang menitikberatkan kecemerlangan akademik menyebabkan ko kurikulum diabaikan. KESIMPULAN DAN CADANGAN Data-data yang telah dikumpul telah dianalisis secara terperinci. Kaedah utama yang digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian ialah dengan mengaplikasikan kaedah frekuensi dan juga perbandingan min.

Dapatan kajian yang telah diperolehi akan dikupas berdasarkan pandangan tentang kaedah pelaksanaan dan masalah-masalah aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Beberapa jawapan kepada persoalan-persoalan berikut telah diperolehi. Aspek masa pelaksanaan aktiviti ko kurikulum kebanyakannya ialah ditetapkan pada hari Rabu setiap minggu. Kekerapan ini dilaksanakan secara selang-seli di antara aktiviti-aktiviti kelab, aktiviti-aktiviti persatuan akademik dan badan-badan beruniform. Di antara cadangan yang perlu diambilkira ialah faktor penglibatan murid secara menyeluruh memandangkan terdapat banyak kelab-kelab, persatuan-persatuan akademik dan badan-badan beruniform yang ditubuhkan. Penyertaan murid perlulah dipelbagaikan kerana kadang-kadang murid yang sama sahaja menyertai aktiviti-aktiviti ko kurikulum tersebut wal hal terdapat juga yang disebut sebagai 'the nerd' yang tidak sama sekali menghiraukan aktiviti-aktiviti seperti ini, walaupun ianya mendatangkan banyak faedah. Laporan akhbar menyatakan, Kementerian Pelajaran mulai tahun depan akan mengendalikan pengiraan markah bagi aktiviti ko-kurikulum pelajar yang memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kerjasama kedua-dua kementerian dalam menyelaras elemen ko-kurikulum di peringkat sekolah itu dibuat berikutan keputusan Kabinet untuk melaksanakan dasar 90:10 akademik dan kokurikulum bagi kemasukan pelajar secara pendekatan yang lebih holistik ke IPTA. Mulai tahun ini, kerajaan mensyaratkan pelajar mempunyai 10 peratus penyertaan dalam aktiviti ko-kurikulum untuk layak ke IPTA. (BERNAMA, 15.4. 2006, Kementerian Pelajaran Kendali Pengiraan Markah Kokurikulum Pelajar Ke IPTA, http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php)

Guru-guru penasihat aktiviti ko kurikulum kebanyakannya dilantik oleh pentadbir sekolah setelah diambilkira faktor kebolehan, minat dan keupayaan mereka. Untuk menambah keberkesanan tugas itu dilaksanakan pentadbir sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri perlulah mengambil apa-apa inisiatif menyediakan guru-guru ini dengan latihan formal dan diberi sijil kelayakan khas

pengendalian aktiviti-aktiviti ko kurikulum secara lebih meluas supaya kesemua sekolah mempunyai guru-guru yang mempunyai

latihan yang diperlukan tertamanya yang

melibatkan aktiviti-aktiviti yang tinggi risikonya seperti sukan air, terjunan dan sebagainya lagi. Surat perlantikan tidak begitu dititikberatkan oleh pentadbir sekolah sehingga hampir separuh guru-guru penasihat Ko kurikulum tidak memiliki surat perlantikan dari Pengetua. Ini bererti mereka menjalankan tugas secara arahan lisan sahaja tanpa surat perlantikan rasmi. Perancangan aktiviti tahunan pula dirancang oleh ahli-ahli jawatan kuasa masingmasing dan diperkemaskan oleh pentadbiran sekolah kususnya Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum atau Guru Penolong Kanan HEM. Untuk mengelakkan acara-acara yang sama sahaja setiap tahun supaya ianya pelbagai dan tidak membosankan program-program peringkat negeri atau kebangsaan perlu diperluaskan lagi. Oleh itu ramai pelajar berpeluang bertukar-tukar pengalaman dengan rakan-rakan dari negeri-negeri lain dan meningkatkan pendedahan diri mereka. Tahap penyertaan guru sangat tinggi di dalam kegiatan ko kurikulum yang diadakan bersama-sama pelajar. Kehadiran dan penglibatan semata-mata tanpa kemahiran-kemahiran yang perlu boleh menghadkan pencapaian pelajar di dalam aktivitiaktiviti ko kurikulum yang dipertandingkan. Oleh itu sejauhmana tercapai

matlamat

aktiviti-aktiviti ko kurikulum sangatlah bergantung kepada kesanggupan menyediakan guru-guru yang terlatih di dalam bidang ko kurikulum sepertimana guru-guru yang sama dilatih untuk mengajar di dalam kelas barulah ia bertepatan dengan falsafah pendidikan negara yang ingin membangunkan jasmani, rohani, emosi dan intelek. Sedangkan dalam falsafah pendidikan itu jelas menunjukkan ko kurikulum memainkan peranan yang penting. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain daripada tenaga terlatih yang terhad di bidang ko kurikulum.

Masalah guru kurang terlatih juga disebut oleh Jonson dan Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum dijalankan dengan baik kerana setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih.

DAPATAN KAJIAN KEDUDUKAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH- PELAJAR 1. Penyertaan dan penglibatan pelajar Kajian ini dijalankan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Masalah pelaksanaan kokurikulum yang turut menjadi perbincangan ialah masalah pennyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Sekiranya penyertaan dan penglibatan pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendaki, maka pelaksanaan kokurikulum tidak akan dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Hasil dari soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan didapati penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah baik. Ini berdasarkan kepada soalan yang diajukan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Jadual di bawah dapat menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan mendapat sambutan yang baik disebabkan oleh minat terhadap aktiviti yang dijalankan. Minat di sini boleh dijadikan satu faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang. Minat telah didefinisikan sebagai kesan tarikan kepada ciri-ciri aktiviti yang dilakukan dan keseronokkan yang diperolehi semasa melakukan aktiviti merupakan sumber

motivasi secara langsung. Minat juga diertikan keseronokkan seseorang melakukan sesuatu aktiviti dengan senang hati dan rela hati. Sekiranya seseorang itu tidak berminat dengan apa yang dilakukan ataupun terpaksa, maka ia akan memberi kesan yang negatif dan masalah-masalah lain akan timbul. Minat merupakan faktor utama dalam memastikan sesuatu aktiviti kokurikulum itu berjaya atau sebaliknya. Dalam jadual di bawah juga menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar bukan disebabkan oleh paksaan atau tindakan hukuman seperti denda dan sebagainya. Dapatan ini mungkin dapat dikaitkan dengan kesedaran dikalangan para pelajar akan kepentingan penglibatan pelajar di dalam kegiatan kokurikulum dalam membantu peajar untuk ke IPTA dan IPTS. Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum Item 1. 2. 3. 4.

Sentiasa hadir daam perjumpaan kokurikuum Menyukai aktiviti kokurikuum yang diadakan Berminat dan menyertai semua aktiviti kokurikuum Hadir kerana terpaksa

Tidak setuju (peratus ) 10

Setuju ( peratus ) 37

10

50

13

33

67

17

2. Masalah Penglibatan Pelajar Masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan merupakan satu isu yang sering menjadi sungutan kepada para guru. Ini sering berlaku terutamanya bagi sekolah-sekolah kurang menguatkuasakan penglibatan para pelajar dalam kegiatan kokurikulum yang di adakan sehingga terdapat sekolah untuk mengatasi masalah tersebut terpaksa menjalankan aktiviti kokurikulum pada sebelah pagi iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan waktu persekolahan terpaksa dilanjutkan untuk mengganti masa P&P tersebut.

Dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan tiada masalah berkenaan dengan penglibatan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Ini berdasarkan kepada jawapan oleh pelajar di mana sebahagain besar pelajar mengatakan bahawa waktu kokurikulum yang dijalankan seperti yang dijadualkan adalah sesuai dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan sesuai dengan waktu senggang/riadah pelajar itu iaitu sebanyak 40 peratus setuju dengan kenyataan tersebut. Meskipun begitu, ada peajar yang berpendapatan bahawa aktiviti yang diaksanakan sama setiap tahun dan mereka berpendapatan peru ada perubahan dan juga menambah aktiviti yang bersesuai dengan mereka terutama aktiviti yang bersifat “outdoor” yang agak mencabar. Kurangnya masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan juga mungkin ada kaitan dengan kesedaran para pelajar tentang kepentingan dan sumbangan-sumbangan yang diperolehi dari aktiviti-aktiviti kokurikulum yang disertainya terutama dalam proses pembelajaran sosialisasi para pelajar. Ini dapat dilihat daripada respons yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan para pelajar mengakui dari aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka telah memberi peluang kepada mereka untuk berjumpa, bergaul dan juga berinteraksi dengan rakan-rakan sama ada dari etnik yang sama atau etnik yang berlainan. Mereka juga berpendapat bahawa kegiatan kokurikulum juga telah menjadikan mereka manjadi seorang yang lebih berdikari, bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sama dari etnik yang sama atau yang berbeza. Sebanyak 53 peratus pelajar dari soal selidik ini mengakui bahawa banyak faedah dan manfaat yang diperolehi dari penglibatan dan penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang

diadakan. Mereka juga mengatakan

memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui aktiviti-aktiviti yang disertai. Jadual di bawah menunjukkan peratusan pelajar yang bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan berkenaan.

Kepentingan Dan Sumbangan Aktiviti Kokurikulum Kepada Para Pelajar Item 1. 2. 3. 4.

Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum memberi peluang untuk bergaul dengan rakan sama/lain etnik. Aktiviti kokurikulum telah menjadikan mereka lebih berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama dengan orang lain. Aktiviti kokurikulum telah banyak memberi banyak manfaat dan faedah. Aktiviti kokurikulum juga telah memberi pengetahuan dan kemahiran yang baru.

Setuju (peratus ) 47

sangat setuju ( peratus ) 30

47

50

40

33

53

30

3. Cadangan-Cadangan Meningkatan Penyertaan Dan Penglibatan Pelajar. Kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan akademik semata-mata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan ianya juga mengajar pelajar untuk bermasyarakat dalam masyarakat berbilang kaum. Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur melalui kecerdasan emosi (EQ). Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di tambah

dan diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan dapat menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain dari itu, para pelajar juga mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf padang sekolah. Bagaimanapun, sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti yang berbentuk aktiviti “outdoor” seperti perkhemahan, “jungle tracking”, mengembara dan juga aktiviti-aktiviti yang mencabarkan diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar di samping diadakan pertandingan-pertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukan dan permainan, kawat kaki juga pertandingan antara kelab dan persatuan.

Rumusan Dari dapatan-dapatan di atas, dapat disimpulkan bahawa penyertaan dan penglibatan serta minat para pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah di pengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan juga kemudahan dan perlatan yang lengkap. Di samping itu juga, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan dan penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dirancang bersama-sama dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Minat bukan sahaja oleh para pelajar malah guru penasihat juga harus mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikuum yang diceburinya di samping yang paling penting ialah guru juga harus mempunyai minat terhadap bidang kokurikulum tersebut. Jelaslah, aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI sebagaimana yang dikehendaki oleh

Falsafah Pendidikan Negara.

Kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada mata pelajaran teras yang diajar di dalam kelas. Kokurikulum sukan dan permainan misalnya merupakan kesinambungan daripada mata pelajaran pendidikan jasmani yang merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah. Kokurikulum merupakan suatu komponen pendidikan yang sangat

penting. Kegiatan-kegiatan kokurikulum mempunyai identiti, konsep, ciri-ciri, falsafah, matlamat serta objektifnya tersendiri.

RUJUKAN 1. Abdul Shukur Abdullah. 1997. Pengurusan Ko Kurikulum. Fajar Bakti. 2. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah (1990) 3. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah (1989), Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982) 5. Omar Mohd Hashim. 1993. Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. DBP.Kuala Lumpur.

MAKLUMAT DEMOGRAFI Arahan : Isikan maklumat seperti yang diminta. 1. Umur : ______ tahun 2. Jantina : Lelaki

Perempuan

3. Pengalaman mengajar __________ tahun 4. Bilakah kegiatan ko kurikulum dijalankan di sekolah anda ______________________________________________ 5. Siapa yang melantik anda sebagai penasihat kelab,badan berunifom dan persatuan. _________________________________________________________ 6.

Adakah anda mempunyai surat perlantikan sebagai penasihat ko kurikulum? ________________________________________________

PERLAKSANAAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH

Dengan mengikut skala 1- hingga 5 seperti yang di nyatakan

di bawah, nyatakan

pendapat anda terhadap masalah-masalah yang di nyatakan dengan menanda x pada kotak skor yang di beri. 1 2 3 4 5

Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

BIL

SOALAN MINAT DAN PERSEPSI GURU Saya bersetuju atas pemilihan pentadbir terhadap

1

tugas anda sebagai guru penasihat dalam aktiviti ko 2

korikulum Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum

3

yang diberi Adakah pemilihan yang dibuat mengikut tahap kemahiran dan pengetahuan guru terhadap

4

persatuan/kelab/unit berunifom yang di tentukan? Sekiranya masa terluang, anda akan melayari internet atau apa apa aje pencarian ilmu untuk menguatkan serta menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran

5

anda dalam persatuan atau kelab yang dipimpin Anda mempunyai sijil kelayakan dan latihan yang

6 7 8

cukup tentang persatuan/kelab/ unit berunifom anda TANGGAPAN GURU Masa kokurikum itu sesuai dengan saya Masa ko kurikulum itu mencukupi untuk pelajar Aktiviti kokurikulum yang saya jalankan memberi

9

impak yang baik keatas pelajar Saya amat jelas dengan tujuan dan objektif aktiviti ko

10

kurikulum di jalankan Aktiviti ko kurikulum yang saya lakukan mencapai

11

objektifnya PERANCANGAN KO KURIKULUM Perancangan dalam aktiviti persatuan dan kelab yang

1

2

3

4

5

saya jalankan sendiri tanpa pemantauan PK 12

KoKurikulum Ahli jawatankuasa persatuan/ kelab yang saya pimpin

13 14

bersama-sama membuat perancangan aktiviti tahunan. Aktiviti yang saya jalankan sama setiap tahun Saya turut serta bersama-sama pelajar membuat

15

aktiviti yang dirancang Perjumpaan ko kurikulum kelab/ persatuan saya di

16

adakan seminggu sekali PERANCANGAN KO KURIKULUM Saya tidak berminat menjadi penasihat dalam aktiviti ko kurikulum kerana tugas sebagai guru akademik

17

membebankan. Aktiviti yang di lakukan membosankan kerana saya tidak di beri pendedahan tentang aktiviti yang perlu di

18 19

lakukan serta tida pemantauan pihak pentadbir Saya hadir di setiap aktiviti ko kurikulum Sesi perjumpaan ko kurikulum bisanya di kendalikan oleh pelajar senior dan P&P tidak berlaku dalam

20

aktiviti ko kurikulum Saya tertekan jika berkhusus berkenaan ko kurikulum.

GD6283 : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG PROF. PUAN SRI DR. FARIDAH BT KARIM

TAJUK : KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Pengenalan Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang memberi tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan untuk melahirkan seorang warganegara yang berketrampilan, bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju Wawasan 2020. Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum (akademik) dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.

Definisi kokurikulum Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan juga yang dilakukan diluar bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains, Geografi dan bahasa. Proses ini lebih dikenali sebagai mata pelajaran akademik. Manakala kokurikulum pula, sebahagian besarnya dilaksanakan di luar bilik darjah dan ada juga dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada asasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktivitit ini. Mengikut Md. Aris Mansor (1985) dalam Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, menyatakan kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak berasaskan mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerja kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran akademik. ( Ab. Halim Abdul Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman

pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Aktiviti ini juga dikenali kurikulum tersembunyi. Menurut Omar Mohd Hashim (1993), kokurikulum adalah masa senggang dalam konteks kehidupan harian, di mana masa senggang adalah suatu jangkamasa waktu seseorang itu bebas untuk mempertingkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang individu dan sebagai seorang anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum dalam konteks pendidikan adalah pembelajaran luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan pembelajaran masih berada dalam keadaan bebas, tidak formal dan tidak terkongkong. Kegiatan kokurikulum memberi peluang dengan lebih luas kepada pelajar untuk mempraktikkan pembelajaran dengan lebih mendalam.

Matlamat Kokurikulum di wujudkan di sekolah-sekolah Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Ini adlaah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras dengan laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pembelajaran 173 menyatakan: “ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau “esprit de corps” di antara muridmurid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab , berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai”. Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masingmasing dalam pendidikan. Pendidikan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah mempunyai matlamat seperti berikut:

1. Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda. 2. Menggalakkan peningkatan disiplin pelajar. 3. Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal. 4. Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sosial dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. 5. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan. 6. Mewujudkan perimbangan antara perkembangan intelek dengan perkembangan jasmani, rohani dan emosi. 7. Mengisi masa lapang dengan berfaedah. 8. Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum. Gerak kerja kokurikulum di sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab perguruan dapat dikategorikan kepada tiga jenis atau bidang iaitu : 1. Unit beruniform / pasukan pakaian seragam 2. Kelab atau persatuan 3. Sukan dan permainan. Aktiviti kokurikulum sukan bersama dengan unit beruniform dan persatuan ini telah diperuntukkan dalam peraturan-peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956. Pada tahun 1985, kegiatan ini diberikan peruntukkan waktu 60 minit seminggu dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan.

Pernyataan masalah Sistem pendidikan tradisional sebelum dikemaskinikan tidak begitu seimbang dan ianya terlalu mementingkan kecemerlangan akademik (pencapaian di dalam peperiksaan) sehingga membuatkan pelajar mengabaikan aktiviti luar bilik darjah sewaktu melalui proses pembelajaran. Mereka enggan atau kurang berminat melibatkan diri di dalam gerak kerja kokurikulum ini. Oleh yang demikian, perancangan pendidikan yang lebih seimbang dan sempurna telah dilaksanakan

untuk memperbaiki keadaan ini dan seterusnya mengembangkan sifat-sifat yang ebih sempurna dan menyeluruh bagi pelajar-pelajar.

Tujuan kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenapasti kedudukan kokurikulum di sekolah-sekolah dalam konteks penyertaan dan penglibatan oleh pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum yang telah diatur di sekolah-sekolah berkenaan. Kajian ini juga dilihat sebagai satu cara mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, dari kajian ini juga diharap dapat memberi petunjuk dan kekuatan sumbangan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah dari segi penglibatan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan gerak kerja kokurikulum kepada pembentukan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi mental, sosial dan emosi seperti mana yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Negara Malaysia.

Objektif kajian Antara objektif-objektif kajian adalah: 5. Melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. 6. Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. 7. Melihat sumbangan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kepada pelajar. 8. Memberi cadangan-cadangan untuk meningkatan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah deskriktif jenis tinjauan melalui satu set soal selidik. Kaedah tinjauan dianggap kaedah yang paling sesuai digunakan dalam kajian ini untuk memerihalkan kedudukan kokurikuum di sekoah. Kaedah ini dipilih kerana ramai responden yang boleh diambil berbanding dengan kaedah lain.

Populasi dan responden kajian Populasi bagi kajian ini ialah murid-murid sekolah di Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua responden adalah dipilih secara rawak.

Dapatan Kajian 1. Penyertaan dan penglibatan pelajar Kajian ini dijalankan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Masalah pelaksanaan kokurikulum yang turut menjadi perbincangan ialah masalah pennyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Sekiranya penyertaan dan penglibatan pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendaki, maka pelaksanaan kokurikulum tidak akan dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Hasil dari soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan didapati penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah baik. Ini berdasarkan kepada soalan yang diajukan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Jadual di bawah dapat menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan mendapat sambutan yang baik disebabkan oleh minat terhadap aktiviti yang dijalankan. Minat di sini boleh dijadikan satu faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang. Minat telah didefinisikan sebagai kesan tarikan kepada ciri-ciri aktiviti yang dilakukan dan

keseronokkan yang diperolehi semasa melakukan aktiviti merupakan sumber motivasi secara langsung. Minat juga diertikan keseronokkan seseorang melakukan sesuatu aktiviti dengan senang hati dan rela hati. Sekiranya seseorang itu tidak berminat dengan apa yang dilakukan ataupun terpaksa, maka ia akan memberi kesan yang negatif dan masalah-masalah lain akan timbul. Minat merupakan faktor utama dalam memastikan sesuatu aktiviti kokurikulum itu berjaya atau sebaliknya. Dalam jadual di bawah juga menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar bukan disebabkan oleh paksaan atau tindakan hukuman seperti denda dan sebagainya. Dapatan ini mungkin dapat dikaitkan dengan kesedaran dikalangan para pelajar akan kepentingan penglibatan pelajar di dalam kegiatan kokurikulum dalam membantu peajar untuk ke IPTA dan IPTS. Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum Item 1. 2. 3. 4.

Sentiasa hadir daam perjumpaan kokurikuum Menyukai aktiviti kokurikuum yang diadakan Berminat dan menyertai semua aktiviti kokurikuum Hadir kerana terpaksa

Tidak setuju (peratus ) 10 10 13

Setuju ( peratus ) 37 50 33

67

17

2. Masalah penglibatan pelajar Masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan merupakan satu isu yang sering menjadi sungutan kepada para guru. Ini sering berlaku terutamanya bagi sekolahsekolah kurang menguatkuasakan penglibatan para pelajar dalam kegiatan kokurikulum yang di adakan sehingga terdapat sekolah untuk mengatasi masalah tersebut terpaksa menjalankan aktiviti kokurikulum pada sebelah pagi iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan waktu persekolahan terpaksa dilanjutkan untuk mengganti masa P&P tersebut. Dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan tiada masalah berkenaan dengan penglibatan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Ini berdasarkan kepada jawapan oleh pelajar di mana sebahagain besar pelajar mengatakan bahawa waktu kokurikulum yang dijalankan seperti yang dijadualkan adalah sesuai dan aktiviti kokurikulum

yang dijalankan sesuai dengan waktu senggang/riadah pelajar itu iaitu sebanyak 40 peratus setuju dengan kenyataan tersebut. Meskipun begitu, ada peajar yang berpendapatan bahawa aktiviti yang diaksanakan sama setiap tahun dan mereka berpendapatan peru ada perubahan dan juga menambah aktiviti yang bersesuai dengan mereka terutama aktiviti yang bersifat “outdoor” yang agak mencabar. Kurangnya masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan juga mungkin ada kaitan dengan kesedaran para pelajar tentang kepentingan dan sumbangansumbangan yang diperolehi dari aktiviti-aktiviti kokurikulum yang disertainya terutama dalam proses pembelajaran sosialisasi para pelajar. Ini dapat dilihat daripada respons yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan para pelajar mengakui dari aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka telah memberi peluang kepada mereka untuk berjumpa, bergaul dan juga berinteraksi dengan rakan-rakan sama ada dari etnik yang sama atau etnik yang berlainan. Mereka juga berpendapat bahawa kegiatan kokurikulum juga telah menjadikan mereka manjadi seorang yang lebih berdikari, bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sama dari etnik yang sama atau yang berbeza. Sebanyak 53 peratus pelajar dari soal selidik ini mengakui bahawa banyak faedah dan manfaat yang diperolehi dari penglibatan dan penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan. Mereka juga mengatakan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui aktiviti-aktiviti yang disertai. Jadual di bawah menunjukkan peratusan pelajar yang bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan berkenaan. Kepentingan dan Sumbangan Aktiviti Kokurikulum kepada para pelajar Item 1. 2. 3. 4.

Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum memberi peluang untuk bergaul dengan rakan sama/lain etnik. Aktiviti kokurikulum telah menjadikan mereka lebih berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama dengan orang lain. Aktiviti kokurikulum telah banyak memberi banyak manfaat dan faedah. Aktiviti kokurikulum juga telah memberi pengetahuan dan kemahiran yang baru.

Setuju (peratus ) 47

sangat setuju ( peratus ) 30

47

50

40

33

53

30

3. Cadangan-cadangan meningkatan penyertaan dan penglibatan pelajar.

Kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan akademik semata-mata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan ianya juga mengajar pelajar untuk bermasyarakat dalam masyarakat berbilang kaum. Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur melalui kecerdasan emosi (EQ). Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di tambah dan diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan dapat menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain dari itu, para pelajar juga mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf padang sekolah. Bagaimanapun, sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti yang berbentuk aktiviti “outdoor” seperti perkhemahan, “jungle tracking”, mengembara dan juga aktiviti-aktiviti yang mencabarkan diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar di samping diadakan pertandingan-pertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukan dan permainan, kawat kaki juga pertandingan antara kelab dan persatuan.

Rumusan Dari dapatan-dapatan di atas, dapat disimpulkan bahawa penyertaan dan penglibatan serta minat para pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah di pengaruhi oleh aktivitiaktiviti yang dilaksanakan dan juga kemudahan dan perlatan yang lengkap. Di samping itu juga, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan dan penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dirancang bersama-sama dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Minat bukan sahaja oleh para pelajar malah guru penasihat juga harus mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikuum yang diceburinya di samping yang paling penting ialah guru juga harus mempunyai minat terhadap bidang kokurikulum tersebut. Jelaslah, aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Kokurikulum juga merupakan

sebahagian daripada mata pelajaran teras yang diajar di dalam kelas. Kokurikulum sukan dan permainan misalnya merupakan kesinambungan daripada mata pelajaran pendidikan jasmani yang merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah. Kokurikulum merupakan suatu komponen pendidikan yang sangat penting. Kegiatan-kegiatan kokurikulum mempunyai identiti, konsep, ciri-ciri, falsafah, matlamat serta objektifnya tersendiri.

RUJUKAN.

1. Ab. Halim Abdul Rahim. 2004. Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Fajar Bakti.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA GD6283 : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG

TAJUK : KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH Borang Soal selidik Bahagian A : Demografi Tandakan ( √

) pada kotak yang berkenaan

1. Nama sekoah

:

2. Jantina

: Lelaki

3. Umur

:

Perempuan

4. Nyatakan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Jawatan a. Sukan / Permainan

:

b. Persatuan / Kelab

:

c. Unit beruniform

:

Bahagian B : Kedudukan Kokurikulum di Sekolah Dengan mengikut skala 1-5 seperti yang dinyatakan di bawah, nyatakan pendapat anda terhadap pernyataan-pernyataan yang dinyatakan di bawah dengan membulatkan nilai skor yang diberi. 1 2 3 4 5

Sangat tidak bersetuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

1. Saya sentiasa hadir di setiap perjumpaan kokurikuum

1

2

3

4

5

2. Saya menyukai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah

1

2

3

4

5

3. Saya berminat dan menyertai semua aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah 3. Saya hadir dalam aktiviti kokurikulum kerana terpaksa

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

4. Guru yang menentukan semua aktiviti kokurikulum

1

2

3

4

5

5. AJK pelajar dan ahli berbincang dan menentukan sendiri

1

2

3

4

5

semua aktiviti sepanjang tahun. 6. Waktu aktiviti kokurikulum yang dijadualkan adalah sesuai.

1

2

3

4

5

7. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan sesuai dengan waktu senggang/beriadah pelajar.

1

2

3

4

5

8. Apakah aktiviti yang diadakan sama setiap tahun

1

2

3

4

5

9. Apakah anda ingin mengubah atau menambah aktiviti kokurikulum yang sedia ada

1

2

3

4

5

10. Adakah penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum memberi peluang untuk anda bergaul dengan rakan sama etnik/lain etnik

1

2

3

4

5

11. Aktiviti kokurikulum menjadikan saya seorang yang berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama dengan pealar lain.

1

2

3

4

5

12. Saya mendapat banyak manfaat dan faedah dari penglibatan dan penyertaan saya daam aktiviti kokurikulum

1

2

3

4

5

13. Saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui aktiviti yang saya sertai

1

2

3

4

5

Bahagian C : Jawap pada ruangan yang disediakan. 1. Apakah cadangan anda untuk meningkatkan penyertaan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum di sekolah anda. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ ____ 2. Apakah aktiviti-aktiviti yang sedia ada sudah memadai. Jika tidak, beri cadangan aktivitiaktiviti yang dapat menarik penglibatan pelajar dalam kokurikulum di sekolah anda. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ ____ Terima kasih. Kerjasama anda amat dihargai dan di sanjung tinggi.

Related Documents


More Documents from "Hasni bin Dolmat"