Keberkesanan Pbl Di Dalam Bengkel Kejuruteraan Mekanikal

  • Uploaded by: M Hairunnizam Murad
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keberkesanan Pbl Di Dalam Bengkel Kejuruteraan Mekanikal as PDF for free.

More details

  • Words: 2,167
  • Pages: 12
BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Perkembangan sains dan teknologi yang canggih serta ledakan maklumat tanpa sempadan ke arah pencapaian wawasan 2020 telah memberi dimensi baru kepada kurikulum sains di sekolah Malaysia. Bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara perindustrian, negara memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan pakar dalam bidang tersebut. Sebuah negara yang pesat membangun mementingkan kepada keperluan penghasilan tenaga profesional dan separa profesional bagi menentukan kesinambungan perkembangan negara untuk menghasilkan sumber tenaga yang diperlukan. Menurut pernyataan Rangka Jangka Panjang Kedua, perhatian yang lebih akan diberikan dalam memastikan sistem pendidikan selaras dengan perubahan dan permintaan pasaran buruh. Kawalan yang lebih rapi terhadap sistem pendidikan dan latihan serta usaha-usaha bagi memperbaiki lagi kurikulum akan dilaksanakan untuk memastikan kemahiran yang diajar adalah sesuai dengan keperluan industri. Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan.

2 Keperluan tenaga kerja mahir yang mampu menangani cabaran masa depan negara ke arah pertumbuhan ekonomi dan kemajuan pesat dalam pelbagai bidang pasti memerlukan penguasaan aspek sains dan justeru itu, satu generasi yang diharap dapat menerajui kemajuan sains dan teknologi negara pada masa depan perlu dilahirkan. Negara kita perlu melahirkan satu generasi yang berdaya kreatif , imaginatif, inovatif, berkemahiran tinggi, berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Memang tidak dinafikan bahawa sebahagian besar pembelajaran di bengkel kejuruteraan boleh berlaku disebabkan terdapatnya komponen pelaksanaan kerja amali, eksperimen, projek dan kerja praktik. Pembelajaran kejuruteraan tidak tertumpu kepada pendedahan pada aspek teori konsep dan fakta semata-mata. Pembelajaran tidak lengkap dan tidak mungkin boleh berlaku dengan berkesan sekiranya ia tidak disusuli dengan sesi kerja amali atau praktikal. Bersesuaian dengan hasrat rancangan kurikulum bersepadu sekolah menengah, strategi pengajaran-pembelajaran perlu memberi penekanan kepada kesepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni. Bagi tujuan ini, strategi pengajaran-pembelajaran sains haruslah berteraskan kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri. Aktiviti inkuiri dan penemuan ini melibatkan pelajar mengenal pasti (sesuatu) masalah, seterusnya merancang atau menjalankan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah tersebut secara terancang dan bersistem (Meor Ibrahim, 2001). Melalui kaedah inkuiri ini pelajar berpeluang memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran tertentu dengan lebih berkesan. Segala aktiviti pembelajaran yang dirancang melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan pemikiran analitis, kritis dan kreatif. Justeru, bagi mencapai matlamat ini guru perlu membimbing pelajar dengan menggunakan pelbagai gaya pembelajaran yang sesuai, demi untuk meluaskan pengalaman pembelajaran serta memperkukuhkan pemahaman dan ingatan pelajar (Abu Hassan, 2003). Problem-Based Learning (PBL) adalah contoh terbaik bagi satu model pendidikan yang berunsurkan persekitaran pembelajaran konstruktivis ( Savery et al., 1996; Jonassen, 1999). Problem Based Learning (PBL) atau lebih dikenali dengan pembelajaran menggunakan kaedah penyelesaian masalah. PBL mula diperkenalkan di McMaster

3 University, Canada pada september 1969 (Lynda, 2004). Secara amnya, kaedah pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama di dalam satu kumpulan untuk mencari kaedah dan cara yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Kurikulum bidang kejuruteraan di sekolah khususnya, memberi penekanan kepada aspek kemahiran ketukangan, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir untuk menyediakan kebanyakan unsur amali yang terkandung dalam kurikulum pada pelaksanaan amali yang bertujuan menguji dan mengesahkan teori dan fakta. Sharifah Alwiah, (1987) berkata kefahaman konsep dan prinsip harus ditegaskan kerana kefahaman tersebut akan menghasilkan pindahan yang lebih lagi. Mengenal pasti pentingnya kefahaman pelajar dalam bidang teknikal ini, maka banyak aktiviti bengkel perlu dijalani pelajar untuk memastikan segala kemahiran dapat dikuasai dengan baik. Namun begitu, tidak semua aktiviti bengkel menjanjikan pelajar dapat memahaminya dengan mendalam. Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh membantutkan kadar kefahaman dan penerimaan pelajar semasa berada di dalam bengkel. Oleh itu, suatu masalah yang dihadapi itu akan bertindak sebagai pencetus ke arah berlakunya pembelajaran yang seterusnya (Mohd Uzi, 2006). PBL telah lama dipraktikkan di kebanyakan institusi di luar negara khususnya. PBL ini diakui dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bedasarkan keputusan-keputusan pencapaian akademik pelajar di institut pengajian tinggi luar negara. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar yang dapat menerima kaedah tersebut dan ada sebahagian yang tidak dapat menerima kaedah pembelajaran tersebut. Sikap pelajar terhadap pembelajaran PBL ini akan menentukan sama ada kaedah ini berkesan atau tidak dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kebanyakan pelajar sekadar menghafal teori tetapi gagal dalam mengaplikasikannya secara praktikal. Pelajar mempelajari sesuatu pelajaran itu sekadar

4 untuk lulus, menyiapkan projek dan beberapa sebab tertentu. Pelajar juga mudah keliru dengan konsep yang ingin digunakan semasa aktiviti bengkel dijalankan kerana tidak benar-benar mendalami isi mata pelajaran tersebut. Problem-Based Learning (PBL) adalah contoh terbaik bagi satu model pendidikan yang berunsurkan persekitaran pembelajaran konstruktivis ( Savery et al., 1996; Jonassen, 1999). Seringkali pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah atau makmal dimonopoli sepenuhnya oleh guru dengan memberikan pelbagai arahan yang perlu diikuti. Ia juga lebih dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Seringkali kedengaran guru merungut semasa pelajar melakukan kerja amali. Kerja amali yang dilakukan hanyalah bertujuan untuk mengesahkan teori, dengan hanya melibatkan aspek manipulatif. Pelajar tidak diberi peluang untuk menyelesaikan masalah. Pendekatan, kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru secara autokratik tidak lagi sesuai. Guru tidak perlu lagi mengawal sepenuhnya aktiviti pengajaranpembelajaran dengan memberi segala fakta, maklumat serta arahan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar semasa proses pengajaran-pembelajaran. Cara ini akan menjadikan pelajar pasif, iaitu hanya menerima segala maklumat yang diberikan guru (Meor Ibrahim, 2001). Di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal, kebiasaannya pelajar akan diberikan masalah dalam bentuk kaedah projek oleh pensyarah. Pelajar akan memahami dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan kaedah amali/bengkel. Secara langsung, pendekatan PBL telah digunakan di dalam kaedah amali ini di mana pelajar akan berbincang sesama ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah. Pelajar akan cuba memahami konsep, gaya pembelajaran dan kemahiran menyelesaikan masalah untuk menyelesaikan masalah projek tersebut. Penerapan kaedah PBL ini akan memberi sedikit perubahan dalam arena pengajaran dan pembelajaran di UTHM khususnya bagi pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Buktinya pihak UTHM telah menghantar beberapa orang pensyarah untuk mengikuti kursus kaedah pembelajaran yang baru iaitu PBL. Mereka telah menyertai lawatan khas di Aalborg Universiti, Denmark yang mengaplikasikan kaedah ini secara khusus. Ini bertujuan supaya kaedah PBL dapat diambil inti patinya dan diaplikasikan di universiti bagi melahirkan generasi pelajar universiti yang berdikari dan tinggi

5 pengetahuannya (Buletin Pusat Pengajaran & Pembelajaran,Bil 3 dan 6,(2005/2007). Para siswazah semestinya telah banyak didedahkan dengan kaedah pembelajaran ini namun persoalan yang timbul ialah adakah PBL ini berkesan dilaksanakan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal.

1.3

Pernyataan Masalah

Daripada latar belakang masalah yang telah dihuraikan, sedar atau tidak kita sebenarnya telah menggunakan kaedah PBL secara tidak langsung di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal. Bukan sekadar di universiti, malah di sekolah juga terdapat mata pelajaran seakan-akan PBL seperti Kemahiran Hidup Bersepadu. Bengkel kejuruteraan mekanikal meliputi bengkel gegas, bengkel memesin, bengkel kimpalan, bengkel pembuatan dan bengkel metrologi. Bengkel kejuruteraan mekanikal dipilih kerana menekankan penguasaan kemahiran tertentu seperti gegas,memesin,kimpalan,pembuatan dan metrologi. Kemahiran yang diterapkan tidak meluas penggunaannya dan tidak menggunakan proses-proses yang tersusun. Semasa aktiviti kemahiran ini dijalankan terdapat juga pelajar yang tercicir dan sikap meniru pelajar lain sedangkan mereka tidak memahami apa yang dijalankan untuk menyelesaikan masalah. Hasilnya pelajar yang meniru ini memahami di saat itu sahaja dan ilmu yang diterima tidak kekal di dalam minda buat selamanya.

1.4

Objektif Kajian

6

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti tiga objektif iaitu: (i)

Mengenal pasti keberkesanan PBL terhadap pelajar di dalam bengkel.

(ii)

Mengenal pasti kebolehlaksanaan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel.

(iii)

1.5

Mengenal pasti sikap pelajar terhadap PBL di dalam bengkel.

Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti persoalan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan PBL di dalam Bengkel Kejuruteraan Mekanikal yang diikuti oleh pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan di UTHM. Terdapat lima persoalan dalam kajian ini iaitu: (i)

Apakah tahap kerjasama dan komunikasi antara kumpulan dan fasilitator?

(ii)

Apakah tahap kemahiran pelajar menyelesaikan masalah di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal?

(iii)

Adakah pendekatan PBL sesuai terhadap pelajar?

(iv)

Apakah tahap kebolehlaksanaan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel pada pandangan pelajar?

(v)

1.6

Apakah sikap dan minat terhadap PBL?

Kepentingan Kajian

7

Dengan menjalankan kajian keberkesanan PBL di dalam Bengkel Kejuruteraan Mekanikal: satu tinjauan di UTHM adalah amat diharapkan dapat memberi panduan dan bantuan kepada :

1.6.1

Pelajar (Siswazah)

Kajian yang dijalankan ini secara tidak langsung dapat memberikan panduan kepada para pelajar terutamanya pengetahuan mereka dalam pendekatan problem-based learning di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal. Ia akan dapat membantu pelajar membuat refleksi kendiri dan berusaha memantapkan lagi pengetahuan mereka dan memahami pendekatan ini dengan sebaiknya untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka kelak terutamanya di dalam bengkel kejuruteraan.

1.6.2

Tenaga pengajar

Membantu para pensyarah mengenal pasti kaedah perlaksanaan PBL dalam Bengkel Kejuruteraan Mekanikal dan seterusnya dapat menyusun strategi pengajaran dalam bengkel yang dapat mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan di UTHM.

1.6.3 Pihak institusi pengajian tinggi (IPTA) – UTHM

8

Pihak institusi pengajian tinggi khususnya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan akan dapat mengetahui keberkesanan di dalam bengkel kimpalan menggunakan pendekatan problem-based learning. Justeru, pihak IPT akan dapat memikirkan dan berusaha menyediakan satu kaedah pembelajaran yang lebih efektif bagi memastikan para pelajar mencapai standard pemikiran yang diinginkan. Ini adalah penting untuk rujukan pihak IPT bagi mengkaji semula pendekatan tradisional seperti kaedah syarahan dan penilaian yang hanya berdasarkan ujian atau peperiksaan.

1.7

Skop Kajian

Skop kajian ialah untuk mengenal pasti keberkesanan, kebolehlaksanaan, minat dan kemahiran menyelesaikan masalah terhadap pendekatan problem-based learning yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan mekanikal. Pemilihan sampel kajian ini iaitu pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman mereka yang sememangnya telah didedahkan dengan PBL sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam kuliah dan bengkel. Para pelajar ini sememangnya terlibat secara langsung dengan PBL ini dan ternyata mereka yang akan dapat menilai pengetahuan mereka terhadap pendekatan ini. Sampel juga diambil tanpa mengira bangsa, keturunan, jantina dan latar belakang keluarga serta anutan agama.

1.8

Batasan Kajian

9 Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di UTHM. Oleh itu hasil kajian ini hanyalah mengikut keputusan yang diberikan oleh satu sampel pelajar yang kecil sahaja. Kajian ini juga adalah sah berdasarkan lokasi tempat kajian dijalankan sahaja dan maklumat hanya tepat pada masa kajian dijalankan.

1.9

Definisi Istilah dan Operational

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan dan istilah ini hanyalah tertumpu kepada kajian ini sahaja.

1.9.1

Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya), sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya. Pengkaji mahu megenal pasti keberkesanan PBL di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal.

1.9.2 Problem-based learning(PBL)

Problem-based learning ialah pembelajaran yang terhasil akibat daripada proses memahami ataupun menyelesaikan masalah (Barrows dan Tablin, 1980). Dalam PBL penemuan masalah adalah langkah pertama dalam proses pembelajaran. Masalah ini seterusnya menjadi penggalak ataupun fokus kepada penggunaan kemahiran-kemahiran penyelesaian masalah dan pentaakulan serta mendorong mencari maklumat baru dan

10 menyusun pengetahuan yang sedia ada supaya masalah itu akhirnya dapat diselesaikan. Sementara menurut Norman & Schmidt (1992), PBL mempunyai kelebihan ke atas kaedah pembelajaran biasa kerana ia memudahkan perolehan pengetahuan fakta khususnya dalam konteks ia akan digunakan. Ia menggalakkan perolehan konsep dan prinsip am serta penggunaannya dalam situasi baru, menggalakkan penggunaan pengetahuan sedia ada bagi penyelesaian masalah, membolehkan pencapaian maklum balas yang cepat dan releven, menggalakkan pelajar belajar bagaimana untuk belajar (learn how to learn) dan menjadikan pelajar efisien, terarah kendiri dan belajar sepanjang hayat (Zurida et al., 2006). PBL di dalam kajian ini merujuk kepada pelajarpelajar tahun akhir sarjana muda kejuruteraan mekanikal dan pembuatan di UTHM. Ini kerana pelajar-pelajar ini telah pun menggunakan pendekatan pembelajaran PBL di dalam bengkel.

1.9.3 Tinjauan

Perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan sesuatu untuk mendapatkan pendapat umum. Pengkaji mahu membuat tinjauan kajian di bengkel kejuruteraan mekanikal untuk mendapatkan maklumbalas pelajar mengenai kaedah PBL yang dijalankan di dalam bengkel.

1.10

Kerangka Konsep Kajian

11 Daripada kerangka konsep kajian, dapatlah dihuraikan bahawa terdapat faktorfaktor yang boleh di lihat dalam kajian ini. Antaranya ialah faktor aplikasi, kebolehan, sikap, komitmen dan kemahiran. Bagi mengatasi faktor-faktor itu tadi, langkah yang perlu diambil adalah dengan berusaha dan meminta bantuan dari pensyarah. Ini bertujuan supaya pelajar dapat memahami dan dapat menerima kelebihan dan keistimewaan kaedah pembelajaran ini dengan seinbang di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal. Setelah dikaji faktor-faktor dan melakukan perlaksanaan langkah yang sepatutnya, kajian ini diharap dapat memberikan keberkesanan yang positif seperti yang dikehendaki iaitu pelajar akan lebih memahami kaedah pembelajaran PBL ini. Seterusnya pengkaji berharap dapat mengumpul data mengenai keberkesanan PBL di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal bagi memudahkan pihak fakulti untuk merancang pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan

Kemahiran

Kerjasama

PBL Kebolehlaksanaa n

Minat

Keberkesanan PBL di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian 1.11

Rumusan

12 Penguasaan terhadap pendekatan PBL ini adalah amat penting terutamanya di institusi pengajian tinggi di mana ianya menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Walaubagaimanapun, masih ramai yang belum mempraktikkan kaedah ini dan menganggap pendekatan ini hanyalah alternatif selain hanya memberi kuliah dan pelajar hanya mendengar dan menerima. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan penggunaan PBL di dalam Bengkel Kejuruteraan Mekanikal kelak tidak kira di institusi pengajian tinggi mahupun di sekolah.

Related Documents


More Documents from ""