Kata Aluan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kata Aluan as PDF for free.

More details

  • Words: 700
  • Pages: 4
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Tahniah dan syabas kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia atas inisiatif dan kesungguhan mendokumentasikan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah. Sesungguhnya, usaha ini merupakan nilai tambah dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperkasakan profesion keguruan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah. Profesion Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan tonggak yang amat penting dalam usaha kerajaan menjayakan agenda pembangunan insan. Guru Bimbingan dan Kaunseling sebagai pembimbing, pemegang amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan penggerak pembangunan kemajuan sekolah seharusnya dilihat sebagai satu kerjaya mulia dan menepati konsep ‘ amal soleh ‘ . Usaha untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang dan berkualiti tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong dengan kesungguhan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah melaksanakan tugas yang diamanahkan. Murid-murid pula dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi bestari dan berdaya saing. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam menguasai ilmu amat diperlukan. Kita semua bertanggungjawab melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sejajar dengan itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memainkan peranan sewajarnya dalam usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang kita inginkan menjadi kenyataan. Akhir kata, saya berharap agar penerbitan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah ini akan mencapai matlamat yang disasarkan. Semoga ianya berupaya meningkatkan lagi imej dan martabat profesion Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah. SELAMAT MAJU JAYA, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN i

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSia KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Profesion keguruan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah merupakan satu kerjaya yang disanjung tinggi dan dianggap noble.Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah juga sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti pembangunan dan perkembangan nasional serta global Malaysia, dalam mencapai wawasan negara sangat memerlukan golongan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah yang berkualiti tinggi selari dengan usaha merealisasikan matlamat negara untuk meningkatkan kualiti modal insan dalam menjana kemajuan yang lebih pesat. Sesungguhnya kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan berpendidikan tinggi tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan diri setiap individu. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan hasil kecerdikan akalnya, kesedaran dalaman dan kesejahteraan jasmaninya. Hasrat untuk melahirkan manusia yang mempunyai ciri-ciri berkenaan boleh dicapai sekiranya Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas selain bersedia melaksanakan perubahan. Usaha untuk menghasilkan modul ini mencerminkan kejituan semangat Unit Bimbingan dan Kaunseling , Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah rendah di seluruh negara. Penerbitan modul ini memberi suatu inovasi kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah. Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah ini sangat berguna untuk diteliti, difahami dan diamalkan. Modul ini menjadi rujukan penting kerana mencakupi bidang-bidang dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Dengan ini, saya mengucapkan tahniah di atas usaha kerana telah berjaya menghasilkan dokumen ini. SELAMAT MAJU JAYA,

DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM

ii

PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah mengambil inisiatif menerbitkan modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam memperkasakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah. Modul yang meliputi enam bidang utama iaitu akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan diri murid dan pendidikan pencegahan adalah wajar digunakan oleh semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan utama demi kepentingan anak-anak didik di sekolah. Saya berharap dengan pembinaan modul ini akan mencetus minat Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam membina dan memupuk kepakaran dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dan seterusnya dapat melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek. Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling yang dilantik dikehendaki menyumbang tenaga dan kepakaran sebagai pakar rujuk kepada murid-murid dan juga guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Saya percaya dengan pelantikan Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa seiring dengan pembinaan modul ini akan dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah. Bersama Memperkasakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

SELAMAT MAJU JAYA,

TN HJ ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR

iii

iv

Related Documents