Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana majalah ficao 3 dapat diteruskan penerbitannya pada tahun ini. Saya juga menumpang gembira dan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua Ahli Sidang Redaksi Ficao 3 kerana dapat menerbitkan majalah ini dengan baik dan efisien. Semoga majalah ini terus menjadi bahan dokumentasi yang unggul sebagai pemacu kegemilangan kepada semua pegawai kadet di Akademi Bomba Wakaf Tapai. Dengan adanya majalah Ficao 3 ini, pegawai kadet dan jurulatih akan dapat mengimbau kenangan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang Kursus Diploma Sains Kebombaan siri 1/2009 dijalankan. Pada pandangan saya, Majalah Ficao 3 pada kali ini adalah yang terbaik yang pernah saya lihat. Isi kandungannya juga begitu menarik dan berwarna-warni serta penuh dengan informasi berguna untuk tatapan semua. Dalam mengharungi urusan globalisasi yang kian mencabar ini, para pelatih perlu didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan terutama sekali yang berkaitan dengan ilmu-ilmu kebombaan. Sepanjang menjalani kursus, pegawai kadet perlulah akur kepada arahan dan mempunyai sifat cekal serta tabah dalam menempuhi pelbagai bentuk latihan melalui modulmodul khusus yang disediakan oleh pihak Akademi. Selain itu, pendidikan akhlak dan nilainilai moral turut diterapkan supaya semua pegawai kadet supaya mempunyai akhlak yang baik disamping boleh menjadi contoh kepada pelatih junior bertepatan dengan pepatah “Tarbiah Membentuk Sahsiah”. Integrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan keperluan hakiki semasa perlu di perkasa dan diperkukuh bagi menjamin jati diri semua Pegawai Kadet apatah lagi semasa menghadapi arus globalisasi perdana yang semakin lama makin mencabar. Bagi menjayakan matlamat tersebut, saya mengharapkan semua pihak dapat bekerjasama sebagai satu pasukan bagi merealisasikan visi dan misi kecemerlangan dan keterbilangan yang kita idamkan. Saya percaya di sepanjang kursus Diploma Sains Kebombaan ini dijalankan, semua Pegawai Kadet telah dapat menimba banyak bekalan ilmu pengetahuan sama ada ianya bersifat teori mahupun praktis. Semoga ianya dapat digunakan, dikongsi serta diaplikasikan terhadap kepada anggota bawahan semasa menjalankan tugas kelak. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Sidang Redaksi Ficao 3. Saya juga berharap agar majalah ini akan terus dilaksanakan dan diteruskan oleh semua pelatih pada setiap siri yang akan datang. Dan kepada semua pegawai kadet KB 41, saya ingin mengambil kesempatan ini agar anda semua menjadi penjawat awam yang penuh dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab yang anda semua bakal lalui nanti. Sumbanglah jasa kepada agama, masyarakat dan negara dengan penuh ikhlas dan sebaik mungkin.