SKRIP DRAMA MUZIKAL MODEN (KANAK-KANAK)
KASUT...
KARYA DAN ARAHAN : DANIAL ZAKIRUDIN
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
1
SINOPSIS
Halim seorang budak daripada keluarga yang tidak berada. Bapanya telah meninggal ketika dia kecil lagi. Halim hanya hidup bersama-sama ibunya. Sejak kematian ayahnya, sumber pendapatan untuk seisi keluarga tidak begitu mencukupi. Dia dan ibunya hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Ibunya hanya membuat kuih dan menjualnya di gerai kampung.Suatu hari, dia mendapati kasut sekolahnya telah koyak, maka dia cuba untuk memberitahu ibunya namun tidak kesampaian kerana ibunya dalam keadaan sukar dan stress untuk mendapatkan wang ringgit. Oleh itu, hubungan Halim dengan ibunya menjadi renggang. Dia juga sering diejek oleh rakanrakannya di sekolah disebabkan pakaiannya yang lusuh dan comot serta kasutnya yang koyak. Suatu hari, peristiwa pelik telah berlaku. Hidupnya yang miskin berubah menjadi senang.
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
2
SET Di atas pentas akan dipaparkan keadaan di dalam rumah yang usang iaitu rumah Halim bersama ibunya. Terdapat babak suasana di sekolah dan juga di dimensi alam mimpi.
PROPS Bahagian di dalam rumah (Dapur, Bilik). Kostum pakaian dan peralatan ahli silap mata. Peralatan sekolah dan baju Halim. Meja dan kerusi sekolah.
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
3
Tema
: Penyesalan anak derhaka
Persoalan : Tidak bersyukur membawa penyesalan. Perbuatan baik, akan dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas jahat. Plot
:
1. Permulaan Halim serba kekurangan. Pakaian dan peralatan sekolah lama dan rosak. Ibunya tidak dapat tunaikan permintaan Halim. 2. Klimaks Bermimpi berjumpa dengan seorang ahli silap mata. Memberi 3 peluang untuk ditunaikan permintaannya. Dia meminta ibunya hilang. 3. Peleraian Halim terasa kehilangan ibunya. Halim menyesali perbuatannya sebelum ini.
Latar :-
Tempat : 1. Rumah usang yang diduduki oleh Halim dan ibunya 2. Dimensi alam mimpi. 3. Sekolah tempat Halim belajar.
Masa : 1. Siang Masyarakat: 1. Watak anak yang derhaka. 2. Seorang Ibu penyabar. 3. Rakan-rakan yang merendahkan yang lain. 4. Keluarga yang bersyukur dengan ketetapan tuhan.
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
4
PERWATAKAN 1. HALIM Seorang budak lelaki yang berusia 10 tahun. Anak kepada Fatimah sebagai ibu tunggal yang membesarkan Halim. Seorang yang degil dan tidak bersyukur. Suka melawan kata-kata ibunya. Perwatakannya dingin, tidak selalu ceria, comot dan selekeh. Pakaiannya lusuh dan memakai kasut koyak.
2. FATIMAH (IBU HALIM) Seorang wanita berumur lingkungan 40 tahun. Suaminya meninggal dunia ketika Halim sedang kecil. Dia merupakan seorang ibu yang penyabar dan cekal membesarkan Halim. Sebagai seorang ibu tunggal yang gigih mencari duit untuk menyara hidup. Perwatakannya tegas tetapi lembut. Tidak terlalu gembira dan tidak terlalu sedih. Sedikit comot dan lusuh dengan pakaian-pakaian lama peninggalan suaminya.
3. AHLI MAGIS Seorang lelaki gemuk berperut buncit lingkungan 30-an. Berpakaian sut hitam, bertopi dan mempunyai tongkat magik. Kelihatan kemas, bermain dengan mimik muka dan memakai kasut sebelah berwarna lain.
4. KAWAN 1 & 2 Kawan sekelas dan sebaya dengan Halim. Hidup dalam keadaan sederhana dan berkemampuan berbanding Halim. Sering menyoal dan mengejek Halim yang busuk.
5. MAKCIK 1 Wanita tua bongkok lingkungan 50-an yang mencari tin dan botol kosong untuk menyara hidup.
6. AHMAD (ANAK MAKCIK 1) Sebaya dengan Halim. Comot, berbaju lusuh, kasutnya koyak.
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
5
BABAK 1 ARAHAN :
ARAHAN :
Ibu Halim :
Halim: Ibu Halim : Halim: ARAHAN :
Halim:
ARAHAN :
Halim: Ibu Halim : Halim: Ibu Halim :
Halim: Ibu Halim :
SET DI DALAM SEBUAH RUMAH. CAHAYA PENTAS SURAM PERLAHAN-LAHAN MENUJU KE ARAH BAHAGIAN RUANG TAMU. BUNYI TELEVISYEN MERESAP PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA JELAS KEDENGARAN. BUNYI TELEVISYEN SEMAKIN PERLAHAN MENGHILANG. Sedang Halim menonton televisyen... Halim...Ooo... Halim! Buat apa lagi tu. Tadi mak suruh basuh kasut sekolah dah buat tak? (Terdiam dan tidak mengendahkan pertanyaan ibunya). Halim! Dengar tak mak suruh apa! Pergi basuh kasut tu sebelum mak tutup tv tu! (Nada marah dan tinggi suara) (Mengeluh) Ish mak ni bising ja dari tadi. Yelah Halim nak basuhlah ni. Halim berjalan ke arah pintu rumah untuk mengambil kasutnya... Dah dekat 2 tahun aku pakai kasut ni. Dah tak muat kaki masalahnya koyak pula tu. Hmm...(Berkata dalam hatinya sambil melihat kasut sekolahnya yang lusuh dan koyak). Lantas Halim meluru ke arah ibunya di dalam bilik... Mak! kasut Halim koyaklah. Mak belikan baru boleh tak? Mari sini kasut tu, biar mak jahitkan. Halim taknak mak jahit. Halim taknak kasut ni. Kasut buruk. Halim nak kasut baru. (Meninggikan suara ada ibunya). Ibu tak ada duit Halim. Kita orang susah. Ibu hanya menghantar kuih dekat gerai Pak Osman tu. Itu ja duit yang ada untuk kita berdua makan setiap hari. Sudah mari sini ibu jahitkan kasut tu. Halim taknak! Halim benci Mak sebab miskin! (Lantas membaling kasutnya ke arah tingkap luar). Ya Allah Halim...Istighfar nak! (ibunya menangis)
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
6
BABAK 2 ARAHAN :
Halim: Kawan 1 : Halim: Kawan 2 : Kawan 1 : Halim: Semua :
SET DI SUASANA SEKOLAH DI LUAR KELAS. CAHAYA PENTAS TERANG. FOKUS KEPADA HALIM DAN KAWAN-KAWANNYA. BUNYI LOCENG (REHAT) DIMAINKAN. KEMUDIAN, SUARA LATAR BISING SUASANA SEKOLAH DIMAINKAN SECARA MENURUN. Kawan-kawan jom main. Bosanlah tak main hari ni. (Gaya bosan) Jom jom main. Nak main apa hari ni? Main nyorok-nyorok jom. (teruja) Taknaklah. Asyik main nyorok-nyorok ja. Main lain la hari ni. Ermmm...Main kejar-kejar jom. Ha boleh laaa. Dah jom kira.
ARAHAN : Kawan 1: Kawan 2: Halim: Kawan 2 : Halim: Kawan 2 : Semua :
Bergerak ke padang rata untuk bermain. Ulat bulu panjat lidi sapa dulu dia yang ja... Ehh Halim. Buruknya kasut kau. Berjahit-jahit. Dahla stoking berbau. Kenapa pun yang penting kita main. eiii...Busuknya patutlah bau hapak. Kau takyah mainlah Aku nak main. Apa masalah dengan kasut. Dahlah jom main tempat lain. Jangan main dengan dia. Busuk. Jom jom.
ARAHAN :
Halim berdiri keseorangan di suatu sudut dengan kesedihan. (muzik latar sedih dimainkan) Apa salahnya dengan kasut. Aku nak main ja pun (Sambil teresakesak). Ini semua salah ibu. Kalau kita tak miskin mesti orang suka aku. Kenapa ayah tinggalkan aku dengan ibu sendiri. Kalau ayah masih hidup mesti aku dah hidup senang. Ibu tak payah kerja susahsusah. (bermonolog) Muzik sedih dimainkan dan seterusnya muzik latar Halim akan menyanyi seorang diri. Semua pelakon membuat pergerakan kecil melakonkan mengikut kesesuaian lagu. Namun Ku Punya Hati-Revolvers
Halim:
ARAHAN :
Halim dan suara latar :
Senyumku tak seghairah Gerak gaya tidak selincah Mataku tak seayu Kicau burung pun tak semerdu Namun ku punya hati Juga gayaku perasaan Hidupku yang begini DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
7
Kadar waktu diizin Tuhan Tidak ku minta Lahir ke dunia Tidak kuduga Miskin begini Bukan kuminta Kasih dan sayang Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman Kumenumpang di sudut dunia Mencari ketenangan Sampai masa ku pergi jua
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
8
BABAK 3 ARAHAN : Ibu Halim: ARAHAN : Ibu Halim : ARAHAN : Ibu Halim : Halim : Ibu Halim: Halim : ARAHAN : Halim :
Ibu Halim : ARAHAN : Halim : ARAHAN :
Halim mengetuk pintu rumah...dan ibunya membuka pintu. (muzik latar suspens dimainkan perlahan) Amboi masuk rumah pun tak bagi salam. (Halim berlari ke arah biliknya meletakkan beg sekolah). Dah siap pergi dapur, nasi bawah tudung saji. (Halim terus menyiduk nasi dan mengambil lauk terus makan). Doa makan pun tak baca. Baca doa dulu... Macam mana kat sekolah? Belajar apa ja harini? Ermm okay...(Halim tidak mengendahkan ibunya) Kawan-kawan macam mana? Kawan-kawan! Mak betul nak tahu? (Muzik latar panas dimainkan dikuatkan mengikut intonasi suara.) Hari ni saya kene ejek sebab pakai kasut buruk tu. Saya kene ejek sebab busuk pakai stoking sama setiap hari. Semua orang taknak kawan dengan saya. Kalau kita tak miskin macam ni, kawan-kawan takkan ejek saya. Ini semua salah Mak! Panggg (ibunya melempang Halim) Halim terus melarikan diri ke biliknya dan menangis. Apa salah aku. Aku cakap benda yang betul. (Beliau menangis sehingga tertidur) Muzik latar sedih sayup-sayup kedengaran
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
9
BABAK 4 ARAHAN :
Suara : Halim : Suara : Halim :
SET DI ALAM DIMENSI MIMPI. CAHAYA PENTAS SURAM MENAMPAKKAN ASAP DAN KABUS. (KESAN KHAS) KEMUDIAN, MUZIK SERAM MERESAP PERLAHAN-LAHAN DIMAINKAN. Halim...Ooo... Halim! Buat apa lagi tu. Tadi mak suruh basuh kasut sekolah dah buat tak? (Terdiam dan tidak mengendahkan pertanyaan ibunya). Halim! Dengar tak mak suruh apa! Arghhh!! (terjaga daripada tidur)
ARAHAN : Halim : ARAHAN : Suara : Halim : Ahli magik : Halim :
Halim terbangun di suatu tempat yang tidak diketahuinya. Aku kat mana ni? (terpinga-pinga) . Halim ternampak tongkat sakti dan topi ajaib. Haa apa kau buat tu. Kau nak curi tongkat magik aku ke? Tak tak. Aku terjumpa ja. Siapa kau? HO HO HO...(bergelak tawa) Akulah ahli silap mata Wooo yeka kau silap mata. Apa yang kau boleh buat? Cuba tunjuk dekat aku.
ARAHAN :
(Dengan muzik latar suspens dimainkan. Kesan khas asap dipenuhi set.) Ahli silap mata terus membuat silap mata. Tetiba, terdapat bunga di tangannya. Haa kau percaya tak aku boleh buat magik. Hebat lah kau. Camana kau buat? Kau guna sihir ke. Boleh tak aku belajar. Kau ajarlah aku, kau ajarlah aku. Hmm...Untuk kau yang berumur 9 tahun masih tak mampu belajar magik level susah. Kau pula pendek, keding, bahkan tidak sekacak aku. Cehh..Kacak konon. Dahlah buncit. Perasan tinggi pula tu. Kalau pro mesti boleh ajar orang lain. Sah kau ni ahli magik UTUBE. (Muzik latar lawak dimainkan) Magik Utube kau panggil aku? Cis, okay baik. Sebelum kau kata aku tak pro, aku nak tanya dulu. Siapa ahli magik yang kau kenal? Ermmm...Muhd Mark Adam. Thanos dengan kau. Haa...Thanos tu dulu guru aku yang mengajar aku magik. Aku bertapa 7 hari 7 malam di gua tempurung. Aku juga kene tahan nafas dekat dalam air selama 5 minit. Dan terakhir aku kena habiskan makanan yang banyak dalam masa ½ jam. Sebab itu aku buncit. Macam Cikgu aku Thanos. Iya-iya ja kau punya cerita. Kalah filem Avengers 4 kau jadi pengarah Okay-okay takpa. sekarang camnilah. memandangkan Kau kenal tok guru aku dan aku ingin cuba hasil pembelajaran magik aku. aku boleh tunaikan 3 permintaan kau dengan magik. (teruja) Betul ke ni? ... apa-apa ja aku boleh minta? Iya-iya Apa-apa ja. Macam... (muzik latar dimainkan)
Ahli magik : Halim : Ahli magik :
Halim :
Ahli magik : Halim : Ahli magik :
Halim : Ahli magik :
Halim : Ahli magik :
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
10
Halim & Ahli magik : Halim : Ahli magik : Halim : Ahli magik :
ARAHAN : Halim : Ahli magik : Halim : Ahli magik :
Ahli magik :
Halim :
Ahli magik :
Halim : Ahli magik : ARAHAN :
Macam...Kasut baharu.... Macamana kau tahu? Haaa...sekarang aku nak kasut dan stoking baharu. Kasut? kenapa kau mintak kasut sedangkan kau boleh minta duit yang banyak untuk beli kasut? Aku nak kasut baharu supaya kawan-kawan aku tak ejek aku lagi. Aku nak main kejar-kejar lagi. Aku nak ada kawan yang ramai. Baiklah aku faham masalah kau. Dengan itu aku membuat magik kasut, (muzik latar dimainkan dan lampu berkelip mengikut muzik)....ABRAKADABRA!!! Kasut dan stoking baharu muncul. Wahh hebatlah kau. Camni aku akan dapat ramai kawan. Haaa baru kau tahu. Fuhh. (meniup tongkat saktinya). Okay seterusnya, kau mahu apa? Aku nak segala peralatan sekolah dan baju baharu. Barulah aku kelihatan hensem dan kemas. Boleh boleh. Semuanya pasti boleh. Bak kata orang senang kacang. Kau ketepi sikit aku mahu membaca jampi. EXPECTON PATRONUMUS. FUHH. (muzik latar dimainkan) (Halim teruja melihat dan mencuba pakaian baharu) HO..HO...HO...Jadi, aku lihat kau ni macam tiada kawan. Mana ibu bapa kau? Kau taknak hadiahkan sesuatu untuk keluarga? Ibu kau ke? Taknak! aku taknak Ibu aku. Aku taknak dia kacau lagi hidup aku. Dia tak pernah faham aku. Aku minta kasut baharu pun tak dapat. Bukannya mahal sangat pun. Wooo wooo relaks kawan. Tersembur air liur dekat baju aku. Aku faham, kau jangan sedih. Kitakan kawan. Aku akan tunaikan segala permintaan kau. Letak sini gambar mak kau. Baiklah yang ni, kau kene jauh lagi sikit. Ini magik tahap susah. (muzik latar dimainkan). WINGARDIUM PETROLEUM JEANS LEVIOSA!! FUHH. Esok kau bangun semuanya sudahku tunaikan. Terima kasih...kau sangat memahami aku. (gembira) Sama-sama. HO...HO...HO akulah ahli silap mata. anak murid Thanos HO...HO...HO... LAMPU DIMATIKAN DAN DIHIDUPKAN SEMULA.
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
11
BABAK 5 ARAHAN :
Halim : Halim :
ARAHAN : Halim :
SET DI DALAM SEBUAH RUMAH. CAHAYA PENTAS SURAM PERLAHAN-LAHAN MENUJU KE ARAH BILIK HALIM. BUNYI AYAM BERKOKOK KEDENGARAN SAYUP. HALIM TERBANGUN DARIPADA TIDUR. Uish pukul 7. Aku dah lambat nak pergi sekolah.Mana mak aku ni.Tak kejutkan aku ke. Ehh...Baju baru? Kenapa aku tak perasan semalam. Beg dan kasut aku pun baru. Aku bermimpi ke ni? Mungkin mak dah belikan baru. Takpalah baik aku pergi siap.(sambil menggosok mata) Halim bersiap pakai baju dan mengambil beg. Halim terus ke dapur tercari-cari ibunya. Mak mak. Halim nak pergi sekolah ni. Dah lambat. Mana mak aku ni? Mungkin sudah pergi warung pak Osman hantar kuih agaknya. Takpalah aku dah lewat. (Monolog dalam hati). Halim ambil duit atas meja ni ya. Halim pergi dulu.Halim terus bergerak ke sekolah.
ARAHAN :
Pentas digelapkan kemudian diterangkan semula. Muzik gembira dimainkan. Ketika di sekolah kawan-kawan mula berkawan dan bermain dengannya.
Kawan 1 : Kawan 2 :
Wow Halim kasut baru. Dahla jenama Adidas.( perasaan teruja) Haahlah patutlah daripada tadi aku terbau kedai.
Semua : Kawan 2 : Halim :
Hahahaha(ketawa geli hati) Tulah aku tengok beg, baju semua baru. Camni barulah kawan. Hahaha takdalah. Ni semua mak aku yang belikan. Aku dah minta lama. sekarang baru dapat. Yeka? Bukan mak kau susahke? ni mahal ni takkanlah mak kau yang belikan. Alah tak kesahlah sapa yang beli yang penting Halim sekarang dah hensem dan wangi. Hahahah. Sekarang jom main! Jom jom. Halim bermain bersama kawan-kawan sambil menyanyi. (Cahaya Pentas dimeriahkan dengan pelbagai warna. Muzik latar dimainkan) Sahabat selamanya – PADI
Kawan 1 : Kawan 2 : Semua : ARAHAN : Halim dan Kawan-kawan:
Dua tiga kapal belayar di samudera Ayo sahabatku kita bergembira Bermain bernyanyi bersama Menikmati indahnya dunia Kerna
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
12
Sahabat untuk selamanya Bersama untuk selamanya Kau dan aku sahabat Untuk selamanya setia Berakit-rakit kita ke hulu Berenang-renang kita ke tepian Kita berbeda Untuk saling mengisi Segala kekurangan kita menjadi Sahabat untuk selamanya Atasi semua perbedaan Kau dan aku sahabat Untuk selamanya Selama-lamanya setia Tiada bukit yang terlalu tinggi Untuk kita daki bersama Dan tak ada laut yang terlalu dalam Untuk diselami Sahabat untuk selamanya Bersama untuk selamanya Kau dan aku sahabat Untuk selamanya Sahabat untuk selamanya Berbagi dan saling menjaga Kau dan aku sahabat Untuk selamanya Selama-lamanya Untuk selamanya setia Setia setia
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
13
Babak 5 - 2 ARAHAN :
Makcik 1: Ahmad : ARAHAN : Makcik 1:
Ahmad :
Makcik 1:
Ahmad :
SET DI DALAM PERJALANAN PULANG KE RUMAH HALIM. CAHAYA PENTAS FOKUS KEPADA HALIM YANG BERJALAN PULANG. MUZIK LATAR PERLAHAN-LAHAN MENURUN. TERSEREMPAK DENGAN MAKCIK 1 DAN AHMAD IAITU SEBUAH KELUARGA MISKIN. Ahmad dah balik sekolah ya. Kesian anak mak ni. (sambil menyalam maknya) Sudah mak. Maaf lambat. Biar Ahmad tolong angkat barang ni. Muzik sedih perlahan-lahan dimainkan menjadi latar. Baiknya anak mak ni. Maaf mak takda duit nak bagi duit belanja harini. Nanti kita kutip lebihan makanan dekat gerai pak Osman ya. Selalu kuih Makcik Timah orang tak habis. Tidak mengapa mak. Ahmad tengok mak sihat pun dah cukup. Nanti balik ahmad terus tukar baju tolong mak cari tin ya. (menolak pelawaan Ahmad). Takpa nak. Mak boleh buat sendiri kamu siapkan kerja sekolah ya. Mak boleh ja ni. Janji Ahmad belajar rajinrajin. Takpa Mak. Ahmad dah biasa buat kerja-kerja ni. Lagipun harini takda kerja sekolah. Biar Ahmad tolong untuk bayar yuran sekolah Ahmad juga. (sambil tersenyum).
ARAHAN :
Halim yang mendengar perbualan keluarga tadi terus berlari ke rumah. Cahaya fokus mengejar Halim. Muzik berubah semakin suspens.
Halim :
(Halim mengetuk pintu rumah). Assalamualaikum Mak...! Halim dah balik. Mak...
ARAHAN : Halim :
Pintu rumah tidak berkunci. Muzik seram dimainkan. Eh rumah tak berkunci? takkan dari pagi tadi tak kunci. Mak ! Mak! Mana Mak ni. Siapa nampak mak saya? Mana mak saya. Pakcik nampak tak? Mak jangan pergi!! Halim menyesal. Halim taknak minta apa-apa lagi. Halim tak salahkan mak. Mak jangan pergi. Halim tak dapat hidup tanpa mak. Mak!!!.... Lampu dimatikan gelap...Muzik dihentikan.
ARAHAN :
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
14
Babak 6 ARAHAN :
ARAHAN :
Ibu Halim
:
Halim
:
Ibu Halim
:
Halim ARAHAN :
:
SET DI DALAM SEBUAH RUMAH. CAHAYA PENTAS SURAM. CAHAYA SULUH DIFOKUSKAN KEPADA HALIM. BUNYI AYAM BERKOKOK KEDENGARAN SAYUP. HALIM TERBANGUN DARIPADA TIDUR. MUZIK LATAR DIMAINKAN. Halim terjaga daripada tidurnya...menggosok matanya. Terus berlari ke sekeliling rumah. Mencari ibunya. Melihat ibunya di dapur. Terus memeluknya. Dah kenapa ni? Kenapa tak mandi lagi? Kan dah lambat ni. (cekak pinggang) Halim minta maaf ibu sebab degil. Tak dengar cakap ibu. Halim taknak minta apa-apa. Halim nak ibu ada dengan Halim dah cukup. Iya takpa Halim. Ibu Maafkan. Maafkan ibu teremosi melempang Halim. Ibu tak mampu nak tunaikan semua permintaan Halim. Takpa Ibu. Halim akan belajar rajin-rajin dan bahagiakan ibu. Tirai ditutup dan lampu digelapkan.Muzik dimatikan.
DRAMA KASUT OLEH DANIAL ZAKIRUDIN
15